Semalam saya ada kongsikan saya dapat baucer untuk shopping daripada kerajaan negeri selangor, okk hari saya kongsikan macam mane saya boleh dapat...... rasanya ramai dah dapat kot amir jer yang baru merasa ... tu pun sebab sebelum² ni bile mereka call tempat nak ambil baucer tu jauh dari rumah kami ... kali ni dapat dekat dengan rumah haruslah tak melepaskan peluang.....
TAWAS adalah singkatan nama kepada Tabung
Warisan Anak Selangor. TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka
tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor bermula 2008 dan akan matang pada tempoh umur 18 tahun dan boleh di tuntun RM 1,500 (merasa ntahh idakkk lame lagi tu...).
Sekiranya anak anda adalah ahli TAWAS yang telah dilayakkan
didalam program TAWAS, ini bermakna anak anda BERHAK menerima MANFAAT
daripada Tabung Warisan Anak Selangor. Program ini dimulakan dengan
anak yang lahir pada 2008 dan berterusan sehingga PENDAFTARAN TERBARU.
Pihak TAWAS akan menghubungi ibubapa atau penjaga sekiranya program,
masa dan tempat untuk anak anda telah ditetapkan. (sebagai contoh :
jika anak anda lahir pada 01 Januari 2008, TAWAS akan menghubungi anda
pada bulan Januari mengikut kawasan DUN tempat tinggal anda.)
Okkk merujuk pada soalan nafira, saya kongsikan kat sini.. buat kawan² lain yang nak tahu.. terutama kawan² yang duduk diselangor dan mempunyai anak. Saya tak pasti sebelum² ni..... ape yang saya tahu bagi anak kelahiran januari 2008 yang telah berdaftar dengan TAWAS memang berkelayakkan...
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
SYARAT 01:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
SYARAT 02:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
SYARAT 03:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar Negeri Selangor (daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur dan Pahang) mulai 1hb Januari 2008 DAN;
iii. *Ibu dan Bapa lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Pahang. (Perlu mendapatkan Cop pengesahan Taraf mastautin)

�*Ini merujuk
kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah Negeri Selangor yang
bersempadan negeri lain. Contoh:- Selangor- Negeri Sembilan,
Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan
Selangor-Pahang.
Kalau yang belum berdaftar bolehlah daftar di http://www.tawas.org.my secara online.
Pendaftaran boleh dibuat di kaunter pejabat projek TAWAS di alamat seperti berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Syarikat Pengurusan Projek TAWAS,
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City/I-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Atau;
ii. Pendaftaran juga boleh dibuat di pejabat-pejabat DUN yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.

Prosedur permohonan tabung ini?
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran adalah percuma
b. Ibu/Bapa dan penjaga hendaklah mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi sahaja.
c. Setiap pendaftaran yang dibuat hendaklah disertakan bersama salinan dokumen seperti berikut:

� Sijil lahir anak / Mykid anak
� MyKad Ibu
� Mykad Bapa
� Mykad Penjaga (Jika Perlu)
� Surat Perakuan Anak Angkat (Jika Perlu)
� MyKad Ibu
� Mykad Bapa
� Mykad Penjaga (Jika Perlu)
� Surat Perakuan Anak Angkat (Jika Perlu)
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada HARI ULANG TAHUN PERTAMA PEMOHON. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai tidak layak. (Tapi tawas ade info terkini bagi kelahiran 2008,2009,2010,2011 dan 2012 masih lagi boleh buat pendaftaran sehingga 31 Disember 2012) Jom klik Sini
Sumber ini dan maklumat lanjut bolehlah pergi kelaman web http://www.tawas.org.my
Pertama kali shopping di Grand Union depan rumah hihihihihi .. ni pun sebab dapat baucer bonus shopping daripada YAWAS (Yayasan warisan anak selangor) kalau tak memang tak pernah pergi hihihihihi ....
Untuk makluman baucer ni tak dapat duit tunai pun.. kene belanjakan dan habiskan kat situ juga, korang bebas nak beli ape² jer pun .... janji dalam pasaraya tu hihihihihi .... masa kami datang dia bagi pas macam kat gambar tu .. bile nak bayar tunjukan pas tu.. dan dia akan klipkan resit bayaran kita pada baucer rm100 yang siap² kaunter bayaran tu.. kalau belanja lebih yang lebih tu kenelah bayaran sendiri.. kami pun terlebih belanja juga rm7.40 hihihihihi .... (^____^)v
Bicara Hati : Kalau tak salah masuk i kidz i-city untuk kanak² pun ade potongan 50% janji tunjuk kad ni sampai 31 Disember 2012.