♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 18 Oktober 2012

Home » , , , » Cara dapat bonus shopping daripada YAWAS / TAWAS

Cara dapat bonus shopping daripada YAWAS / TAWAS

     


Semalam saya ada kongsikan saya dapat baucer untuk shopping daripada kerajaan negeri selangor, okk hari saya kongsikan macam mane saya boleh dapat...... rasanya ramai dah dapat kot amir jer yang baru merasa ... tu pun sebab sebelum² ni bile mereka call tempat nak ambil baucer tu jauh dari rumah kami ... kali ni dapat dekat dengan rumah haruslah tak melepaskan peluang.....

TAWAS adalah singkatan nama kepada Tabung Warisan Anak Selangor. TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor bermula 2008 dan akan matang pada tempoh umur 18 tahun dan boleh di tuntun RM 1,500 (merasa ntahh idakkk lame lagi tu...). 
 
Sekiranya anak anda adalah ahli TAWAS yang telah dilayakkan didalam program TAWAS, ini bermakna anak anda BERHAK menerima MANFAAT daripada Tabung Warisan Anak Selangor. Program ini dimulakan dengan anak yang lahir pada 2008 dan berterusan sehingga PENDAFTARAN TERBARU. Pihak TAWAS akan menghubungi ibubapa atau penjaga sekiranya program, masa dan tempat untuk anak anda telah ditetapkan. (sebagai contoh : jika anak anda lahir pada 01 Januari 2008, TAWAS akan menghubungi anda pada bulan Januari mengikut kawasan DUN tempat tinggal anda.) 
 


Okkk merujuk pada soalan nafira, saya kongsikan kat sini.. buat kawan² lain yang nak tahu.. terutama kawan² yang duduk diselangor dan mempunyai anak. Saya tak pasti sebelum² ni..... ape yang saya tahu bagi anak kelahiran januari 2008 yang telah berdaftar dengan TAWAS memang berkelayakkan... 

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

SYARAT 01:

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.


SYARAT 02:

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).


SYARAT 03:

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar Negeri Selangor (daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur dan Pahang) mulai 1hb Januari 2008 DAN;
iii. *Ibu dan Bapa lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Pahang. (Perlu mendapatkan Cop pengesahan Taraf mastautin)
�*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah Negeri Selangor yang bersempadan negeri lain. Contoh:- Selangor- Negeri Sembilan, Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Selangor-Pahang.

Kalau yang belum berdaftar bolehlah daftar di http://www.tawas.org.my secara online.

Pendaftaran boleh dibuat di kaunter pejabat projek TAWAS di alamat seperti berikut:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Syarikat Pengurusan Projek TAWAS,
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City/I-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Atau;

ii. Pendaftaran juga boleh dibuat di pejabat-pejabat DUN yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.

Prosedur permohonan tabung ini?

Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran adalah percuma
b. Ibu/Bapa dan penjaga hendaklah mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi sahaja.
c. Setiap pendaftaran yang dibuat hendaklah disertakan bersama salinan dokumen seperti berikut:
Sijil lahir anak / Mykid anak
MyKad Ibu
Mykad Bapa
Mykad Penjaga (Jika Perlu)
Surat Perakuan Anak Angkat (Jika Perlu)

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada HARI ULANG TAHUN PERTAMA PEMOHON. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai tidak layak. (Tapi tawas ade info terkini bagi kelahiran 2008,2009,2010,2011 dan 2012 masih lagi boleh buat pendaftaran sehingga 31 Disember 2012) Jom klik Sini

Sumber ini dan maklumat lanjut bolehlah pergi kelaman web http://www.tawas.org.my

Pertama kali shopping di Grand Union depan rumah hihihihihi .. ni pun sebab dapat baucer bonus shopping daripada YAWAS (Yayasan warisan anak selangor) kalau tak memang tak pernah pergi hihihihihi ....


Untuk makluman baucer ni tak dapat duit tunai pun.. kene belanjakan dan habiskan kat situ juga, korang bebas nak beli ape² jer pun .... janji dalam pasaraya tu hihihihihi .... masa kami datang dia bagi pas macam kat gambar tu .. bile nak bayar tunjukan pas tu.. dan dia akan klipkan resit bayaran kita pada baucer rm100 yang siap² kaunter bayaran tu.. kalau belanja lebih yang lebih tu kenelah bayaran sendiri.. kami pun terlebih belanja juga rm7.40 hihihihihi .... (^____^)v



Bicara Hati : Kalau tak salah masuk i kidz i-city untuk kanak² pun ade potongan 50% janji tunjuk kad ni sampai 31 Disember 2012.







 


19 ulasan:

ieedaz @ mama_isha berkata...

masya, sy pun dah daftar nama anak kat tawas ni tp takpernah pun dapat bonus shopping mcm masya ni...takde rezki lagi kot..hehe

fiza berkata...

Owh...baru tau. Nak terjah website dia jap. Thanks for sharing.

Nieyl berkata...

Oh cmtu ke...xpela...tggu anak nieyl nnt...:)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

untung juga kan mcm ni..tp tu la kt selangor jer kan hehe

Afasz berkata...

wah ada discount. syok la

Tihara berkata...

as salam,

asal anak pahang takde..hampeh toll..alhamdulillah masya, seronoknyer :)

AdaM Hawa berkata...

wah!! beli ape je amir kat situ..

ieja amieja berkata...

beshnya dpt baucer tuh..lepas jg beli brg keperluan amir..huhu

Ujie berkata...

tak tau pun Selangor buat benda ni. mesti byk belanjanya sbb rakyat selangor ramai.

nur anis berkata...

wahh..untungnya..:)

QasehnyaRania berkata...

Best juga kan..
Dpt juga merasa

eita berkata...

best lah kan...

IntaNBerliaN berkata...

beruntung jd ank selangor ni....

IntaNBerliaN berkata...

beruntung jd ank selangor ni....

Yana Libra berkata...

untungnya~

fieda berkata...

bagus juga ye negeri selangor ni..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

wah besh dapat shopping free..
info yg berguna, tq yana..sat lg nak kena belek2 website TAWAS ni..paham kan isi kandungannye..

kasturi berkata...

anak sy kini sudah 2 thn, tetapi sehingga kini dia belum pernah dapat voucher shopping ....dia sudah ada kad dan penyata

Danny Foo berkata...

Sekarang ni pendaftaran boleh dibuat sebelum tahun ketiga anak. Ini telah diterbitkan dalam website TAWAS; http://www.tawas.org.my/images/080915_header_tawas.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...