♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 23 Disember 2012

Teruja

  


Dalam entry ni banyak gambar, saje dedikasikan sebagai kenangan dan eksklusif hanya di blog ni jer... (dah memang takde intagram hihihihi) kat fb dah jarang upload gambar motip??? nanti adelah pulak komen.. kata bz, sibuk.. banyak kerja tapi sempat pulak bercuti huhuhuhuhu.. 



 Budak yang keterujaan menanti sesuatu....


 Inilah yang dinantikan...
Alaaa.... tak sempat naik dah penuh....


Muka sayu jer .. tengok keretapi pergi ... mata tak berkelip²...


Muka blurr.. macam tak percaya....
 Keretapi nak mula jalan dah.... tengok suruh pandang kamera pun tak nak.. 
Korang jangan bayang keretapi yang gah tu.. ni keretapi ala² macam kat zoo tu jugak ...
Sebab dah kepenatan masing² malas nak berjalan kat tempat parking, amir pun sibuk nak naik tu hubby ajak naik ni.. lagipun percuma termasuk harga tiket mandi manda.



Muka berani² takut hihihihi...



 Mula amir tak berhenti² mengomel seronok mandi kat dalam kolam....



Jomlah auntie² datang Kolam Air Panas Sg. Klah besttt tau....



Terima kasih pakcik... kamilah penumpang terakhir....
Lebih kurang pukul 6, Tempat mandi² ni kalau tak silap tutup pukul 7 malam.



Bicara Hati : Kami pergi hari selasa 11/12/2012 kebetulan cuti umum diselangor, memang ramai orang ka sini.. agaknya kalau hari biasa pun mesti ramaikan... lagi² cuti sekolah sekarang ni...

Destinasi Cinta Kedua : Kolam Air Panas Sg. Klah

  


Selepas Cameron Highlands destinasi yang seterusnya ialah Kolam Air Panas Sg Klah, dah alang² lalu kan.. masa jalan nak balik tu.. haruslah singah.. kalau boleh nak tidur jer homestay yang berhampiran.. tapi memang agak payahlah nak dapat kalau dah lambatkan.. terhad.



 Berjimba² kesini... amirlah paling teruja.. hadoilah daripada pukul 2.30 petang sampai pukul 5.00 petang dah dia tak mahu naik tukar baju.. orang lain dah kepenatan melayankan dia... 



 Masing² dapat gelang... huruf berbeza mengikut umur ...
S - Warga emas (Abah dah kategori warga emas pada umur 58 tahun) - RM 7.00
A - Dewasa - RM 12.00
C - Kanak² macam usia amir ... RM 10.00
Warga Emas lagi Murah tau hihihihihihi ....



Lepas mandi manda memanglah kelaparan, gambar yang pakai tudung kuning saja di jauhkan biar nampak comey hihihihihi .... Telur memang kami tak bawak pun beli kat situ 5 biji rm3.00 pakej kicap, mangkuk, sudu sekali... habis 15 biji jugaklah kami 2 keluarga... sempat seludup roti bawak masuk khas untuk budak² senang nanti kalau meragam kelaparan payahlah pulak.. sebab makanan memang tak boleh bawak masuk langsung...



Budak yang kepenatan dah.. tak mahu berjalan pulak.. mintak dukung dengan ayah...



Amir teruja dapat naik keretapi ni....
Kepenatan mandi.. masing² tak larat nak berjalan balik menuju ke tempat parking kereta... amir punyer teruja asyiklah cakap macam² dalam tren tu.. nak tergelak dibuatnya.... sampai rumah pun tak habis² ceritanya seronok dapat naik tren tu...



Bicara Hati : Memang sesuai riadah untuk seisi keluarga. Tapi tak boleh buat bbq dalam tu... makanan memang dilarang bawak masuk... pandai²lah korang nak seludunp masuk dalam handbeg.





Sabtu, 22 Disember 2012

Menarik Jalan - jalan di Cameron Highland

 


Kesejukkan tidur malam tak terkata, kami bentang tilam pakat tidur depan tv jer.. tak ketiduran dalam bilik.. hihihihihihi.....


Bangun awal siapkan sarapan, lepas sarapan siap² nak keluar sambung berjalan terus menuju ke destinasi seterusnya....


Tinjauan pertama singah ke MARDI, mardi kalau kat jalan besar memang tak perasan kalau daripada tapah lepas pekan tanah rata tu ada simpang tiga masuk kanan tak jauh tu lah Mardi (betul tak?? betul tak??? kalau salah betulkan), macam² bunga ada... kat sini pun ade ladang teh tau hihihihihi.. kalau rajin pergi lah daki.. tak larat.. takmoo daki dah... macam manelah pekerja yang memetik daun teh tu kan.. memang tekun lah setiap hari mendaki petik daun teh...


 Mane jer lah hala amir tu... 
Ntah ape yang lalu sibuk tangan semua pakat toleh kesatu arah yang amir tunjuk....



 Sempat makan strawbery coklat kat sini.. secucuk rm 2.00 kalau tak silap...
Pertama kali tengok buah macam labu air tu.. besar panjang ... ape ke namanya ntah.. lupe...



Macam² bunga ada, pokok² buah pun ada.. possing² amik gambar jer..


Sedang elok menikmati pemandangan hujanlah pulak.. nasib baiklah tak lebat.. renyai jer.. orang pun dah mule ramai.. jam menunjukkan pukul 10.15 pagi.. hahahahaha... bape cepat kami sampai rasanya pukul 8.30 kami dah masuk.. tu pun dah ade bas tau... 


Destinasi seterusnya Kea Farm, sebab mak dah kata takmau singgah tempat cactus bukan nak beli pun hihihihihi ..... kite orang okk jer....


Borong sakan kat sini.. hahahaha...
Takde maknanya nak memborong sakan...
Kite beli FM jer... 
Bonet kereta penuh dibuatnya mak borong jagung 2 plastik hahahaha....
nasib baik sampai rumah kukus jagung manis..



Destinasi terakhir penyelamat....
Semua menahan nak terkucil nasib baiklah jumpe MEIKO ni masa turun ke Simpang Pulai .....
Barulah lega.... nak teruskan perjalanan ...



Bicara Hati : Teruskan perjalanan yang seterusnya... yeahhh 

Jumaat, 21 Disember 2012

Kami tinggal Di Desa Anthurium Apartment , Cameron

  


Semalam kisah keladang Ladang Teh BOH okk hari ni sambung lagi.. maaf lambat, kesibukkan melanda.. tak boleh nak publish entry banyak sangat sehari ... tapi sempat BW banyak² sehari hahahahaha... motif takde idea ayat nak susun buat entry.. jadi bile BW dapatlah idea nak susun ayat.


Ade yang bertanya saya borong teh ke kat ladang teh boh?? borong tidaklah.. tapi ade jugaklah membeli teh boh kat situ sebab tak semuanya murah .. ade jugak yang lebih mahal daripada harga pasaran.
Lepas pergi ladang teh dah tengah hari baru masuk aparment tu pun sebab dah hujan, mane boleh nak sambung berjalan hihihihi.. masing² dah kelaparan pun iyer jugakk... 


Okk.. kali ni kami tinggal kat sini... tak susah pun nak cari lepas pekan tanah rata tu jalan sikit tak jauh daripada simpang Mardi jumpelah singboard ni kat sebelah kanan ... banyak blok jugaklah rumah ni.. rumah kami Blog B rumah B12, tapi takde lif huwarrrrrggghhhhhh .... macam nak nanges tau naik tangga tingkat 3.


 Sempat snap hihihihihi ....


Sekitar kawasan dalam rumah, alamak!! lupe nak amik gambar dapur pulak.. meja makan disediakan...
Rumah 3 bilik, 2 bilik air
Ade tv tapi astro basic jer canel 104 pun takde saboo jerlah.. (rumah dulu pakej hubby siap bawak kad astro boleh guna.. yang ni dah tak bolehlah kami kan dah guna byond kat rumah huhuhuhuhu ...)
Harga?? RM250.00 dah agak harga biaser yang ditawarkan.. dulu kami dapat rumah rm200 jer hahahaha.. memang berbaloi masa tu 3 kereta... kongsi² jimatlah.. yang ni kongsi 2 kereta jer...
Kami tidur semalam jer pun okkklah tu ... (10/12-11/12/2012)


Sebab dah masing² kelaparan.. lupe nak amik gambar makan² hahahaha.. menu memang mableshhhh... nasi, nasi himpit, rendang, ayam masak kicap, sardin dan roti .. air bancuh 3 in 1 teh boh halia dan 3 in 1 teh boh 'ice lemon-lime tea' beli kat ladang teh tadi hahahahaha.... percaya tak air panas tu cepat sejuk sebab cuaca kat sana sejuk sangat².. bukak paip dah macam air batu sejuknya gegegegege.....



Bicara Hati : No telefon pemilik apartment saya update kemudian yer... lupe nak amik daripada hubby... ade yang berminat nak tidur sini ker?

Khamis, 20 Disember 2012

Destinasi cinta pertama : Ladang Teh BOH

  
Sambung balik kisah semalam lepas kami dah berehat dan teruskan perjalanan ke Tanah Rata pulak, 
Sentiasa terbayang² keindahan ladang teh (mengigau jer tak.. termimpi² jer) ... maklumlah pergi cameron yang dulu tak dapat singgah satu ladang teh pun huhuhuhu, hubby punyerlah nak tunaikan permintaan isteri ni sampai² ke Tanah Rata jer jumpe singboard Ladang Teh Boh teruslah di terjahnya... memule tak perasan ingatkan hubby nak kemana.. jalan makin lama makin kecik.. pusing sana.. berliku sana .. berliku sini ... memanglah curam nak naik kepuncak tau.... siap ade papan tanda kat kawasan selikuh sila bunyikan hon menandakan ada kereta lain nak lalu.. bagi elakkan bertembung.
Pemandangan yang sangat indah ....
Dah mulelah dok terbayangkan Ladang teh boh macam kat cerita ombak rindu tapi rupenya yang kami pergi ni bukan ladang teh tu.. yang tu kat sungai palas.. lepas kea farm kalau tak salah (kalau salah bagi tahu yer...). Alaaa.... takpelah tak dapat pergi yang kat situ pun yang ni pun dah okk ladang teh boh jugakk hahahahaha.... (padehal bancuh teh O suke teh lipton). Nak cerita lebih² pun tak tahu sangat.. tempat yang ni biasa² jer.. ade jugak kilang dan kedai tea macam cafe bolehlah minum dan nak beli ole² untuk dibawa balik semua pun Teh Boh.
Masing² dah pancit daki separuh puncak jer... hihihihihi ....
Tapi saya, amir, abah dan anak² buah hubby sampai puncak yeahhh...

Keterujaan terasa dibuatnya... sekali sampai puncak alamak!!! kene naik tanggalah pulak menyusur ke ladang teh tu... Tak sangka ramai jugak orang.. tapi agak ngerilah juga nak mendaki bejalan ni lagi² masa berselisih.. dah lama tak mendaki lah katekan.. dah tak pasal amir takmoo naik sendiri mintak dukung pulak.. hubby pancit, atuk sambung amik alih hihihihihi... sampai jugaklah kat puncak tu... angin sepoi² terasa.... kat puncak takde apepun... tapi dapat tengoklah pemandangan ladang teh yang cantik menghijau.


  
Abah mendaki dengan penuh bergaya.. anak ni gayat nak amik gambar .. sudahnya gambar jadi gini hihihihihihi .... cantik juga...





Bicara Hati : Lepas keladang ni kami singah kawasan madu lebah, tapi saya tak turun dah mule gerimis amir pulak ngadu dah lapar .. dia penat katanya.. jadi.. kami dua beranak dalam kereta jer...




Rabu, 19 Disember 2012

Singah di Hutan Lipur Air Terjun

  


Alhamdulillah akhirnya niat dihati di makbul oleh Allah nak bawak mak dengan abah pergi bercuti. Masih lagi dalam malaysia.... walaupun bukan percutian yang lama tapi cukup buat mak dengan abah gembira, tq hubby sebab realisasikan dan sudi bawak kami hihihihihihi ..... mau senyum lebar (^_____________^)v


Percutian kami ke Perak lagi hihihii... walaupun tahun lepas dah kesana juga.... Perjalanan kali ni hubby saja pilih naik daripada Tapah, sebab sebelum ni kami pernah pergi Cameron naik daripada Simpang Pulai.... Kirenya ni kali kedua saya pergi Cameron Highland... jadi mood kesana tu takdelah teruja sangat biasa² jer.. lebih teruja tengak mak seronok sangat hihihihihihihi... tangan ni pun ape lagi pantas jer lah klik² zom zaz zom zaz kalah paparazi hihihihihi.....


Hampir separuh perjalanan (separuh ker? suku) kami singah di Air Terjun Lata Iskandar, singgah jer.. tak mandi pun.. motip rehatkan diri buat drive² lepas melalui jalan-jalan yang berliku...& cuci mata, kami pergi 2 kereta, adik saya tak dapat ikut sebab dia kene bertugas kat sekolah kesian dia.... Setakat perjalanan sampai sini kami semua ok lagi takde yang mabuk atau pening. Amir??? hadoilah mulut pot pet pot pet dalam kereta mengalahkan DJ Radio...

  
Possing² di Lata Iskandar ....
Lame tak mandi air tejun tau.. 
Nasib baiklah amir tak merenggek nak mandi... 
Kalau tak haru jer.. bentang tikar kat sini dulu ...



 Possing² kat tugu ...
Hadoilah amir tak sudah² dengan botol susu dia tau ....





Sempat amik gambar berdua hihihihihi .....
Alamak!! pipi sama tembam dengan hubby gegegege ....
Lepas puas berehat lebih kurang sejam jugaklah kami singah kat sini... kami sambung perjalanan balik .... jalan pun dah mule pusing².. tapi naik cameron daripada sini memang tak terasa sejuk langsung berbanding naik daripada simpang pulai... kalau daripada simpang pulai memang suku jalan dah mule terasa sejuknya... udara dan angin cameron tu dah mule terasa....


Sepanjang perjalanan asyiklah jem tau ... dan asyik jumpa jentera macam ni jer...
Jalan tengah naik taraf kat sana... setiap kali selekoh banyak kali jugaklah kami kene berhenti tunggu giliran menyusur naik keatas...



Bicara Hati : Jalan pusing² daripada sini.. tapi amir okk jer... balik lalu simpang pulai .. amir muntah (2 kali ke cameron lalu simpang pulai amir muntah) habis kereta akak ipar sebab balik amir naik kereta dengan akak ipar.

Kek idaman semasa hari lahir 3 series

  

Sedap tak?? sape pernah makan..... teringin sangat nak merasa... kalau yang takde krim keliling tu ade jual tak? hahahaha.... maknenya nak kek yang berlapis² jer.. mesti cantikkan.. mesti sedapkan...





Selasa, 18 Disember 2012

Rehatkan Minda Bersama KELUARGA

  


Bercuti??? ala... nanti bos marah, cuti dah dibekukan (belum isi borang dah bagi tau kat hubby macam ni masa hubby suruh cuti).... pandai² jer... buat andaian sendiri.

Takde tempat lain ker??? kan dah pergi sana tahun lepas.... tapi macam best jugak kalau pergi lagikan hihihihihi... Amir mesti teruja kalau pergi sana .....
Kata² ini telah menyebabkan hati tersentuh .... terus isi borang cuti, walaupun sebenarnya hati sebelum tu berbelah bagi nak cuti atau tidak.. tq sangat² kat big boss sebab luluskan cuti minggu lepas hihihihihi....


   Destinasi pertama kami ..... 

Destinasi kedua kami ....



Bicara Hati : Walaupun hanya 2 hari 1 malam tapi seronok sangat hihihihihi.... 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...