♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 5 April 2013

Amalan Makan Habbatus Sauda



Selamat pagi, terima kasih pada kawan² yang bertanyakan kesihatan adik saya, maaflah komen kamu masuk di spam jadi saya tak perasan dan ada juga komen daripada cik annon yang memang sedia masuk di spam kikikikiki .....

Seperti yang saya ceritakan dalam entry² saya 2 minggu lepas ... klik sini dan klik sini pada yang masih tidak mengetahui semasa adik saya ditahan di wad selama seminggu.

Alhamdulillah adik dah selamat keluar, nasib baiklah dia keluar kalau tak memang tak buat kenduri lah yer.. minggu lepas.. iyerlah kenduri tu nak buat kenduri arwah sekali kenduri melenggang perut.

Saya dengan mak dan buntu sebenarnya nak buat macam mana dengan keadaan adik ni, sudahnya saya teringatlah kawan saya bagi tahu amalkan makan habatus sauda boleh mengurangkan kencing manis tak kiralah kencing manis biasa, waktu mengandung atau kencing manis basah. Dan kebetulan saya memang ada beli habatus sauda Ariff ni... jadi saya suruhlah adik saya makan.. alhamdulillah darah dia makin normah sekarang paling tinggi pun 5.5 sahaja... bersyukur sangat.. maklumlah dia kene kencing manis sebab mengandung ni jer.. takutlah jugak kalau melarat lepas bersalin pun tak hilang macam manakan.. jadi.. kami nasihatkan dia makan habatus sauda ni...






Sebotol Ariffbillah Habbatus Sauda mempunyai 60 biji kapsul dan dimakan 2 biji pada sebelah pagi dan 2 biji lagi pada belah petang. Sebotol tak hinggat pulak tapi tak sampai RM 50.00.

Antara kelebihan Ariffbillah Habbatus Sauda :-

1.Membantu dalam mengeluarkan Asid Urik dalam badan.
2.Mengelakkan dari terkena penyakit gout.
3.Membantu menyembuhkan selsema.
4.Meredakan dan merendahkan tekanan darah tinggi.
5.Mengurangkan alahan atau alergi kepada sesuatu jenis makanan atau minuman atau sebaliknya.
6.Melancarkan pengeluaran susu khususnya kepada kaum ibu.
7.Meningkatkan sistem imunisasi badan.
8.Membantu merawat penyakit kencing manis.
9.Merawat penyakit dan gejala cirit birit.
10.Melindungi tubuh badan daripada penyakit barah.
11.Meningkatkan tenaga dan kecergasan anda seharian.
12.Mengelakkan penyakit batu pundi hempedu.
13.Merawat penyakit lenguh-lenguh badan atau sakit-sakit sendi.
14.Uniknya,ia juga adalah solusi buat mereka yang mengalami gangguan sihir dan ilmu hitam.

Semoga usaha dan doa kita Allah kurniakan kita badan yang sihat setiap penyakit ada ubatnya,maka apabila telah diperoleh ubat bagi penyakit tersebut,nescaya akan sembuh dengan izin Allah Azzawajalla.(hadis Riwayat Muslim daripada Jabir r.a)



Bicara Hati : Sekarang saya makan habatus sauda minsyam pula.. sebab yang Ariff ni dah takda stok pulak.. kawan saya jual tu...







Khamis, 4 April 2013

Testimoni : Pure Marine Collagen



Pure Marine Collagen (PMC) atau lebih dikenali rumpai laut rata² ramai blogger dah mencubanya dan hasilnya memang dabooommmlah kan.... comey cantik gitu.. kulit gebu licin tanpa parut, patutlah orang² sabah comey².. makan pmc banyak² kot bagus untuk kesihatan dalaman kan...



Kebetulan kawan aku pun jual jugak, haihh terjebaklah jugak mendealah ni.. takpalah untuk kesihatan kan... apa salahnya mencuba kalau baik dan serasi dengan badan boleh lah teruskan...



 Sebekas RM 10.00 
Yang ni special bekas.. sebab bekas² kat rumah dah habis kata kawanku hihihihihi... amboii makin larislah tu... jual pmc ni kan.. nanti raya mesti muka comeyy pakai dari sekarang.





Sebab baru nak mencuba bahagi dua dengan mak, mak kata nak makan hihihi... aku layan jerlah... lepas tu siap bagi tahu kat mak.. boleh buat masker mak sapu kat muka.. nanti lagi lembut kulit... mau lah abah tak kelip² mata pandang mak kan.. ;p


Baru cuba 4 hari ni.. memang lembutlah kulit muka malam² sapu buat masker, bau dia memang hanyir sikit kalau sapu kat muka.. tapi aku.. rasa okk jer.. sebab yang ni kawan kita yang jual tu rebus dengan daun pandan... masa makan pun tak rasa hanyir.. ok jer.. masuk sesudu.. nanti lelama boleh masuk bersudu² oklah kan... sebab stok ni tahan untuk 2 minggu kalau simpan kat peti sejuk... 


Kalau tak silap ibu mengandung pun boleh makan jugak, mesti baby lahir nanti lagi comey²kan.. kulit halus jer...


Bicara Hati : Lepas ni bolehlah cuba sabun rumpai laut pulak ada macam² warna ungu, hijau, biru dan kuning.. masing² punya kelebihan...

Mabuk Dah - Dia Datang Lagi



Ini bukan mabuk mengandung ke hapa.. ini mabuk lain kikikikiki ... ;p

Jari gatal² ... hahahaha.. macam mana ni??? .... gatal tengok jualan online huhuhuhuhu .. kebetulan tengah mencari warna shawl oren, tapi semalam baru tempah yang tribal dengan kawan grrrrrrrrrrr ... hari ni Radiusite pulak upload gambar shawl baru.. cantik² huhuhu.. pastu.. ada pulak warna yang kita nak ...


Cantikkan... serius jatuh hati... dah lah susah nak jumpa warna oren macam ni ....
Tapi ada kawan opis saya kata.. macam sisik ular lah grrr.... 
Camner ni.. semalam dah order yang tribal ... nampaknya tahan nafsu jerlah.. kalau ada rezeki pergi kat kedainya hihihihihihi.....

Ini pun cantik .. banyak baju² kosong warna macam ni boleh padankan... tapi hubby dah tegur... jangan beli warna macam ni lagi.. beli warna lain, sebab hubby yang jemur baju kan.. tu yang di perasan kikikiki ...;p



Yang ini pun jatuh cinta jugak... tapi.. takda baju warna macam ni.. hahahaha... tu saja nak cari pasal beli baju lah tu.. jakel pun masih sale, tapi tak pernah jejak pun... 




Bicara Hati : Beli kongsi² jimat penghantaran ... ;p tapi kali ni cuci mata jerlah ...





Rabu, 3 April 2013

ikan Bawal



Rezeki lah namanya.... bila anak mek sebelah memancing sekali menjala.. seplastik mek bagi ikan bawal petang tadi.. bawal putih pulak tu .. besar tapak tangan.. yang paling best mek dah siang siap².. tinggal basuh jer.. yeahhhhhhh seperti mahu lompat bintang dipetang hari, memang sedapplah goreng garing.. makan berpinggan² hubby... amir yang tak suka ikan sejak akhir² ni pun ligat makan.... 

Ditambah pulak satu jug air tebu freshh anak mek mesin.. ya allah.. memang rezeki betullah dibuatnya.. sudahlah petang tadi haus.. memang kene sangatlah hilangkan dahaga tekak ni....

Gambar² tak kose nak upload .. marah kang mak yong yang mengidam hahahahaha....


Bicara Hati : Moga jasa baik mek sekeluarga allah sahaja lah yang membalasnya...




Lepaskan Kemarahan



Tak dapat main yang kat tempat bowling betul².. kat sini pun jadilah amir melepaskan kemarahannya hahahahaha... suka betul dia... 





Akhirnya Parlimen Bubar



Susulan daripada entry bendera berkibar ni tanda-tanda harinya semakin dekat, hati masih tertanya².. akhirnya hari ini sudah tejawab segalanya... bila dah bubar... marilah kita menunggu hari untuk mengundi pula ...

Saya pilih untuk mengundi... itulah yang anak saya selalu dok kata² mengajuk² iklan tv hihihihi.... Segalanya dihujung jari .. buatlah pilihan yang terbaik... demi kerajaan yang akan memajukan negara dan tanahair tercinta.





Bicara Hati : Baru kali pertama nak pergi mengundi.. yang dulu nama tak masuk lagi.. padahal dah daftar huhuhuhuhu ... 


Maskulin - Edisi Si Raja Lawak Lelaki & Humor



Pertama Kali hubby beli koleksi Majalah macam ni, tanya² juga dihati ... mungkin kerana minatnya pada Johan, atau minta pada majalah ini.. atau minat pada isi kandungan keluran April ni.... Kesimpulannya oleh kerana ini koleksi pertama.. ku andaikan hubby minat pada apa yang johan luahan di dalam majalah ni ...


 Sangat lain dari yang lain.... Johan rupanya.. dengan gaya rambut yang berbeza ... sangat terkini


 Saya Bukan Pelawak Murahan - membaca luahan hati johan seyes sangat² berbeza karakter sebenar dirinya diluar waktu bekerja... 


 Diselitkan juga Pelopor Pelawak Malaysia yang dikagumi ...


Selebriti Pelawak Terkaya - siapa kata melawak tiada pendapat ... sideliklah yer... sampai mereka boleh jadi kaya...


Kalau nak tahu apa lagi yang menarik dalam tu kenelah beli sendiri ... tapi memang berbaloi².. tak pasti harganya berapa kalau tak silap tak melebihi rm 10.00



Bicara Hati : Tumpang baca jer... hihihihihi ...


Selasa, 2 April 2013

Laksam



Sedang pikiran masih melayang mahu memasak juadah apakah malam ini (kisah isnin yang lalu) tak kala tangan ligat melipat sejadah selepas solat asar... sayup² kedengaran suara itu ku sambut dengan senyuman, ku sangkakan.. mek mahu beri kain yang di angkatkan.. maklumlah.. kadang² kain jemuran kat belakang tempias mek tolong angkatkan... rupanya sangkaan meleset pinggan yang dihulurkan... selambak laksam.... 

Kalau diberi pilihan seperti mahu menyusup masuk kedalam selimut .. tak kala dari kejauhan sayup² kedengaran suara mek sebelah memanggil.

Owwhhhh terujanya.. lama tak makan laksam mek bagi.. teringat² tau.. memang dah lama sangat mek tak bagi.. selalu bagi laksa, nasi kerabu atau nasi dagang....


Sepinggan besar laksam, separuh bagi akak ipar pulangkan tupperware hahahaha.. kira aci jerlah.. dari membazirkan...


 Kuah pun bahagi dua juga untuk akak ipar, bukan bahagi dua... rasanya bahagi lebih .. aku tinggalkan semangkuk jer kat rumah.. gauh siap² laksam tu .. nak makan.. hubby booooo layan sikit laksam.. tapi hari tu.. berebut² kami makan.. hahaha.. biasalah sikit buat bergaduh.. dengan amir sekali nak makan.. haihh memang saboo jerlah... kan...


Ni juadah mek bagi baru² ni... sebelum aku balik kampung.. tak tahulah lauk apa.. bedal jer makan dengan nasi.. dalam tu ayam cincang ada sayur kacang... tapi minyak tu banyak sangatlah.... belasah jerlah.. memang jenuhlah nak menangguknya...



Ni bukan entry nak kongsi resepi yer.. cari resepi kat blog lain.... ini cuma entry nak tunjuk laksam sahaja.. jangan marah....




Bicara Hati : Ada yang terliur ker??? pada kawan² yang dah biasa baca blog ni dah tahu kot kisah mek ni.. memang rajin sebab cucu² dia pun kuat makan...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...