♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Sabtu, 20 April 2013
Rancangan Kegemaran Kembali Lagi
Aiskrim Goreng
Hasil 4 ketul jadinya, banyak jugak tau.. ni 2 ketul jer.. tapi saya potong nampak 4 juga hihihihi ...
Amir saya pesan suruh amik gambar ni sebelum dia makan dengan ayahnya, nasib baiklah boleh diharap... nampak jugaklah aiskrim tu walaupun jauh sikit...
Berselera betul, ni suapan terakhir .... siap puji lagi.. sedaplah ibu.. sedaplah... nanti buatlah lagi.. hahahaha .... bila ada roti kita buat lagi eh sayang ...
Baru 2 hari duduk rumah, macam² nak dimasaknya, minggu ni tak pasti lah nak masak apa lagi... idea belum mari .. bahan² ada jer... sebab nak kemas dapur pulak, iyerlah dapur tempat kegemaran tu.. kasi lah mood ceria sikitkan... takmoolah suram² sebab nak bagi air tangan terbaik kat keluarga.
Bicara Hati : Petang² sesuailahkan.. tapi kalau buat masa sarapan apa halnya hahahaha.....
Jumaat, 19 April 2013
Resepi Pizza Homemade Paling Mudah
Ini semua bahan² yang saya gunakan... mudah jer nak dapatkan kan..
saya guna yang ada dalam kabinet rumah jer... kecuali tortilla tu baru beli... cheese tu pun dah banyak kali guna sepeket tak habis²...
Sos spageti kimball cendawan
Tuna cili ayam brand yang dah siap masak
Tortilla
Cheese Mozarilla
Nanas dalam tin kebetulan saya buat air koktel ada lebihan lagi ..
Yang hitam tu buah zaitun dalam tin yang saya beli dah lama pun tak habis².. sebab jarang guna.
Cara nak masaknya mudah sahaja kalau guna pemangang ajaib macam saya..... saya letakkan tortilla atas pemanggang tu kemudian sapukan sos spageti tu dan tuna cili.. letak nanas dan buah zaitun tadi .. lepas tu saya tutup pemangang tu.. biarkan sekejap dengan api sederhana dalam seminit kemudian barulah taburkan cheese dan tutup semula .. tunggu hingga nampak cheese cair dan garing.. sudah boleh angkat .. sebab pemangang saya kecik saya potong 2 tortilla tu.... senangkan...
Cara nak masak guna owen lagi mudah... letakkan tortilla dalam loyang, kemudian sapukan sos spageti, letak tuna (kalau nak letak bahan lain pun boleh.. tapi saya iu jer yang ada huhuhuhu) kemudian letak nanas dan buah zaitun dan taburkan cheese dan bolehlah bakar... cili bengala saya tak letak sebab takda stok, saya letak bahan yang ada kat rumah saya sahaja.
Pizza yang dah siap masak....
seyes senangkan ...
rugi kalau korang tak cuba tau....
Terliur tak???? sila lap cepat² ok.... super duper senang dan yumii... dan paling saya suka pizza homemade ni ranggup sedappp...... (^__________^)
Tortilla Buat Amir Merajuk
Misi mencari tortilla akhirnya BERJAYA
Amir merajuk?? apa sebabnya??? haihh anak²... ada² sahaja kamukan...
Korang rasa apa sebabnya?? cuba teka, tapi takda hadiah lah.... nanti saya up entry kemudian yer.. apa sebabnya.
Menang Giveaway Hadiah Buku Idaman Saya
Imej Baru Di Blog
Khamis, 18 April 2013
Medan Selera Cili Padi
Lepas makan siap dah bagi tahu nak main game kat Garden depan tu... bukan besar mana pun.. tapi suka betul dia kat situ... layankan jerlah.. ayah pitam... hulur duit kikikikikiki .... ;p
Playground Garden
Playground Garden
Apa yang menarik kat sini, takda menarik sangatlah.. biasa² sahaja pada saya macam pasaraya biasa juga, kalau hujung minggu ni boleh tahan ramai jugak oranglah.... so far semua kedai pun dah cuba menu mereka kecuali yang kedai mamk tu.. selalu kita orang order air jer.. teringin jugak nak makan mee goreng dia sesekali.. tapi masih tak berkesempatan..
Sizling Yee mee oklah letak telur, setakat ni pernah makan paling sedapp kat Klang Prade jer kot.. tempat lain macam biasa sahaja hihihihihi ... kalau dah lapar habis sahaja.
Bicara Hati : Tengah hari ni makan nasi lemak amir yang pagi tadi tak habis, mood tak berapa nak selera makan sejak akhir² ni.. tekak tak boleh nak terimalah sekarang cuaca pun panas semacam.
Semangat Kali Pertama
Klik Gambar untuk menyemak juga.
Yeahh akhirnya tempat mengundi nanti ....
Selamat mengundi semua, sabtu penamaan calonkan... pada kawan² yang akan mengudi pos awal.. selamat mengudi juga. (^___^)v
Bicara Hati : Dah macam nak berkempen pulak, malasnya nak tengok berita kat tv sekarang sana sini kempen politik.. sampai dah tak tahu isu semasa terkini.. semua asyik cerita politik jer...
Langgan:
Catatan (Atom)