♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 18 April 2012

Home » , , » Buah Zaitun Hitam

Buah Zaitun Hitam

Assalamualaikumm Semua.....

Sebenarnya dah lama nak tunjuk gambar buah zaitun hitam ni.. tapi sebab tak berkesempatan nak ambil gambar dan stok kat rumah dah habis.. tak dapatlah nak tunjukkan gambarnya.....

Baru² ni saya ada buat pizza jadi saya ambillah gambar buah zaitun hitam ni...pada saya buat pizza tak letak pun takpe... cuma hiasan jerkan.. tapi kalau letak barulah menarik pizza tu macam kat pizza hut hihihihihi..... (macamlah pandai nooo masakkkkkkan.. padehal main belasah jer.. tunjuk ajarku sifu...) daripada otai² blogger jugakkk......

Selalu saya pakai yang pitted atau pun yang telah dibuang biji.. tapi sebab nak cepat masa beli hari tu dah habis stok.. saya ambil whole ni.. ade biji.. payah sikitlah nak gunting atau potong wat hiasan pizza.


Inilah buah zaitun hitam yang telah dijerukkan... sebab apa saya panggil jeruk.. sebab dalam tin tu ade air.. bukannya kering, tapi rasanya tak masam pun.. cuma bau dia kurang berkenan sikit.. sebab tu dah bukak mestilah letak dalam peti sejuk....


Nak letak jugak gambar pizza yang belum bakar hihihihihihihhi....


Adunan Roti Pizza Versi Masya:
2 cawan tepung roti
1 sudu besar mentega/minyak masak pun boleh....
2 sudu mauripan yang telah dibancuh dengan air suam
1 sudu kecik teh garam
½ sudu kecik teh gula (kalau tak letak pun takpe)
1 sudu daun oregano (tak letak pun takpe...)
Campurkan semua bahan kat atas dan masukkan air secukupnya... bancuh sampai tepung roti jadi doh.. jangan cair jadi cucur pulak hihihihihihi....
Perapkan dalam bekas bertutup sampailah doh naik lebih kurang 1 jam barulah boleh letak topping hiasan.

Untuk inti dan hiasan terpulanglah pada kawan² semua.... janji topping tu pakai cheese mozarilla.. barulahhh ummmphhhhhhh pizza tuu... mablesssshhhh....


Selamat mencuba kawan² semua.....


16 ulasan:

Saya Disini berkata...

nk try nnti

IntaNBerliaN berkata...

ooo ni ke buah zaitun tu... lenkali blh beli..hihii.. tpkan, selain dr guna kat pizza... blh guna utk apa lg ek?

Masya berkata...

sana disini: nanti dah try hantar rumah saya sikit tau.. nak rasa jugakkk...

Ina: selalunya kt pakai buah zaitun ni selain buat pizza letak kat makaroni bakar atau lagsana... lain² tak pernah cuba lagi.. itu jer yang sesuai.. sebab tu tak letak pun takpe hihihihihihi.....

ainnoraini berkata...

Baru tau..nnt boleh cuba buat pizza sendiri...

ieja amieja berkata...

nak cuba jgk la resipi yg ni,,nmpk lbh mudah plk..ank2 mmg suka mknan cnggini..

Tihara berkata...

apa rasa buah zaitun eks, ada rasa masam2 tak..hehe, tk penah rasa lg :)

Masya berkata...

ain: saya pun dulu tak tahu jugakkk hihihihihi....

ieja: cubalah selalunya adunan ni saya dapat 2 atau 3 loyang ikut jenis loyang yang digunakan....

kak tihara: sy suke buah zaitu kerin yg dr mekah tu sedap.. yg ni tak rasa apepun biaser jer.. sebab selalu dah bakar baru makankan huhuhuhu....

MamaEma berkata...

rajin betul buat pizza..

|| NaFiRaa || berkata...

buat pizza sendiri??? pandainye!! jeles ar..

mahal x harga buah zaitun tuh?

Masya berkata...

kak ema: ikutt mood jugakk.. kalau tengah mood kelautt nak masuk dapur pun malas kikikikikiki....

Nafira: ikut jenama dan kedai kut.. brand tesco murah sikit dalam rm4.00 jer... yang brand ni mahal.. sebab dah takde nak cepat rembat jer harga dia rm8.00 yang ni kalau tak silapp mahal² sobbb.. sobbb....

al-lavendari berkata...

haibat kalau dah boleh buat pizza sendiri.

terima kasih sudi follow blog saya .. tapi saya nak follow blog ini tak boleh .. asyik kena reject je.

lieynanilaz berkata...

ahaks..baru kenal buah zaitun...huhu.

anisalya berkata...

letak zaitun hitam baru rasa mcm pizza sebenar kan? hahaha...

LYAfrina berkata...

tak pernah beli lgi buah zaitun..rupanya ada y pasking gni yer...

senang j buat pizza ni... blh try plok

Puan Kutu berkata...

buah zaitun nie makan gitu jer sedap tak?

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

wah belum bakar pun terliur tgk tau..

x pernah lg mencuba buat pizza sndiri..
alasan oven nak membakar xde..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...