♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 22 April 2013

Tips Elak Lesu Di Pagi Hari




Tiada istilah monday blues, tiada istilah lemah .... tiada istilah lemau.... mood hanya mahu bergembira dalam kerja dan dalam apa jua yang di lakukan.

Mengambil inspirasi anak supaya menjadi contoh yang baik, anak pun akan terikut² juga bila kita tunjukkan contoh yang baik... walaupun mood anak selepas cuti biasanya payah untuk ke sekolah.

Mulakan pekerjaan dengan niat ikhlas kerana Allah insyaallah akan diberkati ...

Amin ...







Ahad, 21 April 2013

FM Abjad - Hadiah Kemenangan Amir



Lama dah dapat hadiah ni, mintak maaf sangat² pada tuan penganjur saya tak publish entry kemenangan ni.... padahal saya dah up entry saya menang, cuma lupa nak bagi tahu hadiah dah sampai kat entry.. saya bagi tahu kat fb sahaja.

Sebagai tanda kenang²an buat amir yang pertama kali menang hadiah masa saya join ni... pun suka² sahaja, tak sangka ada rezeki amir http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2013/03/menang-peraduan-sikecikku-comel-manja.html



Terima kasih sangat²... http://sikecikshop.blogspot.com amir suka sangat hadiah ni.. penuh dah peti sejuk rumah kami bahagian bawah letak FM Abjad dan nombor ni hihihihihi ....





Bicara Hati : 

Tak sabar nak tunggu hadiah daripada FM Nad pulak lepas ni.. yeahh... menang lagi.. FM.







Sabtu, 20 April 2013

Rancangan Kegemaran Kembali Lagi






MasterChef Selebriti, tak kisah masterchef mana pun tak selebriti pun saya layan jugak... memang sentiasa panas lah rancangan ni.. paling suka bila tengok mereka deko² masakkan mereka tu... rasa macam sweet sangat, itu yang sebelum² ni lah.. tak tahulah yang ini kan.. sebab tema pun mengerunkan bila dapur panas, watak lain jadi jelas gegegegege.. apakah maksudnya tu....

Kalu dulu AA propa dalam masterchef kali ni sapalah agaknya kan.







Aiskrim Goreng



Orang lain dah berkali² buat, saya baru nak buat.. motifnya aiskrim dalam peti sejuk dah rupa ais batu hahahaha.. sebab ibu dengan amir jer makan, roti pulak dah nak tamat tempoh ni.. dah nak tamat tempoh yer.. belum tamat tempoh lagi hihihihihi ...

Jadi terpikirlah idea nak buat macam ni .... lagipun tak susah nak buatnya... cuma lepas terap roti tu kene simpan kat pembeku dulu dalam 3 jam barulah boleh goreng, tapi saya terlupa.. esoknya nak keluarkan ikan baru teringat kikikikikiki .... nasib baik ingat kalau lupa langsung.. lagi haru...



Hasil 4 ketul jadinya, banyak jugak tau.. ni 2 ketul jer.. tapi saya potong nampak 4 juga hihihihi ...
Amir saya pesan suruh amik gambar ni sebelum dia makan dengan ayahnya, nasib baiklah boleh diharap... nampak jugaklah aiskrim tu walaupun jauh sikit...




Berselera betul, ni suapan terakhir .... siap puji lagi.. sedaplah ibu.. sedaplah... nanti buatlah lagi.. hahahaha .... bila ada roti kita buat lagi eh sayang ...



Baru 2 hari duduk rumah, macam² nak dimasaknya, minggu ni tak pasti lah nak masak apa lagi... idea belum mari .. bahan² ada jer... sebab nak kemas dapur pulak, iyerlah dapur tempat kegemaran tu.. kasi lah mood ceria sikitkan... takmoolah suram² sebab nak bagi air tangan terbaik kat keluarga.




Bicara Hati : Petang² sesuailahkan.. tapi kalau buat masa sarapan apa halnya hahahaha.....







Jumaat, 19 April 2013

Resepi Pizza Homemade Paling Mudah



Akhirnya misi mencari tortilla berjaya juga, patutlah tak jumpa selama ni... tortilla ni kat kawasan roti.. saya pergi cari kat kawasan sejuk beku kawasan capati, roti canai dengan tempat kulit popia memang tak jumpa²lah....

Akhirnya saya jumpa kat care4, itu pun care4 dah bertukar yer.. aeon big kikikikiki ...;p ni nak habiskan stok jugak kot... 5 keping jer dalam tu.. harga lupa lah pulak sebab main amik jer.. terower excited masa jumpa ni sampai tak perasan harganya berapa hubby bayar hahahahaha ..... (^___^)v.

Sebab saya cari benda ni nak buat pizza ranggup super duper sempoi.. lagi sedapp.. ala² macam kat kedai pizza yang popular tu lah... jom saya kongsikan resepinya.. dan jangan tak percaya saya guna pemangang ajaib saja... tak guna owen pun.. ajaib tak?? ajaib tak?? .... sebenarnya guna owen lagi mudah.. tapi saya punya owen tu kan besar.. penuh dapur tau kalau nak keluarkan dari kotak. 


Tortilla segar ... 
Macam² boleh buat tau dengan tortilla ni.. ala² macam wraps jugak.


 Ini semua bahan² yang saya gunakan... mudah jer nak dapatkan kan..
saya guna yang ada dalam kabinet rumah jer... kecuali tortilla tu baru beli... cheese tu pun dah banyak kali guna sepeket tak habis²...

Sos spageti kimball cendawan
Tuna cili ayam brand yang dah siap masak 
Tortilla
Cheese Mozarilla





 Nanas dalam tin kebetulan saya buat air koktel ada lebihan lagi .. 
Yang hitam tu buah zaitun dalam tin yang saya beli dah lama pun tak habis².. sebab jarang guna.





Cara nak masaknya mudah sahaja kalau guna pemangang ajaib macam saya..... saya letakkan tortilla atas pemanggang tu kemudian sapukan sos spageti tu dan tuna cili.. letak nanas dan buah zaitun tadi .. lepas tu saya tutup pemangang tu.. biarkan sekejap dengan api sederhana dalam seminit kemudian barulah taburkan cheese dan tutup semula .. tunggu hingga nampak cheese cair dan garing.. sudah boleh angkat .. sebab pemangang saya kecik saya potong 2 tortilla tu.... senangkan...


Cara nak masak guna owen lagi mudah... letakkan tortilla dalam loyang, kemudian sapukan sos spageti, letak tuna (kalau nak letak bahan lain pun boleh.. tapi saya iu jer yang ada huhuhuhu) kemudian letak nanas dan buah zaitun dan taburkan cheese dan bolehlah bakar... cili bengala saya tak letak sebab takda stok, saya letak bahan yang ada kat rumah saya sahaja.






 Pizza yang dah siap masak.... 
seyes senangkan ...
rugi kalau korang tak cuba tau....
Terliur tak???? sila lap cepat² ok.... super duper senang dan yumii... dan paling saya suka pizza homemade ni ranggup sedappp...... (^__________^)





Ni bakaran yang pertama ... separuh jer dulu saya bakar sebab tak muatkan pemangang tu kalau masukkan sebulat besar tortilla tu. Takda cili bengala pun dah sedappp .... hubby pun kata sedapp.. amir jer kata tak sedapp... amir merajuk sebenarnya , sebab ibu masak pizza ni pedas amir kata... saya pun tak perasan stok yang saya amik tu tuna pedas.. alahai kesian amir nanti ibu buat lagi eh... itulah sebabnya tortilla buat amir merajuk.


Bicara Hati : Selamat Bercuti dihujung minggu, nanti bolehlah kawan² cuba resepi ni hujung minggu .... mesti family sukakan.

Tortilla Buat Amir Merajuk




 Misi mencari tortilla akhirnya BERJAYA 




Amir merajuk?? apa sebabnya??? haihh anak²... ada² sahaja kamukan...


Korang rasa apa sebabnya?? cuba teka, tapi takda hadiah lah.... nanti saya up entry kemudian yer.. apa sebabnya.






Menang Giveaway Hadiah Buku Idaman Saya




Rezeki dalam berblog.. Alhamdulillahh .. tak sangka dengan kemenangan ni... buku idaman saya, memang saya mencari² koleksi buku ni haihh payahnya nak dapat cari kat popular dan MPH tak jumpa² tau...

Rupanya ada rezeki saya dan amir dapat percuma dengan kemengan GA di Blog dialoguda.blogspot.com, terima kasih sangat² pada nora.. buat GA macam ni.. tak sabar nak tunggu buku sampai kat rumah.


Bicara Hati : Kemenangan Ke - 2, selepas FM ABC (Gegegegege.. baru perasan entry ni duduk tepu dalam draft lupa nak publish)






Imej Baru Di Blog



Bosan dengan warna merah, mahukan sesuatu yang ceria.. maklumlah .. mata ni pagi² mesti nak bukak blog .. nak BW kawan² dulu.. walaupun sekejap.

Terjebak dalam dunia blog ni satu keseronokkan yang sukar nak digambarkan, berkenalan mereka yang sangat mesra ... membaca coretan mereka.. mereka satu medium baru yang menyeronokkan, setakat 2 tahun ni belum pernah lagi ada istilah jemu dalam menulis, cuma kadang² kebuntuan idea untuk menyusun ayat, maklumlah kita menulis umpama diari sendiri.. tapi.. bila ada yang sudi baca takut di salah tafsir pula.

Oklah berbalik pada tajuk 'imej baru di blog' cantik tak?? rata² bagi komen terkejut, rata² jugak bagi cantik.. hihihihi.... terima kasih sangat² buat kawan blogger yang sudi editkan blog saya ni.. dan menerima tempahan ni ... tak kesahlah walaupun lambat sikit siapnya, janji memenuhi kehendak saya ... nak harap saya buat sendiri memang takkan menjadilah secantik ini. 


::...KiSaH  HaTi...::
Pembukaan gambar satu²nya putera sulung saya buat masa ni .... sangat gojes anak ibu kan.. kalau suruh possing .... kalah model (sapa lagi nak puji kalau bukan ibu)



Tema ladybird masih dikekalkan .... tergedik² ladybird tu bergerak²kan.. alah lah comeynya.... 
Ladybird takpa .. jangan kumbang, kalau kumbang saya lari dulu kikikiki .. walaupun bukanlah penakut sangat dengan kumbang.. tapi.. tak suka.. tak suka.....



Ruang berborak dan meninggalkan pesan kawan².. silau tak.. kelas.. gitu.. silau mata memandang.



Tandatangan yang simple kan... untuk blog sahaja.... bukan diruang realiti, aja giler haihh ada gambar ladybird kalau alam realiti.. jenuh nak sign kang...



Penutup Tirai Gambar kami sekeluarga, muka² ceria.. dah macam iklan colgate jer dua beranak ni kan...
Asallah putih melepak sangat gambar kita eca edit ni.. realitinya tak putih gebuu macam tu pun hahahahaha ..... (^___^)v  



Watermark baru .. suka²... 


Terima kasih sangat² pada ecadwinkyasha kerana sudi mengubah suai blog saya ni, pertama kali saya order tau dengan eca ni melalui fb Cerita dari Hati sahaja, pung pang.. pung pang.. jugaklah nak edit sana sini kikikikiki ... nasib baiklah eca memahami.. daripada fb ke email, sudahnya fb lebih cepat dan pantas.. menjawab segala pertanyaan kikikikiki ..... 

Warna biru memang kegemaran saya, daripada sekolah rasanya lagi² biru lembut macam ni... kami 3 beranak memang punya citarasa berbeza... walaupun ibu bukanlah terlalu fanatik sangat dengan warna² gemilang atau pelangi... dan semua warna pun ibu suka ja.

Kalau kawan² berminat nak order atau ubah suai blog bolehlah berhubung terus dengan eca, insyaallah akan dilayan penuh mesra oleh eca, sebab ada macam² pakej yang ditawarkan.


Blog : http://www.ecadwinkyasha.com
FB : https://www.facebook.com/ecadwinkyasha


Bicara Hati : Ini kali kedua saya tukar templet kali pertama dulu percuma hihihihihi ....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...