♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 11 Jun 2013

Tumbesaran Hingga 3 Tahun



Muhammad Amir Hazim membawa maksud yang bermakna buat kami, dan kami percaya setiap anak yang dilahirkan dan diberi nama yang mempunyai maksud yang baik.. insyaallah akan menjadi baik seperti maksud namanya...


40 Hari lahir lebih kelahirannya sempat mengada majlis cukup jambul sekali kenduri 100 hari arwah adik


Muhammad = Yang terpuji 
Amir = Putera / Ketua / Pemerintah 
Hazim =  Yang Tegas / Yang Cermat / Yang Bijak



Seawal usia sehari kelahirannya amir anak yang begitu mudah untuk dijaga daripada lahir, dalam pantang dan sehinggalah seusia 6 bulan. Amir jarang meragam ... dalam pantang kalau bangunnya pun hanya untuk menyusu sahaja.... selebihnya amir lebih suka tidur....


 Suka buat muka manja macam ni seawal umur 4 bulan, lepas pandai meniarap ...
puting tak pernah lekang .. huhuhuhuhu ...





Pertama kali naik stroller, muka teruja .. takut pun iyer hahahahaha.....


Bila dah mula mendapat langkah, dah mula pandai berdikari seusia setahun amir dah mula asyik demam, hampir setiap bulan pasti akan ke klinik, salah sendiri hanya 4 bulan pertama amir menyusu sepenuhnya.. yang selebihnya amir lebih gemarkan susu formula anmum yang aku perkenalkan, jadi janganlah merunggut kalau antibodi anak tidak kuat ... (^^,)
Percaya tak amir pandai bercakap dulu sebelum pandai berjalan, amir ni dia kategori tak pandai merangkak .. tapi dia pandai mengesot sahaja.. lepas tu terus berjalan ... dan pandai berjalan dengan beralari terus umur setahun 4 bulan hahahaha .. hebat tak hebatlah.. sebelum tu penakut yaaarrrraaaabbbiiiiii kalau nak berjalan ibu lepaskan tangan dia.

Teruja dapat naik walker, masa ni dah nak dekat setahun kot, tak reti diam .. jadi ibu letaklah dalam ni.. senang sikit ibu nak buat kerja rumah ... hadiah daripada kawan² sekolah hubby .... ini pun habis satu rumah di sondolnya.. memag rumah lapangg jerlah masa tu.



Menginjak ke usia 2 dan 3 tahun amir mula menunjukkan sifat penyayang pada haiwan, amir suka sangat bagi makan kat ayam, suka sangat belai haiwan .. lagi² kucing .. huhuhuhu .. tak takut langsunglah kucing tu cakar atau ayam tu patuk.


Nanti kita sambung lagi eh, up entry tumbesaran amir ... ibu baru jumpe gambar² ni.. jadi ibu kongsikanlah sedikit kat sini buat kenangan dan tatapan amir masa depan .... fuhh ni baru 3 tahun, ada lagi 2 tahun ni... banyak sangat gambar tak tahu nak pilih yang mana.. dan setiap gambar pun punya cerita yang tersendiri...



Bicara Hati : Masa kecik adalah memori yg indah buat kita, tapi gambar saya kecik² tak banyak macam gambar amir ni huhuhuhu ....










Isnin, 10 Jun 2013

Seorang putera yang fanatik pada mainannya


Ok.. kita lupakan tentang entry luahan hati pagi tadi, jangan ikut emosi sangat .. percaya Allah sentiasa berada disisi hambanya, yakin .. yakin.. insyaallah .. Allah akan melindungi hambanya untuk berada di samping mereka yang sentiasa positif diri .. yang sentiasa percaya Allah akan melindunginya, sahabat yang baik dunia akhirat ialah sahabat yang tidak suka bercerita hal sahabat baiknya kepada orang lain ... apatah lagi mengaibkan sahabatnya betul tak?? betulkan.... betulkan .. angguk banyak kali kalau setuju ... 

Ok .. sebenarnya minggu ni saya nak kongsikan kisah putera kesayangan saya ni, sapa lagi putera yang bijak pandai lagi cermat orangnya kalau bukan amir hazim kan, alhamdulillah dah 5 tahun putera ibu ni, tapi manjanya mengalahkan budak setahun.

Fanatiknya putera ibu ni, herooo yang sorang ni kalau di bawak kemana² di dalam kereta sukalah sangat melihatkan lori sampah, lori pasir dan segala mala lori lah... dan fanatiknya jugaklah sampaikan koleksi kat rumah dari yang kecik sampailah yang besar semuanya pun ada.

inilah kerjaannya kalau dikampung bangun seawal pagi tahu ....
janganlah sesekali dilarang selagi dia belum puas main, walau nyamuk sudah hinggap penuh dimuka dan peha.. sudah tergaru² disana sini .. dia masih lagi leka bermain .. siap bersama bunyi mulut.




Betapa tingginya imaginasi seorang anak .. amir akan memyangkan macam inilah kerjaannya, macamlah dia berjalan. dan kalau menonton ke youtube ini jugaklah yang dicarinya.



Puas sudah kadang² ibu merang, tapi itu jugaklah yang disukakannya, puas sudah koleksi yang ada berderaian tapi ayahnya tak pernah melarang untuk membelikan haihh.. anak²....

Anak lelaki korang fanatik tak macam ni??? memang anak lelaki kegemaran maianannya begini bukan, jadi janganlah nak menyekat perkembangan dirinya.. biarlah dia terokai apa yang disukakannya kita pantau jerlah daripada jauh ... selagi bukan yang tidak² dibuatnya.




Bicara Hati : Esok kita up story tumbesaran amir yer.. sepanjang 5 tahun.










Dekat Tapi Jauh





Kalau ikutkan minggu ni nak up entry gembira² sahaja , tapi .. lumrah hidup .. apa yang kita rancang tak semestinya akan menjadi kenyataan ... Tak pasal 2 hari cuti dimulakan dengan entry macam ni.

Maaf buat teman² blogger dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi komen di blog saya selama ini, kata² di atas sebenarnya membawa maksud yang mendalam buat saya untuk hari ini... bukan saya tujukan pada kawan blog tau jangan salah paham pulak, ini cuma luahan hati saya sahaja. Kalau korang tak berminat nak baca ... jangan habiskan baca ... cepat² klik X.

Dekat tapi jauh , mungkin perkenalan kita bukanlah terlalu lama .. tapi mengapa kata² kamu itu sudah kamu ulangi lebih daripada 2 kali, adakah kamu .. memang masih tidak berpuashati dengan apa yang telah berlaku .. adakah aku ini memang kelihatan lebih di mata kamu ... atau apakah?? maksud tersirat dihati kamu....

Apa sebenarnya yang terbuku dihatimu ... 


Aku mungkin masih banyak silapnya .. solat 5 waktu sudah lakukan dengan lengkap dan memperolehi rezeki yang berkat sudah mencukupi buat diriku, aku jarang nak meminta², jauh sekali mengungkit² atau membesar²kan sesuatu isu kepada orang sekeliling. Yupss... aku bukan seperti kamu yang rajin solat sunat .. itu aku akui .. itu akuiii yaaaa alllahhhhhh kuatkan semangatku untuk menulis dan meluahkan lagi kisah hati ini.

Sikap semulajadiku, dan jujurnya diriku seorang yang perahsia ... sedari kecik, tapi .. tapiii ... sejak berkahwin aku jarang berahsia .. banyakku kongsikan dengan housemate ku selagi aku rasa iyanya perlu dikongsikan, Walaupun kami jarang berkongsikan kisah kerja atau apa jua yang berlaku ditepat kerja .. kerana padaku dirumah adalah masa untuk keluarga .. masa untuk mesra² gitu hahaha ..;p
Aku rasa aku tak mampu nak luahkan lagi ... ya allah kuatkanlah semangatku ....

Ahad, 9 Jun 2013

Ulangtahun ke 5 Buat Putera Masya



Satu berita yang cukup mengembirakan bila dikabarkan mengandung, rasanya semua orang yang pernah merasai .. pasti akan gembira pada saat itu.

Hari ini pada tarikh ini 5 tahun lalu 09.06.2008 aku bergelar seorang ibu pada 4.50 petang macam tu, hari isnin .... hubby kata .. napalah amir tak keluar pukul 5.00 kan dah lepas waktu pejabat.. jadi waktu cuti hubby bolehlah bermula selasa.... kuasa Allah jangan nak menidakkan yer... piat ayah baru tahu ...

Dalam entry kali ni aku kongsikan gambar² indah saat² melalui waktu itu .. bukan gambar bersalin yer.. jangan salah paham pulak .. bersalin hospital kerajaan hubby pun tak boleh masuk lagi² operation kan (tak pernah lagi kongsikan kisah kenapa kene operationkan.. nanti kita pikir yer.. nak mula macam mana)


Satu² gambar dah sarat sangat ni baru keluar hospital dah 9 bulan tunggu hari jer nak bersalin, masa ni singgah jusco nak makan sizling.. tembamkan aku?? berat masa ni 64kg fuhhhhhhh .... hebat tak hebatlah ... dah nak sama besar dengan hubby kakakaka ...





Alhamdulillah ... amir selamat dilahirkan ...
Hari isnin
Berat baby 3.1++kg
Masa 4.50 petang
Kaedah bersalin pembedahan



Dannn .. hubby kata sambut bestday amir besar² selang setahun, maksudnya kali pertama sambut besar, tahun kedua kami bertiga, kali ketiga sambut besar, kali ke empat macam biasa kami beriga .. macam tu lah... takmoo membazir sambut setiap tahun, yang penting saling mengingati...




Pertama kali sambut hari lahir amir ... 
Amir dah setahun masa ni .. tapi tak pandai jalan sangat, baru belajar berjalan ... sikit²...




Tahun kedua kami bawak amir pergi mandi manda kat wetworld sahaja....






Kali ketiga kami buat besar sikit, hubby dapat rezeki lebih .. alhamdulillah jemput saudara mara dan rakan² yang terdekat... amir pun teruja sangat .. tapi bila nak tiup lilin moddylah pulak... sebab baru bangun tidur.




Tahun ke empat bawak amir jalan² .. main bowling dan makan² kat kfc sahaja.





Tahun ni, tahun ni.. insyaallah sambut kat sekolah pulak... nanti up story eh kalau jadi ....
Ibu bersyukur dikurniakan anak baik, cerdas dan bijak macam amir, ibu doakan moga amir menjadi anak yang soleh, anak yang baik dan menjadi abang yang baik buat adik-adik insyaallah ... moga amir sentiasa diberi kesihatan yang baik yer.... amin ....




Bicara Hati : entry autopublish, kami sekeluarga pergi konvokesyen hubby kat PWTC.






Sabtu, 8 Jun 2013

Tahniah Buat Adik ipar




Seminggu dah berlalu majlisnya, tapi hilang penat masih belum lagi ... kalau aku yang tolong sikit² pun penat lambat hilang .. apa tah lagilah keluarga mertua tu kan.

Aku tak tahu nak mula daripada mana entry ni, yang pasti kami adik beradik dan ipar duai seminggu pertama cuti persekolah memang dah mula buat sikit².. terutama akak ipar banyak sangatlah dia orang buat .. sampai aku yang penat tengok.

Sebab dah lama tak buat kenduri, memang terasalah kemeriahannya, walaupun cuma saudara mara terdekat sahaja yang dijemput .. maklumlah baru majlis bertunangkan, jomlah layankan gambar² masa majlis tu ... tapi sebab tuan tanah kedaung bizi tak tentu hala masa tu .. jadi tak banyaklah gambar dapat dikongsikan.. tapi cukuplah buat kenangan² kami.


Tahniah buat adik ipar, merangkap kawan baik daripada kecik lagi ...
(banyak yang nak dikongsikan tapi .. belum berkesempatan untuk mengarang .. terutama kenangan naik basikal pergi sekolah kene kejar anjing tu .. haihh tak cukup tanah rasanya nak kayuh basikal)



Anatara barang² daripada pihak perempuan ke pihak lelaki .....
Lebih banyak pada makanan sahaja...



Antara barang hantaran daripada pihak lelaki ..
Pertama kali jumpa hantaran span dibalut beras dalam u .. kat tempa buah tu .. unikkan... lain negeri lainlah adatnya, saya dulu .. bungkus jer... kikikiki ...



Kami² yang memeriahkan pelamin yang indah .. sebagai kenangan ....
Mak yong i'm cute tu ... dah selamat bersalin pun 04.06.2006 nasib baiklah sempat makan lauk kenduri...



Kami berkawan daripada kecik dari kiri alang, aku, fara isteri alang, dan ajaq
belakang tu dah tentulah² bakal pasangan suami isteri .. gambar bakal adik ipar saja ditutup ... dia pemalu hahahaha ... ;p



Tahniah daripada amir buat bik azu, selamat bertunang, selamat menempuh alam baru .. semoga hingga kejinjang pelamin, moga kekal hingga ke syurga ... moga semuanya baik² sahaja .. (^___^)v



Selain daripada sambal goreng jawa menu yang digemari hari tu iyalah ayam goreng berempah .. sempat jugak aku snap gambar ni pada sibuk tolong akak ipar hahahaha ..... beria² betul mereka ni hubby, abang yang sulung dan abang ipar aku yang nombor 3.




Dah lama rumah mak mertua memang takda majlis kenduri kendara kawin ni .. kali terakhir masa aku kawinlah, masa sambut menantu ... tapi majlis bertunang ni kali terakhir masa akak ipar kita yang ketiga kot dah 22 tahun dulu ... aku pun kecik lagi tau.... hihihihihi ... anak akak ipar pun dah besar .. dah boleh kawin 21 tahun tu kikikiki .. tapi tak habis belajar lagi . jangan nak gatal² sangat eh...





Bicara Hati : Sempat buat jeli kelapa malam tu .. hampir 200 bekas, alhamdulillah habis ... sebab cuaca panas sangat siang tu .. makan macam ni .. memang sejuk jerlah tekak.







Jumaat, 7 Jun 2013

Buah Laici




Panas cuaca kat luar sejak akhir² ni ... kalau boleh memang asyikk nak minum air ais jer huhuhuhu ... dan sibujang asal ambil balik taska mesti nak air kotak laici yang sejuk .. kalau belikan yang tak sejuk.. mestilah dia takmooo minum kikikikiki ....

Mana nak cari buah laici freshhh ni, hari tu nampak kat pasar .. tapi masa tu tak berminat pun nak beli .. dah ni tetiba nak makan .. cari tak jumpe² pulak huhuhuhu .. harap hujung minggu ni pergi pasar adalah...




Kelebihan Buah Laici : -

Buah laici dikatakan mempunyai persamaan disegi khasiat dengan buah longan dan buah rambutan.

Buah laici yang berasal dari China ini kaya dengan vitamin c dan potassium.Ia mempunyai kandungan rendah kolestrol,sodium dan lemak.

Buah laici baik untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan.Ia juga kaya dngan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin dimana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 2 unsur yang dipanggil elastin dan kollogen.

Kollogen adalah terdapat dalam kulit dimana ia berperanan menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan. Elastin pula berperanan mengekalkan meneggangkan kulit dan memperlahankan kedutan pada kulit.J

Buah laici baik untuk mencegah kanser payudara,kesihatan akar rambut.




Bicara Hati : Sekarang kalau air laici memang setiasa ada stok kat rumah, tak kiralah air kotak besa atau kecik, sebab amir suka minum.... mak pak pun tumpang sekali.

Jangan Biarkan Hati Hitam



Jangan di biarkan hati hitam, kerana setitik hitam telah wujud makanya ... payah untuk mendapat sinaran semula ....

Jadi sinarilah hati² kita semua dengan ilmu rohani .. ilmu rohani tu lebih pada ilmu dalaman .. dari situlah kita membersihkan jiwa kita.. bukan ilmu batin yer.. piattt kang korang .. kalau dok ingat ilmu batin pulak.

Jadi jomlah di pagi jumaat ini kita ringankan mulut dengan berzikir insyaallah kesan zikir kepada otak manusia ni sangatlah baik ... (^___^)

Hati kita jugak akan tenang kalau selalu mendengarkan alunan² zikir ni .... 











Susu iLHAM untuk amir


Sejak akhir² ni amir dah kurang menyusu, sebab dah semakin membesar agaknya ataupun mungkin amir dah muak, jadinya saya dengan hubby memilih alternatif lain untuk beri amir minum susu.. sebab kalau boleh kami nak bagi amir minum susu sampai umur dia 8 tahun sekurang²nya, walaupun menyusu botol memang payah nak dipisahkan.. tapi kita orang tengah berusaha kearah itu.

Bukan saya tak bagi minum susu yang sebelum ni, saya bagi untuk bekalan ke taska jugak .. tapi susu ilham ni saya bagi amir minum memang kat rumah sahaja, lebih terjamin keselamatannya.. sebab saya takut kalau ke taska ada yang terlangkah pulak susu ni.

Dah lama saya serve susu ni, saya ada 2 pilihan sebenarnya.. tapi hati saya kata kuat suruh mencuba yang ini walaupun mahal sikit berbanding susu yang satu lagi tu ... kalau baik saya akan teruskan...

Saya cuba belikan sekotak 
alhamdulillah .. amir macam suka ...


Saya mungkin tak bagi minum susu ni sekerap mungkin, tapi saya akan pastikan amir minum susu ni setiap pagi sebelum kesekolah... atau bangun tidur sahaja waktu pagi bila amir mintak susu.. saya akan buatkan susu ini, susu baik untuk kanak² .. saya ambil yang 4 tahun keatas harga rm 48.00 yang ini saya beli kat aeon big bukit rimau, sebab susu ni memang tak jual kat pasaran secara meluas hanya pasaraya² tertentu sahaja.

Ok.. susu ni tak boleh dilangkah yer.. sebab dia di bacakan dengan baca surah² tertentu, saya berniat baik untuk menukar susu ni pada anak saya bukan apa .. sejak ketaska ni .. perkembangan pembesaran dia boleh tahan jugak diluar pengawalan saya .. terlalu banyak yang didengari apatah lagi dipelajari sampai adakalanya menguji tahap kesabaran diri ibu .. alhamdulillah hampir sebulan amir minum susu ni .. ada sedikit perubahan, seperti mudah mendengar kata dan arahan saya .. jarang memberontak. Dan yang paling saya suka baru² ni bila rumah mak mertua buat kenduri .. amir rajin menolong sepupu² mengangkat cawan ... kalau dulu .. haihh asyiklah nak berkepit dengan saya dan nak main jer...



Bicara Hati : Kalau anak 2 tahun kebawah bagilah minum susu ibu yer.. yang seelok²nya... Klik kat gambar kalau nak tahu info susu ilham lebih lanjut.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...