♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 5 Ogos 2013

Gelombang Mood Raya Sana Sini



Ramai dah mula bercuti, kat opis ni yang duduk kat kampung jauh² semuanya ramai dah cuti awal²... aku yang kampung dekat ni esok baru mula cuti .. itu pun ada dok perli .. haihh dekat pun nak cuti awal. eh² kemain lagi mulut eh.. bukannya selalu cuti pun .. ni pun cuti 3 hari jer.. taska amir pulak mula cuti esok sampailah selasa depan.. mujurlah tadika cuti ikut jadual sekolah .. jadinya amir ada pilihan nak ketaska atau dirumah dengan ayah.


Sana sini lagu raya sakan berkumandang, kita kat dunia ni memanglah terasa dah kemeriahannya .. tapi yang kat alam lain tu .. masa ni lah paling ditakuti.. moga bila dalam kita bergembira ingatlah insan yang dah tiada ...


Persiapan raya kali ni tidaklah terlalu ghairah, serba serbi sederhana ... baju dah siap (suka² tetiba eh² baju pink, eh² yang ni pun ada bunga pink ... eh² ada peplum) hahaha.. hambikkk... hubby janganlah muncung eh .. nak buat camner... kenelah pasrah isteri ni jiwa muda walaupun dah 3 series .... supriseeeee.... tunggu gambar raya nanti yer... gambar sahaja di warnakan begitu kikikikiki .. ;p


3 pasang, 1 hubby belikan, 1 beli kain dengan kawan² opis kongsi² dan tempah, peplum beli dah siap ... bila amik gambar eh² semua pun ada unsur² warna lebih kurang kikikikiki .. tak rancang pun ...



Amir memang keperluan dia lebih utama, walaupun dia belum mula berpuasa lagi baju memang beli banyaklah lebih 4 helai ... semua pun t-shirt, kemeja dia tak suka .. baju berkolar ada 2 itu pun beli awal² hari tu .. kat klang prade... seluar sedia ada dah ada 2 pasang, baru belikan satu jer.. baju tidur .. 3 pasang semua pun dia pilih madagasca3, pororo dan baju tidur lengan pendek satu... (sakan².. mentang² anak baru sorangkan) .. yang sebenarnya dah jarang belikan amir baju ... selagi muat dan baju kegemaran dia.. dia suka pakai baju yang sama berulang²... cuma tinggal nak belikan dia selipar jer.. kasut dia kurang sikit.. x taulah kot kang dia pilih kasut pulak... jangan nanti menangis-nangis xnak pakai kasut sudah.


Sudah rasmikan baju pororo masa pergi tengok baby hari jumaat hari tu ... sekali berbuka puasa dengan kawan² ibu ...



Keadaan dalam rumah adalah jugak yang bertambah, adalah jugak yang berubah .. cuma langsir .. langsir tahun lepas sebab baru beli tahun lepaskan, tak kan nak tukar setiap tahun pingsan wehhh .... itu pun hubby yang pasangkan kuasa.. nak panjat tinggi² ... perabot??? hik hik hik ... ada berubah jugak .. nak tahu datanglah rumah .. kosa haihh nak tunjuk kat sini .. poyoo jer.... tapi yang paling teruja .. setiap tahun wajib tukar cadar hahahahaha ... senggal, mesti nak beli yang baru .. ntah habit .. tak kisah warna mesti ada unsur hijau sebab itu jer yang sesuai dengan car bilik .. kecuali tahun lepas saja tukar pada warna maroonnnn.... 


Wing .. wing ... tukar cadar jer pun, tilam tak mampu nak tukar .... mahal kemain vono .. emmmm bilalh dapat beli tilam baru .... opsss jangan tenung lelebih kang nak balik awal.



Kereta??? alahamdulillah dah renew roadtax, dah servis ... haruslahkan ... sebab tak pasti lagi jadual perayaan kami ni nak balik johor ke tidak, balik perak ke tidak ... jangan² bapak mertua ajak pergi pahang pulak hahahahaha ... kan .. baik sesiap servis ... tukar 'timing belt' jugak .. betul ngejanya tu .. ntah .. bising sangat kereta tu kalau kita tekan break nak berhenti .. nyaring wehh.. tu tukar ... semua pun bayaran servis hubby setel .. kita part renew roadtax .. sampai mimpi² ishh .. lah... takmmoo hinggat dah pasal mimpi tu.


Dapa sampul duit raya daripada pronton ... terbaikkkkk ...


Oklahh ... banyak lagi nak cerita, dah lengguh pulak nak menaip .. kongsikan itu jerlah cukup .. korang pun mesti penat bacakan ... bye .. tulun... tulun .. nak siapkan kerja, mood dah kelaut.



Bicara Hati : Semalam mak, adik beradikku, mak cik² datang rumah berbuka suprise ... uwarrr sebak kejap .. pandai mak berlakon kan.. kata tak dapat datang buka kat rumah tahun ni huhuhuhu ... ;p






Ahad, 4 Ogos 2013

Agar agar Santan Versi Hijau





Puasa ni macam biasalah mek sebelah, tak puasa pun dia bagi lauk pauk apatah lagi puasakan .. memang lagi meriahlah .. tapi menu² tu pun dah pernah tunjuk kat blog kan.. tak payah tunjuk lagilah .. kang kecur air liur...

Mek bagi agar² santan ni, ya allah memang masa mek bagi ni kebetulan rasa tekak ni macam nak makan sangat agar² macam ni .. mek terima kasih sangat² sebakk kejap.. camner citarasa saya mek boleh tahu ni huhuhuhuhuhu ....

Jangan tak tahu .. sepinggan mek bagi ni .. betul² tingal 2 ketul jer sampai ke sahur tak makan .. sebab dah kekenyangan kalau tak mahu saya habiskan.. (^____^)v

Hari ni mesti dah ramai balik kampungkan ... ke.. esok korang masih kerja (aku ler tu), hari ni ukur shopping kompleks kikikikiki ... ;p







Sabtu, 3 Ogos 2013

Burung Puyuh Goreng Berempah


Asal makan kat kedai jer.. dah macam menu wajib, tak dapat tempeh goreng .. amir mesti nak burung puyuh goreng, selalu goreng kunyit jer pun....

Kali ni sajalah ibu masak kat rumah.. sesaja sesekali tukar selerakan.. goreng burung puyuh berempah .. seyeslah sedappp.... 6 ekor satu pek RM 16.00 bleh tahan jugaklah regenya .. takpalah janji dapat makan, nak cari yang segar kat mana.. tak tahu huhuhuhu .. ni beli kat pasaraya jer...

Bahan² nak mengoreng :

Burung puyuh 3 ekor (lagi 3 ekor simpan)
Jintan manis
Jintan Putih
Ketumbar
Bawang Putih
Serbuk Kunyit
Tepung Gandum/ Tepung Beras
Garam
Air
Minyak nak goreng


Cara nak Buat :

 Jintan manis, jintan putih, ketumbar dan bawang putih basuh bersih dan satukan.. tumbuk dengan lumat .. saya ala² lumat .. tak lumat sangat.





Gaulkan bahan dah tumbuk tadi dengan burung puyuh, tepung gandum/tepung beras pun boleh (campur keduanya pun boleh sikit²) dan kunyit serta masukkan garam sikit.
Bila dah gaul biarkan sekejap ... kemudian panaskan minyak dan goreng.




Hasilnya.. taraaaaaaaaa super duper mengiurkan di makan masa berbuka hihihihihihi ...




Bicara Hati : Tempe pun saya suka goreng versi macam ni .. makan gitu jer, tak pun cicah dengan cili kicap.






Jumaat, 2 Ogos 2013

Bukan Pakar Bidang ini



Pertama kali nak cuba² buat popia nestumkan, jadi keterujaan tu melebihi keingin anak yang nak makan kikikiki ... jadinya kalau korang rasa amir tu jenis teruja tu .. ikut peragai sapa lah tu kan....


Kali pertama goreng popia hambikk kooo dah macam rambut keli².. ada rupa meggi pun iya .. berterabur dalam kuali.. sebab tepung tak melekat lagi rasanya dekat popia tu ... kemain semangat baru gulung dah nak gorenkan.. sebab amir lah teruja sangat nak makan.



Alhamdulillah lepas tu baru okk kikikiki .... tak berterabur dah ... kira pengalamanlah kan, mula² tak menjdai.. tapi sebenarnya menjadi jer... kalau betul caranya...



Tips kawan saya ajar masa gulung tu sapukan tepung gandum sikit².. tepung yang dah bancuh dengan air tu ... kalau nak sapu dengan air pun dia melekat jugak.. dan ranggup... jadi jangan malu bertanya.. kang tak jadi.. lagi naya kan.. dah penat gulung .. terburai...




Bicara Hati : Nampak gayanya lagi sepeket tu mahu ibu buat popia nestum jugak, sebab nak buat popia simpul serunding ikan macam tak sempat jer....








Punah Harapan



Sana sini dok pakat jom lah keluar shopping nak tengahari ni, rehatkan lama ni ... aku?? shopping mana?? ntah nak beli apa???? malas lah .....

Sudahlah sistem kat opis ni buat hal pulak ... laporan tak dapat nak buat, tapi gigih jugaklah nak kene siapkan sebelum cuti raya ni .. insyaallah isnin kerja lagi... malas yang benarnya nak keluar shopping kang yang bukan² dibelinya .. malam ni nak buka puasa rumah kawan pulak (edisi potluck) .. jadi balik mesti nak singgah shopping kan dengan hubby ... penat kaki oooo .. baik simpan tenaga dulu.

Kunun² sementara sistem biol ni, nak transferlah gambar daripada kamera .. sekali adehhh punah harapan, kabel tertinggal kat rumah pulak grrrr sebab cas bateri semalam, tak dapatlah nak draft entry awal².. kalau sempat minggu depan adalah entry autopublish.. sepanjang cuti .. kalau tak sunyilah blog ni .. tanpa entry sepanjang cuti raya nanti (^__^)v


Gambar tiada kaitan saja letak, mek bagi masa puasa ni .. tak tahu apa namanya .. ala² macam bubur .. rasanya yang hijau tu liat² kenyal ... sedapp jugak sebab mek buat tak manis sangat .. amir dengan hubby booo layan .. saya makan sorang tak habis pun...




Ada kawan aku kata dah takda mood nak buat kerja, tapi masalahnya kalau tak buat kerja tu lepas raya kene buat jugakkan .. baik buat sekarang ... sila hilang perasaan tak da mood tu dalam diri huhuhuhuhu .. walaupun aku pun sebenarnya tak da mood jugak dah nak buat kerja .. gigi sakit ... grrrrrr ....




Bicara Hati : Tak sabar nak jumpa kawan² petang, nak buka puasa sama² .. macam² lah nak cerita lama tak jumpe harap hubby oklah .. semalam dia macam tak berapa nak sihat huhuhuhuhu ... macam nak demam katanya, dah mula selsema.






Biskut Coklat Apollo Wajib Beli Untuk Raya



Dalam banyak² biskut kegemaran amir, yang satu ni mesti tak ketinggalan dah jadi macam wajib beli daripada umur dia 3 tahun lagi .. asal pergi kedai kerepek kat banting mesti wajib beli, kadang sampai ibu takut kot²lah takda stok masa kita orang datang tu.


Coklat apollo biskut bentuk gajus.
Harga kat sini murah RM 7.90 ... tapi kalau kat luar paling murah RM 10.00 kalau tak silap ramai yang jual RM 12.00 hinggit.



Dalam dia macam ni .. sebekas ni selalu daripada beli sampai ke raya lah jawabnya memang amir sorang akan makan, kadang² tu.. saya join ... sebab dalam coklat ni ada biskut sedappp... tak muak ...



Dan gara² biskut ni ibu terlupa amik masa beli kerepk hari tu .. tak pasal².. ibu kene beratur balik tau ... amik biskut ni .. sebenarnya dah nak amik masa tawaf cari kerepek tu .. habis dah ramai sangat orangkan ... ibu dah pusing amik kerepk penuh kat tangan ibu lupa.. pusing lagi lupa.. sampai kat kaunter nak bayar amir yang tegur .. ibu .. kan amir nak coklat tu tadi ... tak menyampai hati ibu nak kata ala.. beli lain kali, walaupun ramai orang .. ibu beratur jugak lagi beli 3 pek tau ... amir dengan hubby dah tunggu ka kereta dah.




Bicara Hati : Jangan amir suruh ibu buat biskut gini sudah, pingsan awal²...





Resepi Popia Nestum Rangup Dan Sedap




Masya buat biskut, apa biar betul????? hahahahaha .. iyerler kan nak berjimat .. lagipun bukan sapa nak makan pun.. kat rumah tu pun .. tak ramai tetamu yang datang.. nanti kami jugaklah yang habiskan hihihihihi .... (^___^) Jadi korang janganlah gelak kuat sangat baca saya buat kuih ni, popia nestum jer pun .. huhuhuhuhu .....


Jom buat popia nestum, super duper senang ok ... jangan nak kata susah .. orang yang malas jer .. cakap macam tu, tahun ni teruja sikit sebab amir sibuk nak tolong buat hihihi.... dan pandai komen kalah masterchef okkk .. permintaan kemain lagi .. tapi jangan yang tidaklah² amir .. ibu tak reti sangat.




Popiah Nestum Rangup




Bahan:





Kulit popiah (1 paket yg ada 50 keping tu)







Tepung gandum*
Air *





Nestum 3 in 1 (blend sampai halus, tapi saya pakai nestum jer dah itu jer yang ada kat rumah)
Minyak utk menggoreng










Cara:




Satukan bahan yg bertanda * bagi dia jadi mcm gam, jgn likat sangat.. utk lekatkan kulit popiah ja. Ketepikan. Gulung kulit popiah.. jgn gulung padat sangat .. nanti goreng dia jadi padat & keras.. gulung tu longgar2 sket tau. 



Guna bancuhan tepung tadi utk lekatkan kulit popiah. Sapu sikit ja kat bahagian hujung kulit popiah. Jgn tindih2 kulit popiah yg digulung tu..




Lepas tu gunting serong popiah yg dah digulung tadi. Gunting serong dia jadi cantik..kembang ja bila digoreng.. nampak layer2. Lepas habis gunting.. goreng dia dlm minyak panas.. minyak kena banyak.







Bila minyak dah tos agak sejuk bolehlah gaul dengan nestum







Anak ibu yang sanga²lah rajin nak menolong.







Satu balang untuk mak, satu balang yang kecik untuk saya ... saja tinggal sikit untuk rumah, sekali amir sukalah ... tinggal suku dah nak habis di hadap amir sambil layan kartun.





Tips kalau nak lagi sedap campurkan nestum dengan horliks masa blander, saya takda horliks dah habis .. saya guna nestum jer.. tu pun amir dok puji² sedapplah ... ibu .. sedaplah ibu ... kembang kempis ibu di buatnya .. memang pandai betul amir nak amik hai ibukan.





Bicara Hati : Malam ni kene gigih siapkan kompleks madu pulak .. amir dah asyik menanya jer .. selagi tak buat, selagi itulah di tuntutnya .. tapi ibu suka .. sebab dia suruh buat .. dia pun teruja nak tolong.















Khamis, 1 Ogos 2013

Ayam Ala Kenny Rogers Dan Tom Yam Sayur



Hujung minggu baru² ni hari ahad mak mertua nak buka kat rumah.. dah khamis .. ko tak sudah² dengan entry hujung minggu lagi eh masya hihihihihi .. jangan mara .. baru sempat update nak buat achanerkan ... 

Bila mak mertua kata nak buka rumah, saya ni mulalah mengelupur tak tentu pasal hihihihi ... pikir nak masak apa ni, jemu dah nasi ayam, jemu dah goreng² ... yang tak jemu tom yam hihihihihi .. jadi sebagai tuan rumah .. yang datang tu pasrah jerlah yer.. menu yang tuan rumah sediakan .. tak masak banyak menu pun sebab tahu nanti mesti mak mertua dengan ipar bawak lauk jugakkan .. atau juadah baazar ... jadinya saya masak tom yam sayur, ayam ala² kenny rogers dan tempe goreng jejari (tak snap pulak yang ni .. tak dan)



Tak dapat bawak mak makan kenny rogers .. dapat masak ayam ala² kenny rogers pun jadilah mak, suka betul mak .. akak ipar pulak masak siakap 3 rasa... bertambah² mak meratah ....



Tom yam sayur campur, masak koboi jer.. alhamdulillah bapak mertua suka.. bertambah² bapak mertua makan dengan ipar duai ... bukan sebab sedapp pun .. sebab memasing lapar .. makan berkuah macam ni sedapp ....



Ini  jerlah yang sempat di ambil gambar, macam biasalah tuan rumah bz bz tak sempat nak amik gambar ramai² tengah makan .. penuh rumah tau ... insyaallah tahun depan kita buka puasa kat rumah baru yer mak (^____^) amin .. moga dimurahkan rezeki kami .. berkat doa ibu bapa dan mertua ...




Bicara Hati : Tahun ni mak dan family saya tak dapat berbuka kat rumah saya, takpalah mak kita orang kan balik kampung buka sama² oklah tu.. sama jer....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...