Sebab malam raya tak dapat join kat rumah mertua, jadi malam raya kedua lepas baraan petang tu siap.. rumah mak dah siap berkemas.. saya pun pergilah rumah mertua pulak ... tapi tak dapatlah tidur malam tu kat rumah mertua huhuhuhuhu .. amir nak tidur rumah embah dia jugak, cucu kesayangan embah betul ni.
Malam kedua tu semua ipar duai tidur rumah mak mertua, sebab esoknya nak join baraan orang lelaki.... takpalah ada hikmah jugak kami tak tidur situ .. nanti berasak² amir jugak yang tak selesa huhuhuhu ...... jadinya malam tu amir main bunga amir dan tengok sepupu² main mercun jerlah kat rumah mertua.... sekejap jer pun, bila nampak ibu bukak laptop update blog.. terus dia pun sibuk nak guna jugak.
Bebudak sibuk main bunga api, cucu mertua semuanya baru 10 orang sahaja .. amir yang ke 10 huhuhuhuhu .... kira meiahlah jugak yang kecik² ada 3 orangkan .. yang lain dah sekolah menengah dan sambung belajar kat IPT.
Nampak tak amir anak bertuah tu ... orang lain sibuk borak, sibuk main bunga api .... Dia sibuk nak layankan you tube Sabooo jelah........ yang sebenarnya dia penat pun iyer jugak, nak tidur tu ...
Petang habis join baraan tu sempatlah pergi rumah abang ipar dan rumah sedara hubby yang dekat², Sampai pukul 11 lebih jugaklah melayan berborak ni, walaupun badan penat seharian dah jin baraankan .... mujurlah amir sempat tidur siang tu, jadinya waktu tidur dia takdalah tejejas.. kalau tak mahu pukul 8 dah tidur.
Bicara Hati : Begitulah gaya orang kampung dekat ni, dua² hati orang tua pun kene jaga tau .. sapa kata senang huhuhuhuhu ..... cuma kami ni suami isteri jenis tak berkira jer .. pandailah²kan nak seimbangkan dan adil.