♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 23 Mei 2013

Buku Cerita Para Rasul



Hari ni kalau ikutkan hari ke empat amir periksa, alhamdulillah .. cikgu bagi tahu mula² jer amir macam blur .. masuk hari kedua dan ketiga semalam .. amir dah okkk ... amir tak biasa tu dia macam blurr sikit bila kene menulis tanpa meniru kawan² agaknya... periksa kan tak boleh meniru.

Sekarang, sejak dua menjak ni.. nak tidur mesti amir suruh bacakan buku cerita .. paling dia suka buku nabi yusuf, tak sudah² dia kata nabi yusuf tu hensem dan baik hati. Setakat ni amir ada 2 koleksi buku nabi, nabi yusuf dan nabi ayub.

Kali ni saya belikan buku baru .. buku nabi sulaiman pulak, teruja jugak dia dengar .. saya belikan masa balik kerja terus singgah kedai.. saya saja bua suprise kat amir .. amir teruja .. nak baca.. terkial² lagi .. tapi dah boleh bunyikan.. oklah tu..


Nabi sulaiman dan Ratu Balqis




Belakang buku tu ada nama² nabi, jadi mudahlah kalau amir menghafal saya tengok.. sebab amir suka sangat hafal lagu² nabi dan rasul ni...



Bicara Hati : Saya beli ikut kemampuan saya jer.. saya beli satu, satu.. dah habis baca.. saya beli lain.. kadang².. dah habis baca pun amir tak tidur lagi hahahaha .. sebab buku ni tak tebal mana pun.








Rabu, 22 Mei 2013

Tiba² tekak teringin nak makan kuih ni




Alahai petang yang panas, bukan panas diluar sahaja.. menjangkau kedalam opis ni hah... kan seronok macam ni .. kalau dapat menjamah kuih tepung gomak ..(gambar ihsan google) mana nak mencari ni huhuhuhu ....

Dulu kat opis selalu order kuih ni kalau ada mesyuarat pagi, sedappnya.. tiba² teringin pulak petang² ni .. bukan mengidam apa pun.. cuma teringin nak makan jer.. lama dah tak makan.














Elakkan Diri Daripada Berperasaan Begini





Apa agaknya kucing tu pikir yer ... 





Rindu Suasana Ombak Pantai



Gambar kat fb Diana Amir ni betul² buat saya tersentuh, rindunya nak merasa saat² macam ni .. dapat berehat².. depan pantai .. tak dapat mandi manda.. dapat duduk di batu dan menghayati saat² keindahan alam pun sudah mencukupi .. rindunya ... rindunya.... saya mahu bercuti .... tolongggg .. tapi cuti sekolah jadual hubby penuh huhuhuhu ....





Bicara Hati : Nak cuti sekolah ni.. keywords percutian pun banyak yang cari yer..














Buku Yang Mahu Dicari




Fiesta buku dah lama berlalu .. awal bulan hari tu, belum suarakan rasa hati mahu pergi .. aku sudah tahu jawapan hubby .. (pepandai aku buat andaian kan...) sebab aku tahu hubby tak biasa jalan hala kesana .. jadi tak mahu lah aku menyusahkan atau meminta².. yang tidak² ... jadi sudahnya hasrat itu kupendamkan sahaja.


Buku yang mahu dicari bulan ini, dengan erti kata lain .. mahu mengisi masa lapang buat diri .. setakat ni dah berkenan 3 buku .. dan termasuk 2 buku yang sedia ada sedang dibaca. Saya tak berapa nak minat sangat melayan main² game kat pc atau hp ni .. lagi² hp pun tak canggihkan.. tak boleh nak bela 'pou' bagai hik.. hik.. hik... jadi marilah kita membaca.. membaca boleh tambah ilmukan...



Tuhan Aku Kembali
Dah baca reviewnya macam menarik .. sebab tu lah nak cari, harap² adalah jual kat popular ...


Kalau tak silap novel ni telah di dramakan.. dan dramanya sedang ditayangkan...
Oleh kerana selalu sangat berebut remot dengan amir, telayan primadona lah.. (yang sebenarnya selalu lupa siaran dia hari jumaat.. sejak dah banyak urat putus ni .. makin cepat lupanya) cadang nak beli buku ni jugak.. walaupun orang kata cerita kat tv dengan novel banyak tak sama .. beza 70% .. tapi takpalah.. dah memang yang drama kat tv pun tak sempat nak tengoknya.


Teduhan Kasih
Yang ini pun telah di dramakan.. dan dramanya pun sedang ditayangkan kat tv3 slot akasia, dah baca review jalan ceritanya .. macam menarik ... tak sabar nak beli jugak, fuhh .. harap dapat beli ... nak tunggu drama habis memang berjanggut belum tentu lagi dapat tengok sepenuhnya.. jadi marilah layan novel.


Orang kata kalau baca novel yang di dramakan.. mesti terbayang² muka pelakon yang sedang berlakon bila baca buku .. jadi bacalah buku novel .. tak payah tengok tv kalau takmoo terbayang² hahahahaha ..... sukati jerkan (nak sedapkan hati sendiri)


Bicara Hati : Reward buat diri untuk bulan ni ... mahu beli novel, dan tengah pikir nak beli online atau ke kedai buku hihihihi (^_^)v

Selasa, 21 Mei 2013

Hikmah Disebalik Kelahiran Anak Adik


Kronologi mula² adik kene masuk hospital, bila doktor sahkan baby dia .. dah cukup 38 minggu.. lagipun adik saya ada masalah sikit kandungan dia ... doa buat kandungan adik saya, walaupun sebenarnya kandungan adik saya sebenarnya di paksa untuk keluar.. iaitu dengan memasukkan ubat dibahagian bawah tettt tu.. untuk membuka laluan dan jalan alur baby keluar.


Adik masuk hospital 15 mac 2013, lepas doktor cek kandungan .. memang dah 38 minggu, tapi doktor masukkan ubat pada hari jumaat, ubat yang pertama... haihh dalam sedar tanpa sakit .. tok sah bayanglah macam mana rasanya eh.. nanti korang baca ngeri ... adik kita cerita muka selamba jer.. sebab dah alamikan.. kita yang dengar ni yang ngeri gegegegege ..... 

Masuk ubat kedua pagi sabtu .. baru bukak 3cm doktor kata, pada² sakit sempat lagi adik sms, tapi kita dah  takmoo kacau dia dah .. kita sms dengan adik ipar jer.. apa² hal semua sms adik ipar, kesian jugak adik ipar tidur dalam kereta.. memang dugaan mereka betul nak menantikan saat melahirkan baby... (hospital kerajaan mana boleh masuk sukati jer nak tengok isterikan.. kenelah tunggu waktu melawat) kesian kat adik ipar .. sebab mak adik ipar pun tak sihat kat rumah.. jiran² mintak tolong jagakan... sebab adik ipar anak tunggal.

Alhamdulillah .. akhirnya anak buah saya yang pertama selamat lahir, kira yang ni sebelah saya tau.. sebelah hubby masuk amir dah 10 orang cucu .. belah saya baru 2 orang ni jer... insyaallah ada rezeki tambah lagi .. bagi meriah rumah mak.


Akhirnya baby lelaki selamat lahir pada 19.05.2013 (sama dengan hari lahir ayahnya... ada hikmah jugak tu.. patutlah kamu tak mahu keluar yer.. takut dengan ayah)
Berat baby : 3.4kg (fuhh kalah amir)




Setelah mengharungi kepayahan, akhirnya adik saya terpaksa di bedah untuk bersalin, bukaan di laluan baby hanya 7cm .. doktor tak mahu tanggung risiko .. setelah adik sakit lebih daripada 18jam, mohon kebenaran .. di bedah pada pukul 2.30pagi 19.05.2013. Bila di bedah .. baby memang nurse yang akan jaga dahulu .. baby adik pulak diasingkan dikawasan khas.. sebab adik saya ada kencing manis, jadi baby lahir jer.. terus masuk bilik khas.. tak jumpa adik pun... mengigil juga adik operate pagi tu ... apapun ... semuanya dah selamat, tengok adik saya pun ok... moga semuanya pun akan ok.. Adik pun dah selamat balik rumah mak petang tadi.






Mata sepet habis, memang cucu jawa ni ... 
Nama baby yang bam bam ni .. Muhammad Azfar Rizqi


Bicara Hati : Panas siang tadi .. sejuknya malam ni ... jom tidur awal hahahaha .... ;p



Menu Yang Pahit Itulah Ubat Kesihatan



Walaupun hubby dah belikan buku 1 hari 1 resepi, kepala ni masih lah dok buntu memikirkan menu apalah nak masak.. balik nanti .. apalah lauk nak beli ni ... walaupun stok dalam peti sejuk memang sentiasa ada hihihihihihi ... biasalah kan idea selalunya last minit barulah datang hahahaha ... nasib baiklah hubby tu jenis tak berkisah.. makan jer.. apa yang isteri sendiakan ni.


Lama rasanya tak masak peria yang besar² tu .. hari tu goreng peria katak pun untuk adik, kalau tak memang dah lama betul tak masak.. bukan apa.. takut hubby tak makan jer... jadi dapatlah idea brillion macam kat bawah ni ... hihihihihi .... barulah hubby berselera makan ... siap bertambah².. tapi takmoo pulak puji kata sedapp... tapi kalau dah makan bertambah .. habis semangkuk ni .. apa kes .... kes memang boleh masak lagi lah ni... lain kali.... sedappkan.. sedappkan...


 Peria tumis udang dan cendawan butang




Selalunya saya masak tumis dengan telur hancur jer dalam ni, pedas² sikit... tapi kali ni saya ubah sikit .. nak umpan hubby makan kan... Resepinya sempoi jer... saya tumbukkan cili padi,bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.. sampai lumat... lepas tu saya masakkan tumis dia dengan minyak sikit... masukkan udang yang dah siap² bersiang, agak² suku masak.. masukkanlah peria dan cendawan... kuah sikit jer... dan masukkan garam serta gula ... ikut citarasa masing².... makan dengan nasi panas dan telur dadar memang sedapplah...





Amir anak yang bertuah itu haihh.... jangan haraplah nak makan menu lain, ini jerlah yang dimintaknya sekarang.. hampir setiap hari tau .... telur sepapan tu tak sampai sebulan tahannya dah habis di goreng pagi, petang, siang malam .. tak goreng .. rebus ½ masak... kalau dah jemu nanti .. barulah dia mintak menu lain... amir memang macam tu.. kegemarannya bermusim.


Bicara Hati : Takda mood nak keluar, takda mood nak makan ... mood asyik nak tidur jer.. apa kes lah mata ni haih.... 




Kad Ucapan Untuk Cikgu Daripada Amir



Dalam entry teruja dapat crayon saya ada bagi tahu, saya nak up entry yang seterusnyakan.. sorry lambat up sebab.. sebab gambar yang buat ibu nak berubah jadi hulk tu ntah mana hilangnya daripada kamera ibu, takpa .. nanti ibu amik gambar lagi ibu tunjuk eh...

Apapun ibu terharu bila amir bagi tahu, ibu ... nanti hari guru amir nak buat kad untuk cikgu ain. Pada hal dia tak tahu pun bila hari gurunya, sebab ayah dia pun dok kata .. amir.. amir tak nak bagi cikgu hadiah ker??? amir macam blurr jer tak paham lagi .. jadi ibu dan ayah dia lah yang teruja.... kita orang teruja nak belikan hadiah jer.. tak sangka pulak amir dapat idea nak buat kad, super duber.. ensem good boy lah anak ibu ni... idea brillion kan.. kan... dan satu²nya kad yang terhasil, iyer satu²nya sahaja.. kata amir untuk cikge kelas dia.. kelassssssss cikgu tau .. dapat kad daripada amir ni.


Pertama kali amir tulis depan ibu ... Kad ni,
Berulang kali dia tanya, dia eja, siap nak tukar warna pensil crayon.. teruja sangatlah katanya... 
nasib baiklah tak tukar² kertas.. sehelai ni jer... saya pulak bagilah semangat kat dia.. nak menyiapkan kad ni



SELAMAT HARI GURU






Dalam tu .. amir tulis
SAYANG CIKGU AIN
DRPD AMIR


itu pun dia sebut nak tulis apa.. saya bagi idea.. dia tak berkenan, dia kata nak tulis sayang cikgu ibu .. macam mana nak eja ni... sebab amir baru belaja takat 2 suku huruf jer.. macam 'ba' 'ca' 'ka' 'ku' tapi .. tak sampai 'yang' 'yong' 'kang' lagi .. dia confuse nak mengeja jadi .. saya bantulah ... bila siap suka betul dia.. sampai kan tak menyabar².. kad ni dah selamat pun dia bagi kat cikgu dia.. masa hari guru 16.05.2013 hari tu... padahal sambutan hari guru kat tadika amir hari nini, hari selasa 21.05.2013.

Teruja saya tengok amir buat tau, hubby lagi jeles.. sebab dia pun tak dapat kad ucapan hari guru daripada amir kikikikiki ...;p



Bicara Hati : Balik petang tu cikgu ain cerita lah kat saya, kemain cikgu tu pun ower sukahatinya hihihihihi .. tak sangka dia kata amir nak bagi dia kad hari guru lepas makan tenghari...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...