♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 22 Jun 2013

Panorama Hujung Minggu Tanpa Arah Tuju



Bila hujung minggu kami tanpa arah tuju, pagi hubby kene pergi sekolah .. jadi macam biasalah kerja² rumah ibu kene siapkan... walaupun dah siap berkemas.. masih ada sahaja yang mahu dikemas.... kadang naik heran ... tak habis² hihihihihi ....

Sudah kemas, sudah makan , sudah tidur , sudah layan game berpuluh kali di tab, sudah jemu menonton dan melayan kartun berulangkali di tv .. maka mulalah anak bujang akan suarakan hatinya ... mahu keluar ... mahu naik kereta, mahu ronda² .. mahu tengok layang²... 

Minggu lepas jerebu tidaklah seteruk minggu ni .. jadi kami dapatlah pergi jalan².. lepas highway SKVE jer pun hihihihi .. hubby parking kat tepi hentian tol tu ... maka mulalah aksi possing²... spontan.


 Kebetulan ramai jugak yang singgah, ada kapal terbang lalu ... sukalah amir, tapi dia nak jugak tengok layang² .. kat sini mana ada.. kat dalam taman² tu adalah .. tak tahulah taman apa.. tapi kami pernahlah jugakkkk lalu kat situ... memang ramai orang main layang².. ada orang jual layang² jugak.. tapi .. ntah hari tu lalu takda pulak.. dah pindah tempat lain agaknya.





Sila jangan muntah hijau .. amir ambilkan gambar kami berdua hihihihihi .... 



Kat sini pun kita orang nak possing, dapat keluar rumah jadilah .... seronok dibuatnya, balik singgah giant baru kat sg. manggis (iyer ker.. sg. manggis).. iyer kot.. jalan yang menghala ke pekan banting tu.

Nanti sambung cerita makan² kat sana ... chicken chop dia sedapp jugak.





Bicara Hati : Hujung minggu kali ni kene balik kampung, ada doa selama sikit kat rumah mertua.. adik beradik jer pun....









Jumaat, 21 Jun 2013

Hari Floria Di Putrajaya 2013






Wahh besnya dia datang lagi .. dia datang lagi ... wahhh terujanya ..... kali ni tema bunga orkidlah pulak , mesti bestkan.. alahai.. ntah sempat pergi ntah tidak ni... tahun lepas langsung tak dapat pergi, dah lama tak pergi kali terakhir masa mair 2 tahun kot .. itu pun pergi dengan kawan².. balik kenduri kawin.

Tarikh bermula : 22.06.2013 - 30.06.2013
Tempat : Presint 2, Putrajaya




Bicara Hati : Jom layan Raja alawak dulu hihihihi ...






















Kebakaran di sana sini



Allahuakbar .. mengucap panjang dibuatnya pagi tadi .. jalan nak keluar rumah daripada sijangkang ke johan setia tu .. memang putih habis.. ramai pasang lampu.. tak nampak jalan huhuhuhuhu .... jerebu makin teruk, sudahlah beberapa hari ni tak hujan².. memang bahangnya terasa.


Ini kejadian pagi tadi yang sempat saya rakamkan, ini pun sebab berhenti kat trafiic light ... geleng kepala dibuatnya, manalah hilangnya rasa tangungjawab terhadap alam sekitar ... kalau kebakaran ni makin berleluasa nampaknya ... makin bertambah teruklah jerebu.


Gambar kebakaran makin teruklah jerebu di tempat saya .....





Pagi ni amir dah moody takmoo pergi tadika, dia tak sihat .. dia ngadu nak duduk kat taska sahaja sakit tekak.... pujuk².. alhamdulillah ok.. jangan kata amir, ibu sendiri pun tak selesa sekarang ni .. iyerlah keluar rumah awal pagi ditambah cuaca macam ni badan pun lesu dibuatnya.. kalau boleh macam nak baring sahaja.






Sedikit Tips masa Jerebu ni .. harap membantu sangat :- 

  • Kurangkan aktiviti luar
  • Jangan Merokok/ Jangan membakar sampah sesukahati
  • Banyakkan minum air masak
  • Membasuh tangan dan muka lepas keluar dari rumah
  • Pergi klinik kalau demam teruk
  • Pastikan persekitaran rumah bersih 
  • Pakai penutup hidung keluar rumah, itu langkah selamat juga.







Bicara Hati : Bila nak ada hujan tiruan ni... 





Doa Pada Allah , Mengadu Pada Yang Maha Kuasa









Bicara Hati : Manusia mungkin boleh mendengar, boleh melihat .... tapi bolehkah dipercayai.... Berdoalah mohon pada yang maha esa, kerana dia maha mendengar, maha melihat dan mengetahui apa yang terbaik buat diri kita dan maha mengetahui yang akan berlaku dimasa hadapan pada diri kita, menangislah dihadapannya... sesungguhnya jika kita ikhlas.. allah pasti makbulkan ... bila masanya akan tiba.. redhalah pada ketentuannya.



Jangan cari redha manusia hingga Allah murka, carilah keredhaan Allah .. walaupun manusia murka 
(^___^)v

Khamis, 20 Jun 2013

Sensetif dan Peka Persekitaran



Allahuakbar cuaca jerebu kat kawasan rumah ni nampaknya makin teruk tadi tengok berita pun.. ada pulak yang membakar kawasan ni haihh.. tak cukup-cukup dengan negara jiran membakor... ditambah pulak yang membakoo kat sini.... terbakoo pulak hati dibuatnya.

Dah malam hari ni tekak pun semacam jer dah, terasa peritnya.. kering.. amir pun dah mula ngadu .. sakit tekak.. nampak bibir dia kering ... ibu dah mula sakit-sakit badan.

Tak kala azan maghrib berkumandang tadi, amir dengan muka prihatinnya tanya.. ibu tak sihat ker?? napa macam sakit.. alahai anak bertuah ni .. nampak jer kamu perubahan ibu kan... dan tagan-tangan manja itu menumpuk-numbuk lembut kat badan belakang.. lega rasanya hilang sikit rasa sakit.

Amir dari kecik dia memang berjiwa sensetif, nampak garang .. cuba tinggikan suara tegur dia.. mahula tangisan dia setaman dengar .... kalau anak dara sebab tu ibu kata dia sensetif dan peka persekitaran. belum lagi tiba hubby tengah tengok tv dan dapat sms.. bila hubby tukar seluar jer.. mesti amir yang sibuk tanya dulu.. ayah nak pergi mana.. kadang-kadang amir siap pesan.. jangan balik lambat yer... untung-untung hubby belikan kit kat.. tapi kalau 2 jam hubby keluar tak balik-balik mahulah asyik tanya bila hubby nak baik ni.. amir nak tidur.. walhal nak tidur ibu yang buatkan susu.. ibu yang peluk.. haihhhh.. mungkin pada amir bila hubby dah balik tu dia senang hati. itu jer pun.

Menu malam ni pun asam bendi rebus koboi jer.. dengan telur dadar... dah licin itu maknya okllahhh tu.... tak laratlah nak memasak rasanya, apatah lagi berdiri lama-lama... tapi mengadap laptop ni larat pulak kikikikikiki ...;p




Bicara Hati : 2 beranak dah selamat berdengkur hihihihi ....




Cheese Yang mengiurkan





Ramai yang dah mencuba, ramai yang dah merasa.. dan ramai jugak dah review sedapppp .... ni blog kisah hati yang baca ni .. blog kisah hati ni sudahnya telan air liur banyak²lah dibuatnya tau.. nampak gambar macam ni pagi² kat fb, sebab tengah makan hati rasanya tak dapat nak makan lagi grrrrrrrr ....

Terbayang²lah bilalah agaknya dapat merasakan .. kan... jadi sebab tak dapat nak jamu selera kat burger bakar abag burn ni .. saya jamu mata jerlah ... huhuhuhu....







Cara Mudah Kenal Huruf Dan Belajar Menulis



Tajuk tak menahankan, skema habis.. kalah cikgu² menulis kat papan putih hihihihihi ..... okk hari ni bukanlah saya nak mengajar sangat pun, ini cuma berdasarkan pengalaman saya .. dan tips yang cikgu tadika amir bagi tahu kat saya macam mana amir kenal huruf, sebab saya bagi tahu kat cikgu tadika masalah amir yang confius ni ....

Jujur saya akui, amirkan dia susah nak kenal huruf, dia macam confius gitu ... tapi nombor dia mudah kenal kami ajar 1 - 10 tanpa confius dia senang paham, dan sekarang kalau baca sampai nombor 50 dia ok.. walaupun kadang² tetiba dia confius 34 jadi 43 di sebutnya hahahahah ..... cuma dia tak percaya nombor sebelum 1 ialah 0, dia akan kata mana ada nombor sebelum tu hahahaha.......



Tipsnya mudahnya sahaja nak mengajar anak kenal huruf dan kene sekali pandai menulis huruf ni .... 

  • Dengarkan lagu² A,B,C sampai Z ... rasanya lagu ABC ni memang popular ada satu versi jer.. oleh ajar dengar lagu ni dengan kerap dari umur setahun lagi.

  • Bila anak dah mula dan biasa dengar huruf mesti dia lebih teruja kalau korang belikan gambar²,dan huruf².. lepas tu korang tampal kat dinding ... bagi dia cam huruf² tu... sambil menyanyi dan sambil tunjuk.

  • Lepas dah pandai 2 langkah kat atas ni... mulakan pulak dengan kertas kosong dan pensil, ajar dia menulis.... anak akan menyanyi sambil menulis.

  • Janganlah buat sekali sahaja.... harap anak nak berjaya yer... buat setiap hari, kalau tak boleh setiap hari .. buat bila ada masa terluang .. janji buat .... insyaallah berkesan.

  • Alhamdulillah memang berkesan kaedah menyanyi sambil menulis tu .. kalau anak saya boleh.. anak korang pun mesti boleh .. sebab anak korang lebih bijak, nak korang pun mesti lebih banyak masa dengan anak²kan.....

Sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja, insyaallah.. usaha tangga kejayaan.. jadi jangan sedih² kalau anak tak kenal huruf lagi, kita sebagai ibu kene usaha cari cara penyelesaiannya..... biar lambat .. janji dia tahu .. janji lepas ni dia lebih rajin kan.



Terima kasih cikgu ain, sebab mengajar amir kenal huruf ....



Sekarang dalam usaha unuk mengajar amir belajar membaca dengan lancar, amir kalau setakat 2 suku kata dia ok.. contoh saya, buku, bola, mata, satu, tiga semua pun dia alhamdulillah dah ok... tapi bila masuk part kene jadikan dam, jam, pam, bot, tong, ting, yang dia confius nak sebut bunyi m dan t kat belakang tu... apatah lagi bunyi tong, ting dan yang tu huhuhuhu .....




Bicara Hati : Moga diterangilah hati amir untuk mudah menerima ilmu .. amin...




 

Rabu, 19 Jun 2013

Peria Goreng Udang Sedap Dan Tak Pahit





Sejak kali pertama masak hubby suka makan, jadi bolehlah masak lagi hihihihi..... kalau ada udang memang sedapp .. kalau dengan telur tak tahulah hubby nak makan tidak ... sebab belum pernah cuba ...

Resepi google jer.... petua kalau tak nak peria rasa pahit sangat masa dimasak, lepas kupas gaulkan dengan sedikit garam kasar.. dan biarkan.. lepas tu barulah basuh ... insyaallah tidaklah peria tu terlalu pahit .. jadi bila masak dengan udang macam ni memang sedap sangatlah ... 

Lain kali nak cuba dengan sotong okk jugak kot kan... Orang kata pahit itu ubat, makanan dalaman untuk kesihatan ... mula² jer rasa pahit, kalau dah selalu okk ...



Bicara Hati : Lamanya tak makan ulam pucuk betik, pokok betik rumah mak pun dah takda achaner tu .. hahahahha.....















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...