♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 5 April 2013

Home » , , , » Rezeki

Rezeki



Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Penghargaan

PC Exco Dewan Annex 01



SHAH ALAM, 4 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus sebanyak RM300 kepada kakitangan awamnya sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri.
Bayaran bonus tersebut dibuat dalam bentuk simpanan yang dikreditkan ke akaun Simpanan Tabung Haji bagi kakitangan beragama Islam dan Bank Simpanan Nasional kepada bukan Islam.


Disebabkan kakitangan awam negeri berkhidmat dengan baik membantu Kerajaan Negeri, Exco yang bermesyuarat semalam bersetuju memberi bonus berkenaan.


“Dalam masa dua minggu ini kita usahakan agar semua orang terima bonus ini,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan Annex.


Dalam sidang media sama beliau turut mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri menghadkan penggunaan peruntukan sebanyak 50 peratus sahaja.


Langkah tersebut diambil bagi mengelakkan masalah kehabisan peruntukan yang pernah berlaku ketika pentadbiran Kerajaan Negeri mula diambil alih oleh Pakatan Rakyat.


“Ini bagi mengelakkan kesusahan yang kami tanggung sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008 yang mana kebanyakkan peruntukan DUN habis digunakan.


“(Oleh itu) saya dan Pegawai Kewangan Negeri buat keputusan pada bulan lalu bahawa semua Adun dan Exco hanya boleh menggunakan peruntukan 50 peratus daripada peruntukan masing-masing.


“Ini bagi memastikan peruntukan mencukupi selepas pilihan raya selesai diadakan untuk membolehkan kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan berkesan agar kebajikkan rakyat tidak terabai,” kata Abdul Khalid lagi.


Sumber : http://www.selangorku.com



Bicara Hati : Siapa pun pilihan pemimpin akan datang segalanya dijari masing², demi kebajikan rakyat dan negara janganlah sampai kita tidak bertegur sapa.. hanya punya pahaman politik yang berbeza. (^____^)v





7 ulasan:

lia berkata...

Alhmdlh rezeki utk pegawai2 tersebut...

selebihnya, no comment ;)

Cho Zila berkata...

suami akak dapatler nanti. syukur.. akak kurang selesa kalau dapat orang yang berlainan pandangan politikni tapi bercakap umpama orang keliling dia sama fahamannyer.. tak selesa bila dia mula mengutuk.... kita lak cam kena setuju apa dia cakap..
kalau yerpun ada pendapata carilah orang sependapat.. bercakapler..

lizz berkata...

waa bestnyer dapat bonus...
betultu kita kena bijak pilih pemimpin untuk mentadbir negara kita..

Unknown berkata...

betol sgt tuh.. jgn sebab politik negara kita kucar kacir.. kesian anak2 kita.

Maria Firdz berkata...

betul3... pilih lah pemimpin... bukan parti.. :)

Ujie Othman berkata...

mcm bagus je..masukkan dlm TH lagi tu.

keluar hujah takpe, sampai tahap tak tegur sapa tu menunjukkan dia tak matang.

Puan Kutu berkata...

baru sekarang nak bagi?ops..no komen.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...