♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 21 Mei 2012

Erti sebatang lilin

  

Malam yang mendamaikan... berselimutkan toto.. menonton tv macam biaser.... amir pun tidur awal, maklumlah siang tak tidur.. malam idurlah awalkan.. kan...
 
Amir lena betul diulit mimpi.. saya pun masuk tidur berselimut kunun² sejuk jugak... lena sangat.. sampailah tibe² sayup² dengar suara jiran² ku.. eh² dah subuh ke... rasa macam baru lelap.. pup bukak mata.. awatnya gelappp... kat mane ni ngee~~~ raba² cari tepon dekat bantal... tengok jam baru pukul 4.30 pagi... huhuhuhu karen takde... terus bangun tanye hubby kul bape letrik takde ni.... lilin pun dah terpasang... kul 3.45 pagi.. owwhhh nampak noo tidur tak sedar apepun... dah lebih setengah jam takde elektrik baru terasa bahangnya... nasib baik amir ok jer..

Masa² ni lahh baru mengerti erti sebatang lilin.. owhh betul² dihargai... Masa elektrik takde..nasib baiklah ade bekalan ni kat rumah.. kalau tak haru jugak....

OMG... hubby pasang lilin lekat kat lapik gelas air minuman daripada cosway huhuhuhuhuhu....


Sudahnya bile bergelap macam ni.. nak sambung tidur pun tak boleh.. cuba² jugak lelap.. sampailah elektrik ade balik kul 5.10 pagi huhuhuhu.....


Jumaat, 18 Mei 2012

Mahu Cepat Timang Anak

  

Dulu sebelum kawin.. Orang selalu tanya bile saya nak kawin.....
Bile saya dah kawin pulak.. Orang tanye pulak... takkan nak hidup berdua jer.. bile nak ade anak...
Sekarang.. bile dah ade anak... Orang tanye lagi... Anak dah besar.. takkan sorang jer anak.. tak nak tambah lagi ker???? Haihhhhhhh......
Agaknya bile saya dah tambah anak pun mesti orang tanya lagikan.. takkan nak 2 orang anak jer... huhuhuhuhu haru betullahkan... 
Biarlah orang nak kate apepun... kan... mulut tempayan bolehlah tutuppp.. mulut orangkan.. manelah boleh nak tutupp.... (^__^)v

Mahu cepat timang anak?? owhhh nak tergelak saya baca artikel ni.. bukan nak tergelak sebab ape.. sebab katanya cincin kahwin suburkan alat kelamin ngeee~~~

Iyer ker.. saya pun tak pasti... tapi menurut masyarakat purba dan sains cakra India menyatakan cincin perkahwinan yang tersarung dijari individu mampu mengalirkan tenaga positif kedalam tubuh.. wowwww.....

Tenaga positif itu mengalir menerusi jari dan merangsang charka svathisthana yang bertanggungjawab terhadap sistem genital. Rangsangan tersebut efektif dalam menyuburkan alat kelamin.

Pemakaian cincin kahwin selama empat jam sehari juga berupaya meningkatkan tenaga seksual dan membantu pasangan untuk memiliki cahaya mata.

Selain itu pakar perubatan tradisional dan alternatif menjelaskan pemakaian cincin kahwin juga dapat memperbaiki sistem saraf tubuh dan mencegah keradangan.

Sumber : Majalah Harmoni
Suke sangat tengok muka² manis pengantin baru ni kan...
Semoga mereka kekal keakhir hayat.. Amin....


Semuakan kuasa Allah s.w.t. yang penting kite berusaha... Insyaallah akan dikabulkan... Saya sendiri pun tak pasti sejauh mana kebenarannya.. Tibe² terpikir.. hadoillahhh saya memang tak suke pakai barang kemas macam cincin, gelang, rantai.... subang sebab rasa rimas lagi² kat rumah... cincin tunang pun ikut mood pakai.. patutlah saya susah nak lekat kot kikikiki... ;p

7 cara kawal perilaku anak di pusat membeli belah

  

Cepatnya masa berlalu.... dah hari jumaat... esok cutii yeahhhhh..... ape nak buat bile cuti... tengah bulan macam ni takde maknenya nak shoppingkan.... duit semua sudah bolosss.... ;p

Hari ni saya nak kongsikan sikit 7 tips atau cara nak jaga kelakuan anak kalau pergi ke pusat membeli belah (^___^)v
    • Sebelum memulakan perjalanan atau pun meninggalkan rumah, pastikan si kecil diberi makan secukupnya..... Sikecil biasanya tak akan meragam bila dah kenyang....
    • Pastikan berbincang dengan anak sebelum keluar dan menerangkan tujuan kite pergi pusat membeli belah, dan kite mestilah bercakap dengan nada lembut supaya si kecil lebih mudah menerima penenrangan kite.. kan.. kan...
    • Berikan mereka satu tanggungjawab seperti menjaga adik yang lebih kecil, secara tak langsung anak akan lebih matang dan rasa bertanggungjawab dengan pesanan yang diberikan... 
    •  Biarkan suasana gembira berlangsung sepanjang keluar bersama... Elakkan memarahi mereka kerana bimbang mood mereka berubah dan mule meragam jadi nak shopping pun dah tak seronok...
    • Biarkan anak juga turut memilih sendiri barang yang mereka mahukan, jangan menghalang idea mereka supaya mereka berasa seronok.... kalau tak sesuai atau tak perlu beli.. cakaplah dengan lembut dan berhemah.. pasti mereka pun faham...
    • Kite juga mestilah peka dan perihati.. bagi anak yang tak pakai pampers.. pastikan bertanya pada anak mahu ketandas atau pun mahu minum atau makan  kalau rasa dah lama sangat kite kat dalam pusat membeli belah tu.. Elakkan daripada mereka merasa terpinggir dan akan melakukan aktiviti di luar kawalan dan pengawasan serta menduga kesabaran kite ditempat awam...
    • Berikan pujian pada anak bile pulang kerumah bile anak berjaya menunjukkan tingkah lakuyang baik sepanjang shopping, dengan pujian pastinya anak kite akan rasa dihargai....

Saya pun selalu jugak buat macam ni dekat amir.. sebelum keluar rumah mesti pesan amir xmoo merenggek tau pergi kenduri, lepas kenduri ibu nak singgah beli barang sikit.. amir takmoo mintak mainan tau.. mainan dah banyak kat rumah.... alhamdulillah.. amir tak meragam.. tapi.. kalau terlupe pesan merenggek²lah jugak.. cuba belum tahap guling² jer....


 Gambar lama jalan² kat jusco dengan abang apis.. abang sepupu amir..


 

Khamis, 17 Mei 2012

Hilangnya DOA SEORANG iBU

   

Malam tadi sambil berselimut dengan amir melayan cerita hilangnya doa seorang ibu kat tv9 pukul 8.30 malam - 10.30malam, insaf betul saya tengok lakonan mantap Lisdawati..... haruslah berselimut depan tv.. dah pasang acon kan.. tapi pasang kat luar jer sebabkan hadiah untuk semua.. kalau kat bilik kan best.. nak tidur kat bilik pakai kipas juga kikikikikiki....

Laila wanita bertudung yang berkerjaya.. tapi mulut.. nauzubillahh... cakap kasar dengan mak, adik beradik dan suami.... sampaikan dapat balasan mulut berulat.. kejang langsung macam kene strokkk tak boleh bergerak.... paling ngeri bab pembalasan tulah.. dah bile mulut dia berulat² sampaikan muntah pun keluar ulat.... huhuhuhuhu... serius ngeri.. gelii dibuatnya.... semoga kite janganlah tergolong dalam insan begitu... 
 
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) "......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang su dah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingat lah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan ber sungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Wassalam.

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih…………Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 
Sumber : klik sini


Kepanasan di dunia

  

Sejak akhir² ni kat rumah panas sangat waktu malam.. sampaikan amir pun asyik merenggek² takmoo dok dalam rumah.. nak main kat luar.. lagi² kalau dengar anak² jiran main kat luar lepas pukul 8 malam... kadang² kesian jugak saya.. tapi... saya memang takmoo ajar dia main kat luar waktu malam.. nanti dia terbiaser pulak.. kalau dah sekolah nanti payah.. jadi saya akan bukakan tingkap atau pintu supaya angin dari luar boleh masuk...

dialong 2 beranak beberapa malam lalu....

amir: ibu.. panaslah.. amir macam dengar jer.. orang main kat luar...
ibu: takdelah.. lorong belakang tu.. bukan kat depan ni....
amir: iyerlah.. ade orang main kat luarlah.. itu abang afiq...
ibu: dalam hati.. hadoilah..... 
amir: ibu jomlah main kat luar.. kejap jer... kejapp jer.. sambil buat muka ala² manje...
ibu: tak payahlah.. jom kite mewarna nak???
amir: okkk ... sambil buat muka... ibu kesian amir.. amir takde kawanlah.. amir nak kawan.. nak baby .. dalam perut ibu ade baby tak???
ibu: ngeee... gluppp..... macam nak tarik selimut jer.. buat pura² tidur terus... sebab tibe² terasa sayuu.. hadoilah... kenapa pulaklah amir tanye soalan macam ni......

Semalam balik kerja SUPRISEEEEEEE......... ayah kata hadiah untuk semua...

rumah dah pasang acon... alamatnya 3 beranak dok dalam selimut jerlah kesejukkan.. takdelah amir merenggek lagi.... bill melambong ayahlah bayar kikikiki... ;p



Sedangkan kepanasan didunia semakin dirasai.. akibat pencemaran yang berleluasa .... adekah kite bersedia kepanasan di dunia yang kekal nanti....



Rabu, 16 Mei 2012

Tunjuk ajarku sifu .....

 
 

Alhamdulillah.. selamat hari guru buat semua... terutama buat suami disayangi, adikku dan ipar²ku dan juga buat kawan² blogger yang menjadi guru... kalian begitu tabah didalam mendidik dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik buat anak didik kalian tanpa jemu mahupun mengeluh....
Hari ini pastinya hari yang amat bermakna buat guru² sekalian.. mengimbau kenangan disekolah pastinya saat² ini adalah hari yang paling seronok sekali.. jadual free.. yeahhh takde kelas belajar hari ni.... aktiviti pastinya bebas bersama guru²... biasernya sukaneka bersama guru²...  sambutan kemeriahan dengan nyanyian.. ucapan guru besar.... dan macam² lagi persembahan.. rindunya kemeriahan itu....


Gambar ini bukanlah tujuan untuk menunjuk² jauh sekali membanga diri.. gambar diambil curi² disebalik pintu bilik sewaktu ayah mengajar amir mengaji.... Alhamdulillah... kami telah mula mengajar amir solat berjemaah bersama seawal 2 tahun.... al-fatihah dan beberapa surah amir dan mula hafal, sekarang lepas solat kami akan mengajar mengaji pula... perlahan² kami mahu mendidiknya supaya menjadi anak yang soleh suatu hari nanti...
Insyaallah tahun depan nak hantar amir mengaji rumah ustaz pula... biarlah dia mahir tajuid ...


Nak letak juga gambar saya masa sekolah dulu.. buat lawatan kepenjara pudu.... serius.. seriau dia sampai sekarang lagi² masa tayangan sebat dan masa kat bilik tali gantung...

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" 






   




Selasa, 15 Mei 2012

Cantik luar cantik dalam...

  


“ Kecantikan wanita Solehah itu terlihat apabila ilmu menjadi benteng jiwanya,

auratnya sentiasa dipelihara, pergaulanya dibatasi, pertuturannya penuh hormat dan rendah
diri,

sifat malunya menjadi pengikat nurani dan kepetahannya menjadi saluran untuk
memartabatkan agama tercinta..
Selamat hari guru buat suami tercinta.. dan terima kasih juga kerana mendidik diri ini untuk menjadi lebih sempurna sebagai isteri.. (^___^)v

Akhirnya ade pemenang untuk teka harga burger saya

   

Selamat petang semua.... alhamdulillah akhirnya saya jumpe juga pemenang teka harga burger saya, melihatkan jawapan yang diberi dikomen² barulah saya tahu rupenya harga burger special ni.. memang mahal dan macam² harga ade yer.... saya ingatkan harga yang saya beli ni dah mahal.. rupenya masih okk lagi dan mampu beli lagi berbanding kat tempat lain....

 Komen saya pada soalan disini kene teka gambar ape....
 
Oklah jom tengok sape pemenang bertuah tu..... lagi pun syarat yang saya berikan takdelah susah sangat boleh teka banyak kalikan.. jadi teka jerlah saya tunggu jer.. janji yang teka tu orang yang pertama betul.. walaupun dah banyak kali teka.. sebab saya memang niat nak hadiahkan kerongsang idaman tu...


Tahniah buat kak fieda.. harga burger tu.. memang RM 2.90 jer.... tapi maaf saya tak dapat tunjukkan resit sebab beli pun kat gerai biaser jer.... memang takde resit... 

Harap kak fieda dapat emailkan alamat rumah pada saya di nowzyana@yahoo.com

Terima kasih pada semua yang mencuba... Insyaallahhhh.. ade rezeki saya buat teka teki lagi..... (^___^)v jangan serik mencuba yer.. insyaallah lain kali ade rezeki kawan² pulak...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...