Bicara Hati : Korang pun macam tu jugak ker??? masa drive tidaklah makan kan.. tengah berhenti jer bolehlah mengunyah²kan ..... kang terbabas tak pasal jer kalau tengah drive nak makan.... Apepun sebelum puasa ni.. kene pastikan air mineral dihabiskan.. dan tak letak kat sebelah tempat drive tu... kang tak pasal² saya terminum pulak.. lagi² cuaca panas sejak akhir² ni hihihihihihi...
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Khamis, 5 Julai 2012
Bile jalan jem
Lembaran baru
Pagi ni pergi kerja dari kampung, jalan pun tak sesibuk mane.. macam biaser jer... jem pun takde hihihihihi... sampai awal, siap beli sarapan lagi hihihihihi
Bile sampai opis jer bukak komputer, bancuh cocoa collagen, minum sikit terus bukak blog.. hahahahaha... tak menahan terus bukak blogkan.... ;p sambil selak² kertas² dimeja untuk menyiapkan laporan... Macam biaser setiap hari saya akan bukak blog ni.
Tapi hari ni saya sangatlah² terkejut dan terkesima kerana tak sangka entry saya semalam malam nisfu syaaban menjadi kunjungan tertinggi dan diluar jangkaan daripada kebiasaan..... maklumlah blog saya ni suam² kuku jer.. pada blog otai² mungkin ini takde ape² tapi pada saya ini satu kejutan sepanjang saya berblog kerana dikunjungi ramai orang untuk membaca entry tersebut.
Bile saya buka Stats pagi tadi...... ce tengok yang lain... nak cecah 50 pun payahkan...
Antara 'keyword' yang banyak digunakan dalam carian ke blog saya....
UV pertama yang mencatatkan sejarah tertinggi sepanjang berblog ni....
satu penghargaan buat diri sendiri.... sebab tak pernah tinggi macam ni...
BE pun takde kat blog ni.... tapi kempen² banyaklah juga saya dapat..
tq pada kawan² yang sudi singgah sini baca kisah hati saya...
Bicara Hati : Saya menulis blog ni bukan sebab duit dari nuff, tapi saya berkongsi ape sahaja mengenai kisah hati saya.... Terima kasih pada yang sudi baca bebelan saya.. sayang korang semua.... (^___^)v dan blog ni lah tempat terapi mata saya menghilangkan rasa kebosanan.
Tamat sudah kuiz A'Famosa
Alhamdulillah syukur rasanya masih lagi diberikan nafas di buku baru.... mood happy² aje.... pada kawan² yang berpuasa hari ni selamat berpuasa.. (^___^)v moga akan diberkati amin...
Oklah selama seminggu saya anjurkan Kuiz A'Famosa, malam tadi dah berakhir penyertaannya....
Jom tengok senarai nama penyertaan tak ramai pun.... tapi ramai yang komen disitu.. hahahaha.. mungkin susah kot soalan yang saya bagi tu.... sebab saya pun jenuh jugaklah cek list ni cari sape yang join kuiz dan yang datang komen.. harap kawan² semak yer.. takut ade yang tercicir huhuhuhuhuhu.....
- http://miaduniaku.blogspot.com/
- http://mamaaryan.blogspot.com/
- http://putributterflypunyablog.blogspot.com/
- http://ummi-iman.blogspot.com/
- http://mnflove.blogspot.com/
- http://mylovely-fieda.blogspot.com/
- http://thesecretsofleonerz.blogspot.com/
- http://salmikhairil.blogspot.com/
- http://zitaomar.blogspot.com/
- http://winkwinkwinky.blogspot.com/
- http://www.salya07.com/
Alhamdulillah ade 11 penyertaan kesemuanya, ade 2 orang yang same memberi jawapan yang same .. tapi saya ambil salah satu penyertaan sahaja yer... memudahkan kerja saya menyemak....
Akhirnya ade 4 orang menjawab dengan tepat ..... insyaallah cabutan akan dibuat oleh anak saya.. kalau tak mendapat kerjasama kenelah saya pakai random.org.
Akhirnya ade 4 orang menjawab dengan tepat ..... insyaallah cabutan akan dibuat oleh anak saya.. kalau tak mendapat kerjasama kenelah saya pakai random.org.
Okkk.... jawapan soalan untuk kuiz kali ini ialah :-
1. Berapa banyak entry berkaitan percutian kami di A'famosa (kenelah baca baru tahu kan.. kan..)
- 4 entry berkaitan sahaja (^___^)v
Mesti korang pening nak baca dan carikan sebab entry tu bercampur² dengan entry lain juga...
- http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2012/06/famosa-resort-lokasi-tidur-menarik-buat.html
- http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2012/06/santai-ber-bbq-di-afamosa.html
- http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2012/06/bile-dan-mule-sesi-berendam.html
- http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2012/06/singgah-ke-dusun-durian.html
2. Berapa harga rumah banglo yang kami sewa.
- Harga rumah yang kami pilih ni RM 400.00 satu malam
Bicara Hati : Insyaallah nama yang menang akan diumumkan dalam masa terdekat.. dan selewat²nya minggu hadapan.... keputusan 2 orang pemenang hadiah misteri juga saya akan umum sekali. Oleh kerana penyertaan tidak ramai.. saya juga akan memberi hadiah penghargaan pada yang sudi join kuiz ni.. terima kasih semua.... tunggu tau keputusan keseluruhannya nanti (^___^)v
Rabu, 4 Julai 2012
Kuiz A'Famosa
Alhamdulillah hari ni saya akan melancarkan kuiz yang dinanti²kan... seperti yang sedia maklum baru² ni kami sekeluarga pergi bercuti di A'Famosa. Walaupun percutian yang singkat tapi.. banyak momentum yang indah² hihihihihi.....
Oklah soalan mudah untuk kuiz kali ini ialah :-
1. Berapa banyak entry berkaitan percutian kami di A'famosa (kenelah baca baru tahu kan.. kan..)
2. Berapa harga rumah banglo yang kami sewa.
Syarat² penyertaan :-
1. Mestilah blogger yang berada di Malaysia
2. Mestilah yang follow blog saya diutamakan
3. Beri jawapan pada kotak komen disini sahaja... kalau sudi buat entry pun digalakkan, jangan lupa tinggalkan link disini.
Senang jer kan.....
Tarikh tutup penyertaan 04 Julai 2012 sehingga pukul 12 tengah malam.
Hadiah yang akan diterima bukan percutian ke A'Famosa yer... tapi kerongsang² dibawah bolehlah digunakan syawal nanti dan dua hadiah misteri juga ada disediakan. Dah nama pun misteri mestilah tak di beritahu disini. Selamat mencuba semua.....
Satu Pintaku .......
Bicara Hati : Selagi ade hayat dikandung badan akan ku cuba membuat yang terbaik buat mak dengan abah .. malam ni kami sekeluarga akan balik kampung yeeeaaahhh.. tidur kampung (macam jauh noooo lah kampung tu...) (^__^)v. Tapi sebelum tu pergi rumah FIL dulu .. ade kenduri anak beranak hubby dan bacaan yassin bersama².. dah memang rutin setiap kali malam nisfu syaaban sejak kami kahwin lagi ....
Malam nisfu syaaban
Bicara Hati : Moga ade sinar yang indah di hari esok, ape jua yang berlaku semalam adelah sejarah, hari ini tetap hari yang perlu dilalui.. ape yang akan berlaku akan datang adelah ketentuan. (^___^)v.
Melayan anak tekak
Hihihihihihi.. tajuk tak menahan .... alhamdulillah sekarang dah semakin sihat, pagi semalam dah sarapan bihun sup ..... badan pun dah ok.. tapi pagi ni bangun tidur sakit leher lah pulak sobs ... sobbss... salah tidurlah tu agaknya adehhh... siap tepuk bantal tu kat leher ni ..... bangun lambat tadi .. nak bangun cepat tergeliatlah pulak huhuhu...
Sejak tekak dah ok ni .. selera makan semacam jer... semuanya nak dimakan ke... sebab nak ramadhan tak lama lagi .. jadi nafsu nak makan lain macam.
Mood meluap² nak makan yang masam² jer.. erkkk... ape kenelah pulak tekak ni.. kalau boleh nak makan tom yam, laksa dan paling teringin sangat pagi ni ... nak makan mee asam pedas (hah!!!! mane nak cari tu.. ade jual kaaa....) ngee.....
Semalam balik lambat, jadi makan menu pasar malam jerlah kami sekeluarga ....
laksa - ibu punyer.... sebab ayah takmoo laksa kene beli menu lain
mee sup - ayah punyer kongsi dengan amir
cendawan goreng - amir punyer
ayam percik - semua pun nak makan tu beli 2 (tak puasa sedaplah ... kalau puase selalu tertipu erkkk)
banyaknya makanan kan.... macam bukan makan untuk 3 orang jer ....
air pun nak yang masam² jer....
asam boi putih campur limau kasturi sedappp... takdelah masam sangat pun sedang² jer.... yang sebenarnya nak air kedondong asam boi tapi takdelah pulak semalam kat pasar ...;P
Bicara Hati : Lapar ..... dah sampai lambat pagi ni tak sempat nak beli sarapan huhuhuhuhu.... nasib baik ade cocoa collagen ... ;p
Selasa, 3 Julai 2012
Musim jari jemari
Sejak akhir² ni menu² amir banyak berkonsepka jari jemari.... sebenarnya lebih pada nak menarik perhatian dia supaya makan.... dan ibu pun dah jemu asyik buat potong yang same jer... tukar citarasa sikit...
Kalau anak² korang tak selera nak makan pun boleh jadi selera nak cuba tau.. hihihihi.. sebab ala² macam kentang goreng.... ;p Amir makan sepinggan pun habis takdelah asyik nak makan cendawan goreng jer.. tak larat ibu ni nak goreng .. sebab ccendawan leceh sikit .....
Tempe jejari di saluti tepung serbaguna ....
Keladi goreng jari jemari..
(sorry gambar blur sikit.. tapi nak tayang jugak hihihihihi... )
Saya gunakan tepung serbeguna goreng tanpa telur jenama bestari.. memang bestari kan.. jimat masa dan tenaga .. dah potong².. curah tepung.. letak air sikit gaul² ..panaskan minyakk, goreng dah siap goreng.. bolehlah makan. cepat, ringkas dan sedapp.... alamak!!! lupe nak amik gambar tepung tu... saya tak pastilah ade jual kat pasaraya tak.. selalu beli kat kedai borong jer.... tak pasal sekarang jadi jual tepung tu kat jiran² sebab dia orang pun kate sedap....
Bicara Hati : Nak beli keledek tapi tak sempat²lah... kalau goreng macam ni mesti sedappp.... kalah wedges hihihihihi......
Langgan:
Catatan (Atom)