♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 8 Mei 2013

Pengalaman Dan Kenangan Kali Pertama Mengundi PRU 13



Sana sini dah update mengundi kali pertama, sana sini dah bercerita macam² kerenah mereka jumpa.... dan kebetulan aku pun mengundi kali pertama hihihihi..... patutnya dah 2 kali, tapi yang 2008 tu tak tahu lah mana silapnya.. cek dalam sistem takda nama pun lagi.

Pengalaman pertama kali katanya kan.. haruslah abadikan dalam blog kesayangan ni... walaupun orang lain dah banyak entry, biasalah kita ni... memang selalu lambat sikit hihihihihi .... ditambah pulak .. semalam kerja yang banyak grrr.. jangan kata nak bukak blog.. singgah pun sepintas lalu jer.. sorry yer.. kawan².... bz .. bz ... bz ... ramai eh naik gaji bulan ni keroo mata nak semak.
Kita orang suami isteri dah pakat dah, kalau pagi ramai sangat orang.. kami pergi petang... memang hubby pergi serve dulu pagi mengundi tu.. bukan main ramai sangat² huhuhu.. padahal kat kampung tu ada 3 kawasan mengundi tau.. fuhh.. jangan amik risiko .. kami pergi kenduri kawin dulu 2 tempat kan.. kikikikiki ... balik baru pergi mengundi ... petang baru pergi mengundi dalam pukul 2.30 petang.. memang takda orang pun saluran saya tu .. saluran 5 kikikiki ... jumpa kengkawan tak sempat nak bertegur.. kang kene tegur pulak dengan petugas tak pasal.. jadi sempat senyum ja.....


Memang tak hilang lah.. ni dah mandi tau.. masa nak balik kerumah sendiri .. dari rumah mak.. sajalah amik gambar kan... heran pagi² yang mengundi rata² kata dakwat tu cepat hilang kene basuh...





Sebelum pergi kita orang dah cek saluran mana dah, hubby lah tukang ceknya lagi sekali kat internet, tapi lupa pulak nak tulis no giliran saluran tu kikiki... jadi kita orang ceklah balik kat kaunter sebab tak ramaikan.. cepatlah dapatnya... hubby kata kita sebayalah sama saluran perasan eh... awak 7 tahun beza yer ... uweeekkkkk .....

Pengalaman yang tak akan di lupakan dah pangkah blurr kejap nak masukkan peti yang mana satu... sebab ada 2 petikan, nasib baiklah dah ramai mengundi .. jadi ikut jerlah warna sampul dalam katak tu... pastu baru dok hegeh² tanya hubby.. sapa 2 orang yang depan peti undi tu kemain lagi seriusnya eh... hubby kata itulah ejen.. cari salah orang jer... maklumlah tak pernah bertugas masa pilihan rayakan... ni pun kali pertama mengundi ... kawan² opis pakat dok sibuk nak jadi pengawai bertugas kita tak moo hahahahahaha.... kalau tak dapat elaun rm360 eh.. banyak tu... kemain lagi adik saya (yang mak yong tulah ).. sarat² pun bertugas kat saluran 2, saluran abah mengundi kikikikiki ....



Bicara Hati : Dah habis mengundi pun masih panas lagi cerita PRU ni kan... bilalah nak reda agaknya huhuhu ...







Selasa, 7 Mei 2013

Hadiah daripada Nora



Semalam saya dah publishkan entry melatih anak menjadi genius diblog, buku tu saya dapat hadiah daripada GA anjuran nora karim a.k.a daripada blog dialoguda.blogspot.com. Entry tu saya buat autopublish jer.. dah siap² draft hihihihihi .. tak sangka pulak semalam cuti ..... sebab PRU 13 kan, selangor cuti (^___^)v

Dalam buku tu sebenarnya nora ada sisipkan kata² sikit... insyaallah saya akan simpan, baca dan amalkan panduan daripada buku ni... terima kasih nora.




sama².. saya pun tak sangka saya menang .....


Pada kawan² yang masih belum mengenali nora boleh lagi singgah di blognya http://dialoguda.blogspot.com, sepanjang mengenali nora orangnya sangat peramah... dan jika aa pertanyaan di komen pasti akan di balas .... jomlah tambah kenalan ... nora duduk kat melaka sekarang.




Bicara Hati : fuhh.. banyaknya kerja nak buat awal bulan ni, nanti² saya bw.. nanti² nak up cerita dan pengalaman pertama kali mengundi hihihihi ...






Isnin, 6 Mei 2013

Melatih Anak Menjadi GENIUS



Hadiah kemenangan yang terbaru, jangan ditanya dah berapa kali menang tahun ni.. tak mahu kira hihihihihi ..  Bukan sebab dah banyak kali menang, tapi ... kalau kira nanti orang kata bangga diri pulak.. biarlah yang dah follow saya mesti tahu dah bapa kali dapat hadiah..... rezeki²... tapi rasanya ini buku kedua yang saya dapat daripada kawan blogger.. yang pertama hadiah daripada intaNBerlian sebuah buku idaman saya jugak yang memang bermanfaat.. cuma tak berkesempatan saya nak kongsikan lagi kat sini.

Melatih anak menjadi GENIUS memang buku idaman saya, hadiah buku kali ni datangnya daripada kemenangan saya join GA di Dialoguda.blogspot.com atau lebih mesra di panggil Nora Karim. Keterujaan saya dapat buku jangan dikatalah.. sebab saya memang tengah mencari² buku ni.... alhamdulillah ada rezeki pulak dapat percuma macam ni.. terharu kejap...

Muka depan buku Melatih anak menjadi genius.



Disisipkan juga kandungan dan sedikit info dibelakang buku ini.....



Terima kasih sangat² pada nora sebab menganjurkan GA ni, kali pertama saya baca blog nora.. kalau tak silap entry mengenai pantang larang semasa kehamilan, dari situ terus jatuh cinta cara dia menulis... dari situ terus follow.. walaupun nora tak publish entry setiap hari.. tapi sesekali nora publish entry mesti menarik hati dan membacanya. Sebab info² dalam tu berkaitan sekeliling, kehidupan .. anak²... info² dan tips² yang bagus, walaupun kita juh kan nora.. tapi kemesraan awak kat blog boleh dikatakan dekat dihati saya... dan komen² awak pun banyak membina... (^____^)v

Bila berkesempatan saya akan kongsikan apa kandungan buku ni kat blog yer... baru baca sikit... sesuai sangatlah dapatnya waktu dah takda buku novel nak dibaca.. jadi bacalah buku ni... sambil² melayankan amir buat kerja sekolah.



Bicara Hati : Nak pergi pameran buku jauh sangat, bestnya baca entry kawan² yang memborong sakan beli buku kat PWTC.











Jumaat, 3 Mei 2013

Doa Ibu - Mulianya Hati Ibu



Salam pagi jumaat .... motivasi diri ... 





Belajar menghargai apa yang aku miliki, belajar menyangi dirinya seperti mana dirinya cuba memahami diri ini walaupun usianya baru 5 tahun.

Sangat bijak, sangat penyayang, sangat sensetif dan sangat manja.... dalam usaha mendidik menjadi seorang yang bertanggujawab dan berdisiplin. Apa jua pendedahan disekeliling begitu mudah diikuti, sebagai seorang yang melahirkannya tentulah aku mahukan yang terbaik buat dirinya... walaupun kesempurnaan itu terlalu subjektif dan kami hanya insan biasa.

Doa ibu agar anak ibu .... memahami ibu juga, adakalanya kata² yang keluar tanpa sedar dimulut ini adalah satu doa, jadinya ... memang kata² dimulut ini sehabis mungkin cuba ku tapisi ... apatah lagi .. pendedahan disekolah lebih meluas.. lebih mudah memerhati ... di luar kawalan ibu ...

Moga anak ibu menjadi anak yang soleh, belajar bersungguh².... diterangi hati dalam menuntut ilmu... ilmu dunia dan akhirat insyaallah....



Bicara Hati : Jumaat yang menyamankan.... 













Aktiviti Riadah - Sukaneka Tadika Al-Hufaz


Satu pengalaman baru, satu pendedahan baru buat amir.... keterujaan untuk menghadirkan diri... jumaat malam sabtu sampaikan dia kata mata dia tak boleh lelap.. hahahaha... amir².. gelihati ibu dibuatnya, sudahnya esok pagi jenuh nak kejutkan suruh mandi gara² malam tu tidur lewat.

Kebetulan masa amir sukan hubby ada sekolah gantilah pulak, jadi apa lagi import lah pasukan sorak dari kampung angkut mak dengan adik kikikiki.. sajalah nak bagi semangat dekat amirkan, bila dah amir lambat bangun.. perjalanan tergendala lah sikit.. tapi masih sempat sampai kat tempat dewan berlangsung dengan tepat... oklah tu kan...

Risau jugak amir tak mahu join sukan kan.. maklumlah pertama kali, tapi tak sangka... di luar jangkaan saya ok.. maklumlah amir ni pemalu sangat masa mula² sekolah dulu.. dia memang takut ber'sosial' sikit.. patutlah cikgu dan ustazah kata amir.. dah banyak perubahan sekarang.. memang berubah pun.. masa sukan tu.. dah tak herankan ibu pun... dok main dengan kawan² aje... Jom layankan gambar sebarang dua kepeing berkeping² gambar masa sukaneka hari tu.

Beratur untuk perarakan masuk kedewan utama perbarisan, dimulakan dengan lagu rabbani intifadah .. alahai.. tetiba sebak.. islamik kan.. sekolah amir ni...






Gambar dengan kawan² sementara tunggu giliran nak sukan, budak² ni suka sangat amik gambar.. tu yang belakang sampaikan gegar gambar dibuatnya...






Masing² nak interframe dibuatnya... sudahnya muka blurr....






Antara sukan yang amir join, yang lain tak sempat amik gambar.. banyak rakam jer... tapi memang seronoklah tengok mereka sukan...





Amir rumah biru .... bukan main ramai makwe lagi dalam kumpulan biru tu.... 






Gambar gegar muka tak reti diam amir ni asyik dok bergerak² jer...
ibu tak sempat nak mekap pagi tu... muka pucat huhuhuhu .....





Bergambar dengan kawan² rumah sukan yang lain.......





Saya Juara Gelak jer cikgu hahahahaha...
Amir²..  masa aktiviti tu banyak kali jugak dia dapat no. 1 atau 2.. markah keseluruhan di ambil kira termasuk kumpulan tahfiz dan budak² 4 tahun dan 6 tahun kan... aktiviti berkumpulan keseluruhan dapat nombor tiga hahahaha.. (sekolah amir ni ada sekolah tahfiz jugak untuk darjah satu hingga tingkatan 5) jadi sukaneka ni buat sekalilah....





Seyes penat sangat, ada jugak aktiviti untuk ibu bapa... sampai pukul 2 jugaklah baru habis.. amir dah merunggut².. nak balik penat.. nak makan ... nak tidur.. hahaha.. saboo jerlah... habis penyampaian hadiah terus ajak balik... tau.. tak menyempat² ibu nak amik gambar dia pegang hadiah tu... redhoo jerlah gambar tak semengah kat pentas tu...


Akhirnya tercapai jugak impian amir tu, hadir sukan.. siap berkasut lagi.. tapi masa perarakkan tu.. memang nak gelak dibuatnya... sukati jerkan berkawat mcm tu.. kat rumah siap mengajuk² lagi ... bila acara pembukaan tu ada persempahan.. yang kat bawah budak² tadika yang tak buat persembahan pun bantai dok menari jugak.. sampaikan saya teringat balik.. patutlah amir dok mengajuk² tarian jangan pandang²... ana rafali tu kat rumah hahahahah.. kat sekolah belajarnya yer...


Haihh korang jangan tak tahu.. dulu masa amir tak dapat join yang berarak maulidurrasul tu.. sampai demam² dia tak pergi tau... nasib baik ni dia ok... masa demam tu siap mengigau lagi dia berselawat.. hadoilah.. saya ni naik takut .. dan nak tergelak pun ada.. padahal hai tengah risau.. kalau dia teringat mestia dia nak tuntut balik.. napa amir tak pergi berarak maulidurasul tu ibu.. amir nak hadiah cawan jugak.... asyiklah dituntut²nya... sebab kebetulan sekolah tadika amir juara... tapi bukan rezeki amir masa tu. Kalau ada rezeki join tahun depan yer.. sayang....






Bicara Hati : Macam manalah konv nanti.. eh² lama lagi lah ibu.. hujung tahun.... amir nak exam dulu....





Khamis, 2 Mei 2013

Pemenang Teka Teki



Masih lemau ker cuti semalam??? ... takmoo lemau² mood mesti happy ... hari ni nak umumkan pemenang Teka Teki Harga Meja Tulis Baru Amgry Bird Amir

Terlebih dahulu .. saya ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih yaaa amat atas penyertaan diluar jangkaan gegegegege .... tapi hadiah ada satu sahaja dan dipilih berdasarkan paling cepat dan tepat... 

Harga asal meja ni RM 160 Hubby mintak kurang dapatlah RM 145.00 dan pemenangnya adalah seperti dibawah... sangat² hebatlah kamu boleh meneka dengan tepat. 

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v





Tahniah buat Nafira, harap segea melaporkan diri diruangan komen dengan memberi alamat saya tak publish ... saya cuba pos jugak burger tu dengan kadar segera sebelum berbau hahahahaha ... tahniah... 






Bicara Hati : Kalau ada rezeki saya buat lagi macam ni ... sekadar suka² .. 







Rabu, 1 Mei 2013

auummm Sedappnya .....





Makanan kegemaran baru amir bila keluar dengan ibu dan ayah sekarang, ni kami makan masa balik daripada sukan tadika amir hari tu.. kat giant bukit tinggi.. memang sedapp.. tapi sayang.. banyak cepisan tulang ayam dalam tu.. (amirlah ngadu).. apa orang ni ibu.. masak tak bersih.. pulak dah.. budak² kan jujur .. huhuhuhuhu ... 

Ibu tak pandai masak kat rumah ye sayang, jangan suruh ibu masak pulak... kalau nak makan memang kene makan kat luar.. punca amir suka.. bila dia mula rasa masay saya bawak pergi makan kat Medan Selera Cili Padi.

Selamat bercuti buat semua para pekerja (^___^)v, kerja opis jer cuti.. ni sambung buat kerja rumah pulak huhuhuhu .....



Bicara Hati : Entry autopublish.. tuan tanah... sibuk cuti ni... tak taulah kemana.. ikut big bos sahaja...









Selasa, 30 April 2013

Angry Bird - Meja Tulis Baru ( Jom Teka Harga )



Minggu lepas saya ada buat entry kerusi meja tulis dah patah, ok sebenarnya esoknya malam hubby dah belikan pun meja baru, tapi sebelum beli meja tu.. amir sebenarnya dah berkenan dulu.. bukan amir jer.. ibu ayah nya pun.. masa pergi rumah abang sepupu dia.. kebetulan akak ipar pun belikan meja tulis untuk anaknya, sebijik macam gambar bawah ni cuma amir gambar angry bird yang akak ipar beli gambar lain.. warna sama.... 


Paling tak menahan hubby lagi over, lepas balik mengajar pagi tuh dia dah pergi serve dulu .. patutlah malam masa pergi kedai tu dia buat muka selamba bila saya mintak tawar menawar dengan auntie tu.. rupanya dia dah tawar menawar dengan anak auntie kedai tu dulu .. amboiiiiii kemain ayah eh.. nasib baik dapat harga tu balik tau.. walaupun tak bayar deposit kikikiki ....



 Meja jer angry bird ..
Tapi .. amir tak maulah angry² masa disuruh belajar eh ...




Cantik x???
inilah meja baru amir ... bukan kayu lagi hubby belikan.. besi terus.. ntah besi ker?? 
tapi bagsnya meja dan kerusi tu boleh laras... dan paling best dah siap terpasang kat kedai.. tak payah pening² kami nak pasang kat rumah hahahaha ....




Ok.. kira aci rojaklah ni yer.. lama tak buat teka teki kat blog saya kan ... cuba teka harga set meja tulis baru amir ni berapa?? jawab kat ruangan komen jer .... tak payah nak susah² buat entry ... saya akan pilih pemenang mengikut tekaan yang paling cepat dan dan tepat, tak tepat dan paling hampir akan dipertimbangkan... saya takkan publish komen selagi tak jumpa pemenang, cubaan hanya boleh buat 2 kali sahaja itu pun mestilah dalam 1 komen sahaja aci x??? Tiada tamat tempoh selagi .. saya tak jemu menunggu pemenang... klunya harga lebih daripada rm 100.00 hihihihi .. selamat mencuba .. Hadiah kalau berjaya teka ialah FM Burger ....




Bicara Hati : Selamat bercuti hari pekerja 01.05.2013


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...