♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 14 Ogos 2013
Ligat
Suprise - Keluarga Datang Rumah
Penuh meja jepun kami dengan juadah mak bawak, mak cik bawak, aku lagi masak .. itu pun masak 2 jenis lauk jer... masak nasi lebih .. adik sms bagi tahu mak dengan abah nak datang buka, saya ingat mak dengan abah jerlah .. tak sangkalah pulak .. dengan adik saya yang lepas pantang pun datang sekali .. dengan mak cik anak branak .. memang meriahlah buka puasa petang tu....
Antara menu yang saya masak, masak sikit jer pun ... tak tahu ramai yang nak datang .. mujurlah nasi masak lebih....
Ketam masak telur masin (telur masin bua sendiri tau)
Pepahat masak cili padi sos tiram, pertama kali beli, pertama kali masak dan perttama kali makan ... haru².... memang teringin nak makan... lepas tu dah beli baru terpikir macam mana nak masak pepahat ni hahahahaha ... dan baru terpikir kene siang macam siput ke .. atau masak basuh macam kerang .. ke masak masuk macam lala jer.. hahahahaha ... datang senggal kejap balik rumah.
Sudahnya basuh bersih² ... masak macam masak lala .. dah terbukak kulit tu .. dah masaklah agaknya, pepandai jer.. nasib baiklah semua orang kata betul dan sedapp....
Selasa, 13 Ogos 2013
Menu Kegemaran Hari Raya
Lontong mak yang akan menjadi menu wajib pagi raya, sampaikan adik² mak pun mesti order dengan mak ... nak buat juadah pagi raya. Hubby?? hubby pun suka hihihihihihi .. kalau makan dengan ayam masak kicp hamboii menjilat jari yer... lontong mak ni, kalau tak raya pun kadang² saya teringin iyerlah lontongkan susah nak jumpe masa raya jerlah baru dapat merasa.. sebab lontong ni lambat sikit nak rebus dia... jadi kalau dah dapat peluang makan lupakan sebentar idea nak diet eh.
Pengalaman Menarik Pertama Kali Amir Tengok Wayang
Tengok 4 orang, hubby, saya, amir dan anak buah hubby ....
Review sikit eh pasal cerita adnan sempit 3, boleh dikatakan seronok jugak ... tapi rasanya adnan sempit 2 lagi sakit perut kot saya gelak ... yang ke-3 ni mereka dah kawin .. kemain ganas memasing malam perama hahahaha .. si wawa dengan si along (lupa jap nama dia dalam cerita ni) lah paling ganas sampaikan langsir terbakar koh.. koh.. koh ... elok pulak tu wawa mengandung nadia pun mengandung, lepas tu suami memasing lah pulak yang mabuk teruk mengalahkan apa jer, sampaikan si adnan tu demam pg guna ujian kehamilan nadia di letaknya kat mulut .. hadoilah haihh ... memang gelak besarlah dibuatnya...
Konfiden jer itu termometer untuk tahu suhu demam padahal ujian kehamilan eeeeeyarrkkkkkk ... ;p
Yang ni doktor kedua, doktor memula amir (amerika spontan tu) hahahaha.. sampai kene lempang ko... pepandai .. ni anak halal ke idak ditanya nya.. memang kene panglah kan .... sian wawa suami dia kan tak kerja, memang dalam cerita kali ni .. kesian sikitlah kat dia bila pergi klinik nak bayar duit suami tak mampu.. dia pulak mengandung nak buat ujian, kene sindir lagi dengan nurse ... rasa macam ya allah janganlah sampai kami kesempitan wang macam ni sekali .... insaf kejap, pada² lucu nak tergelak tu ...
Ni pelakon tambahan jer, menyeronokkan lagi watak dalam tu .. yang perempuan tu memang terkenal sebagai badan yang berbau .. hambik sekali dia tumbuk orang² yang nak kacau bobby .. terus bobby jatuh cinta hahahahaha ..... memang ganas sikitlah watak perempuan ni ...
Hohohohoho ..... aku rasa part yang ni paling skait erutlah nak gelak, amir gelak sampai gema panggung .. sebab tak ramai lagi orang tengokkan.. masa ni nadia dan wawa dah nak bersalin, owhh kalau rialiti rasanya aku pun tak mampu nak bawak motor wehh kalau dah sarat nak bersalin macam ni .... siap sempat bertukar lagi atas motor macam ni .... dan bila anak mereka selamat lahir boleh pulak memasing anak pandai sebut vrommm.. vroomm... pit .. pit .. pit .. dah tak memasal papa² dia orang pingsan .. duduk atas katil, terkejut denga anak dah pandai cakap hahahaha ... ;p
Isnin, 12 Ogos 2013
Menu Sahur Yang mengenyangkan
Gula Ringkas: Ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang membekalkan tenaga yang cepat. Memang sesuai semasa berbuka.
Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat.
Rendah Sodium: Ini penting pada waktu di mana kita kekurangan air. Makanan yang tinggi sodium (garam) mempercepatkan dehydration.
Tinggi Potassium: Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.
Antioxida: Kurma kaya dengan antioxida seperti beta-carotene, lutein and zeaxanthin. Mungkin bukan faktor penting apabila berpuasa tetapi tetap ada kebaikan untuk sistem imunisasi badan.
Lain-lain: Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium.
Buah Kurma Boleh Menggemukkan Tak?
Ya. Ia tetap berkalori (dalam 30-60 kalori/kurma bergantung kepada saiz dan kemanisan), jadi jangan berlebihan. 2 biji kurma untuk berbuka sudah memadah
Bicara Hati : Pastikan jugak, habiskan puasa ganti yang lebih utama .. puasa enam .. puasa sunat sahaja .... memanglah digalakkan untuk kita buat.
Pengaruh Upin Ipin Semakin Kuat Pada Amir
air laici, kalau boleh setiap kali balik taska suruh belikan, regenya boleh tahanlah jugak... tapi tak berapa nak galakkan amir minum sebab manis sangat-sangat ... amir suka minum lagi-lagi kalau dah simpan kat peti sejuk.
Perisa apple pun amir suka, dia ada banyak perisa tapi amir suka laici, apple dan anggur jer.... dia kata sedap .. tapi kadang-kadang pujuk dia jugak ... tak boleh minum selalu .. saya risaukan rasanya yang manis tu ...
Dah ada aiskrim jugak, ni pun amir mintak suruh belikan ... bukannya pembalut tu boleh simpan pun ... ibu kan ganas hihihihi.... rakus jer.. nak koyak .. lagi-lagi amir nak makan aiskrim tu.
Perisa pilihan amir, tapi amir tak bapa suka kacang-kacang atas tu ntah ...
kemain berselera dia makan, ibu puasa nak .. saboo jerlah tak boleh nak makan .... tapi kan .. nasib baiklah beli aiskrim ni lagi sehari nak puasa kot .. dapatlah meras jugak.
Banyak lagi sebenarnya pengaruh upin ipin ni pada amir, bukan setakat makanan jer .. dalam cerita upin ipin kalau tak silap ada terapkan belajar berpuasa, nak akhir ramadhan baru ni adalah jugak amir nak cuba puasa tapi.. tulah .. dia payah sikit nak di kejutkan bangun sahur, harap tahun depan dia dah mula belajar puasa.
Bicara Hati : Mujurlah ramadhan kali ni amir tak mintak belikan kurma upin ipin, sebab beli tahun lepas pun tak habis makan ...
Khamis, 8 Ogos 2013
Suasana Beraya Di Kampung Saya
Rabu, 7 Ogos 2013
Terima Kasih Semua
Langgan:
Catatan (Atom)