♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 14 Ogos 2013

Home » , , , , , , , » Suprise - Keluarga Datang Rumah

Suprise - Keluarga Datang Rumah


Hujung minggu terakhir ramadhan memang dah plan dengan hubby tak pergi mana² apatah lagi balik kampung, maksud tak pergi mana².. maknanya kami nak pulun kemas rumah .. kami keluar pun shopping last minit persiapan raya untuk diri sendiri. Mujurlah rumah tak besar mana .. yang herannya kemas daripada sebelum ramadhan sampai nak raya tak habis².. tak boleh bayang kalau rumah kat kampung dah siap tapi fuhhh lap peluh kat dai dibuatnya.

Minggu sebelum tu ada balik kampung hari sabtu buka rumah buyut amir, lepas tu hari ahad mertua pulak datang rumah berbuka ... masa buka kat rumah buyut mak ada bagi tahu tahun ni tak dapat nak buka kat rumah saya, jadi saya cakap takpalah kita orang pun selalu balik kampungkan.. dah buka sesama .... tak sangka rupanya mak buat suprise hujung minggu akhir ramadhan tu mak dengan mak cik sekeluarga datang rumah berbuka, kemain mak berlakon eh .. tak dapat datanglah ... kereta abah tak okklah .. pada kereta abah nak semput tu sampai jugak ka rumah akak.

Kebetulan pagi ahad tu pergi pulau carey saja cari lauk pauk nak stanby dalam peti sejuk kang senang .. kalau ada tetamu datang beraya .. sesiap dah ada lauk.. kosa lah haihh nak pergi kedai kan masa tu ... walaupun kami ni 4 hari tentu beraya di kampung .. kami stanby jer...


Penuh meja jepun kami dengan juadah mak bawak, mak cik bawak, aku lagi masak .. itu pun masak 2 jenis lauk jer... masak nasi lebih .. adik sms bagi tahu mak dengan abah nak datang buka, saya ingat mak dengan abah jerlah .. tak sangkalah pulak .. dengan adik saya yang lepas pantang pun datang sekali .. dengan mak cik anak branak .. memang meriahlah buka puasa petang tu....







Antara menu yang saya masak, masak sikit jer pun ... tak tahu ramai yang nak datang .. mujurlah nasi masak lebih.... 



Ketam masak telur masin (telur masin bua sendiri tau)





 Pepahat masak cili padi sos tiram, pertama kali beli, pertama kali masak dan perttama kali makan ... haru².... memang teringin nak makan... lepas tu dah beli baru terpikir macam mana nak masak pepahat ni hahahahaha ... dan baru terpikir kene siang macam siput ke .. atau masak basuh macam kerang .. ke masak masuk macam lala jer.. hahahahaha ... datang senggal kejap balik rumah.
Sudahnya basuh bersih² ... masak macam masak lala .. dah terbukak kulit tu .. dah masaklah agaknya, pepandai jer.. nasib baiklah semua orang kata betul dan sedapp....





Penuh rumah, maaflah rumah tak besar mana kan.. ginilah beasak² makan dengan meja jepun tu hihihihihihi .. ini pun dah rasa bersyukur sangat² sebab ada yang sudi datang kerumah. Insyaallah selamat panjang umur tahun depan kita beraya kat rumah baru eh ... (^___^)v


Bicara Hati : Keluarga kecil kami, tapi meriahnya mengalahkan 10 orang keluarga yang datang hihihihihi .....



13 ulasan:

puanstoberi berkata...

wahh..nk masuk rumah baru ke???

Kakcik Seroja berkata...

Seronoknya. Meriah.

:)

mamaarifakeemaisy berkata...

Mak pun pandai buat kejutan ye..ihiks..

Time2 mcm ni mmg best..bkumpul mkn sesama, wlu bersesak..:-)

Syok le tahun depan masuk rumah baru eh, berganda kemeriahannya.. :-)

safurara berkata...

waahhhhhhhhhhhhhhhh mst best kan kak mkn ramai ramai cm ni.mau 4 kali tambah nasi.hehehe

Qashmere berkata...

Wow seafood feast!

Puan Kutu berkata...

yang paling penting meriah berbuka ramai2 ni.makanan apa yg ada je pun msti berselera klu dah ramai..ehh pepahat tu amaende?serius tak pernah makan,dengar pun baru 1st time

Ratu Hatiku berkata...

Seronoknya bila ramai2 mcmie... Sedap plak tgk ketam telur masin tu.. :D

Unknown berkata...

bestnye dpt kumpul ramai2.. family kecik xper.yg pntg hati ahli2 family besar2 belaka.. hubungan erat tu yg specialnya.. kan.. selmt hari raya dear..

Permata Malap berkata...

seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai,kak..

Masya berkata...

kekda : insyaallah ... doakan² yer.. moga dipermudahkan...

kak cik, kak eina, rara, qashmere, ratu hatiku, deqla: mmg terasa kemeriahannya, maklumlah selalu bertiga jer...

Murni : Pepahat tu ala² macam lala, jugak .. tapi daging dia lagi kenyal .. bentul macam tu lah panjang mcm buluh perindu kikikiki ...



eija_sweetmama berkata...

wah yana siap masak ketam..

Unknown berkata...

bestnyer

Cikrosecute berkata...

Seronoknya berbuka ramai2....pasti meriah giler..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...