♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Khamis, 15 Ogos 2013
Balik Ke Kampung Semula
Buah Tangan Raya Tukar Edisi Munjung
Setiap tahun pun mesti ada edisi munjung², hantar makanan ni .. ni macam tradisi jer sebenarnya ... selalu masak lebih bagi sedara mara.. rasanya dah 2 hingga 3 tahun ni tak buat kikikiki .. tapi saya dengan hubby tukar edisi munjung ni dengan bagi biskut raya 2 bekas dan air kotak besar sesiap letak dalam beg kertas macam ni. Bukanlah melupakan tradisi cuma ak berkesempatan nak masak.. kalau panjang umur.. raya haji saya masaklah.
Munjung ni sinonim bagi masyarakat jawa, kalau kat kampung memang meriahlah lagi² daripada seminggu nak raya tu .. tak payanh nak pening² masak.. ada jerlah kang yang hatar makan munjung ni.
Kat tempat lain mungkin lain caranya ... ini cuma tradisi ni .. terpulanglah bukan wajib pun kan...
Bicara Hati : Jenuh cari beg kertas besar musim raya ni .. banyak habis heran jugak.
Berbuka Di Rumah Alang
Antara menu yang dihidangkan, isteri tuan rumah (fara) dalam pantang, sempat jugak fara masak kari ayam dengan sayur campur, saya beli lauk jer.. dengan paru sambal (padahal tak reti makan paru pun hihihihihi) tak sempat nak masak, jumaat tu kerja.. lepas balik bersiap .. terus keluar rumah pergi rumah alan, sampai².. jer.. dah azan.
Antara yang datang memeriahkan majlis berbuka along suami isteri, achik, saya dan zura .... tak ramai, tapi cukuplah mengamatkan dan mengema ruang legar tuan umah hihihihihi .... tak dapat nak lepak lama sangat pun, kami sampai² pun dah azan berbuka tau .. haru² rantau panjang jem giler² petang tu.. lupa ada pasar malam .. mujurlah tak sesat barat .. sempat sampai.
Amir kemain teruja jumpa baby girl.. anak alang, alhamdulillah dah sepasang anak mereka .. yang nombor dua ni perempuan mirza namanya .. kemain bulat bam bam lagi ..
inilah tuan rumah, alang .. terima kasih sudi dan tak kisah kami memeriahkan rumah untuk berkumpul .. nanti bolehlah buat bbq pulak .. lama tak buat kan?? .. kan....
Bicara Hati : Tak sabar nak berkumpul nanti masa baraan dengan kawan² 01 Sept 2013
Rabu, 14 Ogos 2013
Iklan Exabytes Tiba ² Hilang Daripada Blog
Tikar ala-ala buluh saya letak kat bawah meja makan jepun saya tu ....
RM 30.00 sahaja, korang tahu tak kat luar mahal .. kemain tikar ni sampai ada yang jual RM 75.00 saya pun heran kemain mahalnya ....
Syahdunya Di Pagi Raya
Ligat
Suprise - Keluarga Datang Rumah
Penuh meja jepun kami dengan juadah mak bawak, mak cik bawak, aku lagi masak .. itu pun masak 2 jenis lauk jer... masak nasi lebih .. adik sms bagi tahu mak dengan abah nak datang buka, saya ingat mak dengan abah jerlah .. tak sangkalah pulak .. dengan adik saya yang lepas pantang pun datang sekali .. dengan mak cik anak branak .. memang meriahlah buka puasa petang tu....
Antara menu yang saya masak, masak sikit jer pun ... tak tahu ramai yang nak datang .. mujurlah nasi masak lebih....
Ketam masak telur masin (telur masin bua sendiri tau)
Pepahat masak cili padi sos tiram, pertama kali beli, pertama kali masak dan perttama kali makan ... haru².... memang teringin nak makan... lepas tu dah beli baru terpikir macam mana nak masak pepahat ni hahahahaha ... dan baru terpikir kene siang macam siput ke .. atau masak basuh macam kerang .. ke masak masuk macam lala jer.. hahahahaha ... datang senggal kejap balik rumah.
Sudahnya basuh bersih² ... masak macam masak lala .. dah terbukak kulit tu .. dah masaklah agaknya, pepandai jer.. nasib baiklah semua orang kata betul dan sedapp....
Selasa, 13 Ogos 2013
Menu Kegemaran Hari Raya
Lontong mak yang akan menjadi menu wajib pagi raya, sampaikan adik² mak pun mesti order dengan mak ... nak buat juadah pagi raya. Hubby?? hubby pun suka hihihihihihi .. kalau makan dengan ayam masak kicp hamboii menjilat jari yer... lontong mak ni, kalau tak raya pun kadang² saya teringin iyerlah lontongkan susah nak jumpe masa raya jerlah baru dapat merasa.. sebab lontong ni lambat sikit nak rebus dia... jadi kalau dah dapat peluang makan lupakan sebentar idea nak diet eh.
Langgan:
Catatan (Atom)