♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 7 Februari 2014

Fenomena Tudung Bawal Aidijuma



Rasanya orang lain dah berkodi² beli buat koleksi kikikiki .. siap ada dah pre love jual balik bagai ... saya jer yang tak pernah membeli, kalau online ni memang nak beli sendiri tu tidaklah .. tapiii kalau ada kawan² yang ajak membeli dan berkenan saya tumpang jer huhuhuhu .. orang takda online banking macam tulah ... sob .. sobbb .. sobb ...

Tapi kan baru² ni kat opis saya ni ada kawan yang jual tudung aidijuma ni, wahhhhh ... (@@) buntang mata kejap koooooo .... nak pergi butik membeli tu memang takda sapa lah nak layan, hubby .. memanglah kalau di ajak shoping kan ... kalau ada kawan opis pergi mengajak .. memang panjanglah langkah tu ... tu yang sampai ke butik shawl popular selalu kat shah alam tu kikikiki ..;p

Orang kata fenomena bawal ni dah kembali dengan corak dan pilihan yang terkini dengan aidijuma ni, memula tu .. ishhhlah dah kenapa meriahnya corak bunga² dia ... (tapi tu dululah) sekarang ni rasa macam makin menarik pulak.. tidaklah oberrrrrr sangat corak tu ... tapi mengoda .. mengoda ... tak mampu tutup >____<




Berjaya rembat 2 tudung yang tengah meletop² ni hihihihihi ... white label jer... beli dengan kawan² dapat murah satu rm 13 hinggit sahaja tapi saya amik dua dia bagi lagi murah diskaun katanya .. oklah tu .. anggap beli untuk hadiah bestday sendiri hahahahaha ...;p walaupun kalau pergi butik boleh dapat lagi murah... tapiii kalau koooo mampu nak beratur sampai pagar korang pergilah kikikiki ;p saya tak sanggup, kawan saya ni pun kira beruntung dia beli sekodi jual dengan kengkawan opis.. jadi rezeki kamilah.



Tudung aidijuma ni boleh digayakan macam shawl corak dia .. itu yang rasa macam tertarik sikit .. bolehlah ubah suai sikit gaya bila nak pakai kan.. kan... nak tengok masya pakai??? owhhh selfie kat instagram sudah ... kot kat sini poyo pulak.. asyik nak interframe muka tuan tanah hahahaha ...




Bicara Hati : Bila pakai bawal hubby tengok tak berkelip² nampak isteri macam jauh lagi muda agaknya hahahaha ..;p















Khamis, 6 Februari 2014

Dapat Hadiah Lagi Servis Di Proton Terbaik




Sepanjang hampir 5 tahun dengan kereta proton mpv ni, kami memang selalu servis kereta kat pusat servis proton sendiri ... belum pernahlah servis kat bengkel lain .. walaupun orang kata cas dia mahal .. tapi kami berpuashati .. dengan harga yang kami bayar .. belum pernah dah servis dia buat hal .. alhamdulillah ..... syukur sangat².


Saya tak tahulah orang lain, tapi ada yang kata .. kalau stakat nak tukar minyak hitam kat bengkel pun boleh huhuhu.. saya diam jer, tak berani nak cakap lebih² sebab kalau servis kat proton ni memang ada buku dia ... dan jadual meter yang dah digunakan.. jadi lebih mudah nak servis kereta .. tidaklah main agak² jer kan... 






suke dengan hadiah baru ni daripada proton .. tukar minyak hitam baru ni dapat ni .... cantikkan dia macam cawan tapi ada tutup... bergetah ... 



Hubby dia memang banyak mulut sikit, orang terlebih peramah hihihi .. bila tukar minyak hitam selalu dia suka cakap takda barang free ker?? orang proton ni pulak pesen kalau kita tak cakap dia memang tak bagi tau... dia orang amik barang tu hihihihi ... jadi bila hubby tanya barulah dapat barang ni .. dah banyak jugaklah koleksi barang syntium ni kita orang dapat ... antaranya ada saya buat entry beg sandang, beg balik kampung dan yang terbaru Bekas Mangkuk Tingkat Moden.

Inilah salah satu sebab kenapa suke servis dengan dia orang hihihihi ... lagipun apa² hal kene booking dulu kalau tak ramai orang nak servis kereta payah .. lama menunggu, kalau dah booking senang.




Bicara Hati : Silap² bukan buat air dalam bekas ni, buat pasu bunga hihihihi .. comelnya... siap ada gambar senyum² kenyit mata.











Rabu, 5 Februari 2014

Kasut Pertama Warna Mustard



Poyonya masya kasut nak tayang kat blog kohkohkohkoh ..... pedulikkk nak tayang jugak, padahal 2 bulan lepas baru beli kasut/ sandal ... ni dah beli lagi .. memang cari naya namanya menambah koleksi.

Kedai kasut betty blue ni baru bukak dekat dengan opis saya, memula tu .. memulalah yer.. kunun² temankan kawan nak membeli kasut hahahaha .. sudahnya terjebakkk nampak kasut mustad ni ... terbeli...... ampun² ampun hubby langgar pantang, isteri awak ni nafsu luar biasa sikit bab shopping hihihihihi ...;p




Seyes cantik (perasan) dah berkenankan mestilah cantik .. siap ada riben mengalahkan kanak² riang hahaahha ... Suke wana dia sebab tak pernah ada koleksi warna macam ni .. warna kuning ala² ke coklat gitu.



Satu²nya kasut warna mustard yang saya pernah ada, beli lain daripada yang lain.. selalu beli hitam atau coklat .. pernah sekali beli putih nak kelainan kununnya .. dah hubby kata macam kasut pengantun huk.. huk.. huk...

Korang suka pakai kasut tak, ke lebih selesa pakai selipar jer ... saya ni ikut mood... tapi sila percaya dah ada kasut ni memang nak pakai kasut jer... bukan takat pergi opis .. pergi kenduri kawin pun pakai kasut ni hihihihihi  >_____<  jimatkan ... orang kata biar menang membeli dan memakai ... kalau selesa kepasar pun boleh pakai .. jenama bukan keutamaan yang penting selesa.

Caya tak kalau saya kata harga kaut ni tak sampai RM 45 hinggit pun, sekali nak bayar siap ada diskaunnnn waaaaaaa ... buntang mata .. syukur² alhamdulillah.. harga kasut ni jadinya tak sampai RM 40 pun dalam 30 lebih sahaja .. oklah tu masih mampu milik. Berbaloi².....




Bicara Hati : Alhamdulillah cpu dah keluar wad .. senanglah bw kengkawan kalau free nanti, tapi sekarang sibuk .. audit nak masuk bulan 3 ni ... jadi moh sambung kerja.


























Isnin, 3 Februari 2014

Pengalaman Sambutan Maulidur Rasul Di Tadika



Kali pertama berpeluang menyambut bersama rakan² amir teruja sangat² dapat berarak dengan kawan² tahun ni, alhamdulillah ibu pun sempat join. Syukur sangat² tahun ni amir diberikan kesihatan yang baik.. cian dia tahun lepas sampai demam² kat tadika lama tak dapat join perarakkan.

Seawal jam 6.30 pagi dia bangun, ini pun dah lambat kiranya... ibu siapkan mandikan, bedakkan bagi wangi² .. nak bersampin.. mujurlah sampin umur 3 tahun tu muat.. (hahaha.. muatlah sangat.. ibu dok bukak jahitan tu gigih tak gigihlah demi anak) tu pun pakai kat dalam.. ala² jer.. janji masih selesa dipakai.

Patutnya pagi tu kene bawak kuih muih ibu amir ni beli sahaja.. kosaaalah nak membuat tidur rumah mertuakan... kang berkecah dapur .. sama nak kemas pagi² tu, jadi ibu beli jerlah kuih.. bunga telur bawak 3 kuntum .. telur sempat rebus malam tu ... melampaulah takkan telur rebus nak beli.. bunga telur amik kat rumah mak jer.

Hantar amir ketadika, terus ibu tolong cikgu kat tadika untuk persiapan perarakkan pagi tu ... cucuk pahar bunga manggar dan telur serta sediakan hidangan untuk tetamu (ibu bapa yang hadir) ... dah alang² datang awalkan.. hantar amir .. teruslah tolong apa yang patut .. perarakkan mula pukul 9.00 pagi ...




Sebelum memulakan perarakkan kanak² kat sekolah cikgu bagi sarapan dulu.. amboi kemain suka masing² dapat menjamu selera ... macam² ragam ada tau.




Keterujaan seorang kanak² bila dapat beramai² berkumpul dengan ibu bapa untuk perarakkan??? hah!!! korang nampak tak amir tu (yang baju biru)... kemain lagi dia.. siap cakap dengan kawan² elok²lah.. baris tu ... saya pulak yang gelihati sebab memang perwatakkan dia berubah kat tadika .. nampaklah ciri² tanggungjawab tu ada.. padanlah kengkawan takut dengan dia.. dia cakap.. kawan takmooo kawan dengan amir, saya cakap kalau garang memanglah kawan takut... dia kata ketua kene garang ibu .. kalau tak nanti cikgu rotan amir gegegege gugugu gagagaga .... >___<




Penerangan daripada ustazah jemputan sebelum berarak .. mengajar anak² murid berselawat keatas junjungan ... budak² ni pun kemain lagi semangat menyebutnya .... mula² jer tu... masa ustazah ajar .. lepas berarak .. hahaha .. korang tengok gambar bawah ni...

v

v


v


v





Hahahaha .. berteraburr masing² kat jalan raya tu.. kemain lagi dapat peluang berjalan .. macam² ragam dibuatnya, daripada pegang tangan ada yang dah lepas .. sudahnya suara mak² dengan cikgu jer yang kuat hihihihihi .. nasib baiklah ada mak mak.. berarak pun tak jauh pusing tadika jer  pun....





Walaupun tak jauh dan hanya tadika amir sahaja termasuk ibu bapa.. tapi terasa kemeriahannya tengok ragam budak² ni .. macam² gelagat .. gelihati.. sampaikan ada cikgu kata murid² ni ada mak ayah ada yang meragam pulak.. selalu elok jer.. sebab ada yang menangis takmoo berarak.




Lepas berarak .. sesi mendengar ceramah pulak kat dalam tadika, alahai memula kemain baik lagi mereka ni... lepas ½ jam hahahaha.. hambikk kuak lentang dad meniarap pun ada dah tak duduk dah kat dalam tu... nasib baiklah ceramah ustazah ni ada lucu² terhiburlah jugak dibuatnya.




Sebab ibu bapa dipesan bawak kuih, makanan tenghari tu mereka pun makan kuih muih jugak hihihi.. nasiblah lah anak² moh habiskan kuih muih yang adooooo.. bubur nasi cikgu bekalkan bawak balik ... sebab menu hari tu bubur nasi sepatutnya. Sedang makan elok cikgu bagi bunga telur sorang satu.





Sebelum balik sempatlah amik gambar dengan kawan² lain buat kenangan, ini pun ada yang tak masuk .. memasing dah tak sabar nak balik dahhhh hihihihi ... jadi sapa yang sempat dan ada je lahhhhhh .... 




Bicara Hati : 3 hari bercuti, hari ni kene kerja kat luar huhuhuhu ... mood happy² sahaja.. tak masuk opis.. entry autopublish...







Khamis, 30 Januari 2014

Hadiah Bertuah Masih Tiada Pemilik



Tajuk kemain lagi tak menahan kan, ramai dah cuti agaknya hari ni .. jalan raya pun dah tak sesak.... pakat² ramai dah balik kampung agaknya.... sekolah pun banyak dah cuti (sekolah hubbylah tu .. huhuhu.. jelsenya).

Mood nak buat kerja pun ntah hilang kemana² hala lah ni, cpu tak okeyy lagi ... mujurlah takda kerja urgent sangat... tapi bila datang kerja meja kosong tanpa cpu.. rasa semacam jer...

Oklah sebenarnya nak reminder jer ni hihihihi... saya masih lagi mencari pengomen tegar diblog saya ni.. yang ke 31 dalam entry ni... sebab masih belum ada pemenang lagi.. kalau sampai minggu depan takda pemenang nampaknya saya akan berikan hadiah ni pada yang terpantas komen sahajalah.. hihihihi.. jangan marah.... 

opssss..... hadiah tu tidaklah segah mana .. cukuplah sebagai tanda penghargaan buat rakan² .. harap sudi terima .... kita tunggu sapa yang menang.

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

opsss.. pada yang dah komen saya ucapkan terima kasih... semuanya.. kalau ada rezeki lebih memang nak bagi lebih.. tapi saya ada satu sahaja... hadiah ni ... buat bakal pemenang dalam ni bukan bekas kosong ada sesuatu yang indah di dalamnya khas buat yang bertuah... harap sudi terima. >___<

















Rabu, 29 Januari 2014

Kraftangan Pertama Amir Ditadika


Sebulan pertama awal persekolahan biasanya budak-budak tadika ni lebih pada pendedahan kemahiran melembutkan jari, lebih pada menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika.... Bila dah lama sikit nanti barulah belajar menulis... 


Cantik ni kraftangan amir pertama di tadika, mewarna kipas menggunakan crayon... Terbaiklahhhhh ... Makin teliti sekarang bila mewarna...hijau tak pernah tinggal .. Suke sangat warna tu.


Semalam ade aktiviti sukan, tapi hujan amir kata tak boleh main kat luar... Jadi main kat dalam tadika... Cikgu bagi uli doh donut dengan karipap... Best ibu.. Cikgu ade beli acuan dia... Sweet sangat dengar amir cerita memang penuh teruja dia sebab kat rumah pun ibu buat donut dengan karipap takda acuan... Main... Agak2 sahaja.

Pengalaman baru macam ni memang buat kanak-kanak teruja, sebab kat rumah pun kalau ada peluang amir memang suke tolong saya... Tapi ibu dia ni ade angin kus kus... Ni dah lame dapur tak berasap hahahaha.... Jadi bila dah lama tak buat tu, dia terlebih teruja sikit.








Selasa, 28 Januari 2014

Masuk Hospital




Semakin parah, perlukan rawatan grrrrrr .... Mujurlah dah tutup akaun dia buat perangailah pulak..... Mintak tukar baru lah tu..

Masalah2 bila yang sakitnya dekat dalam, kalau kat luar boleh jugaklah ditelek2kan.. Ni kalau dah dalaman biarlah pakar yang menentukan.... Terus hantar hospital penyelenggaraan kikikikiki.... ;p

Nampaknya sepanjang cpu masuk hospital ni kalau saya rajin saya bw daripada tab, hadoilah tulisan kecik-kecik naik keroooo nak membacanya ... Apatah lagi nak menaip entry.. Terkial-kial dibuatnya huhuhuhuhu.... Kalau saya senyappp jer tu... Korang jangan marah yer... 

Oklah bye... Kelabu asap mata naik keroooo nak taip entry camni.


Isnin, 27 Januari 2014

Master Chef Cilik Tabika Kemas


Alalalalalaaaa.. comeyyynya anak ibu ni .. geram tengok dia orang ni pakai apron so sweeeettttt sangat² tau hahahaha ... lagi² bila duduk berjemaah makan. Kan ibu dah janji nak letak gambar amir pakai apron hari tu.. sekarang dah dapat apronnya... tapi ibu pulak takda idea nak jahit nama amir macam mana kat apron tu... kenelah ibu cari idea ni...

Warna biru bagi yang lelaki ... yang perempuan warna pink, lagi comel tau.. tapi tu lah.. lupe pulak nak amik gambar.. maklumlah anak saya kan lelaki ... masa makan tu kelompok lelaki.. jadi amik gambar budak² lelaki jerlah.



Bicara Hati : Alamak!! entry sambutan maulidurasull tak publish lagi .. hahaahah .. kita tengok amir pakai apron dulu yer.. nanti kita up entry sambutan maulidurasul kat tabika amir.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...