♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 3 Februari 2014

Home » , , , , , » Pengalaman Sambutan Maulidur Rasul Di Tadika

Pengalaman Sambutan Maulidur Rasul Di Tadika



Kali pertama berpeluang menyambut bersama rakan² amir teruja sangat² dapat berarak dengan kawan² tahun ni, alhamdulillah ibu pun sempat join. Syukur sangat² tahun ni amir diberikan kesihatan yang baik.. cian dia tahun lepas sampai demam² kat tadika lama tak dapat join perarakkan.

Seawal jam 6.30 pagi dia bangun, ini pun dah lambat kiranya... ibu siapkan mandikan, bedakkan bagi wangi² .. nak bersampin.. mujurlah sampin umur 3 tahun tu muat.. (hahaha.. muatlah sangat.. ibu dok bukak jahitan tu gigih tak gigihlah demi anak) tu pun pakai kat dalam.. ala² jer.. janji masih selesa dipakai.

Patutnya pagi tu kene bawak kuih muih ibu amir ni beli sahaja.. kosaaalah nak membuat tidur rumah mertuakan... kang berkecah dapur .. sama nak kemas pagi² tu, jadi ibu beli jerlah kuih.. bunga telur bawak 3 kuntum .. telur sempat rebus malam tu ... melampaulah takkan telur rebus nak beli.. bunga telur amik kat rumah mak jer.

Hantar amir ketadika, terus ibu tolong cikgu kat tadika untuk persiapan perarakkan pagi tu ... cucuk pahar bunga manggar dan telur serta sediakan hidangan untuk tetamu (ibu bapa yang hadir) ... dah alang² datang awalkan.. hantar amir .. teruslah tolong apa yang patut .. perarakkan mula pukul 9.00 pagi ...




Sebelum memulakan perarakkan kanak² kat sekolah cikgu bagi sarapan dulu.. amboi kemain suka masing² dapat menjamu selera ... macam² ragam ada tau.




Keterujaan seorang kanak² bila dapat beramai² berkumpul dengan ibu bapa untuk perarakkan??? hah!!! korang nampak tak amir tu (yang baju biru)... kemain lagi dia.. siap cakap dengan kawan² elok²lah.. baris tu ... saya pulak yang gelihati sebab memang perwatakkan dia berubah kat tadika .. nampaklah ciri² tanggungjawab tu ada.. padanlah kengkawan takut dengan dia.. dia cakap.. kawan takmooo kawan dengan amir, saya cakap kalau garang memanglah kawan takut... dia kata ketua kene garang ibu .. kalau tak nanti cikgu rotan amir gegegege gugugu gagagaga .... >___<




Penerangan daripada ustazah jemputan sebelum berarak .. mengajar anak² murid berselawat keatas junjungan ... budak² ni pun kemain lagi semangat menyebutnya .... mula² jer tu... masa ustazah ajar .. lepas berarak .. hahaha .. korang tengok gambar bawah ni...

v

v


v


v





Hahahaha .. berteraburr masing² kat jalan raya tu.. kemain lagi dapat peluang berjalan .. macam² ragam dibuatnya, daripada pegang tangan ada yang dah lepas .. sudahnya suara mak² dengan cikgu jer yang kuat hihihihihi .. nasib baiklah ada mak mak.. berarak pun tak jauh pusing tadika jer  pun....





Walaupun tak jauh dan hanya tadika amir sahaja termasuk ibu bapa.. tapi terasa kemeriahannya tengok ragam budak² ni .. macam² gelagat .. gelihati.. sampaikan ada cikgu kata murid² ni ada mak ayah ada yang meragam pulak.. selalu elok jer.. sebab ada yang menangis takmoo berarak.




Lepas berarak .. sesi mendengar ceramah pulak kat dalam tadika, alahai memula kemain baik lagi mereka ni... lepas ½ jam hahahaha.. hambikk kuak lentang dad meniarap pun ada dah tak duduk dah kat dalam tu... nasib baiklah ceramah ustazah ni ada lucu² terhiburlah jugak dibuatnya.




Sebab ibu bapa dipesan bawak kuih, makanan tenghari tu mereka pun makan kuih muih jugak hihihi.. nasiblah lah anak² moh habiskan kuih muih yang adooooo.. bubur nasi cikgu bekalkan bawak balik ... sebab menu hari tu bubur nasi sepatutnya. Sedang makan elok cikgu bagi bunga telur sorang satu.





Sebelum balik sempatlah amik gambar dengan kawan² lain buat kenangan, ini pun ada yang tak masuk .. memasing dah tak sabar nak balik dahhhh hihihihi ... jadi sapa yang sempat dan ada je lahhhhhh .... 




Bicara Hati : 3 hari bercuti, hari ni kene kerja kat luar huhuhuhu ... mood happy² sahaja.. tak masuk opis.. entry autopublish...







17 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Nampak Amir ada talent sebagai ketua. Pakai songok putih pulak tu lebihlah menyerlah:)

Kakak memang suka tengok anak-anak macam ini - ceria dan sejuk mata memandang:)

Rizziela berkata...

syoknyer boleh temankan anak..saya x dapat nak tengok sebab sekolah dia buat waktu bekerja..nasib baik ada kawan yg anak dia sekolah sekali..dia tolong ambilkan gambar anak sy :D

Tie HT berkata...

meriah juga kan
comel2 je budak2 ni :)

iT's All aBout uS berkata...

hahaha... seronoklah amir, meriah betul

NinaAz berkata...

dah lama xsambut maulud cm ni. zaman2 sekolah dulu jea lah kenangan yg ada

Fiza Rahman berkata...

Meriah.Seronok tgk keletah budak2 tadika nih.

mamaarifakeemaisy berkata...

Meriahnyerr..untung dpt sertai...
Tabika arif pun ada buat, tapi tkde pulak jemput parents..cuma info jer...syok tengok ! :-)

Unknown berkata...

happy nampaknya... alhamdulillah kecik2 kita beri didikan kepada mereka kan...

Miss S berkata...

salam kenal =).tengok gmbr di atas terkenang zmn sekolah dulu

dear anies berkata...

alololo comel2 belaka

puanstoberi berkata...

comel je bebudak ni kan.. Amir jadi ketua.. wahh..bagus la Amir :)

puanstoberi berkata...

comel je bebudak ni kan.. Amir jadi ketua.. wahh..bagus la Amir :)

eija_sweetmama berkata...

bagusnya ibubapa pun boleh join sekali,

tahun ni zaquan n ziqry x dpt join sambutan maulidur rasul dkt tadika/taska sbb kami g bercuti..

Puan Kutu berkata...

sambutan kecil2an macam ni cukup terasa kemeriahannya..amir jadi ketua ye kt tadika?patut la garang.hehe

IntaNBerliaN berkata...

bagus amir.. mmg nampak bakat dia jadi ketua :-).. walaupun kat umah, kdg2 suka menagis, tapi bila dkt luar, terus lain perwatakan dia kan.. bagus! :-)

Cik Rose berkata...

jabatan Ros akan buat perarakan Maulidur Rasul 16 hb ni.. lewat kan.. hihi.. Ros terlibat jugak dengan perarakan tu nanti..

QasehnyaRania berkata...

alhandulillah ada perubahan. smga berterusan mempunyai keyakinan diri..
time tadika ni la nk latih supaya dorng jadi berani, berdikari kan..
good luck amir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...