♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Khamis, 20 Februari 2014
Mood Malam Jumaat - Mohon Dan Berdoalah Allah Sentiasa Mendengar
Kedai Muslim Shop Di Klang
Oklah kedai ni lokasinya betul² bersebelah pos laju kat depan stesen keretapi klang tu ... opsss.. komuter ke?? keretapi eh??? tapi ada stau stesen keretapi je kan kat klang ni.. hah!! kat situ lah dia... kedai ni tepi jalan jer.. tapi memang susahlah nak cari parking.. kita orang pun kira rezeki jugak dapat parking dekat dengan kedai ni.
Entry ni tak berbayar yer.. saya cuma kongsikan keterujaan saya dan kawan² dapat pergi kedai ni.. maklumlah nak pergi muslim shop yang kat shah alam tu tak terpergi².. tapi ada kedai yang dekat dengan opis ni.. bolehlah kami pergi... yang penting banyak barang² muslim, dan ada jugak keperluan harian di jual kat sini ....
Makanan kesihatan banyak pilihan kat sini kebanyakkannya macam kismis doa, makanan² yang ada unsur doa .. makanan kesihatan dan ada jugak ikan pekasam.. hahahaha .. yang ni memang kita orang pun tak sangka. Kati sini pun ada jual pati delima gulsan tau.. kekacang yang ada kat mekah tu takda kat sini.. tapi kalau kurma ada.. korang nak beli kurma ada banyak pilihan kat sini ...
Tapi kami paling teruja bila jumpe pelbagai jenis susu ilham (yang ada bacaan doa), halib's dan suffy goat ada dijual kat sini.. wah... wahh.. wahh.. keterujaan berganda dibuatnya ... maklumlah amir memang minum susu ilham.. walaupun sebulan sekotak jer pun saya belikan untuk dia... tu pun saya campurkan dengan susu biasa bagi dia minum.
Hahahaha .. inilah ikan pekasam yang mengoda.. saya tak beli.. kawan saya beli .. susah nak jumpa sekarang ni kan.. jadi dia mengandung .. memang teringin sangat nak makan.. kira macam rezeki dialah ni...
Dan buat saya tambah teruja ada jual minyak batooka gold ni ... fungsi minyak ni korang boleh google yer.. dia sesuai untuk bayi dan kita² yang dewasa ni sakit selsema atau batuk.
Sebelum balik sempatlah jugak possing kat depan kedai, tapi toksah lah tengok muka kamii yang glamour tu... moh layan signboard dia.. ada jugak nombr telfon kot²lah korang berminat nak tanya barang apa lagi yang ada jualkan.
Bicara Hati : Saya beli susu halib's kat sini, alhamdulillah dah sebulan amir minum.. nanti saya kongsikan kelebihannya.
Perut Meragam Tak Tahu Punca
Rabu, 19 Februari 2014
Jahit Nama Pada Apron Amir
Sudahnya ini jerlah yang mampu ibu jahit kat apron amir.. walaupun kat sekolah cikgu panggil hazim, hihihihihi .... ingatkan nak sambung lagi.. tak terdaya omak eh... ini pun terkial² nak menjahit tau.
Sempat amik gambar ni masa belum berjahit lagi.. masa mula² dapat apron ni hai tu.... tapi bila dah basuh macam lunturlah pulak.. alah baru sekali jer pun ... dah luntur warnanya camna nak tunggu setahun ni.
Bicara Hati : Belajar tadika kemas, kan sinonim jahit menjahit ni.. tapi mak ni tak pernah nak ikut aktiviti kemas pun >_____<
Selasa, 18 Februari 2014
Gigi Amir Tercabut Akhirnya
Inilah gigi amir yang tercabut tu.. buat pertama kalinya, dia kata tak sakit pun.. takda darah.. nanti boleh tak kita pergi jumpe doktor ibu tampal gigi tu balik?? gegegegeg .. mana boleh sayangku.. kalau dah tercabut gigi kene buang ... kalau boleh tambal.. itu hanya untuk gigi berlubang sahaja.
Keterujaan seorang anak gigi baru patah satu.. semua orang nak dikabarnya yang giginya dah patah.. dah sudahh.... habis adegan rumah embah.. sambung pulak kat rumah atuk (belah ayah) .... Saya risaukan kalau amir kene ejek dengan kengkawan jer nanti .. tapi saya bagi semangat kat dia.. kalau ada kawan ejek.. cakap nanti gigi amir tumbuhlah .. jangan nangis tau.. sudahlah si anak baru nak suaikan diri ke tadika ... jagan dia buat perangai sudah.
Malam minggunya pulak bila kami 3 beranak dirumah sambil layan fear factor, hubby melayankan amir main gusti² katanya .. bila iklan.. ntah macam mana tetiba .. gigi amir terkene siku ayah... serta merta gigi yang sebelah yang dah goyang tu patah jugak... adehhhhhhhhh .... hilang kehenseman amir tau... yang pasti darah keluar .. tapi amir kata tak sakit... ibu yang ngilu tau.
huhuhu ... senyum paksa rela pasrah .. ibu soh amik gambar .... tak hensem dah gigi dia takda.. sekarang ni asal nak brcakap jer.. mesti nak tutup mulut... malu letuu agaknya.... >____<
Korang rasa normal ker?? gigi anak² dah mula patah usia 6 tahun ni .. risau jugak.. nak kata kurang kalsiumm amir masih minum susu .. nak kata tak berus gigi.. berus .. gigi geraham amir pun dah mula berlubang.. gigi yang sebelah atas tu pun dah goyang....
Hari tu baru cerita gigi amir goyangkan.. tak sangka pulak nak tercabut secepat ini .... semalam pun amir cuti sekolah gusi belakang gigi geraham bengkak... bergenang² air mata dia tau.. bila saya pegang badan dia pun macam panas nak demam... agaknya masih terkejut gigi 2 batang tercabut.
Ada hikmah jugak masa gigi amir goyang hari tu.. dia dah macam takmoo hisap susu dengan botollll.. wahh petanda awal ni bolehlah lepas ni minum susu awal pagi jer dalam cawan.. nak tidur tak payah hisap susu lagi.
Bicara Hati : Risau kalau amir ngadu gusi sakit ... atau gigi sakit...
Bebola inti Keju Ala Kfc
Cheezy Ball ala2 KFC itu nama glamour amournya .... tapi bahasa melayunya lebih kurang bebola dalam isi keju hihihihihihi ... resepi ni saya jumpe kat fb blog .. jadi saya kongsikan kat sini .. sebab saya nak cuba .. nak cuba.. tapi belm cuba lagi.. ingatkan nak buat hujung minggu baru ni .. tapi saya pulak macam tak berapa nak sihat.. langsung kesudah tak membuatnya padahal barang dah ada.
Bahan:
Kentang- 4 biji
Tepung- 2 cawan
Mozarella cheese- potong dadu (Cheddar pn boleh-parut lbih baik)
Telur- 1 biji
Garam- 1 sudu kecil
Lada Hitam- 1 sudu kecil (tumbuk)
Perasa (ikut suka, maggie, masala)
Breadcrum
Cara2:
1. Rebus kentang sampai empuk, lepas tu lenyek sampai hancur.
2. Masukkan garam, lada hitam, perasa. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung. Kalau lembik tambah lagi sampai tak lekat kat tangan.
4. Bulat² kan adunan tadi sama saiz.
5. Leperkan adunan tadi & masukkan cheese. Tutup & bulat²kan semula.
6. Celup ball tadi dalam telur & golek atas Serbuk Roti.
7. Goreng guna api yg kecil je supaya cheese dalam ball cair.
Serbuk Roti tu boleh buat sendiri kalau rajin... bakar roti sampai garing kekuningan kemudian blander sampai halus...
Bicara Hati : Boleh buat utk frozen sekali, jadi lebih mudah bila nak makan barulah goreng .. letak kat pembeku ...
Isnin, 17 Februari 2014
Aktiviti Terakhir 2013 Bersama Rakan Sebaya
Amik mood .. amik mood hihihihi .. bagi idea datang nak mengarang, jadi moh layankan dulu gambar bbq atas ni hihihihihi sebagai pembuka selera hik.. hik.. hik ...
Mcam biasa janjinya pukul 10 pagi, pukul 11 baru sampai hahahaha ... biasalah kalau ade anak kecik ni.. jadual memang ikut jadual anak.. yang penting dapat berkumpulkan... dah masa aku sampai u memasing terkial² nak buat bara api.... lepas² tu barulah angah sampai, adeq, uda... dan lain².. alang pun.. alang dok jauh.. jadi sampai lambat sikit... yang pasti bbq tu tak masak lagi.. tunggu alang kipas.. alang kan gagah perkasa ... ;p
Dan yang pasti ade orang majuk tak dapat makan kambing bakar tu, hihihihi .. saya tak bersalah .. saya tak bersalah .... >____<
Kisah nak menghidupkan bara api pun jadi hal kikikiki ... berkepuk²/ berhelai² kertas digunanya nak hidupkan api.. sampai kesudah tak dihidup² jugak api tu.. adalah sejam kot nak buat bara ni.. sampaikan membara hati dibuatnya kikikiki ..;p kooo mau tak membara ... memang takda skill langsung lah nak hidupkan sudahnya abang² hensem ni hidupkan barulah kita bakooo .. kita bakoooo .... bara hidup ... ish.. ishhh.... memang syahdulah part hidupkan bara api ni.
Antara yang sempat join bbq kali ni, kami buat kat rumah achik jer ... tak sempat nak planning bagai ni .. kang tak menjadi .. ni main wassup² jer.. dalam group lepas makan² sambut bestday adeq tu ari .. adalah pulak yang tak dapat join.. jadi kita carilah kesempatan masa terluang untuk berkumpul hihihihihi .. terbaiklah akhir tahun tu krismas pulak semua cuti tu pakat buat bbq ni... ni kat rumah achik, achik pasrah jer.. kami buat sepah rumah dia.. lepas menjamu kita kemas sama² eh.
Amboiii banyaknya tangan ..... patutlah cepat masak hihihihi .. super duper terbaiklah .. macam ni, korang memang terbaikkan bab makan muafakat daripada kecik sampailah besar dulu².. main pondok² jer.. tak mampu kot nak bbq macam ni.. paling² biskut daripada tanah diulinya hihihi.. kalau ingat² balik lucu jer masa kecik² dulukan...
yeahhhhh siap semuanya.. mohlah jemput makan .. menjamu seleralah kita ... kambing paling mengiurkan.. kawan² blog jamu mata jer yer.. jangan marah.... >____<
Cup cake pun ade .. tak sempat rasa, sebab dah kekenyangan makan bbq hihihihi .. seyes tak mampu nak hadap cup cake ni ... tapi ramai kata sedapppp ..... nyum²...
Anak².. anak² macam biasalah bila ibu² berkumpul mereka pun pakat pandai pulak main sama² tu hihihi .. memula kemain lagi malu²... sudahnya korang tengok berkumpul kat sini layan game .. ni kejap jer.. lepas tu lai sana.. lari sini ... belum lagi pakai main kat takungan air macam kolam kat rumah achik tu.. ibu pancing ibu.. pancing ikan ... ibu cuma mampu geleng kepala jer ..... paling² pun.. situ mana ada ikan.. tu air kotor .. sini ... sebelum ibu bertukar hulk baik semua kesini uwarrrrrrrrrr .....
Sebelum berpisah mohlah possing² ramai² semuaaaaa hihihihihihi .... dah muka kepanasan terbakar berpeluh bagai, apede halkan.. inilah namanya memori .. kalau nak cantik pergi mall kohkohkohkoh .... Rindunya dengan korang semua, ntah bilelah kita dapat jumpa kan.. kan.... rasanya bulan lima kang jumpa lah lagi cikgu kawin hihihihi .. tunggu surat saman yer... jangan tak datang masa tu ....
Kawan daripada kecik, susah senang .. rasanya susah nak jumpe yang macam korang .. sampai dah beranak pinak pun kita masih lagi berhubungkan....
Pada kawan² pembaca blog saya yang berminat atau dah terliur tengok ayam, sosej, kambing bbq tu .. kalau berminat bolehlah rujuk FB : khkfoods kami memang suke servis mereka terbaikkk setakat ni ... tokey khk ni tu yang depan belah kanan pakai baju merah tu .. ape²hal kalau sekitar lembah klang ni berminat boleh call dia yer.. harga atau apa² jer berkaitan katering pun boleh tanya.. jangan korang call tanya hello .. awak bujang lagi ker?? memang jam² tu dia letak tepon terus sebab dia dah kawin pun ada anak hahahaha ...... Dulu masa adik saya kawin pun saya beli Kambing golek dengan mereka jugak ... terbaik.... >____< tak mengecewakan.
Bicara Hati : Masa sekarang pantasnya berlalu mengalahkan komuter ... sekarang pun dah bulan februari .. wa.. cepatnya.. cepatnya .... semua pun dah 31 Tahun.
Langgan:
Catatan (Atom)