♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 4 Februari 2013

Booking Murah Bilik Tidur Di Morib Gold Coast



Hari rabu yang dinanti² pada 23/01/2013 akhirnya segalanya dipermudahkan....  cuti² kami 3 beranak ke Morib Goldcoast rasanya ni kali pertama dan pergi 3 beranak jer.. selalu kami bercuti mesti ramai² dengan ahli keluarga yang lain.

Rahsia besar tau.. amir pun baru tahu masa nak pergi hahahahaha.... Kalau dah bagi tahu awal² mahulah habis dikabookannya.. kat semua sanak sedara masa balik kampung hari tu.... sebab balik daripada bercuti ni pun dengan semua orang dia cerita dia mandi kat jakuzi (hadoilah.. anak ibu tahulah kat rumah kita takdakan..)

 Rami jugak yang daftar petang rabu tu.... suasana tahun baru cina pun dah mula terasa bahangnya.. masuk² pintu nak daftar bilik jer.. dah nampak singa tau... siap lagu² selamat tahun baru cina.


Berbaloi² pakej percutian singkat 2 hari 1 malam dengan harga RM 150.00, dapat bilik yang sangat puashati siap ada jakuzi, pakej dinner, sarapan pagi dan tiket theme park untuk 2 orang... oklah tu kan... kalau dapat tiket free untuk amir ke theme park lagi best... hahahahaha.... (^_____^)v



Lepas tengok bilik kami ronda² pantai morib dulu... sebab nak solat asar, motif cari arah kiblat dalam bilik tak jumpe.. nak call budak kaunter hubby kata tak payah.. amir pulak dah merenggek nak mandi kat theme park petang tu .. nasib baik tak dapat bilik hala theme park.. kalau tak mahu dia asyik dok keluar nengok orang mandi manda kat theme park...  rupenya hala kiblat ikut kedudukkan bilik arah kelaut tuju jam ke pukul nombor 2 (masa balik kat pantai morib baru tanya).


Paling tak menahan bile amir guling² kat katil dia pandang syiling ada pemandangan yang tak menarik macam kawasan air bertakung/ ada tompok² macam lumut kot.. hubby kata.. tu lah.. tak boleh mandi jom kita pergi morib nak makan kerang rebus.. barulah amir tak merenggek lagi.. patuh jer.. terus ikut.. takut ler tu...



Bicara Hati : Pertama kali booking online ok jugak, boleh cuba lagi... ke tempat lain.. 






Jumaat, 1 Februari 2013

Tukar Email Akaun Nuffnang

 


Tukar email akaun nuffnang... itulah pilihan yang ada.... okk rasanya dah pernah cerita tak tahu apa sebabnya tibe² email yang saya gunakan untuk berhubung dengan nuffnang tu tak boleh bukak.. tapi bukak akaun nuffnang guna email tu okk jer.... saya ada buat entry tanya pada kawan² kat sini rata² kawan² pun tak tahu nak buat macam mana... itulah bahananya rabun it.

Semalam amik keputusan tukar email lain untuk akaun nuffnang ni... dan mendapat maklum balas yang pantas daripada akaun nuffnang sent jer tiket terus bertukar alamat email tau... cepat tak cepat.... kalau korang ada masalah bolehlah gunakan cara ni ...

 Saya baca arahan ni di soalan lazim yang ditanyakan pada nuffnang ...
Dia bagi tahu kalau nak tukar alamat email sent tiket dan bagi tahu alamat email baru dan nombor ic untuk pengesahan. Saya siap tulis nama saya nak masukkan url blog sekali.



Kalau ikutkan tempoh yang diberikan 48 jam perubahan baru belakau.. serius saya buat ni tak sampai 5 minit .. terus dapat maklum balas kat email dan akaun nuffnang dah boleh guna email baru.... Tapi bile dah tukar email lain pulak ceritanya status iklan berubah jadi macam kat bawah ni ....


Dah jadi macam ni lah pulak... saboo jerlah... hilang terus duit dalam tu... gelabah jugaklah dibuatnya.... terus send tiket lagi.. bagi tahu masalah ni kat nuffnang.. tak sangka nuffnang balas cepat tau.. dia bagi tahu masalah ni dalam tempoh 7 hari dia akan perbaiki dan takda masalah duit akan kembali.. kalau tak betul jugak barulah dia suruh sent tiket lagi bagi tahu.. huhuhuhuhuhu..... harap tak berlarutanlah naknya...





Harap lepas ni email ni jangan buat hal pulak, dan dapatlah balik duit yang lama tu huhuhuhuhu.. banyak tau duit tu.. dan harap² jugak adalah CPUV lepas ni... (^____^)v

Sudahnya iklan kat blog saya ni pun tengah mabukk tak keluar² apa² pun iklan yang menari.... kalau ada rezeki tak kemanakan.. harap² macam tu lah....



Bicara Hati : Masih setia dengan nuffnang.. tak pernah join iklan lain...

























Peraduan Sikecikku Comel Dan Manja

  
Rasanya dah lama sangat tak join peraduan kan... tibe² hari ni ada mood nak joinlah pulak .... saja suka² mencuba nasib manelah tahu ada tuah Amir kan hihihihihihi ... Syarat² pun mudah dan hadiahnya sangatlah menarik.
Tarikh Tutup :15 Februari 2013 (akan diumumkan jika ada perubahan)

Nama Si Manja: Muhamad Amir Hazim 
Umur Si Manja: 4 Tahun 7 Bulan
Nama Fb pengirim: Yana IbuAmir
Email pengirim: nowzyana@yahoo.com



Saya Taq 3 Orang kawan blog harap mereka pun join juga 
Fieda
Eija
Cha

Doa Isteri Solehah

  

Dihari jumaat yang mulia.. marilah sama² kita bermohon keberkatan agar.. segala yang dilakukan diberkati... Amin .....







Khamis, 31 Januari 2013

Dodol Murah Di Sekincan

Suke makan dodol tak? tapi.. susah nak jumpe kalau bukan raya... okk jom saya tunjukkan tempat orang jual dodol murah.. kebetulan.. ni masa pergi kenduri awal bulan hari tu.. kenduri menghala kesabak bernam sana.. tapi dodol ni jual kat belah sekincan rasanya.... kalau daripada klang ke sabak bernam kedai ni sebelah kanan.. tapi kalau dari sabak balik klang kedai ni sebelah kiri.. jadi masa baliklah kami singgah..... sebab abah dah bagi tahu awal² balik nak beli.

Harga dodol serendah rm 5.00
ada banyak pilihan sebenarnya..... 
harga yang berbeza² dan ada juga perisa yang berlainan termasuklah durian dan campuran kacang kalau tak silap.


pek yang besra pun ada tak pasti bapa ringgit rm 9.00 kot .. ni lah bahananya entry terperam dalam draft kan dah lupe harganya gegegegege.....


Ni budak yang jual tu.. oklah jugak.. mesra alam, kata peniagakan.. kalau tak mesra mau kene boikot.... 
mak dengan abah beli banyak jugak.... kita beli 2 pek jer.. tu pun bawak opis hihihi... rasanya dodolnya oklah.. cuma macam lembik sikitlah.. lebih dengan erti kata lain.. payah nak potong dan macam singam jer.. tarik²...



Bicara Hati : Projek Mega Dirumah Mertua Kacau Dodol , Kalau kat rumah mak jangan haraplah.. sapa pulak yang nak dikerah mengacau kat kuali kang... huhuhuhuhu....

Pertama Kali Bergambar Ukuran Pasport


Satu perkembangan yang positif bila hampir sebulan kesekolah... amir dah mula belajar 'art' ok... cikgu bagi tahu pelajar² sekarang dah mula diberi pendedahan pegang gunting, macam manalah agaknya gaya amir tu yer.. kat rumah.. jangan haraplah mak ni nak bagi pegang gunting kan...

Lepas baik demam ni .. amir meragam sikit pagi² nak kesekolah... ntah.. asal pagi hubby kejutkan dia menangis semahu²nya... dah macam orang kene pukul pulak tak mahu mandi... tapi bila dipujuk² alhamdulillah dia ok... tu pun sedu tak habis²...

Pagi ni buatkan sarapan kegemaran dia... baru² ni adalah dah seminggu jugak amir asyik request nak sarapan nasi goreng telur mata... okkk.. saya turutkan jer... singgah kedai mamak beli teh tarik... okk.. sampai sekolah.. makan dulu dalam kereta barulah dia turun nak ketadika. (turutkan jerlah... harap perkembangan macam ni tak berlarutan lagi) istilah mandi² dipagi hari.. di masjid dah takde dah.. sebab sekarang pagi dah okk bangun kat rumah mandi air suam. Bile dikenang² balik rasa macam lucu jer.. tapi tu semua kenangan nanti tau.. bile diceritakan balik kat amir.. mesti amik tak mau ngaku...

Gambar pasport pertama Amir
Muka hadoilah.... susah betul nak bagi kerjasama masa amik gambar, maklumlah kali pertamakan nak amik gambar pasport macam ni sebab tadika mintak sekali dengan salinan surat beranak untuk pendaftaran insurans tadika kalau apa² berlaku ditadika.




Ingatkan dapatlah nak umum pemenang Giveaway Komen Hari Lahir hari ni ... boleh pulak amir tertidur awal malam tadi... saboo jerlah.. patutlah tibe² senyap jer kat depan tv. Maaf yer kawan² kelewatan pengumuman amatlah dikesali .... Harap malam ni amir dapatlah buat cabutan tu... sebab dah bagi tahu kat amir dah...


Bicara Hati : Esok dah masuk bulan Februari yer.. cepatnya masa berlalu... rasanya hilang penat tutup akaun pun tak hilang lagi, naziran sana sini nak datang.. ayuh kawan² siapkan fail apa² yang patut.


Rabu, 30 Januari 2013

Sesekali - Donut Big Apple




Peplum atau Baju Mengandung






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...