♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Petang Hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Petang Hari. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2014

Gigi Susu Patah , Gigi Kekal Mula Tumbuh



Pernah saya coretkan .. kisah gigi susu amir patah, alhamdulillah dalam usia 5 tahun lebih ni gigi susu dia dah mula patah.. dan dah mula tumbuh semula.

Saya risau jugak kalau nak amik masa tumbuh gigi kekal ni .. alhamdulillah .. tak lama lepas patah amir dah mula tumbuh gigi kekal sekarang, cuma saya kena pastikan dia berus gigi dan amik susu untuk kalsium ... kadang saya bagi makan scott oren banyak membantu jugak tu.


Suka tengok amir tidur, ni masih lena .. saya pulak dah nak pergi kerja.... pena sangat agaknya .. tidur awal.. lena tak terjaga langsung .. sekarang dah jarang minum susu .. bangun tidur jer dia mintak.. tapi mak mertua kata kalau saya takda kadang dia mintak mak buatkan.... 




Nampak tak gigi amir dah tumbuh bahagian bawah tu ... kemahin lebar dia senyum .. saya pulak lupa nak amik gambar fokus sikit... lepas ni tak bolehlah culas lagi .. memang kena jaga betul² sebab dah tumbuh gigi kekal.


Gigi depan bahagian atas dah mula goyang .. nak patah jugak agaknya.









Selasa, 15 April 2014

Melepak Di Pangkin Depan Laman Amik Angin Petang


Hamboiii tajuk kemahin kan ..... amik angin petang kat pangkin gitu .. iyelah depan rumah mak ada pangkin ... takda maknanya nak buat gazebo ... pangkin sudah .. itu pun berebut² anak beranak .. adik beradik nak duduk kikiki .. tambah² kalau ada budak² kat bawah ni ... kadang² mak goreng pisang muda .. sedappnya cicah dengan sambal kicap.. terliur tak.. terliur tak .. gambar takmoo letak.. kang lagi terliur korang tengok.

Bila aku balik kerja jer .. memasing dah tunggu kat pangkin tu ... kemahin macam ada 4 orang anak jer kan... tanpa kongsi kasih dengan anak² orang yang mak jaga hihihi.. anak² akak sepupu dengan anak adik, amir lah paling suka ramai kawan ... pantang lepa tu .. kang bukak getah paip air sibuk nak siram pokok mak.



Memasing mesra kamera jugak ... pantang cakap pandang sini senyum .. ada jer gaya dia orang nak buat.. untung² duduk kat pangkin meligat bebudak ni .. kadang tu kalau hubby datang kemahin lagi memasing nak naik motor ajak ronda kampung .. gitulah gaya kalau petang hari .. memasing amik angin.. sesambil buang angin .. jangan naik angin sudah ... ;p




Tak jauh dari pangkin ada pokok buah pelam, pelam epal .. seyes punya lama abah tanam baru ni lah dia nak berbuah .. hasil baru boleh di makan .. rasanya abah anam masa zaman kita bujang lagi kot .. ni amir dah 6 tahun koooo merasa jugak hasilnya, itu pun tak merasa lagi .. ntah apalah rasanya .. masam ke manis.. kecur air liur.




Boleh tahan banyak jugak hasilnya .. buah sulunglah katakan ... ada yang nak ker??? kalau ada yang ngidam .. meh lah datang rumah mak saya hihihihihi .. nak os kang takut tak sampai .. tapi ni muda lagi .. kengkawan kat opis pun ada yang ngidam.. dah cop dah hahahaha (^____^)v Bestnya balik ni nak makan pelam ni cicah kicap dengan cili dan gula kecur air liur.





Bicara Hati : Rindunya nak rasa angin petang kat pantai .. lama tak pergi bercuti kat pantai² main pasir ... huhuhuhu ...























Khamis, 27 Februari 2014

Daya Imaginasi Amir Bila Sedang Bermain



Orang kata kalau anak yang suka berimaginasi ni otak² dia sedang bersambung, jadi dia punya daya imaginasi yang di luar kawalan ... berpikir daripada sudut² yang kreatif .. hihihihihi .... anak² yang bijak kalau imaginasit inggi ni .. aminnnnnnn .. kalau betullah macam tu.

Amir ni boleh dikategorikan macam tulah (bukanlah saya nak kata anak saya bijak @ bangga diri) cuma saya nak kongsikan cerita di suatu petang ... masa ni kat kampung ... sebelum tu saya mintak maaflah kalau ada yang bosan .. lagi² kisah anak.. lagi² kisah amir .. dah amir ni anak tunggal saya .. kisah amirlah saya coretkan.. kisah hati katanya kan ... kalau cerita bab ayah amir over kat blog lagi haru kikikiki ;p
 

Ni masa kat rumah mertua saya, amir dia kan suka amik peluang .. pantang jer dapat peluang main kat luar ni .. memang panjang langkah dan akalnya... huhuhuhu ... lagi² kalau petang hari, macam semalam saya up entry yang dia bukan main rajin siram pokok.

Tahap daya imaginasi amir ni pulak sekarang ni makinlah bijak tau, kadang² naik gelihati saya melayankan dia ... korang pun tahu kan .. amir dia memang peminat lori² ni .. baik lori sampah .. lori kontena .. lori simen ... lori barang, lori gas ... memang dia taksub sangat. (Sebab anak lelaki kan agaknya)





Sorry kalau gambar kurang memuaskan... tapi nak jugak abadikan kat blog ni.. hahahaha korang tahu tak bila saya tanya.. amir buat ape ni?? nanti atuk marah jangan main kereta sorong ni.. ibu ni lori ibu.. lori sambah ... nak parking ... mentang²lah kat rumah mak mertua saya tu ada kereta sorong lebih kemain ligat lagi dia tau... tu pun siap nak angkat daun kering ... sudahlah petang tu baru je mandi .. lepas main basikal. Dia main ni pulak .. saya tidaklah nak tegah beria².. tapi saya cakap jugak.. nak main.. main je kereta sorong tu.. jangan kutip batu².. ke daun kering.. kotor badan nanti baru mandi.




Bicara Hati : Pagi ni amir ngadu sakit perut, dah lama dia tak saki perut pagi² tetiba dia ngadu pulak .. risau saya ... nak bagi ubat cacing ke apa ni .. harap tengahari ni dah baik...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...