♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Donut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Donut. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Februari 2014

Resepi Donut Gebu Paling Mudah Dan Sedap



Kegemaran amir yang satu ni memang dari dulu lagi .. tak pasti seawal usia berapa tahun .. yang pasti donut gula memang kegemaran amir daripada dia kecik.. mungkin sebab rasanya yang lembu amir suka.

Kali ni saya nak kogsikan resepinya dengan kawan².. dan buat tatapan amir dimasa hadapan, yang pasti saya gunakan 2 scopp susu kering Halib's untuk rasa yang lebih menyelerakan selain kelebihan yang ada pada susu halibs sesuai untuk umur setahun keatas.

Oklah bukan nak cerita kelebihan susu halibs .. saya nak kongsikan resepi donut ni jer .. bahan² pun mudah yang penting senang, sedap.. perut amir dan hubby kenyang (^___^)


2 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Marjerit / Boleh gantikan Minyak masak 2 sudu besar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu besar susu tepung halibs
yis / mauripan sebungkus saya gunakan semua bancuh dengan air suam ...
Air masak secukupnya untuk menguli

Semua bahan² tadi satu ... dan uli sampai jadi doh ... tak melekit².. air kene agak² masa nak masukkan kat adunan .. lepas tu biarkan perap sampai adunan naik dalam 1 jam.



Projek terbaik.. ibu amir ni tak suka pakai acuan, dia fleksibel .. ikut sukatilah nak besar mana hihihihihihi ... yang pasti taburkan tepung dulu .. supaya tak melekit .. senang doh adunan di goreng.





Kalau dah banyak² buat.. saya lebih suka jadikan macam readymade by homemade hihihihi.. lebih terjamin kelazatannya ... goreng separuh masak .. lepas tu simpan kat pembeku .. senang esok amir mintak saya goreng je terus ... selalunya kalau saya buat macam ni letak kat pembeku memang tahan lama .. setakat ni pali lama 2 minggu .. baru habis.





Taraaaaa .. ini lah hasilnya lepas goreng dan golekkan pada gula halus .... gebu gebaskan hihihihi .. terbaik..... amir makan berulang kali siap puji sedapnya ibu.. sedappnya .... (pandainya amir nak amik hati ibu kan)


Saya tak pasti sedap ke tak, kawan saya kata campurkan susu manis basah pun boleh satu sudu .. sedapp jugak.. saya tak pernah cuba lagi ... saya gunakan resepi ni jer... alhamdulillah selalu sampai petang dah sejuk pun okeyy lagi .. tak keras.. Kalau korang nak sadurkan dengan coklat cair pun sedap taburkan almond atas tu .. terbaikk sangat tau.




Bicara Hati : Amir request ibu buatlah kuih yang lapis merah dengan putih.. gegegege .. omak ni baru pandai buat donut... tak pernah buat kuih lapis kukus lagi .. nantilah ada kelapangan gigih ibu belajar yer... demi kegemaran anak.














Selasa, 23 April 2013

Donut Sedap - Air Tangan Ibu


Sangat² pandai mengambil hati, terutama bila mahu kan sesuatu.. haihh anak²... permintaan hujung minggu di kampung mahukan donut .. yang ibu buat .. sedapp sangat macam hari tu ... merujuk pada entry ini

Sedangkan badan ni barulah nak berehat, melelapkan mata.. jam menunjukkan 2.30 petang, heran.. kalau kat kampung memang begitulah mata aku ni.. lepas makan, lepas solat pastinya mahu lelap.. tapi gagahkan jugaklah diri menguli tepung tu.. semua pun bahan² sudah ada.. memang fleksibel sikit kalau kat kampung ... keperluan mak semuanya lengkap.. kikikikiki .. apa lagi .. menguli lah kejap, lepas tu ku biarkan naik.. dan aku pun tidur sampai 4.30 petang baru bangun, mujurlah amir belum bangun tidur .. kalau dia bangun lebih awal haru ... di buatnya .. donut belum goreng.

Sempat amik gambar adunan yang dah siap .. buat manual gitulah rupanya ... 
Sila jangan gelakkan saya ok....
Sebab memang tak pandai buat pun.. tapi amir dan hubby suka sangat jadi .. buatlah .. dapat jugaklah 17 ketul petang ...


Masih belum pandai lagi mahu sekatakan gula halus bila menyalut donut.. begitulah rupanya...
Tu pun amir berebut² makan dengan adik bongsu saya yang kebetulan balik dari asrama.

Bahan google sahaja :
Tepung gandum suku daripada sepeket
Marjerit 1 sudu kot .. (sorry edit balik entry ni.. lupa masukkan)
Yis/ Mauripan yang telah dicampurkan air suam
Susu Tepung satu skop amir punya kikikikiki 
Garam sesudu teh
Air secukupnya untuk menguli

Campurkan semuanya dan uli menjadi doh.. jangan banyak air.. jadi lepeng tak tahu hihihihihi ... Biarkan perap sampai naik, lepas tu barulah ulikan jadi bentuk donut dan goreng.


Tersenyum lebar amir bangun tidur, terhidang donut ni tau.. gelihati dibuatnya... nasib baiklah mintak yang senang² jer.. kalau mintak ubi rebus.. haru ibu nak cari .. kat kampung dah takda tanam ubi dah ...



Bicara Hati : Tips lain nak bagi donut empuk/lembut/gebu gunakan tepung roti.. nanti donut rasa lagi sedapp macam big apple... wahh baru tahu ni.. lain kali boleh cuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...