♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Dramatv. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dramatv. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mei 2015

Minggu Akhir Cerita Hati Perempuan




Meroyan sekejap layan akasia baru² ni 'Hati Perempuan', bahana kalau terjebak dan tertengok episod pertama hahahahaha ... mujur dah habis .... aku rasa memang aku dah jarang nak tengok slot akasia ni .. kosa balik kerja nak berebut remote tv dengan anak muahahahaha .... sebab balik salunya gigih masak kat dapur tak pun kemas rumah .. kalau pagi dah masak.



Aku tak tahu kenapa orang 'haters' sangat dengan cita ni .. benci kemahin dengan yuhanis .. kengkononnya keras kepala ... dah korang tak suka .. dah kenapa tengok jugak video² kat ig orang lain upload dah tu komen .. aku yang baca pulak sentap sebagai perempuan muahahahaha .... gelihati pun ada kadang² dengan orang² macam ni .. dah tak suka .. boleh lagi nak tengok dan kondem orang.



Pada aku ceitanya okeyy je daripada sudut positif kehidupan dalam rumah tangga, gaduh baik .. itu lumrah .. janganlah yanggg negatif je korang nampak kalau rasa melawan somi melampau tahap gitu tak payahlah ikut .. tak yah nak emo sangat bilaaa tengok ... tapi ramai kata baca novel lagi best ... mana pulak nak beli ni ... banyak scene potong dalam tv tu .... babak akhir tu pun lain .. kalau tak silap budak² tu berebutkan basikal main kat laman ... tapi dalam tv berebut tab pulak. 





Belanja sekeping gambar tuan tanah letak pict dia orang yang sweeett muiiitt kat pc muahahahaha ..... ala.. bagilah can, bukan salu pun masya meroyan layan cerita kan .... 





Bahana terjebak cerita ni .. twiter yang berzaman tak bukak tu pun aku bukak, paling haru sebelum tidur layan ig video² dia orang dalam cerita ni hahahahaha .... sukalah tengok ku ril dengan yuhanis .. pandai dia orang bawak watak ... tak perlu nak ober sangat pegang² scene romantik .. tapi dari pandang mata dan senyuman yuhanis pun dan buat aku senyum depan tv muahahahaha .... (^____^)v itulah salah satu sebabnya bolehhh layan sebab tak ober, tu pun orang nak kondem kata kayu LOL sangat pfttttttt ...... 


Oklah cite pun dah habis, patutnya publish entry lain.. saja nak publish entry ni dulu hahahaha .... lama menyepi dah tetiba buat entry pasal cerita akasia .... ;p





Bicara Hati : Tak perlu nak heboh sana sini kata takmoo berlakon berpegangan tangan, tapi .... ada scene paksa buat.. buat jugak ntah pape ntahhhh eh².. masya koooo sentap orang yang baca entry ni.










Khamis, 2 April 2015

Hati Perempuan



Bahana .. bahana bila tertengok episod pertama .. sudahnya sekarang dah terjebak tengok cerita HATI PEREMPUAN ni .... adaptasi novel jugak rupanya .... alolololo sweetnya pelakon perempuan tu mia ahmad kan ... suka tengok karektor dia .. yang sangat tegas.. sekali dia senyum hohoi cair lelaki² ego cam tengku tu ... ramai kata muka mia cam shila hamzah, memang adalah sikit persamaan tu .. tapi suka mia lagi huahuahua .. sebab dia berlakon tak meniru sapa² pun ... neutral je dia bawak watak tu dengan cara dia sendiri ... 



Image result for review hati perempuan


Mulalah kalau dah terjebak tengok follow ig dia .. follow ig hero jugak ... lepas tu google sana sini nak tau sinopsis cerita ni .... alahai napa cam sedih pulak ... harap² jangan sedih sangat² .. suka sweet jer .. hari ni tengku nak lamar mia kan .. kan... tapi malam ni tak boleh ar layan sampai habis .. layan sebelum azan je laaaaa ....  nak kena pelangkung dengan laki buatlah gitu ngadap tv huhuhu ....
 



Image result for hati perempuan


Dalam² watak² drama ni setakat ni hero heroin kita suka ... sebab cam hidup gitu .. watak² tambahan kawan² rapat dia orang pun okey ... suka hero tu sebab ada gaya² rosyam nor sikit .. walaupun kadang tu cam tak sampaiii .. macam nak lagi lebih lagi barulah nampak bebtul ego dia tu ... keturunan tengku lah katanya kan ... ;p




Image result for hati perempuan

Oklah tu je nak cerita .. bukan nak cerita sinopsis pun korang boleh gugel banyak dah blogger cerita.... tengah layan cerita ni sekarang petang² setelah sekian lama tak mengadap tv, kali terakhir Rindu awak 200% kot ... tu pun memula je.. pastu kelaut .. pastu sambung balik nak habis muahahaha ... (^___^)v


Sebenarnya hati perempuan ni sensetif sangatkan, bukanlah nak kata lelaki tu tak sensetif .. takkk jangan salah paham .. cumanya emosi perempuan ni .. naluri, perasan, kekuatan dalaman perempuan ni dia lain sikit .. sebab tu lah ada pepatah kata tangan yang menghayunkan buaian boleh mengoncangkan dunia ... macam tu lah jugak hatinya .. bila dah jatuh cinta apatah lagi cinta pertama susah hatinya nak berubah untuk cinta yang baru .. hatinya mudah tawar ... pada yang lain ... kerana yang pertama itu .... kenangannya mungkin lain sikit hihihihi .. ceh ceh ceh .. mulalah masya tu nak melalut .. dah jangan di layankan sangat hati perempuan ini. (^___^)'






Bicara Hati : Gigih masak awal pagi .. sebab petang boleh rehat , kemas rumah dan ngadap tv muahahahah ...;p





Isnin, 26 Januari 2015

Terlayan Suamiku En Sotong



Sinopsis Novel Suamiku Encik Sotong, Gambar novel Suamiku Encik Sotong, Penulis novel Suamiku Encik Sotong: Syikin Zainal, Harga novel Suamiku Encik Sotong: RM25.90, Jumlah halaman novel Suamiku Encik Sotong 624 muka surat, Blog novelistar Syikin Zainal penulis novel Suamiku Encik Sotong, Komen pembaca novel Suamiku Encik Sotong, drama TV3 Suamiku Encik Sotong

Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.


Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.


Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.


Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?


“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish


“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - EricaKredit: Suamiku Encik Sotong


Novel Suamiku Encik Sotong bakal diadaptasi ke dalam drama Astro Ria. Drama ini mula ditayangkan 27 Oktober 2014. Menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak utama, dan juga Amyra Rosli. Jangan lupa, saksikan drama hebat ni di kaca tv u olls.



Saksikan drama Suamiku Encik Sotong
Hari: Isnin Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135



*********************************************************************************


Terlayanlah jugak cerita ni ... walaupun kadang² ada watak yang cam pftttttt adehhhh kakunya, cam tak bestt jer nak tengok.. mujurlah sharnaz dgn amyra tu berlakon best gelak² layan sharnaz dalam cite ni .. kemahin lembut dia kan.... ada kata ceritanya cam tak elok... untuk masyarakat tonton .. pada kita terpulanglah pada penilaian sendiri ... 





Bicara Hati : Banyak cerita adaptasi lovel jadi drama dan filem, tak sempat baca novel layanlah drama hihihihi ...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...