Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.
Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - EricaKredit: Suamiku Encik Sotong
Novel Suamiku Encik Sotong bakal diadaptasi ke dalam drama Astro Ria. Drama ini mula ditayangkan 27 Oktober 2014. Menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak utama, dan juga Amyra Rosli. Jangan lupa, saksikan drama hebat ni di kaca tv u olls.
Saksikan drama Suamiku Encik Sotong
Hari: Isnin Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135
*********************************************************************************
Terlayanlah jugak cerita ni ... walaupun kadang² ada watak yang cam pftttttt adehhhh kakunya, cam tak bestt jer nak tengok.. mujurlah sharnaz dgn amyra tu berlakon best gelak² layan sharnaz dalam cite ni .. kemahin lembut dia kan.... ada kata ceritanya cam tak elok... untuk masyarakat tonton .. pada kita terpulanglah pada penilaian sendiri ...
Bicara Hati : Banyak cerita adaptasi lovel jadi drama dan filem, tak sempat baca novel layanlah drama hihihihi ...
18 ulasan:
kita pulak memang layan cerita ni. heheeh :D
penah tgk sekali tp tak mo tgk dah .. x besh la .. tah hape2
hahaha..sy follow memula je dl, pastu tah mcm xbest lak.. sbb xsuke citer yg psl nk rebut bisnes la, harta la..
x layan cerita ni,,sbb x sempat.. hehe..
mmg jgn start tengok, bahaya..:)
noe pun terlayan gak citer ni ...bess gak
Err..dah lama tak.layan cerita melayu.. sama je semua.. kahwin paksa,kahwin paksa,kahwin paksa..
Sy pun layan citer ni.kebetulan isnin takde cite sedap.layan je la.
Rich dah tak sotong lagi, jadi abg sado dah
Salam. Hee terlayan juga.
tingin nk layan tapi xda 104 sbb sy ambik pakej njoi.kalau nk tgk kena top up..
mcm best je.. layan sikit msa blk kg ri tu
lieya layan ....mmg tertgu2 episod akan datang...lieya biase layan online jek sebab malas nak kat tv..balik2 iklan..tensen mak hencik tauuu ekekeekekek
Salam ziarah yana... aiyaaa baru sempatjengok sini... sllu click, mcm hang je tab ni bl bkk blog yana.. ni dah ok plk...huu..
Sesekali lyn gk citer ni, best apa... hahaha... tp tak follow scr konsistenpun..tak dan..huu..
Kakak tak tahu pun dan memang kurang rajin tak kiralah drama macam mana pun. Dah tua ni malas dah menonton:)
IbuNoey jarang tengok drama Melayu.terutama kalau adaptasi dari novel.
aucakkkkkkkk...
Sebelum ni layan gak tp start si pompuan tu m'gandung mcm xde feel je tgk crte tu.....' Hai la pak sanggup
apaler agaknya kesudahan cite ni yea.. saya tak baca novel.. hikhikhik..
sy pun terlyn juga dr episod lima .. hihi...
Catat Ulasan