Beberapa Hari menyepikan diri bila buka jer pc, bukak jer blog ... nak buat entry taip² lepas tu padam.. taip² lepas tu padam.. sudahnya hilang idea nak menulis.... dalam keadaan diri ting tong dan tak sihat ni .. memang kalau boleh nak baring jer huhuhuhuhu .... itulah makanya takda entry baru.
Hujung Minggu baru ni pada 10 November 2013 sekolah amir buat majlis konvokesyen kat Hotel Cristal Crown Port Klang .. memori tau hotel ni... dulu² lepas spm saya kerja kat sini jadi pembantu tukang masak kikikiki .. sementara tunggu keputusan spm jer.. tu pun 2 bulan jer kot hahahahaha ... pembantu tu kerja cuma potong² sayur jer pun.. dia tak bagi masak.. tapi ada jugaklah saya belajar² masak chicken chop dan fish and chip.
Ops.. ni nak cerita pengalaman amir kan.. ober pulak ibu cerita ibu pernah kerja kat situ kikikiki .. jangan mara... amir dia teruja sangat² tau dapat pergi konvo kat hotel ni, ni kali kedua pergi kat sini.. buat amir.. kali pertama.. masa majlis perkahwinan anak kawan hubby... ada saya buat entry tu.. kalau korang baca blog ni.. korang mesti perasan kan.. kan.. dan ini kali pertama amir menghadiri konvokesyen kat sini pulak.. mestilah dia teruja...
Jemputan buat kami .. tema flora, tapi ibu dengan ayah tak oberrr sangat pun nak ikut tema... pakai apa yang ada jerlah... walaupun cikgu cakap ada hadiah buat family yang datang mengikut tema... opsss... entry ni panjang berjela tau... banyak gambar jugak.. jadi baca satu² yer.. jangan tinggal sepatah pun.. kata rindukan.. lama tak buat entry nahhhh layankan tuan tanah ni baru nak sihat ni dah ... semangat nak membebel hahahaha ...
Semangat kami 3 beranak.. majlis mula pukul 2.. kami lagi 5 minit pukul 2 baru keluar rumah kikikikiki .. lagi 5 pukul dua yer.. keluar rumah... bukan dah sampai kikikiki .... sampai hotel dah 2.30 petang, bukan apa.. kami makan dan solat sesiap dulu.. sebab makan kat hotel tu tak pasti lagi pukul berapa kan.. kang amir dengan nak buat persembahan.. nanti takut dia tak larat pulak.... tu pun dalam kereta amir dah semangat menyanyi² tau... hahahaha.. oberrrnya macam dia buat persembahan tu sorang².. kami layan jerlah... sampai² jer.. budak² baru nak naik pentas.. terus bagi amir kat cikgu.. terus naik pentas...
Meja kami nombor 6, masuk² jer.. dah penuh orang.. ramai sangat² pulak tu huhuhuhu ... mujurlah ada nombor mejakan.. kalau tak memang duduk palingggg belakanglah jawabnya. Tu pun dapat duduk asing² dengan hubby.. nasib baiklah yang duduk sebelah kami tu sudi bertukar tempat... dapatlah duduk sebelah².. walaupun tak berapa nak nampak mc bercakap di sebalik tiang.. tapi ibu sakanlah mengambil dan merakam gambar amir.
Antara desert² yang menarik perhatian saya petang tu... seyes.. mengiurkan... walaupun tak sempat nak merasa semuanya huhuhuhu.. hubby yang tukang amik makanan.. saya pulak tunggu kat meja jer.. hihihihi ... amir?? ishh anak bertuah tu.. dah jumpa kawan² takmoo makan dah.. sibuk nak main.. bukan main jer.. kalau boleh takmooo balik.. macam ibu ni ada booking bilik pulak kat hotel tu yer... saboo jerlah...
Bagi amir yang berumur 5 tahun ni dia tak pakai baju konvo.. pakai kemeja yang disediakan oleh pihak tadika dengan songkok jer.. siap ada munga² hihihihi ... comel sangat tau... 5 tahun pun takda sijil kat situ.. cuma 6 tahun jer pakai baju konvo dengan dapat sijil masa tu... amir banyak buat persembahan untuk umur 4,5 dan 6 tahun... satu ibu puji sejak amir ke tadika ni tahap keyakinan diri dia dah ada sikit.. makin berani tak berapa nak takut sangat.. dan dah kurang sikit sikap malu² dia.. walaupun masih ada lagi sikap malu² tu... alhamdulillah sangat² atas perubahan yang positif ni.
Antaranya amir terpilih membuat persembahan membaca skrip dipentas.. alhamdulillah umur 5 tahun ni amir dah pandai membaca ... walaupun masih merangkak jugak untuk perkataan yang panjang,
ibu hargai sangat² jasa cikgu ain sebab banyak membantu amir membaca pada kelas petang sebab amirkan duduk transit kat taska situ.. jadi petang memang ada kelas membaca... itu pun amir mengadu nak tuisyen dia tak pandai bahasa inggeris.. alahai anak²... ibu puji sikap kamu tu yang berkobar² semangat kawan² agaknya dia rasa tercabarlah.. saya pujuk².. nanti pandailah tak pergi tuisyen pun jani rajin membaca.. mesti boleh.. mesti pandai bahasa inggeris (padahal ibu pun tak pandai.. ayah dialah yang selalu ajar) sayangnya cikgu ain dah berhenti kat tadika ni.. tahun depan cikgu ain mula mengajar di Tabika Kemas pulak.. dekat dengan rumahnya.... tahniah buat cikgu ain.. amir pun mungkin tak sekolah sini lagi dah... sejak cikgu ain takda ni.. dia kata tak bestlah sampai petang... kat taska ibu.. awal² dah cakap dah cuti sekolah takmoo duduk taska huhuhuhuhu... ibu pun dah pening mana nak hantar dia ni...
Antara persembahan lain yang amir masuk hafazan beramai² dengan surah² pendek.. amir punya giliran baca surah al-fill, koir, drama pentas nenek² si bongkok tiga.. patutnya mair jadi putera raja.. tapi sebab dia pemalu.. cikgu ganti dengan orang lain.. maunya dia tak malu.. kene kawin dengan tuan puteri.. soh jalan sama².. takda maknanya lah amir tu nak ikut .. kalau buat macam tu... nak berkawan dengan perempuan kat tadika pun dah kira okkk sangatlahhh tu.... pemalu betul.
Kat meja makan .. semeja dengan kawan baik jugak tareq.. betul ker nama tu??? amir panggil macam lain jer bunyinya .. dengan qairena ... suka betul dia... sambil makan.. sambil borak.. lepas tu lebih borak dengan main jer.. makannya pun sikit jer huhuhuhu .... balik rumah ngadu lapar.. ishh lah sabo jerlah...
Amir dapat hadiah.... alhamdulillah... semua pun dapat hadiah.. cuma amir terpilih pelajar pintar tulisan jawi .. jawi yer.. tulisan khat agaknya.. bukan jawa kikiki... kot jawa ibu pun tak pernah lagi ajar amir... nanti amir belajar dengan atuk dan embah yer... ;p
Embah dengan atuk sempat singgah sekejap kat hotel lepas tengok adik saya yang bongsu kat asrama.... sukalah amir embah dia datang.. sebab sebelum tu amir ada cakap dengan embah .. nanti amir konvo.. embah tak datang jr.. ibu dengan ayah jer boleh masuk.. anak² ni baru 5 tahun jer pun.. nanti kalau konvo kat universiti barulah ibu bawak semua hahahaha.. amin...
Sebelum balik dan sebelum ibu akhiri bebelan ibu ni meh layan gambar dengan cikgu pulak, sempat bergambar dengan cikgu² taska dan tadika amir.. cikgu tadika amir yang sebelah kiri sekali yang mengantikan cikgu ain... baru lagi cikgu ni sekali dengan cikgu taska sebulan rasanya. Ala.. baru peras cikgu ujie takda.. cikgu uji ni ketua bahagian taska.. dia lah yang dulu² banyak bagi semnagat dan inspirasi kat amir jadi berani dan tak takut dengan orang lagi ...
Banyak jugak video² yang saya rakamkan .. masa persembahan amir, tapi tak bolehlah upload... kat sini semua kalau ada kesempatan saya kongsikan sebagai kenang²an.. oklah ni.. cukuplah ni dulu.. gambar² kemain banyak .. jangan korang muntah sudah... nanti sambung lagi cerita yer... ni pun dah cukup panjang... korang baca tak ni.. baca tak??? hahahahaha ....
Bicara Hati : Sakan makan minum.. isninnya ibu dengan amir hilang suara, sakit tekak.. perit dan batuk² huhuhuhuhu ....