♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kenduri Kesyukuran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri Kesyukuran. Papar semua catatan

Rabu, 3 September 2014

Kenduri Kesyukuran Buat Keluarga Mertua



Assalamualaikummmm ..... alhamdulillah akhirnya pada 24 Ogos lepas isyak kami sepakat adik beradik hubby buat majlis kesyukuran buat keluarga mertua yang telah pun selamat ketanah suci mekah pada 29 Ogos 2014.

Kenduri memang dah rancang awal, cuma rasa lebih bermakna dan bersyukur sebab bapak mertua dapat pergi dengan mak mertua sekali ... ya allah sujud syukur kami sekeluarga dibuatnya ... sebab kalau ikutkan surat panggilan pertama hanya nama fil sahaja yang tersenarai .. puas buat rayuan sampailah kali ketiga keluarga mertua pergi ke tabung haji ibu pejabat kl dan bertanyakan status sebenar ... tak sia² mil marah orang kaunter tu terkial² baru nak cari file kikikiki ... (tak dapat ku bayangkan gaya mil marah) sebab masa kali ketiga ni mil datang bulan puasa .. ada ke patut orang kaunter tu cakap suruh datang lagi .. rayuan akan diberi tahu .. marah lah mil kan.. ingat dekat ke nak datang .. suka² je buat camtu tau ... dah lah tak tengok file ... boleh cakap macam tu jer ... dia ingat mil baru kali pertama datang kot ... hambikkk tak memasal bulan posa mil naik hangin, takpalah itu semua ada hikmahnya juga.

Kalau ikutkan masa raya tu memasing dah takda mood dah sebab keputusan rayuan tak dapat lagi, ya allah yang maha mendengar rintihan dan maha mengetahui .. 3 hari nak menjelang raya mil dapat tepon daripada tabung haji rayuan di terima dan boleh pergi sama dengan fil dengan penerbangan yang sama .... sebak rasa masa fil bagi tahu rayuan di terima .. barulah mil ada perasaan nak beraya .. dan barulah kami rasa seronok sangat .. dan barulah boleh buat persiapan untuk fil dan mil ke Mekah... kalau tak fil pun takda mood nak membeli keperluan nak ke Mekah.

Oklah .. itu mukadimah akhirnya rayuan mil diterima, lagipun faktor usia dan mengikut suami perlu jua di ambil kira.. saya tahu pihak tabung haji pun bukan mudah nak menerima semua rayuan kan ... dengan rasa kesyukuran yang teramat dan niat fil kalau mil dapat pergi sama dia nak kenduri qiqah kambing, ya allah orang tua dah niatkan gigihlah kami suami isteri mencari .. sudahnya adik ipar dapat jugak...  maklumlah musim rayakan orang dah tempah awal² untuk jamuan raya .. kami ni baru mencari tu yang payah... lagi² nak yang di sembelih bukan yang frozen memang mencabar jugaklah.



Amirrrr ..... kemahin rajin menolong masa kenduri tu .. sampai lupa penat .. ke sana sini dia dengan sepupu²nya .. sudahnya isnin tak sekolah kepenatan ... tapi petang elok pulak eh boleh main basikal .. siap pandai kayuh terus... pandai jer drama kan .... takpa² tadika ibu bagi can .. tahun depan dah sekolah memang tak boleh cuti sukati.




Seekor je kambing goleknya .. nahh selambak masa kenduri dah siap bakar .. jadinya habis kenduri .. senanglah orang kampung nak amik makan ... tapi kambing tak cukup hihihihihi ... amboi boleh tahan jugak yer... ramai yang suka.. mujurlah ada satay ayam .. alamak!!! satay pun tak boleh cover semua suka hahaha.... syukur jugak banyak menu .. jadi banyaklah pilihan ....




Gambar tetamu yang datang tak sempat amik, ni gambar kandid jer masa kenduri dan tengah sibuk bungkus berkat hihihihihi ..... penat jangan cakaplah esok semua pun kerja macam biasa hihihihi ... semua pun siapkan kemas malam tu jugak ... takpa rumah kami kat belakang takda dah nak kalut balik ... esoknya balik kerja sambung lagi kemas kat rumah mertua ...



Alhamdulillah dipermudahkan ... majlis kesyukuran berjalan lancar .. hanya jemput orang kampung untuk kenduri lepas isyak, tapi ada jugak kawan² hubby nak datang beraya rumah dengan jiran lama .. kami jemputlah sekali.. lepas tu mereka singgah rumah.. tapi rumah kami persinggahan je lah .... makan kat rumah fil.





Bicara Hati : Tetiba ada yang tegur, cikgu bila lagi nak buat kambing golek kat rumah sendiri .. amboiii mendalam maksudnya tu yer... kami senggih je suami isteri.










Rabu, 27 Ogos 2014

Kambing Bergolek ² Di Hujung Kampung Waktu Malam



Assalamualaikum ... tajuk tak menahan kambing bergolel dihujung kampung, lagi tak menahan tu waktu malam hahahaha ... poyo je kan ... ni kira gambar teaser jer boleh tak??? story mori nanti kita cite eh .. tuan tanah kedaung habis syawal ni demam lah pulak 3 beranak sekali harung .. puas berjalan .. puas makan agaknya ... dapatlah ganjaran sikit .. moga terhapuslah dosa² kecil kami.

Sekor je pun kambing yang bergolek hihihi .... Cukuplah rezeki malam hari .. ini pun dah rare dibuatnya .. yang penting tak bau kambing sangat masa dibakar.. dan so yummmiiiii .. sebab dah biaser order kan dengan KHK Food ni.







Yeahhh amir dah mula pandai makan kambing, sebab sepupu² pun sibuk nak makan kambing kan.. dia pun sibuklah nak mencuba jugak rasa agaknya .... sudahnya amik sepinggan ibu yang habiskan .. amir makan sikit jew.. jadilah untuk permulaan ... kambingkan makanan yang elok ikut sunnah nabi .. nanti lama² oklah.





Bicara Hati : Hubby kursus 3 hari .. ermmm napalah waktu² macam ni nak kena pergi kursus .. #pasrah






Rabu, 18 Jun 2014

Majlis Kesyukuran Di Rumah



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang walaupun ada sedikit kurang disana sini. Pfttt ... perancangan awal cuti 12-13 jun di tukar ke 11-12 jun sebab ipar duai dah datang rumah 11 jun, mujur bagi tau awal² sempatlah tukar masa isi borang cuti, takkanlah orang dah datang rumah kita .. kita takdakan... macam x patut jer... dan tak pasal² mc 13 jun kepenatan, sakit perut tak boleh nak jalan .. penat angkat barang² agaknya .. ipar duai pun masih di rumah masa tu .. rasa macam bersyukur sangat² sebab mereka membantu daripada mula sampai habis majlis.
Sebenarnya majlis kesyukuran lebih kepada merangkumi banyak perkara dan kebetulan pulak 12 jun 14 syaaban dan hari khamis malam jumaat 15 syaaban .. malam nisfu syaaban jadinya kami sepakat buat kenduri kesyukuran sikit sempena masuk rumah baru, petang tu sambut bestbay boy sekali, malam lepas maghrib ada bacaan yassin 3 kali adik beradik anak beranak semua dengan keluarga mertua ... abah tak dapat join pergi surau .. sebab nak jemput orang surau datang kenduri lepas isyak kat rumah dan kenduri tahlil.

Jom layankan beberapa keping gambar yang sempat di ambil masa potong kek ulang tahun kelahiran Amir.



Kek pilihan kali ni Batman, memang sesuailah dengan amir boboi kan .. kan ... kot letak princess kang haru pulak hahahahaha .... sebenarnya kek ni tempah .. dan tak berapa nak suprise sebab amir macam tau² jer saya tempah kek untuk dia .. dia ikut sekali ... dengan orang yang tolong jahitkan langsir kat rumah baru tu ... langsir simple jer.. yang penting bertutup ... sudahlah hantar lambat .. nak cepat pulak tu .. mujur di layan tau.. tq akak tukang jahit.




Sempat jugaklah deko² belakang tu ... kawan opis tolong printkan sebelum cuti hihihihi tq sangat² nadia, tolong buatkan untuk ahkak ni .... petang tu adik ipar dengan adik saya yang tolong gunting dan gantung kat dinding tu ... simple tapi amir teruja sangat².. siap letak belon lagi .. itu yang saya suka ... baju batman lama jadi pilihan .. takda baju² baru, baju dia dah lama kot dia pakai masa umur 4 tahun sampai sekarang dia pakai.. muat lagi .. berbaloi² beli mahal sikit.. warna tak mudah luntur walaupun kerap pakai dan basuh.




hahaha.. sila abaikan tangan ibu yang macam lipas kudung tak reti diam .. dengan mulut jugak yang tengah memebel sebab bebudak dah teruja nak potong kek batman tu .. dok cuit² lambang batman tu hahahaha ... gelihati betul dia buatnya .. tapi sempat senyum bila adik panggil nak snap.




Tak dapat nak feelling comey ayu .. baju pun tak sempat tukar wana kuning huhuhuhu ... mujur warna tudung kuning, sebab orang² dapur dah panggil nak mintak barang ngeh .. ngeh .. ngeh .. tak dapat nak possing sakan tau ... ini jelah gambar bertiganya .. tak berapa nak comeyy.. takpalah yang penting momen itu takkan di lupakan.. sangat² indah.




Selamat hari lahir anak ibu, moga mejadi anak yang soleh, membesar dengan sihat dan juara dalam segala hal ... ketua yang baik dan menjadi contoh buat adik² insyaallah aminnn ...




Majlis malam sempat snap ini selepas solat maghrib ada bacaan yassin anak beranak .. banyak gambar tak sempat nak rakam .. bizi kekdahnya wehhhhh .. sampaikan orang bungkus nasi ambeng pun tak sempat nak amik gambar .. arghhh sweet sangat² momentum tu tau .. melayankan mak cik² (adik beradik mak) dan ipar duai berborak sambil bungkus nasi ambeng langsung terlupa nak amik gambar huhuhuhu ..;p




Ni menu tengahari makan nasi ... menu petang satu pun tak sempat snap .. kuih koci tu mak mertua buat pagi tu dengan mak cik² (adik beradik mak hihihihi ) ... koci segitiga daun pisang ni memang popular di kalangan orang jawa ... kali ni buat koci pulut hitam (alahai sorrylah sesangat tak dapat nak kongsikan momentum membuatnya) sebab saya tengah bizi tolong akak ipar buat kerja huhuhuhuhu ..... yang pasti kuih koci tu sedapp sangat.



Rasa bersyukur sangat² majlis dah selesai, ramadhan pun tak lama lagi ... majlis kecik² jer kami jemput sedara mara dan orang kampung jer kenduri malam.. jiran² lama pun tak jemput .... kawan² saya pulak yang mana terdekat tu ada jugak jemput, tapi biasalah hari bekerja susah sikit nak datang ... takpa nanti kita jumpa tergeda² yer ... 

Terima kasih sangat² pada semua yang banyak membantu, maklumlah rumah baru ni .. banayk kelengkapan tak cukup lagi .. pfttt .. lepas ni buat goodies untuk tabika pulak .. insyaallah khamis depan sambut di tabika pulak... moga dipermudahkan .. maklumlah puasa dah nak dekat ni riso jugak kot tak sempat buat .. amir dah teruja nak potong kek dengan kengkawan .. saya tak berani janji lebih²...




Bicara Hati : Ada rezeki lebih kongsikanlah sedikit dengan mereka yang layak menerimanya .. insyaallah akan ada keberkatan rezeki itu di dalamnya, kerana setiap rezeki yang kita perolehi .. ada juga rezeki orang lain.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...