♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Ketam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketam. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2014

Resepi Ketam Goreng Tepung Mudah Dan Sedap


Fuhhh .. fuhh ..  tetiba tayang ketam goreng bahahaha.. memang tak hagak²kan, buat kecurr air liur jer. Banyak sebenarnya nak cerita, nak kongsikan .. tapi tu lah.. kekangan masa kat opis .. terkangkang dan terlentang dibuatnya ni hah!!! kursus yang patutnya ke perlis di tukar dan di tunda ke kedah pulak ... adehhhh memang tak pergi lah saya bos .. mau lah kena hamukkan ablasa pulak kang sebab masa tu nak kenduri rumah mertua. Yeahh sujud syukur dibuatnya sebab kawan boleh gantikan... 

Pernah tak korang makan ketam lembut, iye ketam lembut .. daripada kulit sampailah ke isi .. eh² .. isi ketam dah tentulah lembut hahahaha .. masya²... tapi ini bukan isi .. kulitnya pun lembut jugak ...

Pertama kalinya bila hubby bagi tau nak makan ketam goreng, aku cam .. eh² biar betik nak goreng tepung ketam tu cam rugi jer tau ... baik buat sambal ketam bertelur lagi sedapp ratah .. hahahaha ... (masa tu tak tau pulak yang ketam nak di goreng tu ketam lembut) 



Sebab apa resepi ni mudah .. sebab pakai tepung bistari ni hihihihi ... jimat masa ... sudahlah mudah .. sedap pulak tu ... kan senang tu nak mengorengnya .... bistari .. bistari .. memang bistari tuan yang pilih tepung ni .. yang ni saya amik perisa original .. dia perisa pedas pun ada .... tapi saya lagi suka yang oroginal .. kalau nak pedas taburkan serbuk lada hitam sikit ... sebab kalau yang pedas tu amir memang tak makan.





Tara inilah ketam lembut yang dah siap di goreng tu .. resepinya mudah sangat tepung bestari tu bancuh dengan air, kepekatan agak² yer.. lepas basuh ketam lembut bersih² (ketam ni comel² jer.. sampai saya pun confuse memang anak ketam ke .. atau ketam ni memang jenis lembut dan tak besar) boleh lah celup ketam dengan tepung tu dan goreng ... api jangan kuat sangat takut meletup².



Ketam ni hubby beli dengan kawan dia.. saya tak taulah kot ada jual kat pasaraya, yang pasti tak pernah jumpa.. mahal kemahin ketam lembut ni 5 ekor comel² tu RM 25.00 sesekali beli dan makan takpalah kot .. setiap hari .. setiap minggu tu tidaklah kot.





Bicara Hati : Suka guna tepung ni .. goreng peria tepung pun sodapppp .... ;p









Sabtu, 19 Oktober 2013

Tom Yam Ketam Dihujung Minggu


Korang suka tak makan sesuatu, lepas dah beli... Baru terpikir nak buat ape??? Contohnya macam sayalah... Suke makan ketammm... Lepas tu dah jemu asyik masak lemak, ketam bercili letak telur, telur masin, paprik pun saya dah cuba.... Tetiba dapat idea... Wahhh masa tom yam sedappp agaknya kan... Hahahaha... Dah tu bahan2 guna jerlah apa yang adoooooo..... Yang penting aura tom yam tu ada.

Mula2 ingat nak buat sup jer sebab sejuk2 cuaca kat sini dengan amir tetiba demam... Makan sup barulahhh sedappp, tapi amir kata nak tom yam.ibu jugak tu... Macam tau2 jer kesukaan ibukan.




Taraaaaa hasilnya.. Tom yam ketam kosong saja, betul2 sayur yang ada cuma lobakkkk jadilah... Barulahhh terasa nikmat tom yam ketamnyakan sebab tak banyak sayur.


Resepinya bahan macam biasa nak masak tom yam cuma saya gunakan ketam jer... Dan saya rebus tak tumis, semua rebus masuk dalam air lepas saya tumbuk lumat cili, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai... Saya gunakan pes tom yam maggie sedappp jugakkk tapi kene tambah asam keping/ perahan limau nak lagi masam dan letak daun limau purut jangan lupa.

Nak tahu sedap atau tak kenelah cuba hihihihihi













Rabu, 14 Ogos 2013

Suprise - Keluarga Datang Rumah


Hujung minggu terakhir ramadhan memang dah plan dengan hubby tak pergi mana² apatah lagi balik kampung, maksud tak pergi mana².. maknanya kami nak pulun kemas rumah .. kami keluar pun shopping last minit persiapan raya untuk diri sendiri. Mujurlah rumah tak besar mana .. yang herannya kemas daripada sebelum ramadhan sampai nak raya tak habis².. tak boleh bayang kalau rumah kat kampung dah siap tapi fuhhh lap peluh kat dai dibuatnya.

Minggu sebelum tu ada balik kampung hari sabtu buka rumah buyut amir, lepas tu hari ahad mertua pulak datang rumah berbuka ... masa buka kat rumah buyut mak ada bagi tahu tahun ni tak dapat nak buka kat rumah saya, jadi saya cakap takpalah kita orang pun selalu balik kampungkan.. dah buka sesama .... tak sangka rupanya mak buat suprise hujung minggu akhir ramadhan tu mak dengan mak cik sekeluarga datang rumah berbuka, kemain mak berlakon eh .. tak dapat datanglah ... kereta abah tak okklah .. pada kereta abah nak semput tu sampai jugak ka rumah akak.

Kebetulan pagi ahad tu pergi pulau carey saja cari lauk pauk nak stanby dalam peti sejuk kang senang .. kalau ada tetamu datang beraya .. sesiap dah ada lauk.. kosa lah haihh nak pergi kedai kan masa tu ... walaupun kami ni 4 hari tentu beraya di kampung .. kami stanby jer...


Penuh meja jepun kami dengan juadah mak bawak, mak cik bawak, aku lagi masak .. itu pun masak 2 jenis lauk jer... masak nasi lebih .. adik sms bagi tahu mak dengan abah nak datang buka, saya ingat mak dengan abah jerlah .. tak sangkalah pulak .. dengan adik saya yang lepas pantang pun datang sekali .. dengan mak cik anak branak .. memang meriahlah buka puasa petang tu....







Antara menu yang saya masak, masak sikit jer pun ... tak tahu ramai yang nak datang .. mujurlah nasi masak lebih.... 



Ketam masak telur masin (telur masin bua sendiri tau)





 Pepahat masak cili padi sos tiram, pertama kali beli, pertama kali masak dan perttama kali makan ... haru².... memang teringin nak makan... lepas tu dah beli baru terpikir macam mana nak masak pepahat ni hahahahaha ... dan baru terpikir kene siang macam siput ke .. atau masak basuh macam kerang .. ke masak masuk macam lala jer.. hahahahaha ... datang senggal kejap balik rumah.
Sudahnya basuh bersih² ... masak macam masak lala .. dah terbukak kulit tu .. dah masaklah agaknya, pepandai jer.. nasib baiklah semua orang kata betul dan sedapp....





Penuh rumah, maaflah rumah tak besar mana kan.. ginilah beasak² makan dengan meja jepun tu hihihihihihi .. ini pun dah rasa bersyukur sangat² sebab ada yang sudi datang kerumah. Insyaallah selamat panjang umur tahun depan kita beraya kat rumah baru eh ... (^___^)v


Bicara Hati : Keluarga kecil kami, tapi meriahnya mengalahkan 10 orang keluarga yang datang hihihihihi .....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...