♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Morib GoalCoast. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Morib GoalCoast. Papar semua catatan

Selasa, 5 Februari 2013

Taman Tema Morib Gold Coast

 
Lepas booking bilik tidur, dah makan kerang rebus dipetang hari ... Malam harinya pulak makan malam percuma kat hotel sebab termasuk pakej (walaupun menu banyak habis huhuhuhu ), esoknya hari yang ditunggu².... mahu mandi manda di Theme Park. 

Jangan ada yang bosan baca entry² percutian ni sudah hahahaha.... ke dah meluat sebab banyak sangat entrynya baru nak publish.. walhal dah masuk bulan februari pun... kisah ni masa bulan januari.... takpalah dengan rendah diri.. saya dedikasi entry ni khas untuk kawan² yang nak tahu info percutian kesana.. disamping memori juga buat anak saya nanti.
Harga tiket Dewasa RM 35.00
Kanak - Kanak RM 20.00
Loker RM 5.00 Termasuk deposit RM 15.00, RM 10.00 akan dipulangakn bila pulangkan kunci loker kembali dengan selamat.


Pakaian dan peraturan didalam Theme Park kalau tak simpan barang kat loker pun takpa boleh jer bawak masuk tapi kenelah ada orang yang jagakan..... macam kami ni dah 3 beranak jer pergi dan semua nak mandi sakan.. jadi baiklah simpan kat loker sebab tu.. gambar² masa mandi manda takda sangat... cukuplah diabadikan dalam ingatan....



Siap sedia dengan gelang tiket masing².... ibu dan ayah patutnya boleh masuk 2 hari.. tapi dah amir punyer tiket kene beli.. tu yang kami amik keputusan masuk theme park hari sebelum nak balik jer... tu pun jenuh nak pujuk naik.. sampailah hujan turun lebat hihihihihi.. memang takda pilihan kenelah naikkan...


Amik gambar tapi tak naik pun gelongsor ni....  ramai sangat budak² yang menunggu giliran.. takpalah bagi mereka...


Kan dah kata antara orang terawal, tengokk tak ramai pun lagi.... sampai ibu suruh amik gambar dulu pun amir tak mahu... nak terus mandi jer.... (^_____^)v



Seronok amir mandi manda kat sini.. dah ini jerlah gambar yang sempat ambil, lepas tu tuan tanah kedaung nak mandi sakan dah.. hahahahaha....



Amir memang sukalah sangat², hubby melayankan jer... sampaikan tak mahu naik ke darat walhal tangan dah kecut... sampailah hujan mula² rintik dan terus lebat.. bila dah semua orang bertempiaran balik hotel, amir pun naiklah hihihihihi... ada hikmah jugak rupanya hujan turun, kalau tak memang tak naik kedaratlah jawabnya....

Lepas masuk bilik hotel, sambung lagi mandi kat jakuzi hahahahaha.. sabooo jerlah.. mak ni kan.... okk layanlah amir kat rumah takda.... kes mandi jakuzi ni lah yang jadi memorinya... jeng.. jeng... jeng.... nanti saya bagi tahu yer.. pada entry seterusnya. Memang seriau kejaplah... sekejap jerlah.. lepas tu.. tak dah hahahahahahaa... ;p



Bicara Hati : Kalau dapat peluang lagi nak pergi lagi.. sebab tak jauh dengan rumahkan... dan berbaloi²...






Isnin, 4 Februari 2013

Booking Murah Bilik Tidur Di Morib Gold Coast



Hari rabu yang dinanti² pada 23/01/2013 akhirnya segalanya dipermudahkan....  cuti² kami 3 beranak ke Morib Goldcoast rasanya ni kali pertama dan pergi 3 beranak jer.. selalu kami bercuti mesti ramai² dengan ahli keluarga yang lain.

Rahsia besar tau.. amir pun baru tahu masa nak pergi hahahahaha.... Kalau dah bagi tahu awal² mahulah habis dikabookannya.. kat semua sanak sedara masa balik kampung hari tu.... sebab balik daripada bercuti ni pun dengan semua orang dia cerita dia mandi kat jakuzi (hadoilah.. anak ibu tahulah kat rumah kita takdakan..)

 Rami jugak yang daftar petang rabu tu.... suasana tahun baru cina pun dah mula terasa bahangnya.. masuk² pintu nak daftar bilik jer.. dah nampak singa tau... siap lagu² selamat tahun baru cina.


Berbaloi² pakej percutian singkat 2 hari 1 malam dengan harga RM 150.00, dapat bilik yang sangat puashati siap ada jakuzi, pakej dinner, sarapan pagi dan tiket theme park untuk 2 orang... oklah tu kan... kalau dapat tiket free untuk amir ke theme park lagi best... hahahahaha.... (^_____^)v



Lepas tengok bilik kami ronda² pantai morib dulu... sebab nak solat asar, motif cari arah kiblat dalam bilik tak jumpe.. nak call budak kaunter hubby kata tak payah.. amir pulak dah merenggek nak mandi kat theme park petang tu .. nasib baik tak dapat bilik hala theme park.. kalau tak mahu dia asyik dok keluar nengok orang mandi manda kat theme park...  rupenya hala kiblat ikut kedudukkan bilik arah kelaut tuju jam ke pukul nombor 2 (masa balik kat pantai morib baru tanya).


Paling tak menahan bile amir guling² kat katil dia pandang syiling ada pemandangan yang tak menarik macam kawasan air bertakung/ ada tompok² macam lumut kot.. hubby kata.. tu lah.. tak boleh mandi jom kita pergi morib nak makan kerang rebus.. barulah amir tak merenggek lagi.. patuh jer.. terus ikut.. takut ler tu...



Bicara Hati : Pertama kali booking online ok jugak, boleh cuba lagi... ke tempat lain.. 






Rabu, 30 Januari 2013

Peplum atau Baju Mengandung






Isnin, 28 Januari 2013

Percutian Singkat 2 Hari 1 malam Di Morib Gold Coast

  


Alhamdulillah kali ni meraikkan hari lahir ke-30tahun bersama insan² tersayang, ibu siap amik cuti tau... sebab hubby dah booking nak pergi bercuti kat Goldcoast .. hahaha.. bukan yang Australia.. yang kat Morib jer.... jadilah... ni pun baru kali pertama pergi tau.. walaupun dekat dengan rumah kalau takda promosi macam ni.. jangan haraplah nak dapat pergikan....




Okk.. yang sebenarnya mula² nak suprise hubby beli deal percutian ni.. kunun² nak beli hadiahlah.. kira saja-saja kami² 3 beranak jer.. percutian ni, sekali kene bayar dengan kad kredit daaa... kantoii sudah.. mane ibu ada kad kredit ... tu yang suruh hubby dealkan.... harga promosikan rm 150.00 mestilah nak beli.. walaupun ini kali pertama beli tau.. alhamdulillah takda masalah, kunun² nanti ibu bayar kat ayah.. sudahnya hubby kata.. tak payah bayar.... kira hubby belikan hadiah bestday.. tak aci betulkan... 




Puashati sangat percutian ni.. walaupun singkat, tapi berbaloi²... amir paling happy dan teruja hahaha.... sebab dia memang tak tahu pun kami nak bawak dia kesini sampailah masa nak pergi barulah dia tahu .... lepas tu mulut tak renti²lah bertanya itu ini .. sampaikan tibe² dia tertidur.... padahal dah nak sampai dah.... 35 minit perjalanan jerkan...



Bicara Hati : Hari ni selangor cuti .. korang kemana??? kami?? duduk rumah jerlah 2 hari ni pun jadual dah penuh.. kepenatan...




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...