♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Rizqi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rizqi. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mei 2014

Kuda Ku Lari Gagah Berani



Beberapa hari menyepikan diri daripada bersiaran atas sebab² kesihatan yang tak mengizinkan, bukak blog untuk entry baru .. taip sikit .. padam .. taip sikit padam .. blur .. dah sudah kenapa pulak ni, aura demam tuan tanah kali ni memang haru lain macam sikit.

Bukan takat aku jer yang demam, memula abah, lepas tu adik dengan aku kena sekali harung .. mengigil² badan khamis lepas .. sudahnya jumaat mc .. mak mertua pulak demam .. jumaat tu cari ketam .. nak masak sup .. sup ketam jelah yang aku harapkan agar bisa badan pulih kembali, alhamdulillah selesai masak semua orang yang demam wajib makan ... lalu tak lalu makan jugak .. lepas tu nak makan ubat, alhamdulillah makan ubat tidur 2.30 petang bangun badan berpeluh² lega .. bisa badan mula hilang, aku bekalkan kat hubby sup ketam untuk mak mertua dengan besranya harapan agar mak mertua pun cepat sembuh .... tapi mak mertua lambat sikit, sabtu pun kita masak lagi ketam, mak pergi berurut barulah mak sihat .. alhamdulillah.

Pfffttttt ... saja berkongsi sikit cerita kenapa menyepi, oklah baru ni sambut ulang tahun kelahiran anak buah, takdalah baru sangat pun 17 mei kot gitu ... malam tu adalah buat makan² sedara mara dengan kawan² adik je pun.. tak ramai jemputan .. api penatnya.. hurabbbiii .. dengan esoknya amir nak bersukan, agaknya sebab tu lah aku kepenatan .. tumbang ngeh .. ngeh .. ngeh ...




Selamat hari lahir rizqi .. korang tengoklah amir tu .. haihh main hp .. itulah kerjaannya mujur tak lama, lepas ramai kawan² sepupu² datang .. dia pun main tak hinggat kawan .. esoknya bangun lambat nak ke majlis sukan.



ini hadiah daripada mak long ... omey tak .. omey tak .. hahahaha .. harap rizqy suka, kemain lagi muka dia .. seyes takut mak long nak tumpang hahahaha .... ;p

Semoga rizqi membesar bagaikan juara menjadi anak yang soleh ... amin.



Bila sambut hari lahir rizqi, amir pun sibukkkkkk nak buat jugak .. asyiklah dok menanya bila hari lahir dia ni .. bulan depan jer anakku sayang ... nanti ada rezeki lebih kita buat yer... takda lebih kita 3 beranak je lah hahahaha ...;p amir dah semangat nak sambut dengan kawan².. tapi hari lahir dia cuti sekolah achaner.. kenalah tunggu buka sekolah baru potong kek dengan kengkawan. (^_____^)v





Bicara Hati : Ni cerita kuda ker?? luahan perasaan ker?? hari lahir ni .. kira rencam jerlah yer ..;p








Selasa, 15 April 2014

Melepak Di Pangkin Depan Laman Amik Angin Petang


Hamboiii tajuk kemahin kan ..... amik angin petang kat pangkin gitu .. iyelah depan rumah mak ada pangkin ... takda maknanya nak buat gazebo ... pangkin sudah .. itu pun berebut² anak beranak .. adik beradik nak duduk kikiki .. tambah² kalau ada budak² kat bawah ni ... kadang² mak goreng pisang muda .. sedappnya cicah dengan sambal kicap.. terliur tak.. terliur tak .. gambar takmoo letak.. kang lagi terliur korang tengok.

Bila aku balik kerja jer .. memasing dah tunggu kat pangkin tu ... kemahin macam ada 4 orang anak jer kan... tanpa kongsi kasih dengan anak² orang yang mak jaga hihihi.. anak² akak sepupu dengan anak adik, amir lah paling suka ramai kawan ... pantang lepa tu .. kang bukak getah paip air sibuk nak siram pokok mak.



Memasing mesra kamera jugak ... pantang cakap pandang sini senyum .. ada jer gaya dia orang nak buat.. untung² duduk kat pangkin meligat bebudak ni .. kadang tu kalau hubby datang kemahin lagi memasing nak naik motor ajak ronda kampung .. gitulah gaya kalau petang hari .. memasing amik angin.. sesambil buang angin .. jangan naik angin sudah ... ;p




Tak jauh dari pangkin ada pokok buah pelam, pelam epal .. seyes punya lama abah tanam baru ni lah dia nak berbuah .. hasil baru boleh di makan .. rasanya abah anam masa zaman kita bujang lagi kot .. ni amir dah 6 tahun koooo merasa jugak hasilnya, itu pun tak merasa lagi .. ntah apalah rasanya .. masam ke manis.. kecur air liur.




Boleh tahan banyak jugak hasilnya .. buah sulunglah katakan ... ada yang nak ker??? kalau ada yang ngidam .. meh lah datang rumah mak saya hihihihihi .. nak os kang takut tak sampai .. tapi ni muda lagi .. kengkawan kat opis pun ada yang ngidam.. dah cop dah hahahaha (^____^)v Bestnya balik ni nak makan pelam ni cicah kicap dengan cili dan gula kecur air liur.





Bicara Hati : Rindunya nak rasa angin petang kat pantai .. lama tak pergi bercuti kat pantai² main pasir ... huhuhuhu ...























Rabu, 6 November 2013

Musim




Sana sini baca kawan² update anak² tak sihat, kesan daripada jerebu dulu agaknya... amir pun baru jer baik demam alhamdulillah.... 

Lepas amir baik anak buah pulak demam, rizqi (anak adik saya) .. cian rizqi demam, selsema dan batuk... rindu wan yer... lepas wan meninggaldunia dia demam ... ni masa kenduri last tu.. orang tahlil kami bawak dia pergi klinik sebab tu ada gambar amir... cian sangat kat rizqi dah tak selesa selsema... nafas pun dah berbunyi²... letih pun iyer agaknya dah mula meligat.

Baru ni mak bawak dia berurut, apa lagi menjerit²lah lah dia kene urut... barulah nampak sihat sikit.. kalau tidak kuyu jer mata tu... tapi masih meligat jugak....







Sabtu, 5 Oktober 2013

Riadah Dengan Amir Hujung Minggu



Ni cerita minggu lepas bila ... sabtu hubby ada sekolah ganti, petang sabtu pulak pergi rumah akak ipar ... kebetulan mak mertua datang .. jadinya melepaklah rumah akak ipar sampai malam baru balik rumah.

Pagi² ahad dah keluar belanja barang dapur ... daripada bukit kemuning (kelas .. belanja dapu sampai bukit kemuning) hahahaha .... pergi bukit tinggi lepas tu bau balik rumah.

Rasanya belanja tak penuh troli pin.. suku jer.. sebab bahan basah tak amik.. itu pun dah sampai RM 78.00 fuhhh ... tak tahulah kot penuh mahu RM 600.00 dah macam belanja untuk kenduri gegegegege ... ;p

okkk .. masya kalau dapat peluang menaip .. dia mulalah nak membebel ... padahal tajuk riadah dengan amir hujung minggu kikikikiki ... lepas balik rumah (makan pun kat luar) balik semata² nak tidur .. petang tu kami sambung berjalan ke Pantai Morib pulak .. cadangnya amir nak main layang² .. tapi tak sempat main pun.. ramai sangat orang .. penuh.. sudahnya amir main belonn buih jer...



Kami hujung minggu baru ni sempat jumpa adik dengan adik ipar janji nak jumpa kat Pantai Morib terus senang.. suka rizqi dapat jalan².. sebab kelanang (rumah adik ipar) dekat sangat dah nak ke Morib ni.. jadinya .. kami makan² jerlah kat situ .. dan kunun² nak tengok matahari terbenammm.. sudahnya melayan rizqi.. sampai tak perasan matahari terbenam kikikikiki ...

Tempat solat kat Pantai Morib pun dah bersih jadi tak kisahlah lepas beriadah tu boleh solat kat situ .. selesa pun selesa berbanding dulu... lepas makan terus solat dan barulah balik rumah.

Puashati dapat berjalan amir ahad tu, cuma tak dapat main layang² jer.. sudahnya layang² dah beli tu main kat padang depan rumah jer kikikiki (^____^)v












Rabu, 25 September 2013

Abang Hensem Jaga Adik

 



Abang besar ker abang hensem ni???.... korang tengok.... baru mak saya suruh amir bawak rizqi pusing² kat stroller depan rumah .. (bukan selalu dapat peluang manja² bersama) kemain lagi nak pakai spek .. melaram.. yang ibu pun sempat lagi nak amik gambar dia ... yang sebenarnya nak gelak pun ada.. sebab dia kata panas tu nak pakai cermin mata, saya kata pakailah topi .. panas kat luar... dia takmoo sudahnya petang tu dia demam .. malam pun sama dedar².... macam mana nak jaga adik betul² ni amir .. baru praktis dah demam hihihihihihi ... ;p










Isnin, 23 September 2013

Rizqi Dah Pandai Meniarap



Jarang rasanya hujung minggu dapat jumpe rizqi bila kami balik kampung, kebetulan sabtu baru ni ada hal sikit balik kampung .. hubby pulak kene kerja.. pasrah lah kami 2 beranak pagi² dah kene pos ke kampung kikikikiki ....

Kebetulan adik pun ada sekolah ganti sabtu tu.. jadi petang barulah balik rumah mertua ... kemain lagi amir suka dapat jumpa rizqi .. (iyerla selalu balik memang tak berjumpa kami ni) ke hulu kehilir dia sibuk nak menjaga. Tu yang petang tetiba badan panas demam tu.. sampai kemalam... malam pulak kenduri rumah jiran kat taman (fuhhh jadual sentiasa penuh hujung minggu)


Rizqi dah pandai meniarap .... aloloooooo .. mulut becok kemain lagi.



Penat meniarap .. tak reti pusing .. menjerit² mintak dukung kikikikikiki.....



Rizqi dah botak macam abang amir jugak, mam dia botakkan lepas kenduri qiqah hari tu... (^___^)v


Sejak dah pandai meniarap ni ... memang payah nak kene tinggal mak cakap, nanti dia nangis.. lagi² kalau dia penat .. mak kata pandai majuk budak ni hihihihihi .. memang lain betul akalnya dengan abang amir kecik² dulu ... hihihihihihi ...



Bicara Hati : Bila dah botak ni muka rizqi macam muka arwah adik yang meninggaldunia pulak.. perasaan saya jer kot.












Jumaat, 30 Ogos 2013

Majlis Kesyukuran Dan AQIQAH Rizqi



Alhamdulillah Muhammad Azfar Rizqi dah masuk 3 bulan, bulan depan dah 4 bulan dah tembam ni .... rizqi anak buah saya merangkap anak adik saya .. jangan korang komen ucap tahniah baby dah besar kat saya sudah.. selamat berpantang ke.. kat saya pulak ... ni anak buah yer.... kikikikikiki ..
Sabtu baru ni buat majlis aqiqah dan kesyukuran sikit untuk rizqi .. kali ni majlis kat rumah mertua adik.. kat kelanang, jemputan pun banyak sedara mara sebelah suami adik .. sebab sebelah saya mejoriti tak dapat datang .. adalah sikit jer...



Matangkan muka dia .. kalau orang cakap 5 bulan pun percaya 3 bulan ni berat dia dah 6.3kg perrrggggghhh memang tak laratlah mak long nak dukung.



Majlis berlangsung dengan riang gembira, alhamdulillah dipermudahkan .. menu semuanya katering.... kat kawasan rumah adik ni takda nak merewang² macam kat kampung rumah saya tu .. sebab adik ipar dok kat tamankan... tapi terasa jugak kemeriahan dengan kehadiran merhaban dan tetamu. menu nasi, kari daging, sup tulang daging dan banyak lagilah ... hihihihihi .. gambar takda sebab mod nak makan membuak².. takda mood nak amik gambar hahahahaha ... ;p



Saya sempat buat jeli kelapa jer.. dah jemu warna putih .. kali ni saja buat warna hijau pulak.. kelapa di import daripada kampung hihihihihi ...




Kami sempat bergambar buat kenangan .. jadilah dari takda kan .. tak bersedia lagi ni .. nasib baiklah amir bagi kerjasama .. kat sana asyiklah melayankan tab adik ipar .. sampai anak akak sepupu datang barulah dia nak main .. dah macam anti sosial pulak .. sebenarnya dia bukan anti sosial .. dia pemalu sikit nak berkawan . kalau tak kenal orang.




Majlis merhaban mula 10.30 pagi, kalau ikutkan patutnya saya pergi dengan abah sekali .. dah kereta abah tetiba bocor kat rumah saya .. jadinya sayalah bawak kereta saya .. hubby kerja sabtu tu .. ada sekolah ganti. Takut jugak tau .. mujurlah selawat bebanyak okk jer drive.. saya tak pernah drive tanpa hubby ... ni kira kali pertamalah saya bawak mak, abah, buyut dan amir pergi kenduri tau .. tanpa hubby ...

Masa merhaban tu kemain kuat rizqi menangis .. terkeju agaknya nak kene cukur rambut dia ... huhuhuhuhu .. cian dia .. terkejut tengah lena tidur pun iyer jugak.




Bicara Hati : Dah 2 orang cucu lelaki mak .. hihihihihi .... 




Ahad, 14 Julai 2013

Meriahnya Dengan Keletah Budak Peramah Ni



Ni kisah saya masa 1 ramadhan hari tu .. masa buka puasa kat rumah mak tu hari, sebab amir kat kampung kan .. malas nak meredah jem balik rumah .. jadi kami buka puasa siap² kat rumah mak, lepas tu barulah balik ....

Meriah dibuatnya bila amir melayankan keletah rizqi anak buah saya tu hihihihihi .. pada demam² dia tu .. masih jugak nak melayankan rizqi.. dah pandai borak, dah kenal orang ... tangan kaki siap bergerak² kikikikikiki ... dah macam mengayuh basikal gaya berceritanya.

mulut, tangan kaki semua bergerak seiring, geram toiii saya ...... dengan budak tembam ni 2 bulan dah 5kg lebih .. adehhh siaplah ibu koo nanti rizqi nak dukung masa raya...



Lepas kita orang buka puasa elokk jer dia tidur kikikikiki .. apa lagi, saya mekapkanlah dia .. pakaikan dia celak ... bulu kening halus kemain hihihihihi .... kan comel dah mekapkan kening tu  (^___^)



Semalam rizqi dah balik kampung, pergi rumah wan dia.. cepatnya masa berlalu dah nak 60 hari usianya ... seminggulah rizqi kat sana nanti.. barulah balik rumah mak balik.






Bicara Hati : Tak tahulah nak buka puasa ni, kat rumah sendiri ke.. kat rumah mertua....












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...