♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Rombongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rombongan. Papar semua catatan

Isnin, 7 Julai 2014

Pusat Sains Negara , Kembangkan Minda Amir


Assalamualaikummmm ..... nak mengarang rombongan sambil belajar amir ni gigih ibu tau .. puasa² ni, alahai .. sorrylah kalau ada yang tertunggu².. pfttt mujurlah tab boleh on.. kalau lagi naya tau.. gambar tak transfer lagi ... rabu tu saya bebel dekat tab dah kooo kenapa ni nak raya sambil tekan² punat on .. janganlah majuk².. raya nak pakai duit ni .. tetiba dia menyala on.. hahahaha .. memang keseruuuuu betullah... tapi off balik rupanya takda bateri dah keluar tanda seru kooooooo .. ishhhlah memang naya .. naya .... bila ok jer pinjam cas bateri kawan, terus wassuuupp hubby, hubby terkejut jugak .. dia kata tab tu penat takda tidur kot.. sebab saya jarang off.. kalau cas pun saya on jer.. on jer.. bukan pegang/ main tab .. tu pun nak majuk tab ni.. iyelah² lepas ni set timer malam² lepas kul 12.30 off automatik kikikikiki .... jangan buat perangai lagi yer .... 

oklah mood dah happy balik tab dah boleh on, jom layankan sambungan rombongan ke tempat ketiga pulak lepas pergi kilang roti dan farm in the city kami pergi ke pusat sains negara pulak. Ini kali kedua amir kesini .. dan ibu tak sangkalah pulak.. ibu pun boleh jejakkan kaki kesini dengan amir, sebab kali pertama amir pergi dengan rombongan sekolah hubby tahun lepas.






Dalam sempatlah lelapkan mata, ibu dengan amir tak duduk sama ... amir dengan kawan²... ibu kat belakang .. amir kata amir baru nak tidur dah sampai sini ibu .. hahahaha ... iyelah tu baru nak tidur ... ibu pun tertidur jugak kepenatan hihihihi ... korang jangan tak tau.. kata jer penat ... sampai sini.. elok jer cergas kooooo ke hulu kehilir .. mujurlah pusat sains ni 2 tingkat jer.. tapi besar humaaakkkhaihhhhh .... memang ibu biarkan je lah amir main puas². Ruang solat pun ada disediakan .. selesa pun selesa .. sementara amir cikgu pantau .. saya singgah solat dulu ... sebab masa ni dah pukul 3 petang kalau tak silap.







Oleh kerana saya ikut rombongan sekolah .. jadinya saya tak pasti berapa harga tiket saya masuk, tapi yang ni ada di pamerkan harga tiket bagi yang nak masuk .. cuma kat sini dinyatakan harga ahli .. confuse jugak masa baca tu ... dah kenapa.. ada harga ahli ker??? harga bukan ahli lagi mahal ker??? tak sempat nak tanya abang fai, dia pun macam dah kepenatan kikikiki ... budak² pun bebas main dalam ni.. tak terkawal.






Paling menyeronokkan bebudak ni bila masuk bahagian ni.. boleh dikatakan semua bahagian kat bawah tu sesuai untuk kanak² seusia amir.. dia orang teruja sangat... sampai macam tak nak berhenti main dan teroka.... alam sains katanya kan ....





Kat dalam ni pun macam² ada... sampai tak larat nak amik gambar ikut amir, sudahnya ibu duduk jer kat bangku yang disediakan borak dengan cikgu dan mak² yang lain ... lepas tu pandai pulak haus amir cari ibukan hihihihi ...;p




Kayuh basikal rangka putih kat sebelah tu pun ikut ... macam seram jer.. macam seramm jer ... tapi tak pun hahahaha ....




yang ni pun best jugak ... semua bestlah kat dalam ni .. ada jugak yang saya layan join main ... gambar saya dengan amir memang takda.. saya dah penat sesangat .. banyak gambar² amir jer.. dengan saya rakam video² dalam ni ...




Yang ni kalau tak silap.. dengan kayuhan basikal ni .. kenderaan kat dalam tu akan bergerak.. lagi laju kayuh.. lagi laju dia bergerak.



Sebenarnya aktiviti dalam pusat sains ni bagus sangat².... saya pun rasa beruntung dapat join jugak, oklah pfttt ibu dah penat akhirnya berjaya jugak habiskan story mori rombongan tabika amir ni ... yang pasti dah 2 minggu berlalu percaya tak sampai sekarang amir masih lagi bercerita seronoknya pergi rombongan kat tabika, sebab??? sebab ibu ikut hihihihihi ... dulu kat tabika lama tak ikut ... motipp apa yang seronok pun saya tak tahu.. tidaklah pulak dia nak merenggek ker .. menebeng dengan saya jer ke.. elok jer.. main dengan kengkawan... Dia seronok sebab saya kongsikan moment² tu kot ... dia boleh tengok balik semua video² tu.








Khamis, 26 Jun 2014

Pengalaman Dan Lawatan Ke Kilang Roti




Semalam ada buat teaser kenyang dengan roti gardenia, hahahaha .. selambak roti kooo dapat .. bukan beli yer.. semua tu dapat percuma jer (^_____^)v.
Pfttt ... ibu cikgu kata ada rombongan nanti sebelum puasa, ibu pergi yer.. ni suratnya.. kena bayar .. ibu pergilah .. nanti mak mak kawan amir pun pergi. Alahai anakku .... kalau tak pergi tak boleh ke .. amir boleh enjoy dengan kengkawan.

Oleh sebab amir dah pujuk, hubby pun setuju dan bagi duit .. kita ok je lah... sebenarnya ada  tempat rombongan tabika kali ni, saya pun teruja jugak kalau ikutkan.. nanti up story satu² eh. Untuk 3 tempat rombongan ni bayaran untuk mak² ni rm 62.00 pftttt mahal jugakkan.. tapi itu semua untuk bayaran tiket, bas dan termasuk makan. Jadi berbaloi²lah jugak... takdalah mahal sangat.



Tempat pertama yang kami pergi kilang roti gardenia di seksyen 26 shah alam kalau tak silap saya, kilang gardenia ni ada 5 cawangan semuanya pun kat selangor ... takda kat negeri lain.. tapi roti ada kat semua negeri freshh pulak u pfttt.

Lebih kurang pukul 8.30 pagi dah gerak.. kalau ikutkan pukul 8.05 dah gerak .. tapi ada ibu bapa yang lewat .. makanya kami pun bertolak lewat .... tapi satu yang saya suka rombongan ni .. siap ada pemandu pelancong lagi kikikiki .. namanya abang fai .. bebudak pun suka .. sebab abang fai ni banyak cakap dan pandai amik hati budak².. dah kata pemandu pelancongkan ... bukan pemandu bas, pemandu bas diam kikiki.. bawak bas je kerjanya dan ishh korang tahu je lah bebudak ni.. manalah terkawal dah ramai² gitukan... bila ada pemandu pelancong ni .. dia orang dengarlah apa yang abang fai terangkan tu.. masa kat dalam bas.




Masa kat dalam kilang kami memang tak dibenarkan langsung amik sebarang gambar, dan budak² tabika pun tak dibenarkan bawak beg .. boleh bawak diri jer.. kikikiki.... ;p masuk tangan kosong .. pulang tangan penuh .. bak kata abang fai.

Memula masuk kami duduk di auditorium, kat situ boleh tengok video sedikit penerangan pasal sejarah roti gardenia lepas tu barulah lawatan ke dalam kilang. Demi keselamatan jugak bukan takat tak boleh amik gambar, nak pegang cermin kat kawasan proses roti tu pun tak boleh .. kat situ ada garisan kuning, daripada garisan tu lah kita kena berdiri .. takdalah jauh sangat pun daripada cermin ... masih lagi boleh nampak proses dalam kilang tu.




Lepas tengok wayang (video cerita sejarah roti) , dah tengok kilang roti .. kami di beri sarapan pulak.. makan wafer ko .. perisa oren yang baru .. nyum²... super duper sedapppp .... seyes lembut jer... dapat dua .. sempat ngap satu jer, amir pun suka .. cecepat dia habiskan. Lepas makan jomlah kita balik, opsss bukan balik sambung lagi 2 tempat pulak nak pergi.




Sebelum balik dapat goodies ni, kata masuk tangan kosongkan.. balik tangan penuh.. memang penuh tangan sebab amir punya pun ibu yang pegang .. anak bertuah betul... dia kemahin seronok dengan kengkawan dapat goodies soh ibu pegang .. motiff betul suruh ibu ikut yer... 




Inilah roti² yang dapat dalam tu... ni satu beg punya barang, korang bayangkan ibu dengan amir dapat maknanya 2x ganda daripada dalam gambar, dengan roti sebuku tu memang banyaklah .. opss.. gambar roti sebuku belakang tu tak berapa nak nampaklah pulak.. nampak kotaknya jer. Jadi agih²lah pada mak denagn mak mertua hihihihi .. tak habisnya kita orang nak makan 3 beranak. Dalam ni jugak dapat buku resepi, oleh kerana buku resepi tu dapat dua .. saya nak kongsilah bagi kawan² blog .. esok saya bagi tahu yer.. macam mana nak dapatkan buku tu .. kalau ada yang berminatlah.. tunggu entry saya tau .. tau .. tau .. manalah tahu boleh gunakan masa ramadhan nanti, dapatlah idea masak untuk berbuka.





Hihihi bagi can tuan tanah interframe eh, jangan marah ... ala... asal amir tak senyum.. ibu pulak oberrr senyum. Nampak tak ibu lebih teruja nak possing .. anak dah sibuk nak naik bas nak pergi tempat yang lagi satu kikikikiki .....

Cukuplah ini je pengalaman saya yang pertama kalinya pergi sana, bukan saya jer.. amir lagilah kali pertama masuk kilang.. kilang roti pulak tu .. wangi jer tau bau kilang roti ni ... lagi² masa ni tengah proses roti krim jagung .. memang wangi sangat².



Bicara Hati : Nantikan entry esok untuk kawan² yang berminat nak dapatkan buku resepi mengenai roti.
















Rabu, 25 Jun 2014

Kenyang Dengan Roti Gardenia



Teaser jer dulu eh .. dengan lambakan roti gardenia.. nyum²... hohohoho seyes mengujakan bukan takat anak, omak eh lagi lebih².... suspen je kan.. camne boleh dapat lambakan roti yang banyak macam ni... amboi siap sarapan wafer oren yang baru super sedap masam².. maklumlah sayakan pengemar kek oren, jadi takda masalah kalau nak makan wafer oren ni ... 



Cup pinjam jer, habis minum pulangkan.. tak bawak balik ...




hahahaha .. selambak roti, mana tak kenyang .... ni mau stok seminggu .... eh² kata teaser masya membebel pulak sorry .. nanti sambung story mory eh hihihihihi .. tengah menyusun ayat.










Jumaat, 21 Mac 2014

Rombongan Pertama Kali Amir Ke Petrosains


Atuk tetiba tak sihat, kebetulan hubby ada rombongan sekolah hari selasa ... risau amir bosan kalau pagi pergi tadika adik ipar hantar .. petang nanti majuk² pulak kalau ayah lambat balik.. jadinya hubby amik keputusan bawak amir join sekali pergi rombongan sekolah.

Ini pertama kali amir pergi rombongan sekolah ayah, satu pengalaman baru buat amir... keterujaan dibuatnya tau ... sebelum ni hubby pernah pergi kidzania tapi tak bawak amir lagi pun takda kosong .. risau amir kecik lagi, bila dah masuk tadika ni amir lebih senang di pantau... dan berdikari ... tu yang hubby confiden nak bawak tu.





Antara gambar² yang hubby wassup berasap kat tab hahahaha .. kemain teruja amir masuk sini.. hubby kata kena tiket rm 3.50 sahaja, tapi kalau korang berminat nak pergi rujuk jadual tiket masuk ke petrosains ni yer .. maklumlah minggu depan dah cuti sekolahkan.. mesti nak bawak anak² ke tempat² yang menarik.










Hubby kata kat sini lah amir paling lama, korang pun tahu dia paling minat benda² macam ni .. dapa peluang buat sendiri .. memang sakanlah dia main kat dalam tu .. hubby kata sampaikan budak² dah pergi tempat lain pun.. dia masih nak main area situ.










Cenderahati kat dalam tu boleh tahan harga dia.. hubby belikan amir baju kuning ni .. hubby pun beli jugak ... sehelai rm 39.90 baju biasa jer.. tapi sebab nak buat kenangan hubby belilah .. ni pun size besar kiranya sampai amir sekolah rendah pun boleh pakai .. ibu?? ibu nak ole² jugak.. dapat FM petrosains jer.. itu pun amir yang cakap.. ibu saja² majuk, amir tak belikan ibu baju pun.. ayah kata ibu kan suka ni.. nanti boleh lekat kat peti sejuk kikikiki .. kemain amir nak pujuk saya ... saya acah² majuk je pun ... hubby tengah mandi masa ni ... lepas mandi korang jangan tak tau.. amir terus rasmikan baju ni.









Dan lagi satu amir beli ni, amir kata nak teropong ibu, nak teropong magic katanya... apa yang magic pun saya tak tahu .. kalau teropong tu magic boleh tahu kat mana mh370 bagus jugak kikikiki ..;p





Hubby kata pergi 2 tempat sebenarnya petrosains dengan pusat sains, pergi 3 bas ... setiap bas ada 4 cikgu yang kawal .. korang tahu je lah bebudak ni.. hubby sudahnya kawal amir .. tak sempa nak kawal anak murid mereka lagi meligat tau... lagi² masa beli barang cenderahati dalam petrosains tu .. sampaikan ada yang tak amik baki, ada yang dah bayar.. datang lagi.. beli barang lagi.. macam² gelagat.. belum lagi yang bawak duit lagi banyak daripada cikgu mereka sendiri.. sebab hubby kata ada yang beli barang sampai 100 lebih.... macam² kerenah .. jadi tak banyak gambar kat pusat sains boleh amik sebab nak kawal dia orang takut jadi macam kat petrosains. 


Amir??? sepatah saya tanya .. berpatah² ceritanya.. kemain memang pengalaman yang menyeronokkan buat dia.. siap cakap.. nanti nak pergi lagi... hihihihihi .... bawaklah ayah, ibu nak ikut.. ibu pun tak pernah masuk petrosains tau.. tapi klcc tu memang banyak memori zaman² muda mudi dulu hik hik hik hik ... memorinya naik train, naik putra nak sampai sana. sekarang???? mau sesat barat seyes dah lupa huhuhuhu ...






Bicara Hati : Agaknya kalau ibu yang pergi mesti amir pulak jadi pemandu pelancong ajar ibu itu ini pulak kikikiki ..;p











Rabu, 19 Jun 2013

Uniform Saya Di Tadika



Ni kisah pagi tadi sebenarnya, hadoilah hari ni .. meeting penuh seharian grrrr redhooo pasrah .. tadah telinga jerlah... Amir hari ni ada rombongan naik komuter yeahaaa... yehaaaaa ... suka kemain lagi anak bujang tu.. dan balik nanti pasrah lah ibu kene dengar cerita amir pulak (^___^)v

Ini kali kedua amir naik komuter ikut rombongan dengan pihak tadika, tahun lepas pun ada join jugak .. walaupun amir lambat masuk .. yang sebenarnya tahun lepas dapat join sebab pihak tadika buat rombongan ni lambat sikit.. dari jadual asal mereka .. itu yang dapat join.. kalau tak jangan haraplah.....

Jom layankan gambar budak bersemangat nak ketadika dan join rombongan hihihihihi ....


Bila ada rombongan kenelah pakai kasut, kalau tak pergi tadika pakai selipar jer haahahaha....




Ala.. jangan lah amik gambar dekat ibu .. gigi amir tak cantik, takpa... gigi tak payahlah senyum besar ibu kata... kan.. rambut dah pendek.. hensemlah anak ibu .. pantang kene puji terus cair hahahaha ....



Malam tadi macam biasalah, kalau beria nak kesatu² tempat mata amir tu payah sangat nak tutup .. semangat nak berjalan lah katakan hihihihihi ..... kadang² buat saya gelihati pulak, siap pesan.. ibu jangan lupa stokin yer.. kasut ... nanti kalau tak pakai amir tak boleh naik komuter cikgu kata..;p

Nak harapkan ibu dan ayah bawak naik komuter sampai ke kali kedua amir dapat naik komuter dengan cikgu tadika ibu tak bawak² eh, amir janganlah majuk .. pergi dengan kawan² lagi seronokkan.. nanti kita pergi sama² naik komuter yer... sayang amir .... 




Bicara Hati : ibu yang lupa hari ni ada sesi fotografi kat opis, balik tengahari tadi tukar baju .. grrrrrr ... terpaksa.. arahan bos .. pasrah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...