Saya tulis bahan yang saya gunakan, sukatan sama dengan blog ina, cuma ada di ubah suai mengikut kesedapan tangan menguli hihihihi ...
Tepung roti
Muripan
Marjerin Dicairkan
Susu Tepung (saya gunakan 2 scopp susu halibs)
Gula
Garam
Air Secukupnya
Saya uli semua adunan tu menjadi doh .. tak lama pun saya uli sebab tak gigih lagipun pakai tepung roti selalunya menjadi .. saya biarkan sampai doh naik .. kemudian saya tumbuk tengah dia dan uli lagi ... dan biarkan naik lagi .. tak lama pun dalam ½ jam jugaklah saya buat tu .. dengan erti kata lain 1 jam jer saya perap roti ni .. dia cepat naik tau.. mungkin sebab muripan tu saya gunakan sebungkus kikikiki .. dasyat tak .. kosa nak gunakan separuh.
Amir yang paling teruja nak tolong, anak saya yang bertuah lagi baik dan ringgan tulang ni kalau bab makan dia sanggup tunggu walaupun jam menunjukkan 10.30 malam baru semua roti ni masak... dan esok nak kesekolah.
Tengok tu .. rajinkan.. semangat dia nak letak badam .. saya gunakan badam jer.. dah itu jer yang ada kat rumah... masa sebelum letak badam tu saya dah biarkan roti ni naik dulu... amir buat yang untuk ayah yer ibu .. mesti ayah suka .. amboi kemahin lagi ... nak ayah puji lah tu hik hik hik hik.
Inilah rupa roti yang dah siap letak badam, mengiurkan sangat ... adunan saya ni dapatlah 2 loyang, satu untuk rumah dan satu lagi untuk hubby bawak kesekolah .. saya risau jugak kot tak sedap .. iyelah nak jamu tekak orangkan, sudahlah pertama kali buat .. nak bagi orang rasa pulak ;p
Ini pulak bahan sos gula perang yang saya gunakan, sebenarnya agak derhaka disini sebab ada 2 adunan sebenarnya dua² adunan sos yang berbeza hihihihi ...
Sos Pertama :-
Gula Perang
Marjerin
Susu
Sos Kedua :-
Gula Melaka
Marjerin
Susu
Walaupun saya gunakan satu gula perang dan satu gula melaka tapi cara masak keduanya sama sahaja, cuma saya gunakan 2 gula yang berbeza setiap sos hik hik hik .. kalau korang nak cuba kelainan campurkanlah dua² gula .. tak tahulah sedapp ke tidak. Mula² cairkan marjerin, lepas tu masukkan gula .. kacau gula sampai sebati pelankan api tau.. nanti dia meletup² lepas tu barulah masukkan susu sampai mendidih .. barulah matikan api .. masukkan asen vanilla kalau ade.. saya akda jadi bahan yang ada je lah saya gunakan.
Bila roti dah masak dalam 20 minit bakar dengan suhu 160 darjah jadi korang angkat roti dan boleh teruskan letak sos gula perang atas tu .. seyes .. mengujakan ... seyes mengiurkan, nampak tak sebelah kanan tu dah hilang sebelum sempat ibu amir amik kamera nak snap .. kerjaan amirlah tu .. seriau ibu .. takut terkena loyang panas.. memang tak sabar betul dia nak merasa roti sarang lebah ni hihihihihi ....
Dan setiap kali dia ngap, dia akan puji sedapppnya roti ni ibu .. sedappnya .. sampai nak tergelak² saya dengan mak dibuatnya. Kembang hidung ibu dibuatnya anak puji gitu ... mak saya pun kata sedap ... lain kali bleh buat lagi.
Bicara Hati : Ada kesempatan nak buat roti sosej pulak, amir dah buat permintaan .. amboi kemain lagi dia kan buat permintann macam ibu pandai sangat.