♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Sepupu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sepupu. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2015

Sedondon Dengan Geng Gaduh - Raya Part 2



Hahahaha .. cam melampau sampai gitu tajuknya, geng gaduh terus .... memang pun cian kat embah dia orang yang jaga .. mujo jugak amir dah sekolah ... jadinya masa jumpa tu selalu bila balik tengahari dan petang balik sekolah.

Tak sangka pulak dah 2 tahun mereka sedondon ... tak rancang pun ... tahun lepas tema pepel tu pun last minit sebab hubby takmoo beli baju .. amir pulak nak warna pepel jadi carikan je lah baju melayu dia ala² warna hubby .... elok pulak sama dengan tema adik pepel cair .. kami pepel ala² gelap sikit. Tahun ni?? kami tema oren ... kebetulan iqy pun ada baju oren raya tahun lepas .. mak pakaikan jelah .. cian dia tak beraya mama eh dalam pantang ... jadi dia berayalah dengan kita orang.




Tara .. sepupu geng gaduh kat rumah embah ni, sejak dah besar ni ada je akalnya budak iqy ni ... kesian kat amir kadang² kena banyak mengalah ... tapi amir tahu je lah .. kot datang hangin puting beliung dia .. berebut mainan pun takmoo mengalah ... haihh urut dada dibuatnya ... (^____^)' kot datang mood baik .. makan aiskrim satu pun boleh kongsi ... hahahahaha ....




Bicara Hati : tema ape eh tahun depan?? ntah tak pikir lagi .. tapi macam suke warna merah delima ... ala² marsala tu ... kita tunggulah amir pilih karang yer ... 








Isnin, 22 September 2014

Majlis Resepsi Sepupu


Assalamualaikum ..... Cuti sekolah baru ni ada majlis kenduri sepupu, kami sekampung jer pun ..... Tapi ni kira sepupu yang dapat jodoh paaaalllliiiiinnngggggg jauh terengganu koooooo jenuhlah kang nak mengantonya, hubby awal2 dah bagi tau tak menghanto kot ..... Walaupun majlis dijangka bulan 10. Tapi ... Ada tapinya tak tahulah kot tetiba berubah hati pulak kikikikiki ..... ;p


Dalam majlis ni aku kena tolong masak makan pengantin, yang makan beradap tu .... Aku manelah reti masak sangat ... Tolong hias2 merosak lagi ada huhuhuhu ... Yang masak mak cik hihihihi .... Kitew tolong gitu2 jer .....



Cantikkan, ni nama pengantin ... Kawan sepupu yang buat, Untuk hiasan je ukiran buah ni ... Bukan boleh makan pun huhuhuhu ..... Sekali potong dalam tu dah masam ... Sebab ukir ni salunya buat awal. 





Antara hidangan makanan kat meja pengantin hihihihihi ..... Ayam golek, ikan, udang dan buah2 .... Kek tu pengantin tempah 2 tingkat.





Sejak dah pandai buat kek minyak ni, mak buat permintaan asal ade kenduri rumah sedara mara mak suruh buat ... Aku dah lah buat cam tak semenggah je deko tu kikikikiki ... Janji sedap makk kata ... Kalau tak dulu mak asyik soh buat agar2 marbel. Jadi gigihlah aku buat 2 loyang untuk kenduri sepupu ni ... Ramai kate sedapppp ... Sebab aku letak perisa oren dalam tu hihihihi ...... Alhamdulillahhhh cukup2 lah buat minum letak dalam bekas.






Sepupu kita ni mak dah takda jadi semua urusan adik beradik buat, lagipun ni pengantin last perempuan .... Mak aku dengan mak cik lagi sorang lah yang banyak tolong semua... Mintak pendapat itu ini .... Alhamdulillahhh dipermudahkan .... Iyelah masa ni dia orang yang perlukan pertolongan ... Lepas ni mungkin kita pulak kan.


Kami doakan moga jodoh farah dah pizul hingga ke akhir hayat ... Amin ... Cepat2 dapat baby ... Comel2.




Bicara Hati : Bulan 11 ni rumah mertua pulak huhuhuhu .....




Rabu, 19 Mac 2014

Selamat Pengantin Baru Sepupuku


Hujung minggu baru hebohhh dok takda air, dengan jerebunya yang tak berapa nak hilang ... tetiba takdir allah petang sabtu tu hujan lebat .. ributtttt tau kat area selangor ni.. termasuklah kat rumah sepupu saya yang buat majlis kawin.. dengan jemputan yang tengah ramai kat khemah.. memang memasing lintang pukanglah larikkkkk ....

Sepupu saya ni kira belah abahlah.. adik beradik dengan abah satu mak satu bapak, almaklumlah abah ada adik beradik tiri jugak... dan ni kali pertama sepupu kawin.. kira anak sulung mak cik saya ... terasalah kemeriahannya sikit sebab sedara mara abah semua daripada perak datang ... tak cukup kaki tangan kooo nak buat kerja nasib baiklah mak cik upah orang ala² water mengemas huhuhuhu .. kat kampungkan ... rewang hanya untuk masak² sahaja .. bab kemas² kat khemah mak cik upahkan orang.. kami?? sepupu² ni tolong apa yang patut jer ... saya bab makan² kat meja pengantin kikikiki .. mujur tak perlu berhias bagai, lepas masak .. masuk pinggan sahaja dan balut plastik.



Tahniah sepupu hihihihi .. yang lelaki tu sepupu saya, bila kenduri baru ni semua kata muka amir macam sepupu saya kecik² tak tahulah tang mana samanya.. tang muka bulatt tu kot hihihihi ... kemain merah menyala² baju pengantin.




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan yang penting doakan moga jodoh mereka berkekalan di dunia dan akhirat ... amin .... 


Kami sekeluarga yang tak sengaja tersama tema huhuhuhu .. lupa nak tanya tema pengantin, bawak je baju yang ada.. tak sangkalah pulak sama tema dengan baju kami 3 beranak, gambar² amir tak sempat snap pun.. kalau ada pun gambar dengan pengantin kat kamera pengantin huhuhuhuhu .... jadi tak dapatlah nak abadikan kat sini.

Sila abaikan tuan tanah yang tak sedar diri tu.. kemain lagi dagu dah berlapis² ish .. ishhh.. ishhh..... saja nak tayang shawl tu.. omeyy tak.. omeyyy tak... pestime buat shawl sendiri .. glitter² lagi tau.. >____< ada orang kata nak tempah .. malunya.. saya mak budak baru belajar ;p




Bicara Hati : Rumah mak tinggal 2 bujang jer, tak tahulah bila zamannya adik² saya tu nak nikah ... ada sesapa nak isi borang?? hahaha.. meh sini meh.. 





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...