♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 19 Mac 2014

Home » , , , , , » Selamat Pengantin Baru Sepupuku

Selamat Pengantin Baru Sepupuku


Hujung minggu baru hebohhh dok takda air, dengan jerebunya yang tak berapa nak hilang ... tetiba takdir allah petang sabtu tu hujan lebat .. ributtttt tau kat area selangor ni.. termasuklah kat rumah sepupu saya yang buat majlis kawin.. dengan jemputan yang tengah ramai kat khemah.. memang memasing lintang pukanglah larikkkkk ....

Sepupu saya ni kira belah abahlah.. adik beradik dengan abah satu mak satu bapak, almaklumlah abah ada adik beradik tiri jugak... dan ni kali pertama sepupu kawin.. kira anak sulung mak cik saya ... terasalah kemeriahannya sikit sebab sedara mara abah semua daripada perak datang ... tak cukup kaki tangan kooo nak buat kerja nasib baiklah mak cik upah orang ala² water mengemas huhuhuhu .. kat kampungkan ... rewang hanya untuk masak² sahaja .. bab kemas² kat khemah mak cik upahkan orang.. kami?? sepupu² ni tolong apa yang patut jer ... saya bab makan² kat meja pengantin kikikiki .. mujur tak perlu berhias bagai, lepas masak .. masuk pinggan sahaja dan balut plastik.



Tahniah sepupu hihihihi .. yang lelaki tu sepupu saya, bila kenduri baru ni semua kata muka amir macam sepupu saya kecik² tak tahulah tang mana samanya.. tang muka bulatt tu kot hihihihi ... kemain merah menyala² baju pengantin.




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan yang penting doakan moga jodoh mereka berkekalan di dunia dan akhirat ... amin .... 


Kami sekeluarga yang tak sengaja tersama tema huhuhuhu .. lupa nak tanya tema pengantin, bawak je baju yang ada.. tak sangkalah pulak sama tema dengan baju kami 3 beranak, gambar² amir tak sempat snap pun.. kalau ada pun gambar dengan pengantin kat kamera pengantin huhuhuhuhu .... jadi tak dapatlah nak abadikan kat sini.

Sila abaikan tuan tanah yang tak sedar diri tu.. kemain lagi dagu dah berlapis² ish .. ishhh.. ishhh..... saja nak tayang shawl tu.. omeyy tak.. omeyyy tak... pestime buat shawl sendiri .. glitter² lagi tau.. >____< ada orang kata nak tempah .. malunya.. saya mak budak baru belajar ;p




Bicara Hati : Rumah mak tinggal 2 bujang jer, tak tahulah bila zamannya adik² saya tu nak nikah ... ada sesapa nak isi borang?? hahaha.. meh sini meh.. 





















5 ulasan:

Ann Ishak berkata...

selamat pengantin baru kepada pasangan tu :)

Rozita Ismail berkata...

selamat pengantin baru gak dari akak..moga sampai kehujung nyawa..inshaallah

aizamia3 berkata...

Moga pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

Nafira usof berkata...

selamat pengantin baru buat mereka..

pandai Masya buat shawl.. menjadik jer tuh~

Sweetmama berkata...

selamat pengantin baru buat sepupu yana..:)

kebetulan plk sama ye mengikut tema, ok la tu yana pun muka berseri2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...