♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label dekorasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dekorasi. Papar semua catatan

Sabtu, 4 April 2015

Waktu Sesuai Untuk Mengemas Rumah



Tak pastilah orang lain, tapi kalau aku ni suka mengemas bila waktu pagi lepas solat subuh dan hari cuti .. macam hari sabtu ... memang itulah masa yang sesuai sangat untuk pulunnnnn semua sesi mengemas rumah hihihihihi .....

Kalau hari lain tu biasanya memang tak berkemas pun, adalah jugak sapu² sampah tu.. tapi kalau dah teruk sangat memang terpaksalah jugak mengemas malam lepas balik kerja .. itu pun vacum je mihmihmihmih ...;p

Dan kebiasaannya bila diri dengan suka rela mahu mengemas rumah, hubby pun dengan suka relanya akan membeli sarapan .. yeahhhhhh ... sudah jimat tenaga disitu .. kadang kalau mood hubby baik .. terus lepas berkemas ajak keluar lunch .... (^_____^)v




Image result for gambar kartun mengemas rumah


Kebiasaanya perancangan untuk mengemas rumah ni kenalah amik kira baik ruang tamu, dapur, ruang belajar, bilik² dan jugak bilik² air .... kalau korang rajin buatlah jadual .. sebenarnya lebih baik .. rumah pun akan sentiasa kemas jer, tidak lah tetiba ada tetamu datang rumah bersepahkan ..... dan kalau ada tetamu suprise pun tidaklah terkujat sangat nak mengulung toto depan tv hahahahaha ... ;p

Okey kalau masa ada anak kecik dulu² salunya kena pandai bahagi masa ni bila nak mengemas .. salunya waktu dia tidur memang pulunnnn lah dokk mengemas semua .. lepas tu dapat peluang tidur ... tidurlah sepuasnya sebab bila anak bangun kita pun kenalah bangun menjaga dia pulak. Tapi salunya kerja² rumah yang berat² hubby buat .. senang sistem macam ni .. saling bertolak ansur.

Oklah .. sebab hari ni cuti, jemputan semua pun tak dapat nak pergi ... maka moh ler.. kita mengemas rumah .... dengan senang hati .. rela hati, sibujang pun dah boleh diharap mengemas ... jadi ringanlah sikit beban ibu ni .. ada anak boleh di harap.






Bicara Hati : Yeahh makan free ada jemputan kawin, siap kemas rumah kita pergi kenduri yer.... 






Rabu, 1 Oktober 2014

Deko Bunga Di Luar Rumah



Assalamualaikummmm ... deko bunga di luar rumah katanya hihihihi ... dalam rumah pun tak bersiap lagi ... saja² nak menambah yang kat luar pulak, kali terakhir beli bunga masa nak raya hari tu kuikuikuikui ... >______<

Memula tak berniat pun nak membeli, kunun² nak menemankan mak, haishhh sekali tu ... cam terbekenanlah pulak pokok² berdaun yang adooooo ... kang terbayang²lah pulak kalau tak membeli .. lagi haru kan ... jadi dah alang² sampai tu beli lah jugak.



Pasu² yang besar tu mak saya punya .. saya beli yang kecik jer ... 2 pasu jadilah... amboi mak naik seh .. dah macam aku ni bawak lori pulak mak nak membeli pasu bunga huhuhuhu .... mak², macam tu lah dia kalau dapat peluang ... tu .. pokok daun keladi pun nak dibelinya .. abah kata macamlah boleh keladi tu di masak ... kita senyum jelah ... sebenarnya satu terapi dan kepuasan kalau pergi kedai² bunga ni kan ... (walaupun baru berjinak² ... dulu tak diherannya pun).

Kita orang pergi beli kat area sijangkang sana tu ... nak kata murah sangat tu tidaklah .. tapi macam berbaloi²lah jugak .. sebab pasu bunga mak yang besar tu satu rm8 jer .. hohohoi ... kalau kat area kampung kita orang tu banyak jual rm10 dengan rm12 gegegegugugugagaga .. gigit jarilah nak membeli.

Tajuk kemahin Deko Bunga Luar Rumah ...... Tapi .. tak beli bunga sangat pun ... aku cam biasalah .. lebih suka beli pokok berdaun senang jaga .. itu pun .. tak tanam lagi ... sebab lepas beli sabtu .. bizi ahadnya kemas rumah pulak ... petang hubby ajak main belon ... jadi tak sempat lagi nak menanam pokok² tu dalam pasu. Nanti kalau dah buat kita up story mory eh ...





Bicara Hati : Kan best kalau dapat pergi cameron, bau borong macam² pokok bunga.






Rabu, 4 Disember 2013

Dekorasi Penyeri Rumah


Masya².. hatinya tu.. impiannya tu besarrr kemain... nak tanam pokok bunga, pokok berdaun, kat belakang tanam pokok sayur², nak bela ikan.. kalau boleh.. nak buat kolam ikan depan rumah tu hihihihihi ... Tapi itu impian jerlah.. sebab rumah tak besar mana pun laman, ikan yang baru beli baru ni pun semuanya dah mati uwarrrrrrr nangis berjujuran dibuatnya.

Mood baik demam ni kan lain macam sikit, nak mood baru agaknya dah buhsan.. balik rumah asyik pandang rumah sama jer tak berdekorasi sungguh... jadinya moh buat dekorasi penyeri rumah ... tak banyak ubah sikit jadilah... nanti tambah lagi... lama² baru sedar rumah dah penuh pokok hahahaha ... lagipun kalau banyak pokok berdaun ni rasa macam beroksigen sejukk jer rumah tu...

Jom layan baru ni beli 2 pokok bunga dan berdaun... oicc yang senang² sudahlah.. ni pun risau kot mati tau... yang senang jaga macam ni.. jangan korang tanya.. masya ni pokok ape?? masya pun tak tahuuuuuuuuuuu hahaha.. masya suka jer pokok ni macam comel, macam menarik.. macam okk jer kat depan rumah tu... cadang² nak letak depan pintu masuk.. tapi ada kabinet kasut pulak.. nanti nak tukarlah.. baru boleh ltak pokok² ni...





Tara ini pokok pertama... letak kat hujung sudut.... penyeri katanya.. pasu pun baru beli jugak.. tanah dah ada.. mohh balik kedai terus tanam tau.. gigih tak gigihlah hahahaha ...;p








Ni pokok bunga yang kedua.. hihihi ada bunga² sikit.. purple .. bagi aura lavender gitu.. nak beli bunga lavender tak mampu hahahaha ... beli pasu baru jugak... yang ni hujung sudut rumah dekat dengan tingkat bilik air utama... wahhh bestnya ... ada penyeri rumah dah... 





Oklah itu jerlah nak cerita pun penyeri rumah yang baru, harap bertahan lamalah.. sebelum ni pernah tanam.. kejap jer hayatnya ½ tahun kot... huhuhuhu .... sedihkan.. orang kata tangan panas pokok senang mati.. tapi saya rasa.. saya yang tak siram kot tu yang mati huhuhuhu ... xmoo ngaku tangan panas tu.. ;p








Sabtu, 19 Oktober 2013

Hiasan Di Meja Makan



Mencari kelainan dalam menghias, lainlah kununnya... Dah jemu.. Asyik letak bunga.... Padahal tak reti nak menghias bunga... Tak kreatif... Jadinya dapatlah idea brillion macam kat bawah ni...




Hihihihi brillion tak pasu kaca bulat hias batu.. Ikan 2 ekor dalam tu warna oren.... Sejukkk mata memandang sesuai sangat rasanya dengan meja jepun besar tu.... Harap kali ni berjayalah membela ikan ni.. Siap ada daun lagi tau... Supaya ikan tu serasi.


Amirlah paling teruja bila dapat tahu saya nak bela ikan.... Suka betul dia... Siap bagi tahu lepas ni nak bela arnab pulak... Nak ikut pergi kedai... Hadoilah anakku sayang.... Ikan ni pun tak tahu hayatnya sampai bila.. Nak bela arnab pulak.


Kos keseluruhan ni murah jer



Pasu kaca rm5
Batu warna warni rm 2
Batu besar kat rumah dah ade
Ikan 2 ekor rm 2
Daun pokok tu amik kat opis jer....
Makanan ikan rm3



Semuanya rm12 sahaja.




Kalau boleh nak hias macam2 kat rumah, tapi tulah tak tahu konsep macam mana yang sesuai. Jadi saya ubahsuai ikut sukati dan kemampuan sahaja.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...