♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Rabu, 6 Januari 2016

Tahun Baru Kami


Dah plan dalam kepala 3 hari cuti tahun baru memang tak kemana sebab nak fokus kemas rumah dan persiapan sekolah amir isnin nanti.. jadi taknaklah cuti 3 hari yang tinggal masa tahun baru tu penuhkan aktiviti nanti takut amir kepenatan pulak nak ke sekolah. Korang jangan tak tau malam tahun baru tu amir dah tido sebelum habis berita lagi .. memang takda maknanyalah kami nak tengok bunga api.. jadi mari tonton tv sahaja mihmihmihmih.

Petang tahun baru tu adalah keluar jugak pergi taman alam impian main belon jer pun... sebab pagi tu aku kemas rumah je.. lagipun jumaatkan masa terhad kalau nak keluar kemana.

Esoknya lagi sakan aku kemas rumah segala langsir semua bukak ... karpet semua anto basuh kat dobi layan diri .. jimat masa.. wangi pun wangi ... karpet biasa je pun rumah tu.. bukan ada karpet turki pun ... kalau karpet turki memang tak bolehlah basuh kat dobi layan diri... puas rasanya hati dapat tukar langsir baru (opsss bukan langsir baru.. langsir sedia ada jugak cuma tukar² yang bilik pulak letak luar .. yang kat luar letak kat bilik kihkihkihkih) .. tu yang hutungnya rumah hubby buat tingkap bilik sama besar sama banyak dengan ruang tamu .. jadi pusing² langsir tu jugak.. bukan orang tau pun.


Tapi kan.. pada² seronok dan teruja mendobi tu... ada yang sedih jugak.. masa kami nak balik rumah tetiba kereta kena sondol dek motor aduhhhhhh .. masa² ni lah pun nak berkiyumnya huhuhuhu .. sedih sangatlah jugak... mujolah montot yang berkiyum kalau yang depan lagi haru wehhhhhh ..... pasrah ler aku bawak kereta macam tu.. mujo masa kejadian hubby yang bawak. balik tu hubby betulkan bonet belakang tu.. mujo boleh sambung .. tak kena cermin kereta.. kalau tak memang naya lahhhh .... (^___^)'





Hubby pujuk hati .... takpalah nanti tak yah bayar duit kereta.. betulkan kereta je.. akhir bulan ni.. kita orang memang bayar lebih duit kereta selama ni ... kita orang tak report pun .. tengah berkira² nak mintak ganti rugi ... kat kampung masa kena sondol ni.. aku dah le lapar masa tu.. siap beli lauk nak makan ... bila jadi camni .. terus tak lalu makan ... mengeletar terkejut huhuhu ...




Bicara Hati : Bukan hari ni hari tanpa kata ke?? alah.. aci bebel jelah ye.. dah lama tak meluahkan perasaan ni.








Rabu, 30 Disember 2015

Prestasi Merosot Tahun 2015



Aku tak tahulah apa punca utamanya blog ni makin merudum ... mungkin salah satunya sebab faktor waktu sekarang dengan kekangan kerja jadinya rehat memang takda masa nak menjengah kengkawan punya blog.. asal rehat mata ni kuyu je mau tidur ...  kadang baca sekali lalu jer.. tak sempat nak komen .... lagi² sejak cpu masuk hospital hari tu.. segala format² data ... semua hilang ... memang mood menulis blog pun terus hilang.

Aku rasa entry paling sadis tahun bila tak cecah 50 entry pun sepanjang setahun ni ooooiiiiii memang haru betul ni, yang ini pun entry pertama bulan disember 2015.







Dan rasa bersalah lebih² bila mood kelaut nak menulis cpuv blog datang mencurah².. ya allah rezeki apakah ini?? nampaknya kena gigihlah aku menulis blog lagi .. sebab cpuv yang datang ni macam satu penghargaan dan pemberi semangat jugak ... rasa macam bersalah pulak bila ada iklan datang ke blog kita tapi kita tak buat entry baru .... memang syilling² jerlah hasilnya kan .... sebab takda entry baru .. harapkan entry popular je lah orang dok google datang jenguk blog.







Sepanjang tahun ni jugaklah paling banyak aku cash out, 4 kali tu hahahaha .. kiranya satu pencapaian baik jugaklah buat diri ni pada tak sempat nak mengarang entry baru .. tapi masih ada cpuv ..... walaupun tak sempat buat entry baru .. tapi sempat jer cash out nuffnang hahahaha ... asal dah boleh cecah nak cash out .. amaun takdalah riban² pun ... sebab aku memang kategori tangan gatal sikit .. cepat je nak cash out .. takdanya nak tunggu lama. hahahaha ..... 





Akhir sekali terima kasih sangat² pada kawan² yang bertanya kabar .. ada jugaklah yang aku dah terpublishkan .. sepanjang aku jarang ada entry baru ni .. sorry sangat² kalau korang lalu lalang dok masih entry lama .. takda perkembangan baru. Sebenarnya aku banyak update kat ig je sekarang .. tu yang bila nak mengarang entry amik masa sikit mihmihmih .... (^____^)v Terima Kasih sekali lagi yer ...









Bicara Hati : Selamat Tahun Baru, moga tahun 2016 memberi sinar yang lebih baik berbanding tahun² sebelumnya ... Insyaallah ....

























Isnin, 29 Disember 2014

Bantuan Mangsa Banjir




Assalamualaikum .... Sejujurnya banyak info² yang dibaca di fb buat hati rasa sayu dan sebak .. apatah lagi di ig .. macam² gambar yang dikongsikan.... hari ini nasib mereka.. nasib kita sendiri disini .. akan datang siapa yang tahu ... tahun 2014 memang betul² tahun dugaan agaknya.

Marilah kita membantu mangsa² banjir dengan sekadar yang termampu ... walaupun pelbagai usaha dilakukan ... walaupun pelbagai bantuan dihulurkan .... masih lagi banyak yang tidak mencukupi ... bukanlah tamak .. tapi terlalu ramai mangsa .. memang lebih banyak keperluan di perlukan .. apatah lagi bila laluan highway menuju ke pantai timur dah di tutup ... jadi kita gunakanlah cara lain supaya kita juga mampu membantu mereka yang di dalam kesusahan .. Allahuakbar sebak rasanya hati.



Satu-satunyaaa kumpulan persendirian yang sangattttttttt aktif membantu mangsa banjir di Kelantan adalah dibawah naungan Dr.Raja Shamri. 




Transfer sumbangan korang ke akaun Maybank suami aku, Nik Asyraf Syafiq bin Nik Azizan, 153010538403. tak kesahhh berapa nilai dia. kita kumpulkan jadi satu. insyaAllah kita bantu setakat termampu. korang jangan risau, wallahiiiiiiiii. walillahi. satu sen aku takkan guna duit korang untuk kepentingan aku. ni semuaaaa untuk mereka yang perlu. korang boleh ikuti semuaaa perkembangan banjir yang rasanyaaaa tak masuk tv kotttt hanya di facebook Raja Shamri,percayalah. :) semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua. Amin.


Saya copy petikkan ni daripada blogger nadiafarhida.com




Walaupun saya tak kenal siapa mereka di alam nyata .. tapi saya percaya dunia maya, dunia blogger ini memang membuatkan kita mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain... moga sedikit bantuan yang dihulurkan .. mampu meringankan beban pada yang lain. Insyaallah .... Allah sentiasa permudahkan niat yang baik ... 







Bicara Hati : Cukup²lah viral yang bukan² di fb, ig dan wassup ... naik berasap hati dibuatnya grrrrr ...   (^_______^)'















Khamis, 2 Oktober 2014

Gara - gara Minyak Naik



Assalamualaikummmm ... pfttt sangat tau malam tadi .. melintang pukang pergi isi minyak kereta .. gara² hari ni naik harga minyak, iye .. tahulah bukan hari ni isi esok² tak mengisi .. memang bukan tahan setahun pun tangki tu .. tapi kalau bawak mpv terasanya naik 20 sen tau ... sekurang²nya isi sebelum naik harga .. dapatlah bertahan sampai seminggu .. aku pun bukan kaki jalan .. jalan pun tau pergi kerja balik kerja jer .. kuikuikui .. tu pun hubby dah tadah tanggan syukur sebab dia boleh pergi kerja naik motor .. tapi .. kalau dah macam ni mendadaknya naik rege silap² kami merempit suami isteri ... tapi ... takkan tak bawak adik pulak pergi sekolah .. takpalah .. bertabahlah .. sampai akhir tahun ni .. sebab aku kena bawak adik pergi sekolah sekali .. sekali jalan ... abah boleh hantar amir pergi sekolah. Senang memudahkan kerja .. cuma kena pandai²lah nak berjimat lain pulak.




Gilerrr sangat tau .. stesen minyak malam tadi area klang dengan port klang memang ramai sangat² .. Bukit Tinggi lagilah penuh sampai keluar² jalan kereta berderetnya.. sudahnya kami pergi Bayu Emas hihihi .. situ tak ramai pulak orang, jimat masa kami ... lagipun kami memang keluar mencari barang dapur semalam .. tu kunun nak isi minyak sekali .. sekali cam pelik jer napa ramai sangat orang, rupanya ada portal online bagi tau minyak naik harga hari ni rm 0.20 sen .... lepas isi minyak, balik dengan senang hatinya .... cukuplah stok seminggu .... kalau bawak tong .. memang dah isi sekali .. senang untuk motor hubby pulak.





 Bicara Hati : Minyak naik harga buat kita naik minyak.

Isnin, 7 April 2014

Catuan Air Di Zon 4 , Isu Bekas Air



Hujung minggu yang bebetul mencabar kehidupan seharian kami, jumaat lagi dah dapat tahu takda air kat kampung ... jadinya kami sepakat balik rumah dengan penuh harapan mengunung kat rumah air memang kena catu tapi air tangki ada selalunya dan waktu sebelum subuh kebiasaannya air akan ada sampai 10 pagi.

Tapi .. tapi .. kali ni memang bebetul kena catu uwarrrrrrr ..... balik rumah air tangki pun takda.. jiran² bagi tahu seminggu dah air tak keluar.. memasing tadah air daripada depan, kami pun bernasib baik sebab masa renovate rumah dulu air depan kat 'car porch' memang air terus daripada meter yang ke singki dapur.. jadinya bolehlah tadah air kat depan jugak, kalau ikutkan plan lama air depan tu pakai air tangki jugak huhuhuhu ... rezeki².. ada jugak hikmahnya hubby ubah dulu.

Korang bayangkan baju seminggu tak basuh, baju sekolah amirlah paling kami pentingkan ... gigih hubby angkut air tau dari depan kebelakang nak membasuh baju, mujur jugaklah mesin auto kami tu tak berapa nak auto ok jer.. kalau hubby dok letak air waktu basuh dan keringkan.


Berbekas² air hubby tadah malam tu, semua bekas nak pindah rumah kami gunakan dulu.. mujurlah belum isi barang² .. haru toi .. dan mujur jugaklah amir dah besar.. kalau tak mahu dia berkubang dalam bekas² tu... buat pesta buih... kemain suka dia dapat mandi kat laman tu tau.. anak oiii.. air takda ni.. perlahan jer, tu pun mujurlah perlahan.. kalau setitik pun takda lagi pingsan.. jenuhlah mengangkat air nak basuh baju 2 trip hubby buat... ya allah terima kasih sangat² kat hubby sebab gigih buat semua tu... sampaikan saya dah tidur pun dia tak tidur lagi.. saya bangun dia dah bangun.. hubby² mesti dia kepenatan hari ni... nak mengajar.




Kalau ikutkan kawasan taman rumah kami ni dah 3 bulan, masuk bulan ke 4 dah catuan air ni ... tapi sejak² nazak sangat tahap catuan air ni.. air minum saya beli air mineral besar ni jer.. kalau nak rebus.. memang rebus air ni buat air panas... kalau air yang ada tu keluar untuk basuh baju dengan basuh pinggan itu pun dah rasa syukur .. masak memang jaranglah takda air ni.. tapi demi anak nasi tu masklah jugak.. sebab amir kan suka makan nasi telur dan kicap.



Bila bukak nuffnang pulak lagi haru... orang dok google kat mana nak beli tong air murah, haihh lah.. saya sendiri pun tak tahu kat mana yang murah ... sana sini jual harga tong melambung² kemain mahal ... memang kaut untung betul dia orang ni .. 2 ply je jual murah sikit.. sikit je lah kot kita orang pun bakai bekas kotak tu jer.... tak beli tong, mujur abah pernah bagi tong dulu.. isi kat tong tu je lah... huhuhuhu ..;p




Bicara Hati : Cepat²lah air kembali pulih, 2 hari takda air.. rahmat jugak 2 hari hujan turun .. tapi tak tadah air pun.. takda bekas dah.. mak kat kg tadahlah..








Isnin, 10 Mac 2014

Che ta mengandung , Tahniah Rezeki Daripada Allah


Petang tadi sempat bukak ig sekali nampak che ta update kat ig dia gambar ni .. hihihi.. kebetulan pulak.. saya kan baru pandai print screen terus saya buat .... hahahaha .... sweetnya .... Tahniah che ta.

Tak semua orang berpeluang merasainya ... tetiba saya pun tumpang gembira ... nak kata minat sangat tidaklah .. tapi suka jugak kalau tengok che ta berlakon dia kan.. menjiwa watak² dalam lakonan ... 

Tetiba memalam update blog pasal retis pulak yer ... poyo je masya kan, bukan apa sebenarnya .. ni semangat buat saya jugak.. kan hubby kan.. kan.. umur bukan penghalang okeyyy chaiyok².. jom hubby jom.. hahahaha .. senggal.. jap.























Sabtu, 8 Mac 2014

Pesawat MAS MH370




Ya allah doakan yang baik2 sahaja hendaknya.... Walau ape jua yang berlaku ... Jangan dipersendakan.... Doakan moga mereka semuanya selamat, jika tertulis mereka semua sudah tiada hormatilah perasaan ahli keluarga mereka yang masih ada ... Jangan dipersendakan apa yang berlaku kerana ia takdir tuhan bukannya sandiwara politik, atau lawak jenaka....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...