Semalam sebelum ketadika singgah opis dulu, motif amir tak sempat mandi kat rumah.. hadoilah hari pertama nak ketadika dia buat perangai.. nak kene mandikan dia dulu ... tu lah.. ibu suruh tidur awal tak boleh tidur katanya.. mata ni tak mahu tidurlah ibu walaupun dah pejam huhuhuhuhu .... tu pun saya matikan semua lampu.. suruh juga dia pejam mata sambil tepuk² bonot dia suruh tidur... Sudahnya pagi bangun liatlah bile disuruh mandi.
Jam dah menunjukkan pukul 6.40 pagi sebelum ibu kelewatan dan ayah pun akan kelewatan adalah lebih baik amir ayah dukung masukkan dalam kereta keputusan muktamad mandi kat opis ibu je lah.....
Biasalah bile dah mula sekolah jalan pun mulalah jem, alhamdulillah sempat sampai opis 7.30 pagi, mandikan amir dan siap²kan dia.. sempatlah kami dua beranak sarapan yang ayah bekalkan.... tapi amir tak mahulah pulak.. dia nak roti coklat... nasib baiklah ada stok kat laci.
Muka dah siap mandi ....
Sarapan roti dulu kat opis ibu ... takut nanti amir kelaparan pulak sebab tadika sarapan pukul 10.00 pagi
Semangat kemain lagi dengan beg baru ....
Sebak ibu masa hantar amir tau...walaupun sebenarnya ibu yang risaukan amir tapi alhamdulillah dia okk jer.. mungkin sebab amir pun dah masuk 4 duduk kat nurseri tu.. jadi dia dah serasi kat situ....
Masa sesi suai kenal, ramai juga ibu bapa yang menunggu kat luar ...
Seronok tengok budak² ni.. macam² kerenah ..
Tu... Korang nampak x?? ade anak dara sapalah menjulurkan kaki tu hihihihihihi.. sabooo jerlah padahal cikgu tengah berucap kat depan tu...
Fokus sikit (sorry gambar blur)... amir kat mane?? tu yang saya bulatkan tu.. elok jer dia duduk sebelah teacher Ain, sekarang tak bolehlah main² sanga sebab Teacher Ujie hanya jaga budak² Taska jer...
Keseronokkan semalam kat tadika dan keterujaan amir bercerita daripada naik kereta sampailah kerumah kereta dah parking pun dia tak habis² lagi bercakap, amir kata seronoklah ibu sekolah baru ni banyak mainan... cikgu kata pagi masa untuk belajar, pukul 10.00 sarapan.. tengahari makan lepas makan mandi bolehlah tidur .. petang baru boleh main....
Syukur sangat ... harap amir lebih berdikari nanti ... insyaallah... ada cerita lucu kami dua beranak masa perbualan dalam kereta tu.. nanti² saya up entry tu yer.....
Bicara Hati : Jangan bosan kalau minggu ni dan minggu depan penuh entry kisah amir mula ketadika hihihihihi ....