Akhirnya jumpa gambar ni kikikiki, Alhamdulillah raya pertama sebagai seorang ibu, kalau tak silap amir 4 bulan masa ni, allahuakbar tembamnya muka aku masa ni bagai di pam .. pam... ramadhan tu hubby dan aku kemalangan betul² lagi seminggu nak raya, nasib baiklah takda kecederaan yang teruk .. hubby patah tangan .. aku pulak melecet sikit jer.. nasib baiklah tak pape baru lepas pantang masa ni, pertama kali beb.. pertama kali aku kemalangan naik motor dengan hubby, bukan dengan hubby jer.. rasanya ini pertama kali jatuh motor lepas dapat lesen lepas tu hubby fobia nak bawak aku naik motor kakakaka ..;p
Baju amir susah nak cari .. jadi amir pakai warna lain dari kami, kami pun pakai baju bukan tempah untuk raya pun... pakai baju apa yang hadooo jerlah.. pasrah, tak sempat nak membeli.
Pertama kali bawak amir pergi opis, kebetulan ada jamuan hari raya, amboii kemain lebar ibu senyumm yer.. tapi sebenarnya mengah dukung amir ... kikikiki ... amir teruja tak reti duduk diam, semua dok pakat nak dukung dia.. lagilah dia suka.
Yang ini tak hinggat raya dah berapa hari, yang pasti kami nak pergi beraya ... kumpul duit, kumpul duit .. sakan beraya dengan orang baru .. padahal hubby bukan boleh drive sangat .. aku?? lagilah tak boleh diharap .. harap ada lesen jer masa ni .. tapiiii penakut yaaarrrraaaabbbiiiiiii nak bawak kereta, hubby pasrah jerlah ... kalau ada yang ajak kami ikut jerlah masa ni.
Tahun kedua beraya dengan amir, kebetulan hari raya pertama hari lahir bapak mertua jadinya ... hubby bagi hadiah kat bapak amir yang lebih terujanya, masa ni amir dah pandai dah nak teroka sana sini ... main dengan sepupu².
Tema melinium ni paling seronok rasanya, sebab amir pakai sedondon siap dengan kasut.. comel sangat tau .. geram dibuatnya. Lepas tu dapat duit raya .. merata² dia letak, ibu dengan ayahlah tukang kutipnya. Mula hubby macam tak suka tema ni, sekarang baju ni jugaklah ang asyik di pakai buat ke masjid solat jumat grrr sabooo jerlah.
Gambar akhir, tapi bukan yang terakhir yer... dalam entry ni ni jer.. yang ini raya 2011 rasanya, banyak sangat gambar raya dalam entry ni .. muntah hijau pulak korang layan kikikikiki .... tahun ni tema lain sikit, kunun² ibu pun nak melaram jugak .. sudahnya baju ni sekarang dah tak muat yer... gantung jerlah buat perhiasan sob.. sob.. sob... sebelum ni pernah jugak kongsikan gambar beraya kami sedondon dalam entry warna-warni di aidilfitri dalam tu memang sampai ema 2012, tahun tak taulah kami tema apa... kalau ikut selera amir tak sudah² warna hijau .. mahu lah hijau pokok tahun ni ... pulak erkkkkk ...
Bicara Hati : Dalam suasana gembira, pastinya tak dilupakan pada insan yang tiada .. al-fatihah buat arwah adik, kelahiran amir membuang duka lara kami sekeluarga atas kehilangan arwah adik.