♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 13 Ogos 2012

Sesak

 

Hujung minggu yang memenatkan hari sabtu cari kerepek hampir semua kedai dah habis hihihihi.. dan sesak, dari kedai fazz, kedai ros, kedai jaez semua pun kami pergi (salah sendiri beli lambat²) mak kerepek pisang nanti akak carikan kat kedai mane² yer kalau ade .... ;p Kesian amir sampai tertidur dalam kereta kepenatan .... sudahnya masa cari baju adik amir tidur dengan ayah dalam kereta.

Hari sabtu  balik kampung, buka rumah mak sukelah amir dapat tidur rumah embah ... malam sebelum tu adik saya tidur rumah ... suke betul dia. (ade kisah yang tak best jugak .. anak jiran hampir² tersepit tangan kat pintu pagar rumah)

Ahad sambung pergi GM pulak kunun² nak cari seluar amir lagi, sekali semua size pun takde payah nak cari... Orang punyerlah ramai ... sesak sampaikan berlaga² .. sane lelong sini lelong ... pandai²lah nak shopping, jangan terpengaruh sangat...  sudahnya ibu tudung lelong sehelai rm 20.00, beli sticker bling² nak tampal kat baju raya dengan butang baju melayu ayah (^____^)v.
 
Lepas pergi GM, sambung ke Carefour bukit rimau pulak nak beli biskut raya ade offer rm 9.00 sebalang dengan tujuan nak buat hamper bagi kat abang dengan akak ipar sebab tak sempat nak masak² bagi makanan punjungan kat mereka hihihihihi.. alasan jer tak sempat ehh. Terima kasih semalam sebab akak ipar dengan abang ipar bagi makanan punjungan sedap².... tambah menu berbuka dan bersahur hari semalam.

Antara juadah yang akak ipar bagi .... rendang ayam
sungguh pun seketul sampai ke sahur tak habis makan hihihihihi ...
 
Pagi ni hadoilah sesaknya jalan raya erkkkk... ape kene semua orang dok naik kereta ni .. memang jem sampaikan kereta tak bergerak dari depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah ... haru betul dibuatnya. Nasib lah pagi ni ... punch lambat .. aku tak bersalah dah keluar rumah 6.45 pagi ... sampai opis 7.55 macam cacing kepanasan dok dalam kereta.
 
 Jerebu pagi ni makin teruk , jalan jem , hadoilah .... sampai sakit kepala dibuatnya .....


Bicara Hati : Pasang radio asyik lagu raya jer keluar ... keje masih banyak tak siap lagi ni .. mood dah nak raya jer... ;p


Sabtu, 11 Ogos 2012

Terima kasih kawan

 

Terima kasih ch@, sangat² hargai pemberian ini .. sungguh pun kite tak pernah bersua ... tapi saya tahu kamu lalu lalang kesini .. cuma tak tinggalkan komen jer.. kan.. kan.. kan ... hihihihihihihi

Tak sangka dapat kad daripada cha, hasil tangan yang sangat kreatif, halus mulus gambar ketupat .. owhhh rindunya nak makan ketupat .. mak dah lame tak buat .. sebab raya sekarang mak lagi suke buat lontong daun pisang makan dengan kuah daging kacang atau ayam kicap .. nyum².....

Pecah kaca 
Pecah gelas
Kalau sempat 
Saya balas
hihihihihihi .... (^______^)v 


Bicara Hati :
Kali terakhir dapat kad raya masa bertunang dulu hubby bagi .. siap ade duit dalam tu rm5.00 duit baru masa tu... ;p rasanya lepas² tu memang dah tak dapat kad, lagi² dah kerja ni .. ramai yang suke sms malam raya.




Jumaat, 10 Ogos 2012

Selagi tak raya ....

 

Petang ni kene ambil adik kat asrama, almaklumlah dekat jer pun dengan opis ni .. seronoklah amir malam ni ade kawan nak main kat rumah .... sebab adik tidur rumah saya ... esok barulah balik kampung kot (macam jauh kampung tu )hihihihihi...

Esok insyaallah operasi sambungan nak pergi beli kerepek kat tempat biasa kat banting jer pun .. dekat dengan rumah, lepas tu nak singgah beli baju bajan adik pulak.. mak dah pesa suruh belikan.. nani ade pulak yang guling² tak berbaju ;p

Kasut amir pun tak beli lagi.. sebab.. sebab ibu rasa macam takmoo belikan kasut nanti amir takmoo pakai macam sebelum² ni .... tapi tibe² sejak akhir² ni dia sibuk nak kasut sarung achaner tu haihh....
 
Apelah nak masak petang ni .. goreng ikan cencaru cicah kuah asam sedapp agaknya kan (nak bakar buat berasap² rumah jer buat pe.. gorengkan senang).. masak lemak sayur tauge .... tibe² kalau mood berubah sampai rumah .. ayah belikan siakap 3 rasa kat kedai depan bungkus .. hari tu masa mertua datang tak sempat nak jamah sangat .. juadah pun banyak masa tu .... ni ade adik kat rumah ... bolehlah habiskan kot .... nak masak.. bahan² macam tak cukup jer...
 
3 pasang baju jer dah habis dekat rm 100.00 pingsan ibu ..
nasib baik ayah yang bayar hihihihi....
baju pilihan amir sendiri .. dah tentu²lah tak berkola..
hadoilah sibujang ni.. bilelah nak berkemeja....


Bicara Hati : Nape lah mood tak mari² ni .. nak beli baju sendiri .. baju hubby dengan anak² semua dah ade ... ;p tadi pergi GM pun tak beli ape ... 




 
 

Hadiah dari kawan alam maya

 
 
Dihari dan bulan yang mulia ni terlebih dahulu saya mohon maaf pada kawan² blogger yang telah lama mengirim hadiah² ni .. tapi baru ni saya berkesempatan publish (^_____^).

Saya sangat² suke dan hargai pemberian ini, dah lame tak dapat hadiah² macam ni .. suke kalau boleh nak loncat² ... senyum jangan katalah sampai lebar mulut ni.

Jom tengok ....

 Dapat fm cameron higland daripada h-n-i.blogspot.com a.k.a cik mot
Dah lame sangat dapatnya, maafkan saya cikmot yer.. jenuh cari fm ni rupenya terjatuh dari laci kat rumah ... 
anak saya buat main agaknya saya tak perasan .. 
kalau tak kemas rumah sebelum puase hari tu .. memang tak jumpe²lah fm ni huhuhuhuhu

Suke² dapat hadiah ni dapat dari herbatihara.blogspot.com a.k.a kak tiha 
kerana saya jadi top komen kat sana, alhamdulillah ini kali kedua saya dapat.
saya dah gantung pun pewangi ni kat bilik saya hihihi.. harum bau lemon.

Dapat hadiah saguhati dari www.lidarahim.com
Teruja saya dapat ketip kuku dan baucer diskaun rm300.00 untuk beli PB
eheemmm.. eheemmm...... macam tau² aje tengah serve PB hihihihihi.....
nasib baik takde tamat tempoh cume kene beli dekat lida jer, insyaallah akan dipertimbangkan ....


Bicara Hati : Saya dapat kad raya daripada ch@ suke².. cantik hasil tangan cha sendiri, tak sangke saya masuk senarai jugak daripada 40 orang yang cha nak bagi (^_______^)v






Khamis, 9 Ogos 2012

Kelebihan malam lailatul qadar

 



Bicara Hati : Rindu pergi terawih zaman sekolah menengah, zaman belajar dan zaman bujang ... sejak ade anak ni memang tak berpeluang nak pergi solat terawaih kat masjid atau surau lagi, niat dihati nak bawak amir pergi terawih tahun ni pun tak kesampaian sobb.. sobb.. sobb .....





Rabu, 8 Ogos 2012

1 Hari 1 Resepi

  
Tak terkata bile dapat hadiah ni rabu lepas hihihihihihi .....
terima kasih pada kawan² yang teka walaupun tak tepat .....

Senaskah buku resepi
suke² cara² nak masak pun simple dan sempoi jer....

Tq hubby (^____^)v
suprise sangat sebab hubby letak atas meja mekap kat bilik tidur, nak tergelak pun ade bile dapat buku ni ... sebab hubby pun dah pening agaknya asyik nak jawab saya soal nak masak ape setiap kali balik kerja hahahahaha.....


Bicara Hati : Agaknya hubby pun dah tak tahu nak bagi saya hadiah ape sebab kerongsang, rantai, oven, hp semua dia dah bagi hahahaha...... saya lagi pening nak bagi hadiah kat hubby hujung bulan ni bestday dia ... ;p 
 
 
 
 

Fanatik dan kesukaan dia sahaja

 
 
 Paling dia suke mainan macam ni .. walaupun sekecik²nya...

 Sampai tidur pun dia akan pegang

 Yang ini pun pilihanya masa mule² nak ajar tak yah pakai pampers

Masih pilihan yang same walaupun dah lain size


Bicara Hati : Anak lelaki memang suke bende² macam ni kot, kalau pergi rumah orang jalan² janganlah ade kereta mainan terpamir dekat rak atau kabinet memang dia akan dok situ tak gerak² asyik tengok jer kereta² mainan tu. Kalau naik kereta pulak suke sangat tengok lori sampah sampai naik pening ibu ni kene melayan .. tak puashati soh bukak kat youtube pulak.




Selasa, 7 Ogos 2012

Ke sayuan 2 beranak di malam hari

 

Entry sebelum ni saya ade kongsikan yang keluarga mertua datang kerumah saya berbuka dan amir ade ajak kawan² dia datang rumah tengok movie, kalau ade yang belum baca boleh klik sini.

Oleh kerana hari ahad ayah exam dan kebetulan dah janji nak stady kat rumah kawan dia, jadi malam tu masa amir tengah seronok tengok movie dengan kawan² dia terpaksa lah soh kawan² amir balik .. bukan ape.. kalau tak buat macam tu nanti tak tahulah pulak pukul bape dia orang nak balik sebab dah malam kan, hubby pun mungkin balik lewat .. tinggal kami 2 beranak je lah, sebenarnya memang tak sampai hati nak buat macam tu .. tapi terpaksa buat .... kesian budak² tu tengah gelak² layan mr. bean sambil makan biskut roll coklat macam terpingga² jer bile di soh balik.

Bile kawan² dah balik semua, ayah dah keluar .. ibu pulak solat isyak .. bile ibu keluar bilik jer.. amir duduk kat penjuru sofa sambil buat muka sayu ....

ibu amir nak kawan ...

tadi kan dah main .....

iyerlah amir bosanlah takde kawan ...

haduhh ... tang ni ibu tak tau nak cari jawapan ni ...
ajak mandi takmoo mandi .. ajak baring tak nak baring .. lain pulak yang disoal jawabkan....

ibu bile baby dari perut ibu nak keluar ni ... amir tak sabar nak main dengan baby .... huhuhuhuhu

sayunya rasa dihati .... (kalau ade rezeki adelah mir)
tak pasal² dengar suara amir tu .. air mata ibu keluar berjujuran malam tu .... 

Nasib baiklah tak lame ragamnya... pujuk² lame² nak jugak dia mandi, pakai baju tidur, bagi susu.. tepuk² montot yang bam tu .. tidurlah dia ...
Dulu takde anak .. doa nak anak dapat sorang pun jadilah .. kan Allah s.w.t dah bagi sorang, patut doa moga subur dapat banyak anak ... hihihihihi.. salah doa lah ni dulu. 


Bicara Hati : Hari ahad balik kampung, buka rumah embah pulak, meriah sangat dengan adik beradik mak. (embah ialah nenek saya belah mak dan buyut amir lah tu kiranya)(^____^)v.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...