Muke ni dah naik malu ... bile mek sebelah dok hulur² pinggan bagi makanan, malu sebab?? sebab asyik tak berbalas.. kadang² baru sempat balas sekali.. berkali² mek bagi lagi.. ya allah.. terima kasih mek, moga murahlah rezeki mek yer...
Baru² ni mek sebelah bagi ayam percik versi kelantan pulak.... nyum² memang sedapp.. pertama kali saya makan yang mek buat.... seyes sedapp..... tibe² teringat ayam percik kelantan chicken rice shop.
BAHAN-BAHANNYA:
bahan perapan ayam: (ditumbuk lumat)
-1 ekor ayam yang telah dipotong 4 bahagian
-4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- sedikit garam
Bahan untuk kuah ayam percik:
- 4 ulas bawang merah
-1 inci halia
-gula dan garam
-santan pekat (1 biji kelapa)
-1 batang serai yang telah diketuk
-sedikit air asam jawa
- sedikit jintan manis
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:
- lumurkan bahan perapan ayam dan perap seketika supaya rasanya cukup mesra. Anggaran dalam 2 jam
-penyedian kuah: masukkan santan dan panaskan seketika kemudian masukkan serai, air asam jawa, jintan manis,gula dan garam dan kacau supaya tidak berketul
-masak kuah sehingga pekat
-kemudian bakar ayam yang telah diperap sehingga separuh masak
-salut ayam tadi dengan kuah percik dan bakar ayam sekali lagi
-salut ayam sekali lagi dengan kuah percik dan sehingga 3 lapisan.
-dan akhirnya tuang sedikit kuah percik tadi ketika menghidang.
-enak dimakan bersama nasi panas atau nasi kerabu..
Cara² ni lebih kurang yang macam mek ceritakan kat saya, saya tak cuba lagi hihihihihi .... kalau kawan² nak cuba bolehlah rasanya memang berbaloi²....
Bicara Hati : Kalau bagi mek makaroni bakar agak² mek makan tak?? kikikiki .. jiran ni bantai balas masak western jerk... tu pun masak koboi.. pakai bahan² yang ade jer...