♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 19 November 2012

Penangan Ombak Rindu Di Cameron Highland

  
Semalam seharian memenuhi jemputan kenduri, badan penat, balik sambung kemas rumah... sebab lepas kenduri ipar duai singgah kerumah, lepas tu sambung lagi pergi jemputan rumah kawan pulak sudahnya 2 heroo malam tadi ketiduran awal, ibu jugak yang mata buntang tak boleh nak tutup ape kes huhuhuhuhu.. haru betullah..... sudahlah 2 beranak tu boleh pulak bersahut²tan berdengkur hihihihihihi ....

Tangan pun dok tekan remote byond sana ni.. layan master chef pun sorang² 2 series sekali yer.... ala.. ammar dah terkeluarlah pulak.. lepas ni sapelah nak gaduh dengan che lah tu hihihihihi....

Tibe² mata terpandang kat info OMBAK RINDU wahh...... (orang lain dah layan sampai lebam² saya baru nak tengok hahahaha....) takpe janji tengokkan....

Memule cerita dia gegegegege memang 18sx saya tengk sambil letak tangan kat muka lepas tu bukak cari sikit kat mata tu huhuhuhuhu.. nasib baiklah layan sorang²...

Okk sampai takat situ jer.. lepas² tu sedihhhhhh... tak pasal air mata mengalir tengok tau... suke tengok lisa dalam cerita tu... lain daripada yang lain... oklahkan.. tak sedar layan sampai habis tau.
Pemandangan kat ladang teh tu.. cantikknya.... eh² pemandangan kat pulau tu pun cantik juga.... eh² semualah pemandangan dalam cerita tu cantik.

Family hubby ajak pergi Cameron, tak taulah dapat ikut tak ... sebab tahun lepas pun dah pergi ... sebab kerja tengah banyak tak boleh nak cuti .. sebab lagi satu tahun lepas tak sempat pergi ladang teh dah hujan (so hubby ajak pergi lagi tahun ni) sebab baca blog kawan² kata musim hujan ni jalan pun jem kat cameron hahahahaha.. mood pun macam lebih berat takmoo ikut. Achaner ni.... amir?? jangan ditanyalah pandangan dia.. sibuk jer nak ke cameron tu... suke sangat jalan²....

Bersungguh² nak makan strawberry coklat sedapp katanya......



Bicara Hati : Ade kene mengena ke.. dengan tajuk hahahahaha....





Keajaiban Aloe Vera Jelly - De bella

  

Sejuk pagi hingga ketengahari.. hingga kemalam.. sejak akhir² ni.. silap gaya bawak sakit sendi lengguh²... sebab cuaca kat luar yang sentiasa hujan dan adakalanya mendung tapi tak tentu mahu hujan atau memang mendung sahaja.....

Alhamdulillahhh dan saya bersyukur atas kurniaan ilahi diberi kesihatan yang baik hingga kini, cuma bile si gigi yang berlubang tu adakalanya ngilu musim hujan ni huhuhuhuhuhuhu.... nak cabut takut gegegegege.....
Terima kasih pada kawan² blog yang tidak jemu bertanyakan kesihatan anak saya, sama ada mulut dia sudah baik atau belum..... Alhamdulillah luka amir dah baik sepenuhnya..... cikgu bagi tahu sebab amir luka di tadika dia terhantuk dengan kepala kawan dia masa main lari²... biaserlah dah main seronok sangat itulah jadinya.. masa tak tau berkawan elok jer berdiri kat bucu tadika, dah pandai berkawan main lupe ingatan .... suke sangat... tak taulah dia meraungg macam mane lepas kena tu... huhuhuhuhu .....


Alhamdulillahhhh luka amir dah sembuh sepenuhnya saya gunakan ubat ni....
saya sapu kat mulut dia masa dia tidur, ubat ni pedih sikit kalau kene pada luka.. tapi orang dewasa okk kot.. kalau kanak² terasalah pedih sikit sebab tu saya sapu masa dia tidur... alhamdulillah lukanya dah sembuh... parut pun takde...

Kelebihan Aloe Vera Jelly-1102
Harga Biasa: RM38.00 (S&S RM43.70)
"SATU RUMAH, WAJIB ADA SATU ALOE VERA JELLY UNTUK KECEMASAN"
  • Merawat kulit terbakar/melecur
  • Menyembuh luka dan kudis-kudis
  • Menyembuhkan jangkitan kulit,
  • Melegakan penyakit buasir, kurap, kayap, panau dan ruam, kanser kulit, eczema
  • Menyembuhkan perut dan parut semasa bersalin
  • Melegakan kulit melecet
  • Gigitan serangga
  • Parut lama dan hitam pada kulit
  • Membantu merangsang pertumbuhan sel kulit baru
  • Resdung hidung (rawatan luar,mencantikkan kulit)
  • Membersihkan dan menegangkan kulit
  • Kaki berbau-mematikan kuman yang menyebabkan bau
  • Kulit perut meregang (kulit pecah)
  • Masalah wanita (berbau, keputihan,gatal dll)
  • Badan berbau-sapuan di ketiak
  • Mengelakkan daripada kanser-sapu pd buah dada bg mengelak kanser dan menegangkan
  • Buasir luar
  • Mati pucuk/masalah lelaki-rawatan luar


Kami memang sentiasa ada geli aloe vera ni kat rumah, puncanya dulu amir pun pernah luka kat mulut jugak masa baru belajar berjalan.. masa umur setahun.. masa tu dia baru mule jalan jatuh.. sekali dia terjatuh mulut dia luka, besar jugaklah luka tu... sebab dia terhantuk kerusi kayu. Lepas tu amir demam dah macam trauma nak berjalan kami bawaklah berurut, masa kami urutkan amir anak tukang urut yang jual ubat ni.. suruh kami cuba, kami cuba alhamdulillah amir serasi.... masuk ni dah kali ke tiga amir jatuh luka kat mulut.. kali pertama kat rumah umur setahun.. kali kedua kat rumah pengasuh umur dekat 2 tahun... dan ni 4 tahun kat tadika.

Amir jenis sensetif dengan nyamuk, alhamdulillah kalau sapu ubat ni lepas kene gigit nyamuk .. memang dia takkan garu dan bekas gigitan nyamuk tu pun hilang.. kalau tak sapu.. habis melecet² digarunya sesedap rasa....

Gambar ihsan google jer.... 
Khasiat daun lidah buaya
21Herba mempunyai khasiat kesihatan


Bicara Hati : Tengah dok pikir nak tanam kat rumah pokok lidah buaya ni... sebab rumah mak mertua banyak sangat bolehlah.. saya mintak sikitkan.. kan.. sebab banyak khasiatnya.







Jumaat, 16 November 2012

Perkembangan Dua bulan Amir di Tadika

  
   
 
 
Keterbatasan untuk menulis blog, maka lambatlah sikit publish keputusan peperiksaan amir kat tadika, 2 bulan kat tadika alhamdulillah banyak perkembangan yang positif.. dah mule pandai bergaul dan bersosial dengan kawan²..... mungkin sebab dah mule kenal antara satu sama lain.... dah mule sebut cikgu² yang kat tadika, dan amir paling sayang cikgu ujie...

Dua bulan ditadika juga 2 kali amir dah mengikuti rombongan akhir tahun yang tadika anjurkan, kali pertama naik KTM ke pejabat pos malaysia Klang jer.. hihihihi.. tercapai impian amir nak naik tren.. nak tunggu ibu berjangut dia tak dapat² naik.. kali kedua rombongan ke Jabatan Bomba dan ke Jusco Bukit Tinggi.. masa kat jusco ni amir belajar cara membeli makanan mesti ade Lambang halal (sudahnya sekarang asal pergi pasaraya tengok tanda halal mesti tanya ni boleh makan kan ibu.. boleh belikan..) Pernah sekali saya saya duga mainan yang dia nak beli takda tanda halal, mane boleh beli.. amir jawab tanda halal untuk makanan jer lah ibu.. alhamdulillah.... pandai dia jawab.

Dan setiap kali balik rombongan maka ibu kene lah mendengar dengan setia ape jua yang dicerita kan hihihihi.. so sweet okkkk .... dengar amir cerita dengan teruja, dan balik kampung.. habis dengan semua orang dia nak cerita.... yang dia naik tren .. yang dia pergi jusco hihihihihihi ....

Pada 04/11/2012 yang lepas ade sesi perjumpaan ibu bapa kat taska amir.... bukan perjumpaan apepun sesi penyerahan buku rekod pembelajaran.... alhamdulillah.. hasilnya.. bolehlah.. sebab baru 2 bulan belajarkan... tidaklah secemerlang dah setahun disekolah, tapi ibu bersyukur sebab kat sekolah amir dah mampu berdikari dan mudah mendengar arahan.. moga macam tu lah hendaknya berterusan.


Habis semua di kalernya hijau warna kegemaran dia... padehal soalannya kene warnakan sama mengikut bentuk.... tp ibu bangga ada juga yang amir dapat makah penuh mewarna ni... bukan amir tahu baca lagi pun.. mesti dia dok bayangkan jer.. ikut persekitaran sekeliling dia warnakan matahari, epal, daun dan berus gigi tu... cikgu kata amir tak pandai lagi mewarna.. tu habis semua org dikalernya sama warna rambut pun merah juga.
 
 
 
Hasil pertemuan dengan cikgu Tadika, amir masih malu² nak bukak mulut untuk membaca.... nampaknya ibu dengan ayah kenelah lebih perihatin lagi bab yang satu ni... sebab kawan² amir dah mule pandai sebut suku kata.

Rasanya anak² kawan² lagi okk kot, amir ni baru 2 bulan jer... kat tadika tu.. insyaallah.. tahun depan pun ibu dah amik keputusan masukkan kat tadika tu jugak, senang ibu nak pantau ape² hal jadi... takdelah terkejar²... lagipun permohonan untuk masuk prasekolah memng tak diluluskan.... ermmm takde rezeki amir kat situ.

Yuran untuk umur 5 tahun tahun depan RM 1,145.00 (gegegegegege... mengalahkan masuk U tapi mungkin ade yang kami takkan bayar dulu atau akan dipertimbangkan kemudian) Yuran bulanan pulak tadika & taska RM 300.00 .... ramai jugak kawan² blog kata yuran sekolah anak sekarang mahal, nak buat macam mane.. kita yang bekerja ni kalau tak hantar anak kat tadika dan taska nak hanta kemana.. kerumah pengasuh/ rumah orang pun same jer.. lebih kurang harganya.... janji mereka selesa kat situ...






Bicara Hati : Semua ibu mengharapkan yang terbaik buat anak² mereka tapi mengapa ada insan di sekeliling yang sering memandang sinis dan memperlekehkan insan lain .......






Khamis, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H .......

  
 
 
Alhamdulillah syukur diatas kurniaannya masih dipanjangkan umur dan berharap agar sentiasa juga dimurahkan rezeki ....

Masih banyak yang mahu diterokai.. masih banyak yang ingin diperbaiki... masih banyak yang belum dikecapi... tapi percayalah.. jangan sampai terlalu taksub pada duniawi.... (Peringatan buat diri saya sendiri)

Digalakkan berpuasa pada 1 Muharram, 9 dan 10 Muharram juga.... Insyaallah.... moga niat dimakbulkan Amin....  lagi² yang mahu ganti puasa.. bolehlah diteruskan....

Tiada azam baru melainkan dalam usia yang bakal menginjak ke 3 series tahun depan hanya mahu memperbaiki diri, mahu menjadi ibu yang terbaik buat anak² dan isteri yang terbaik buat suami..... diberi kesihatan yang baikkk dan kuat mental serta fizikal untuk menghadapi apa jua rintangan. (^___^)



Insyaallah.... usaha yang berterusan untuk memperbaiki diri dengan ikhlas akan dikabulkan...
 
 
Rindu dengan sambutan disekolah tak kala telah lama ditinggalkan, owhh pantasnya masa berlalu sekarang, musim berarak² menggunakan sepanduk pakai kain batik telah lama ditinggalkan.... kain rentang yang cukup kreatif hasil tanggan dalam kelas masing²... berebut² memberi idea.. berebut² melakar di kain putih.. hakikatnya setelah pandai menekan kakulator.. aku lupa daya kreativiti itu hihihihihihi ....


Alhamdulillahh tahun ini kami raikan bersama lagi solat berjemaah maghrib (insyaallah memang menjadi amalan dan akan diteruskan)  walaupun hanya kami 3 beranak dirumah sahaja ibu dan amir mengamin doa ayah akhir dan tahun baru yang ayah bacakan.. terharuuu.... buat kesekian kalinya menjadi makmum bersama anak bujang yang makin membesar......





Bicara Hati : Yang terpaksa bekerja di hari cuti Awal Muharram...





Rabu, 14 November 2012

Amir luka di Tadika

  
Luluh hati seorang ibu bile hantar pagi ke tadika dengan penuh semangat dan sihat walafiat, bile ambil petang ini jadinya.... bukan salah cikgu atau pengasuh taska.. memang mereka dah lakukan tugas dengan sempurna.. tapi biaserlah budak²... kalau dah main dengan kawan² inilah jadinya.....

Nampak sangat tenang masa tidur ..... 


Fokus pada bibir yang bengkak


Fokuskan lagi bahagian dalam pulak....


Sangat²lah besar lukanya.....
Luluh Hati ibu.. dah tidur barulah ibu sapukan ubat....
Nak makan pun payah.... Cian Amir....


Alhamdulillah luka ni semakin pulih, ni gambar² minggu lepas masa jatuh dengan kawan kat tadika, haihhhhh .. inilah anak lelaki.. pada tak main lasak sangat cikgu cakap.... dia luka jugak....



Bicara Hati : Hari ni ade konvokesyen tadika amir, tapi saya tak pergi pun.. amir pun tak pergi dok taska jer.. memang saya tak konvokan dia... insyaallah tahun depan jerlah.....






Selasa, 13 November 2012

Bermulanya surat saman

   


Bile cuti sekolah, bermulanya surat saman... itulah sinonim kawan² opis bagi gelaran.. mule² dulu tak paham.. ingatkan kene saman ape lah... rupenya kad jemputan kawin, iyerlah dia orang panggil saman.. kan kite pergi kenduri ade hulur² kan duit hahahahaha.... (macam² lah mereka ni)
 
Paling ramai rasanya pilih nikah pada 10.11.12 tahun ni.... jemputan pada tarikh tu memang tak dapatlah nak join sebab saya ka kampung hari tu.. hubby pulak kene pergi jamuan sekolah.. sempena akhir tahun... name jer jamuan sekolah.. tapi buat kat hotel.
 
Hari ni cuti depavali.. selamat bercuti semua.. entry ni autopublish.. sebab saya dah pergi ke jeram rumah mak cik.... saje jalan² motif??? raya hari tu tak sempat datang raya depavali kami sampai hahahahahaha... jangan marah....


Hadoilah tak menahan tengok gambar ni... pengantin pakai cermin mata.. dia pun sibuk nak pakai cermin mata juga...


Selamat pengantin baru buat abang sepupu kami, pengantin ni kembar tau.. yang ni abangnya.. kembar dia jadi pengapit.... insyaallah majlis sebelah lelaki hujung bulan 12 ni.. tahniah kami ucapkan.. moga kekal ke hujung nyawa....


Bicara Hati : Khamis cuti lagi kan..

Isnin, 12 November 2012

Petua dapat anak kembar pulak

  
Panas kat luar opis, tapi kenapa sejuk semacam dalam opis ni huhuhuhuhu.. sebab tak ramai orang kot, Topik musim mengawan semakin hangat nampaknya......

Alamak!!! ade yang cari petua nak dapat anak kembar gegegegegege... maaf yer.. saya tak dapat nak menolong nyer... saya pun takde anak kembar.

Tapi terhibur baca blog² kawan² yang ade anak² kembar suke sangat.. meriahkan... kalau nak tau petua carilah kat tempat lain.... kat blog saya ni memang takde huhuhuhuhu .... tapi pernah lah jugak kawan² bagi tips.. selalunya nak dapat nak kembar ni kenelah cari pasangan yang memang ade keturunan kembar. (tapi kalau takde pun dah memang rezeki Allah bagi kembar terima jerlah kan) (^______^)v yang penting sihat kan.

Statistik yang memang payah nak naik .. merudum adelah.....



Bicara Hati : Hadoilah macam² hal. Tergelak sorang saya baca....




Dinner Lamb Chop hangatkan suasana malam

  
Jalan lenggang.... sinonim musim cuti sekolah... yeahhhh .....

Musim hujan.. haruslah dihangatkan badan.. makan pun nak yang berunsur² panas.... makan ber sup atau tom yam. Tapi tibe² tekak nak makan Lamb Chop.... Hahahahaha.... kambing sinonim dengan makan panas untuk darah (iyer ker???) ntah.. tapi orang melayu selalu cakap macam tu... daging lembu atau kambing ni panas.. jangan makan banyak sangat kang ting tong... gegegegegege... okkkkkk .. tapi sesekali okk kot kan.

Sebab tekak dan teringin nak makan dan tempat yang biaser kami pergi mesti F & F kat area bt 7 sijangkang bersebelah pusat dialisis, kalau daripada klang/ kesas masuk sebalah kanan kat traffic light esso tu... oklah tu dekat dengan rumah tak jauhh sangat.. kalau yang jauh² kang balik lambat pulak hahahahaha.....



Besarrrnya... pertama kali order tau.. selalu makan chicken chop dan chicken grill jer...
Harga Lamb Chop ni RM 15.00 
Makan 3 beranak, lebih pada cukup.. paling suke roti dia tu.. ala.. nape kecik jer.. berebut² dengan amir....



Senyum lebar ayah yer.... macam senyum kambing hahahahaha.... (sorry gambar gegar)
Sebab ayah order lain burger special .... 
Tapi takpe.. ibu bagi rasa kambing ni.. sudahnya ayah yang habiskan .. sebab besar sangat...
Tapi... eksesori keliling tu.. semua ibu dah habiskan dulu hahahaha....



Amir pun teruja nak potong same.....
Sesekali makanlah katekan....
Amir punyer kentang goreng jer.. besar² kentang dia tau... lupe nak amik gambar sebab dah kekenyang kami bawak balik.. makan kat rumah jer....


Pemandangan sekitar kedai.. kali ni kami duduk kat atas bahagian dalam.. sebab kat sebelah luar tu dah ramai orang.... kedai ni barang² dia memang banyak hisan daripada barang terpakai ... tengok amir tu sibuk dok ketuk drum... 
 
 
 
 
Bicara Hati : Yang tengah dok pikir nak masak ape daging² korban yang mak bagi hari tu... ni dah nak masuk awal muharram tak masak² hihihihihi..... ** tq uji tegur... hahahahaha... nak cepat menaip gitulah jadinya...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...