♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Jumaat, 4 Januari 2013
Angka istimewa 88
Ragam Nak Ke Tadika
Muka dah siap mandi ....
Sarapan roti dulu kat opis ibu ... takut nanti amir kelaparan pulak sebab tadika sarapan pukul 10.00 pagi
Semangat kemain lagi dengan beg baru ....
Sebak ibu masa hantar amir tau...walaupun sebenarnya ibu yang risaukan amir tapi alhamdulillah dia okk jer.. mungkin sebab amir pun dah masuk 4 duduk kat nurseri tu.. jadi dia dah serasi kat situ....
Masa sesi suai kenal, ramai juga ibu bapa yang menunggu kat luar ...
Seronok tengok budak² ni.. macam² kerenah ..
Tu... Korang nampak x?? ade anak dara sapalah menjulurkan kaki tu hihihihihihi.. sabooo jerlah padahal cikgu tengah berucap kat depan tu...
Anak zaman sekarang
Khamis, 3 Januari 2013
Bila Sesi Persekolahan Bermula .....
Doakan semoga anak² kita diterangi hatinya dan mudah menuntut ilmu ..
Moga Doa anak pandai belajar ...
Amin...
Bicara Hati : Terlalu pantas masa berlalu... Amir dan pun 5 Tahun, macam² ragam dan kerenahnya yang perlu ditangani makin dewasa ni....
Inspirasi Baru
Harap ikan ni hidup lama lah sikit ada juga teman nak ku bebelkan hihihihihihi ....
Jangan ko mati sudah gegegegege....
Rabu, 2 Januari 2013
Sedehana - Dengan ingatan tulus ikhlas
Rezeki 2012
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.
Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber : BERNAMA]
Bicara Hati : Mesti ramai orangkan nak update kan silap² offline kat ASB tu hihihihihi ....
Selasa, 1 Januari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)