♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 4 Januari 2013

Angka istimewa 88

 


Angka 8 biasa sangatlah 'ong' bagi masyarakat cina kan....


Komen setakat 1 Januari Hingga 4 Januari 2013 yang dalam proses untuk dipublish... ada 88 komen semuanya... Terima kasih semua yang sudi komen... maaf pada yang baru follow kalau saya tak dapat balas jejak balik tanpa link blog..



Bicara Hati : Esok cuti tapi nak kene hantar adik ipar daftar sambung belajar, ahad pulak ada jemputan kenduri .. hadoilah.. bile mau berehat ni.... 


 

Ragam Nak Ke Tadika

  


Semalam sebelum ketadika singgah opis dulu, motif amir tak sempat mandi kat rumah.. hadoilah hari pertama nak ketadika dia buat perangai.. nak kene mandikan dia dulu ... tu lah.. ibu suruh tidur awal tak boleh tidur katanya.. mata ni tak mahu tidurlah ibu walaupun dah pejam huhuhuhuhu .... tu pun saya matikan semua lampu.. suruh juga dia pejam mata sambil tepuk² bonot dia suruh tidur... Sudahnya pagi bangun liatlah bile disuruh mandi.

Jam dah menunjukkan pukul 6.40 pagi sebelum ibu kelewatan dan ayah pun akan kelewatan adalah lebih baik amir ayah dukung masukkan dalam kereta keputusan muktamad mandi kat opis ibu je lah.....

Biasalah bile dah mula sekolah jalan pun mulalah jem, alhamdulillah sempat sampai opis 7.30 pagi, mandikan amir dan siap²kan dia.. sempatlah kami dua beranak sarapan yang ayah bekalkan.... tapi amir tak mahulah pulak.. dia nak roti coklat... nasib baiklah ada stok kat laci.

 
Muka dah siap mandi .... 
Sarapan roti dulu kat opis ibu ... takut nanti amir kelaparan pulak sebab tadika sarapan pukul 10.00 pagi




Semangat kemain lagi dengan beg baru ....
Sebak ibu masa hantar amir tau...walaupun sebenarnya ibu yang risaukan amir tapi alhamdulillah dia okk jer.. mungkin sebab amir pun dah masuk 4 duduk kat nurseri tu.. jadi dia dah serasi kat situ....




Masa sesi suai kenal, ramai juga ibu bapa yang menunggu kat luar ...
Seronok tengok budak² ni.. macam² kerenah .. 
Tu... Korang nampak x?? ade anak dara sapalah menjulurkan kaki tu hihihihihihi.. sabooo jerlah padahal cikgu tengah berucap kat depan tu...




Fokus sikit (sorry gambar blur)... amir kat mane?? tu yang saya bulatkan tu.. elok jer dia duduk sebelah teacher Ain, sekarang tak bolehlah main² sanga sebab Teacher Ujie hanya jaga budak² Taska jer...

Keseronokkan semalam kat tadika dan keterujaan amir bercerita daripada naik kereta sampailah kerumah kereta dah parking pun dia tak habis² lagi bercakap, amir kata seronoklah ibu sekolah baru ni banyak mainan... cikgu kata pagi masa untuk belajar, pukul 10.00 sarapan.. tengahari makan lepas makan mandi bolehlah tidur .. petang baru boleh main....

Syukur sangat ... harap amir lebih berdikari nanti ... insyaallah... ada cerita lucu kami dua beranak masa perbualan dalam kereta tu.. nanti² saya up entry tu yer.....


Bicara Hati : Jangan bosan kalau minggu ni dan minggu depan penuh entry kisah amir mula ketadika hihihihihi ....

Anak zaman sekarang

  

Anak zaman sekarang serba mewah?? iye ker??? tak pastilah saya ... apa yang saya buat dengan hubby adalah tanggungjawab kami sebenarnya jauh sekali bermegah².. ataupun menunjuk² iyerlah anak baru sorang (itulah kata² sinis yang seringku dengari)

Tak mahulah komen lebih² pasal bende tu ... biarlah apa pun orang lain nak cakapkan kan.. yang penting kita pun janganlah mudah melenting dan istigfarlah banyak² moga kita bukan tergolong dalam kategori riak ni... Dah kalau bukan ibu dan ayah yang manjakan sapa lagikan .... 

Okkk berbalik pada tajuk anak zaman sekarang ni ... bukan apa sesi persekolahan pun dah bermula tak kiralah anak yang dah mula ketadika (macam amir), ke sekolah rendah, menengah atau pun masuk asrama.. semuanya pun baru bermulakan.. moga² anak² kita diterangi hatinya dalam menuntut ilmu. Tadika sekarang banyak pilihan kalau tak nak pergi KEMAS , boleh pergi Pasti ada juga Tadika swasta pilihlah nak aliran dan kelebihan masing².. memang banyak pilihan berbanding dulu ...

Sejujurnya saya sendiri dulu tak pernah ke tadika, sebab dulu kami bukanlah kategori orang senang atau dengan erti kata lain abah bekerja pagi balik lewat malam.. tadika pulak agak jauh daripada rumah, mak pulak nak jaga adik² yang lain.. dah sapa pulak nak ambil dan hantar saya ketadika.. jadi abah amik kreativiti sendiri buat ABC dan Ejaan A=AYAM B=BOLA sampailah Z abah tambal kat dinding rumah pakai kad manila.. Lepas tu mak sambil masak dan jaga adik² sambillah melayankan saya ni sibuk nak belajar hihihihi... tengahari bila pukul 11 macam tu saya main² kat laman mesti saya nampak kawan² balik tadika lalu depan rumah.. sayu jer hati .. orang lain pergi tadika kita tak merasa pun... mak selalu pujuk nanti kakak sekolah tau.. mula tahun depan abah hantar naik motor ... tak nak nangis²... (owhhh sebak jap buat entry ni)


Seronok sangat tengok amir dah mula kesekolah, Tadika Al-Hufaz... harap sangat amir berdikari dah mula sekolah ni nanti... ibu pun tak merasa dulu macam ni tau.... Selain Tadika sebenarnya kat sini pun ade juga pakej untuk budak² Tahfiz.


Sempat ambil gambar kat dewan aktiviti masa sesisuaikenal semalam....
nampak tak amir kat bahagian mane.... hahahaha.. semua dah nampak macam sebaya jer.. padehal dalam ni ada budak umur 4,5 dan 6 tahun... macam² gelagat siap ada yang menjulurkan kaki ...
Masa sesi pembelajaran barulah mereka dibahagikan mengikut umur kelas masing²..


Yuran Taska Amir :

Pendaftaran masuk setahun sekali RM 200.00
Buku Pelajaran RM 200.00
Makan Pagi RM 100
Alat Tulis dan Buku Tulis RM 100.00
Baju Rasmi+Kopiah RM 45.00
Baju Lengan Panjang dan Seluar Sukan RM 35.00
Hari Sukaneka RM 40.00
Peperiksaan 2x setahun Jun & Sept RM 20.00
Buku Rekod Pelajaran RM 5.00

Semuanya RM 745.00 buntang mata kejap masa nak bayar
Sebenarnya ada lagi yuran tambahan macam untuk Konvokesyen, Lawatan dan Lain² lagi ada yang saya tak bayar lagi.. saya bayar yang penting dulu untuk keperluan dia.. lagipun Pengetua bagi pelepasan boleh bayar secara ansuran lagi pun amir duduk nurseri kat situ .... 
Yuran bulanan Tadika dan Nurseri setiap bulan RM 300.00



Bicara Hati : 

" Jangan anggap perbelanjaan yang kita buat untuk anak-anak adalah satu bebanan kerana anak-anak akan merasakan diri mereka ini menyusahkan ibu bapa...Dan setiap perbelanjaan yang kita keluarkan pasti akan mendapat balasan yang setimpal...Mungkin bukan waktu sekarang tapi fikirkan untuk masa akan datang... "

Dipetik daripada kata-kata semangat Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah



Khamis, 3 Januari 2013

Bila Sesi Persekolahan Bermula .....

  


Sejak sekolah mula ni, jadual bangun pagi pun akan mula berubah.. ditambah pulak amir dah mula kesekolah tadika hari ni.... 


Semalam ok lagi.. walaupun rutin macam biasalah bile mula sekolah hubby akan amik alih buat sarapan hihihihihi... kerjasama itu penting kan ayahhh kan.. kan... jangan nak banyak songeh apa hubby masak untuk sarapan bawak jer bekal tak kiralah pau kukus segera, nugget goreng ataupun roti sapu kaya .... takda maknanya pagi² nak semeja bersarapan... sambil bersiap tangan ni memang mencapai jer.. apa yang ada atas meja tu .... hihihihihihi ... terima kasih ayah .. sangat² menghargainya (itulah satu² azamku setiap tahun yang takkan menjadi kenyataan untuk menyiapkan sarapan awal pagi waktu bekerja sejak dah ada anak ni) Tapi Tapi.. kalau terbangun awal sangat pagi tu saya masaklah lauk siap² hihihihi.. tengahari hubby balik boleh masak nasi.


Okk.. sebab hubby dah buat sarapan, tugas saya pulak akan kejutkan amir.. mandikan dia dan siapkan dia untuk ke tadika, tapi tu lah.. bile mak ni yang mengejutkan mengeliatnya mengalahkan ape jer... kalau dah lambat memang masukkan dalam kereta jer mandikan kat opis (nasib baiklah tadika dekat dengan opis anak oiiii) kalau tak mau lah mak ni jadi hulk pagi² atau tarzan.. allahuakbar.

Payahnya nak suruh possing sebelum masuk tadika...
Malu katanya.. tengoklah tu.. macam² pesenlah dia ... tutup muka ...


Oleh kerana dah hantar amir ke tadika bermula tahun lepas, jadi tahun ni alhamdulillah dah takda masalah sangat.... amir pun ok.. kemain eksyen lagi dengan beg beroda dia tu... semangat berkobar²...
Pesanan ibu macam biasalah ... dalam kereta tu kan... bukan apa, takut jugak kot² amir meragam nanti kan.. jadi kenelah bagi tahu awal² hari ni dah mule sekolah....


Doakan semoga anak² kita diterangi hatinya dan mudah menuntut ilmu ..
Moga Doa anak pandai belajar ...
Amin...





Bicara Hati : Terlalu pantas masa berlalu... Amir dan pun 5 Tahun, macam² ragam dan kerenahnya yang perlu ditangani makin dewasa ni.... 




Inspirasi Baru

  


Dalam entry Hari Terakhir ada ku serta gambar pasu berair yang ada pokok berdaun disitu, saja sebagai inspirasi di tahun baru .. dan kebetulan kawan satu opis yang hadiahkan hihihihihihihi... tq ana.

Kalau sekali pandang memang tak perasan yang sebenarnya dalam pasu bukan sahaja ada pokok berdaun yang sebenarnya ada seekor ikan berwarna oren hihihihihihi .. tak tahulah hidupnya sampai bile sebab kita ni bukan pandai sangat pun membela ikan tapi ntah tu lah hobi baru sejak akhir² ni sejak mak bagi ikan puyu tempoh hari (alamak!! lupe nak buat entry tu) ikan tu pun semua dah mati gegegegegege.. mau tak mati ... amir dok melayan ikan tu siap bagi makan roti .. dah tu bulan 12 kan banyak cuti kejap² balik kampung ditambah kami pergi bercuti, ditambah pulak aku kerja tak menentu hala baliknya lewat petang .. sudahnya ikan tu terbiar huhuhuhuhu....


Harap ikan ni hidup lama lah sikit ada juga teman nak ku bebelkan hihihihihihi ....
Jangan ko mati sudah gegegegege....




Nampak tak ikan tu?? haihh memang payah nak diamik gambar .. malu kununnya... tu dia bagi ekor jer.. saboo jerlah kan...


Bicara Hati : Boleh bela ikan ke kat opis ni? jangan kata aku bela nyamuk sudah huhuhuhuhu ...;p

Rabu, 2 Januari 2013

Sedehana - Dengan ingatan tulus ikhlas

  


Hari istimewa mak


Kek pilihan mereka berdua buat Embah
Amir muka tak puashati ....



Bicara Hati : Walaupun adik faiezah tak dapat balik kami² sahaja dah cukup meriah, janji mak seronok ....



Rezeki 2012

    


Masti ramai yang bercuti hari ni kan, jalan pun dah mula jem gegegege... amir esok baru lah mula sekolah insyaallah ibu yang hantar, tapi... ibu tak dapat cuti.. nasib baiklah taska amir dekat jer.. tadika dan taska pun ditempat yang sama.... huhuhuhuhuhu....

Alhamdulillahh.. berbalik pada tajuk rezeki 2012, memang rezekilah namanya kan sapa yang ada buat pelaburan ASB ni, tapi kami tak join pun yang dengan bank tu.. buat pelaburan sendiri jer... ada lebih masukkan.. tak ada lebih tak adalah menyimpan hihihihihi.. mengorek lagi adalah ...;p

Hari ni dah boleh update ker??? macam banyak sangatlah menyimpannya hihihihihi... adalah sikit² rezeki anak² tekak kan... jadilah daripada takda langsung.


Agihan ASB 2012 ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) + Bonus (1.15 sen)!
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.
Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber :  BERNAMA]


Bicara Hati : Mesti ramai orangkan nak update kan silap² offline kat ASB tu hihihihihi ....

Selasa, 1 Januari 2013

Semangat Tahun Baru 2013

 

  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...