Bluesssnya hari ni... penat sakit² badan, sakit mata.. mengantuk huhuhuhuhu .... Monday Blues.... sebab cuti 2 hari macam tak bercuti, ditambah malam tadi sambil melipat baju bajan melayankan AJL (sempat lagi tu) hihihihihihi ....
Tak kala mata dah tak mampu untuk dibuka, amir pula sudah berdengur kepenatan dengan toto di depan tv... mata ibu sudah layu mahu join amir... dikejutkan dengan persembahan penutup AJL lip lap tup tatap silau mata mak long ni... mata terus tak jadi tutup... terkejut dibuatnya tengok skrin gambar keluar macam tu bukan takat 3D dah .... macam real jer gambar tu dengan suara² papa rock ramli sarip memang superbb kejap... persembahan akhir tu...
Tak sempat nak layan pembukaan pun.. layankan gitu² jer tu pun dah dipertengahan... kat opis pagi ni pun haihh memasing bergosipp tak puashati lagu Yuna menang kikikikiki.. gelihati pulak kita mendengarnya... siap kata ombak rindu dengan simetri lagi besttt hahahahahaha.. sukati koranglah... Mata ni sekarang dah mengantuk.. nak sambung tidur kejap boleh tak?? huarrgghhhh.....
Keputusan Penuh AJL27 untuk tatapan anda:-
Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)
Juara – Terukir Di Bintang (Yunalis Zarai)
Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
Sempoi jer rasanya persembahan Aizat menyanyikan lagu Yuna tu malam tadi.. tapi suka .. bahagian akhir tu.. bila Yuna dengan Aizat seolah² berinteraksi mahu minum bersama...
Bicara Hati : Pagi² mood dah kelaut ....