♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 20 Mac 2013

Sakitnya Melahirkan Zuriat




Bukan semua orang di beri peluang merasainya, dan bukan juga semua orang diberi peluang merasai berulang kali .. jadi hargailah pengorbanan ibu dan isteri kita sewaktu melahirkan....

Semasa dalam pantang hargailah isteri.. beri mereka makanan yang berkhasiat supaya dapat memberi susu pada anak yang berkhasiat juga.... mesti isteri akan rasa lebih dihargai dan terharu ....

Janganlah menjauhkan diri daripada isteri sewaktu isteri dalam pantang.. maklumlah suami ni bau jamu kan mual pulak, kalau menjauhkan diri kuatir isteri meroyan dan kesunyian... maklumlah dalam keadaan pantang ni banyak juga dugaannya.. bukan sewaktu mengandung sahaja... trauma maa melahirkan pun mesti tak hilang lagi ....


Bicara Hati : sakit sewaktu melahirkan itulah yang menghauskan dosa wanita... kerana berjuta² urat yang terputus...

Kalau Dah Jodoh



Tergelak dibuatnya melayankan topik semalam, sunnah nikah kalau tak silap.... tapi ramai muda mudi sekarang tak mahu nikah alasannya nilai hantaran tinggi... tak mampu ... cara ustaz menyampaikan buat saya tergelak pulak... tapi janganlah sampai kita tak mahu berkahwin kerana menganggap sebagai bebanankan... kita jugak digalakkan mencarikan jodoh buat orang lain ... kalau itu boleh mengeratkan silaturahim dan lebih menyucikan perhubungan dengan perkahwinan.


Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri (^____^)
Suka layan ceramah ustaz kazim ni kat astro, sempoi dan banyak yang ada kebenarannya berlaku... dalam diri .. kata² sindiran yang lebih berbaur teguran sebenarnya.. bila dengar mesti tersenyum sendiri....


Sumber : Rahsia Rumahtangga Bahagia
FB : Ustaz Mohd Kazim Elias

Diet Ditengahari



Jarang sekali dapat peluang menjamah makan ditengahari, sebab pagi mesti sarapan walaupun kadang kala lambat ambil .. terus ambil menu berat.....

Sampaikan ada yang kata.. diet tengahari ker?? bukan diet sebenarnya lebih pada... cukup²lah dah makan berat pagi.. melainkan.. pagi ambil 3 in 1 sahaja ... terpulang pada perut masing² kan....



Rezeki mek sebelah bagi lauk ikan ... jangan di tanya bila .. saya sendiri dah lupa.. dan yang pasti pinggan tu tak berpulang lagi gegegegege.. dan  yang pasti juga lauk ikan ni sedapp.. ada rasa masam² nanas.. seyes terliur dibuatnya.. amir siap puji sedapp.. maklumlah ibu tak pernah masak gaya gini.... 



Buntu memikirkan petang ni mahu masak apa.. memulangkan pinggan mek sebelah... dalam peti sejuk pun ada wrap, boleh rasanya kalau nak buat wrap gulungkan.. tapi inti sardin jer.. hahahaha.. bantailah .. itu pun kalau jadi.. bolehlah pulangkan pinggan mek sebelah... nak masak lain takda stok.. habiskan stok yang ada dulu sementara gaji nanti....




Bicara Hati : Pening cari tortilla tak jumpa² wrap pun ala² macam tortilla ker??? dah belasah dah buat pizza ranggup guna wrap tu ...



Hadiah FM Daripada Sweetmama



Seorang yang sangat peramah itulah yang cuba ku gambarkan kreteria dirinya, punya senyuman yang lebar  bila lense kamera dituju padanya, sekilas punya karektor seperti ku.. mesra kamera (hahah perasan nak jugak kata mesra kamera tu) tulah yang boleh digambarkan tuan empunya blog sweetmama a.k.a Kak eija.

Bermula sejak bila sering berkunjung kerumahnya (blog) saya sendiri pun tak pasti.. tapi semakin kerap kesana.. seperti punya tarikkan magnet.. dilayan mesra oleh tuan tanah juga... jika ada pertanya di komen pasti akan dibalas... jika terlepas entry pastinya ada kunjungan maraton.. sungguh pun kemesraan kami hanya di dunia blog sahaja.... tapi terasa seprti telah lama mengenalinya.

Terlalu teruja bertanya meninggalkan komen sehingga lupa dan alpa... menjadi pengomen tegar di blognya gegegegege... dan teruja sangat bila tuan tanah sudi memberikan FM vietnam seperti di bawah ini, maklumlah kak eija kan baru balik daripada vietnam. Teruja sebab tak pernah pergi sana.. jadi bila letak kat peti sejuk rumah tu bolehlah jadi inspirasi kan.. kan... ;p


Terima kasih kak eija FM ni macam pemandangan krabi kan... bayangkan macam kat tepi laut dia... 



Bicara Hati : kak eija sila update perkembangan.. lama menyepi .... rindu.. nak baca akak bebel dalam blog.






Selasa, 19 Mac 2013

Century - Membantu Bateri Kereta Kering



Tak tahulah nak mula daripada mana nak menaip entry ni.. kisah ni dah dua minggu lepas rasanya berlalu... masa tu balik kat kampung, kisahnya nak bawak amir pergi gunting rambut.. sekali nak hidupkan enjin grrr.... tak boleh.. ingatkan sebab kunci spare tak pernah guna buat hal, bila hubby cek.. sekali hubby kata ni bukan kunci.. masalah bateri ni....

Hadoilah.. nasib baiklah masa tu lewat petang, kalau dah tengah malam masa nak balik rumah baru bagi tahu hubby mesti esoknya kami tak kerja.... 

Putar dan ligat kepala memikirkan.. manalah nak cas/ beli bateri hari ahad petang² ni.. ahad petang yer.. di ulangi ahad petang .. dan masa tu pulak kami di kampung.. memang takdanya kedai yang bukak...

Ting... tiba² (buat muka budak bijak yang kat iklan susu dutch lady tu) hubby call century tu pun atas bantuan pihak proton yang maklumkan... hubby call budak yang selalu servis kereta kami.

Dekat pukul 8.30 malam jugaklah baru orang century tu sampai, tu pun dia tak tahu jalan sangat.. maklumlah daripada Subang katanya.. memang tak pernah sampai kampung kita orang ni.. siap cakap.. bestnya kampung abang ni.. terasa macam kita orang datang tadi macam nak balik kampung pulak sunyi.... kikikikiki... korang sampai malam memanlah nampak macam suasana kampung dik, cuba korang sampai siang mesti korang nampak kanan kiri penuh kilang.


Van century yang banyak bawak bekalan bateri tu...
Terma kasih sebab sangat²lah membantu kami....
Cas malam tu RM 310.00 jugaklah sebab termasuk cas mereka datang kerumah... kalau ikutkan harga bateri jer... RM 250.00sahaja, itu pun bateri lama hubby jual kat dia orang sekali... (lap peluh keiak kejaplah nasib baiklah ada duit masa tu tau.. baru lepas gaji) kalau tak memang esok pagilah baru betulkan.


 Hubby melayankan budak yang betulkan bateri kereta kami tu.. dan pastikan memang betullah bateri yang dah habis....


Budak baik yang setia menanti kat tangga, sampailah van centry tu beredar hihihihihi....


Sedikit info mengenai servis century : -

Century Ultramax
Century Ultramax adalah bateri hanya di Malaysia disahkan oleh SIRIM. Itulah 21 bulan jaminan dilanjutkan - bukti keyakinan kami dalam jaminan kualiti kami. Yang bermaksud anda mempunyai kurang kerisauan di jalan raya.


Api Penangkap
Mengurangkan pembolongan gas. Meningkatkan perlindungan terhadap percikan luaran yang boleh menyebabkan letupan.

PERCUMA PENYELENGGARAAN
Ketahanan dan kebolehpercayaan tanpa perlu untuk menambah air.

PROTECTOR tali.
Meminimumkan litar pintas disebabkan kepada pertumbuhan grid.

GETARAN PAD FLEXIIBLE
Mencegah kerosakan daripada getaran yang berlebihan disebabkan pergerakan enjin dan keadaan jalan raya.

BATERI KES STRONG
Mengurangkan getaran bateri dan rintangan hentaman meningkat.

BUILT IN 
Mengendalikan direka secara ergonomik untuk pengendalian selamat dan mudah semasa pengangkutan dan pemasangan.

LID pengedap DOUBLE DIPERTINGKATKAN
MENGURANGKAN kehilangan cecair dari enjin haba yang melampau dan keadaan cuaca untuk hayat perkhidmatan maksimum. Peningkatan pengedap perlindungan dalam kes kemalangan dan perlanggaran.

Tebal JAWATAN DALAMAN
Mengoptimumkan pemindahan kuasa dari bateri untuk sistem elektrik kenderaan untuk meningkatkan prestasi.

Plat KALSIUM LEAD MELUASKAN
Sukar dan lebih tahan lama plat dengan rintangan yang lebih besar kepada kakisan grid. Meningkatkan perlindungan terhadap menumpahkan bahan aktif. MENGURANGKAN kehilangan air.


Selangor (Head Office)Level 11, West Wing, Wisma Consplant 2,
7, Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel : 603-5123 3000
Fax : 603-5633 1407

Untuk maklumat lanjut bolehlah call nak rujuk laman web mereka http://www.centuryauto.com.my



Bicara Hati : Masuk ni dah 2 kali kami tukar bateri, tahun lepas pun kong masa hari ahad juga bulan 3 huhuhuhuhu ... lepas ni memang kene berhati² bulan 3 jer.. bateri mesti akan kong...







Personaliti Diri Mengikut Jenis Darah


Darah peranan penting dalam tubuh kita.. kalau takda darah mengalir macam manalah organ² lain nak berfungsikan....

Jom audit diri.. tahu ke idak ni kategori darah korang .. saya??? hihihihihi ... mestilah tahu... macam ada sipi² jer yang betulkan.. tak banyak lari sikit pun mestilah adakan...









Isnin, 18 Mac 2013

Doa Buat Kandungan Adik Saya



Alhamdulillah mak akan tambah sorang lagi cucu hujung bulan 5 ni, kandungan adik dah nak masuk 7 bulan, tapi tak kala kandungan nak masuk 7 bulan ni diduga pulak... bukan apa² cuma ada masalah kesihatan sikit.. yang lain okk saja...

Mendengarkan luahannya semalam sewaktu menziarahi syahdu rasaya.. itulah dugaan mahu menjadi seorang ibu.. bersusah payah.. kehulur kehilir.. diduga sedikit oleh Allah untuk memantangkan dan pengalaman diri... supaya dapat membesarkan anak bila lahir nanti...

Melihatkan kesayuan muka... hati yang mula tak merasa apa.. sebak seketika tak kala.. kehadiran disambut dengan senyuman...

Kata² semangat ini buat adik kedua saya (walaupun saya tahu dia tak baca blog ni) yang sedang di hospital ditahan kerana masuk kandungan 7 bulan doktor sahkan ada kencing manis pulak.. mungkin pembawakan agaknya... ataupun genetik maklumlah mertua adik memang ada kencing manis (boleh ke.. genetik)

Masuk hari ni dah 4 hari dia dihospital, suntikan insulin juga sudah mula dilakukan.. kerana ujian darah asyik tak menyebelahi diri dan baby.. paling tinggi 13 selepas minum air gula.



Gigih semalam mengenangkan adik dihospital, gorengkan peria katak dengan tepung untuk dimakan buat kudapan... mak pulak buatkan air peria+epal hijau, siap pesan kat adik.. minum jerlah anggap macam minum jus tembikai yang banyak ais... mesti sedapp.... Hari ni baru lepas sms dia alhamdulillah makin berkurangan ujian darah menunjukkan 4, hari ni mak bekalkan air mengkudu pulak.....


Kalau kawan² ada petua untuk mengurangkan kencing manis kongsikanlah dengan saya yer.. boleh saya berikan pada adik saya, maklumlah dulu saya tak mengalaminya... dan doakan supaya adik saya cepat keluar daripada hospital yer... Terima Kasih semua (^___^)v
Bicara Hati : Semalam anniversary adik, sambut kat sepital jer.. katanya sambil buat muka sedih.. tahun lepas.. masa nak nikah kene demam panas.. saboo lah yer.. yang.. insyaallah adalah hikmahnya tu...

Hadiah Dari Pn Stoberi


Hadiah lagi.. hadiah lagi yeahhh.... seronoknyakan.. alhamdulillah kemesraan di alam maya ni walaupun tak pernah bersua tapi terasa dekat dihati ... yang penting keikhlasan dalam persahabatan itu.... 

Okk kali ni nak update lagi hadiah daripada kekda lagi ... rasanya ini kali ketiga saya dapat hadiah daripada kekda... (Kalau silap maaf yer kekda.. tak sempat nak cari link entry² lama..) kali ni dapat hadiah buku seramik .. memang comel.

Cayang kekda juga...
comel sangat... pertama kali kot ada koleksi macam ni...
alahai lupa pulak nak amik gambar daripada muka depan...
dah selamat amir koyakkan 2 helai.. dibuatnya roket dengan melukis gambar rumah ... katanya 
grrrr......



Dah naik malu dah ni... sebab suka sangat bertandang kat kebun kekda tu ... sesekali bertandang ada giveaway simple² memang cepat jerlah nak serah dirinya kan.. join kikikiki .. menang tak menang belakang kira... kalau sempat join memang akan join... kalau setakat teka atau tingalkan link.. tapi ... macam mana entry terapi diri cuti-cuti cinta ni boleh tak perasan hahahahaha... itu bermaknanya saya tak berkunjung kesanalah tu setiap hari kan.. ;p takpalah bagi rezeki kat orang lain pulak kan... (ayat nak sejukkan hati sendiri ni)


Bicara Hati : Mood makan tengahari bekal spageti masak semalam tak habis² makan 3 beranak...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...