♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 25 Mei 2013

Pesta Buku Selangor 2013

Kalau fiesta buku kat PWTC dah lama berlalu .. kali ni ada fiesta buku kat selangor pulak, dekat jer.. kat shah alam pun .. saya nak pergi .. saya nak pergi ... tapi hujung minggu ni bz.... nasib baiklah seminggu harap sangat dapat pergi, nak tengok apa yang menarik.


Jadual dan Aktiviti Semasa Fiesta Buku Selangor 2013



Bicara Hati : Entry auto publish .. tuan tanah kedaung dah balik kampung ...









Jumaat, 24 Mei 2013

Elakan Daripada Rezeki Tak Pernah Putus



Allah berikan rezeki dalam pelbagai bentuk, hargailah apa jua rezeki yang diperolehi .. dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik .. diberi keluarga yang punya sifat kasih sayang yang banyak .. itu semuanya ada rezeki ... nikmatilah dan hargainya .... jika mahukan rezeki yang lain, bermohonlah agar dipermudahkan .... untuk memperolehinya.. dan berusahalah ... kerana tanpa usaha tiada kejayaan yang mampu di perolehi.

Kata² semangat di bawah saya titipkan buat diri dan juga kawan².. sama² kita renungkan... sama² kita hayati ... insyaallah.. ada kebenarannya.











Apa jua rezeki yang kita perolehi jangan juga dilupakan pada kedua orang tua kita yang membesarkan kita daripada kecil, sekecil mana pun rezeki yang diperolehi kongsilah bersama mereka.. kerana barakah dan keberkatan doa kedua ibu bapa sangatlah mustajab.

Janganlah membazir² ... pada perkara² yang tidak bermanfaat buat diri sendiri mahu pun anak².

























Khamis, 23 Mei 2013

Sambutan Hari Guru DiSekolah Amir



Sambutan hari guru yang sepatutnya di raikkan pada hari selasa 21.05.2013 di ubah pada hari ini 23.05.2013, sebab minggu ni minggu peperiksaan .. jadi mereka tundalah .. hari ni 'last paper' pendidikkan islam.



Boleh tahan jugak subjek exam amir ni tau .. ada kreativiti, bahasa melayu, jawi, sains .. matematik dll patutlah lama periksanya sampai 4 hari. Mujurlah dia tak mengadu .. bukan².. setakat ni kalau ditanya semua pun ok.. semua pun boleh jawab .. semua pun takda masalah .. harap memang betullah, anak bertuah ni kan... memang macam tu senang jer dia menjawab.. takda nak pening² .. jujur katanya. hihihihi .. teringat zaman sekolah dulu budak² lelaki bukan kisah sangat pun pasal exam ni, tapi kalau budak perempuan memang pulun betullah baca buku. oic cerita exam pulak ....




Terima kasih cikgu, tanpa cikgu .. saya tiada disini...


Semalam ambil amir kat sekolah cikgu bagi tahu hari ni ada sambutan hari guru .. ibu bapa di suruh sumbangkan sedikit makanan... tak kisah pun kuantitinya... bila dah last minit macam ni.. mana pulak ibu nak tempah kuihkan, atas permintaan dan idea amir ibu buatlah donut... donut koboi jer pun... tak berlubang, habis dah pagi² nak menguli dan mengoreng .. ibu buat ala cekodoh lepas tu potong dua... memang nampak banyak .. penuh sebekas bulat. (fuhhh mujurlah amir tak suruh buat apam beras, ibu tak katam ilmu lagi ni)


Donut bergula, macam biasa gula tabur golek sukati .. jadi memang tak berapa nak sebati....
Hadiah untuk cikgu² amir termasuk cikgu taska... pengetua punya yang bekas biru gelap tu ... harap mereka sudilah terima hadiah tak seberapa ni ... nak cari yang lain tak sempat.


Lupa nak ambil gamba amir pagi tadi, teruja betul dia nak pergi tadika hari ni .. walaupun amir tak bapa nak sihat sejak akhir² ni.. cuaca panas ni .. batuk dengan selsama.



Bicara Hati : 
Ni coklat hubby dapat masa hari guru .. mais sangat, amir tak suka .. elokkk jer dalam peti sejuk.



Buku Cerita Para Rasul



Hari ni kalau ikutkan hari ke empat amir periksa, alhamdulillah .. cikgu bagi tahu mula² jer amir macam blur .. masuk hari kedua dan ketiga semalam .. amir dah okkk ... amir tak biasa tu dia macam blurr sikit bila kene menulis tanpa meniru kawan² agaknya... periksa kan tak boleh meniru.

Sekarang, sejak dua menjak ni.. nak tidur mesti amir suruh bacakan buku cerita .. paling dia suka buku nabi yusuf, tak sudah² dia kata nabi yusuf tu hensem dan baik hati. Setakat ni amir ada 2 koleksi buku nabi, nabi yusuf dan nabi ayub.

Kali ni saya belikan buku baru .. buku nabi sulaiman pulak, teruja jugak dia dengar .. saya belikan masa balik kerja terus singgah kedai.. saya saja bua suprise kat amir .. amir teruja .. nak baca.. terkial² lagi .. tapi dah boleh bunyikan.. oklah tu..


Nabi sulaiman dan Ratu Balqis




Belakang buku tu ada nama² nabi, jadi mudahlah kalau amir menghafal saya tengok.. sebab amir suka sangat hafal lagu² nabi dan rasul ni...



Bicara Hati : Saya beli ikut kemampuan saya jer.. saya beli satu, satu.. dah habis baca.. saya beli lain.. kadang².. dah habis baca pun amir tak tidur lagi hahahaha .. sebab buku ni tak tebal mana pun.








Rabu, 22 Mei 2013

Tiba² tekak teringin nak makan kuih ni




Alahai petang yang panas, bukan panas diluar sahaja.. menjangkau kedalam opis ni hah... kan seronok macam ni .. kalau dapat menjamah kuih tepung gomak ..(gambar ihsan google) mana nak mencari ni huhuhuhu ....

Dulu kat opis selalu order kuih ni kalau ada mesyuarat pagi, sedappnya.. tiba² teringin pulak petang² ni .. bukan mengidam apa pun.. cuma teringin nak makan jer.. lama dah tak makan.














Elakkan Diri Daripada Berperasaan Begini





Apa agaknya kucing tu pikir yer ... 





Rindu Suasana Ombak Pantai



Gambar kat fb Diana Amir ni betul² buat saya tersentuh, rindunya nak merasa saat² macam ni .. dapat berehat².. depan pantai .. tak dapat mandi manda.. dapat duduk di batu dan menghayati saat² keindahan alam pun sudah mencukupi .. rindunya ... rindunya.... saya mahu bercuti .... tolongggg .. tapi cuti sekolah jadual hubby penuh huhuhuhu ....





Bicara Hati : Nak cuti sekolah ni.. keywords percutian pun banyak yang cari yer..














Buku Yang Mahu Dicari




Fiesta buku dah lama berlalu .. awal bulan hari tu, belum suarakan rasa hati mahu pergi .. aku sudah tahu jawapan hubby .. (pepandai aku buat andaian kan...) sebab aku tahu hubby tak biasa jalan hala kesana .. jadi tak mahu lah aku menyusahkan atau meminta².. yang tidak² ... jadi sudahnya hasrat itu kupendamkan sahaja.


Buku yang mahu dicari bulan ini, dengan erti kata lain .. mahu mengisi masa lapang buat diri .. setakat ni dah berkenan 3 buku .. dan termasuk 2 buku yang sedia ada sedang dibaca. Saya tak berapa nak minat sangat melayan main² game kat pc atau hp ni .. lagi² hp pun tak canggihkan.. tak boleh nak bela 'pou' bagai hik.. hik.. hik... jadi marilah kita membaca.. membaca boleh tambah ilmukan...



Tuhan Aku Kembali
Dah baca reviewnya macam menarik .. sebab tu lah nak cari, harap² adalah jual kat popular ...


Kalau tak silap novel ni telah di dramakan.. dan dramanya sedang ditayangkan...
Oleh kerana selalu sangat berebut remot dengan amir, telayan primadona lah.. (yang sebenarnya selalu lupa siaran dia hari jumaat.. sejak dah banyak urat putus ni .. makin cepat lupanya) cadang nak beli buku ni jugak.. walaupun orang kata cerita kat tv dengan novel banyak tak sama .. beza 70% .. tapi takpalah.. dah memang yang drama kat tv pun tak sempat nak tengoknya.


Teduhan Kasih
Yang ini pun telah di dramakan.. dan dramanya pun sedang ditayangkan kat tv3 slot akasia, dah baca review jalan ceritanya .. macam menarik ... tak sabar nak beli jugak, fuhh .. harap dapat beli ... nak tunggu drama habis memang berjanggut belum tentu lagi dapat tengok sepenuhnya.. jadi marilah layan novel.


Orang kata kalau baca novel yang di dramakan.. mesti terbayang² muka pelakon yang sedang berlakon bila baca buku .. jadi bacalah buku novel .. tak payah tengok tv kalau takmoo terbayang² hahahahaha ..... sukati jerkan (nak sedapkan hati sendiri)


Bicara Hati : Reward buat diri untuk bulan ni ... mahu beli novel, dan tengah pikir nak beli online atau ke kedai buku hihihihi (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...