♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 23 Mei 2013

Home » , , , , , » Sambutan Hari Guru DiSekolah Amir

Sambutan Hari Guru DiSekolah Amir



Sambutan hari guru yang sepatutnya di raikkan pada hari selasa 21.05.2013 di ubah pada hari ini 23.05.2013, sebab minggu ni minggu peperiksaan .. jadi mereka tundalah .. hari ni 'last paper' pendidikkan islam.



Boleh tahan jugak subjek exam amir ni tau .. ada kreativiti, bahasa melayu, jawi, sains .. matematik dll patutlah lama periksanya sampai 4 hari. Mujurlah dia tak mengadu .. bukan².. setakat ni kalau ditanya semua pun ok.. semua pun boleh jawab .. semua pun takda masalah .. harap memang betullah, anak bertuah ni kan... memang macam tu senang jer dia menjawab.. takda nak pening² .. jujur katanya. hihihihi .. teringat zaman sekolah dulu budak² lelaki bukan kisah sangat pun pasal exam ni, tapi kalau budak perempuan memang pulun betullah baca buku. oic cerita exam pulak ....




Terima kasih cikgu, tanpa cikgu .. saya tiada disini...


Semalam ambil amir kat sekolah cikgu bagi tahu hari ni ada sambutan hari guru .. ibu bapa di suruh sumbangkan sedikit makanan... tak kisah pun kuantitinya... bila dah last minit macam ni.. mana pulak ibu nak tempah kuihkan, atas permintaan dan idea amir ibu buatlah donut... donut koboi jer pun... tak berlubang, habis dah pagi² nak menguli dan mengoreng .. ibu buat ala cekodoh lepas tu potong dua... memang nampak banyak .. penuh sebekas bulat. (fuhhh mujurlah amir tak suruh buat apam beras, ibu tak katam ilmu lagi ni)


Donut bergula, macam biasa gula tabur golek sukati .. jadi memang tak berapa nak sebati....
Hadiah untuk cikgu² amir termasuk cikgu taska... pengetua punya yang bekas biru gelap tu ... harap mereka sudilah terima hadiah tak seberapa ni ... nak cari yang lain tak sempat.


Lupa nak ambil gamba amir pagi tadi, teruja betul dia nak pergi tadika hari ni .. walaupun amir tak bapa nak sihat sejak akhir² ni.. cuaca panas ni .. batuk dengan selsama.



Bicara Hati : 
Ni coklat hubby dapat masa hari guru .. mais sangat, amir tak suka .. elokkk jer dalam peti sejuk.



14 ulasan:

miss yatie berkata...

KY pun tak suka coklat yg paling bawah tu, memang maniskan? tapi biasanya coklat mcm tu cuma guna coklat masakan, rasanya tak manis, terlebi gula kali kan?

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah.
dapat juga kan utk diberi kepad guru :)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam yana...klu hariguru ni berlumba2 anak2 murid bg hadiah kat guru2 tmabah2 klu guru yg depa syg.
Cantik brooch tuk guru2 tu...mesti cikgu semua happy,leh pakai hari2:D

AdaM Hawa berkata...

febret amir kuih donut.. sedap!!

Unknown berkata...

bagusnyelah ibu Amir nih.. sempat jugak buatkan donut.. kalo zura memang beli jer lah.. heheheh

Puan Kutu berkata...

sambutan hari guru siap bekalkan donut n hadiah.dah cukup best dah tu kan amir?

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

Salam Kak..
mesti amir teruja bwk hadiah dan mkn g school ni..
rajin ibu buat sendiri.. :)

Unknown berkata...

assalamualaikum..singgah sini.. bertuah cikgu dpt hadiah dan donut ye... =)

Tangga ISLAM - Penyejuk Hati berkata...

artikel yang bagus,,
trims yea kak infonya,,
oa salam saya sebagai pendatang baru disini yea kak :)

eita berkata...

tak kisah lah apa pun kan...janji ikhlas...

mamaarifakeemaisy berkata...

Waaah s3mpat jugak haa buat donut, ter uja la amir bk g skol.. cantik broach tu.. sesuai bg kt cikgu .. :-)

Unknown berkata...

wah best cikgu amir daapat hadiah,..mg coklat kalau manis sangat,..tak boleh telan...melekat

jaakechik berkata...

rajin akak buat juadah utk hari guru di sekolah anak yer... juadah apa pun xkisah, asalkan ikhlas... bagus akak!


p/s : kalo coklat ada dlm peti ais, kurang sejam dah licin kot...haha.. sume suka coklat!

eija_sweetmama berkata...

janji dapat jgk buat sendiri utk dimakan bersama oleh kawan2 dan guru2 di sekolah amir

k.eija pun buat sendiri mknan yg disumbangkan utk sambutan hari guru tadika dan taska buat kek paling senang..kek batik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...