♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 25 Julai 2013

Untungnya Ada Ipar Dekat Dengan Rumah



Kata orang untungnya ada ipar duai dan sedara mara dekat dengan rumah, boleh bertukar² juadah .... alah rasanya kalau bukan sedara mara dengan jiran pun boleh bertukar juadahkan ... 

Ni juadah masa saya MC hari tu .. akak ipar bagi nasi beryani ... tapi kuah asam pedas kikikikiki .. belasahlah kak .. janji lauk ni semuanya pun sedapp.... siap ada acar timun nanas lagi, Lauk Rezeki kan jangan di tolak.

Terkejut saya tetiba akak ipar hantar lauk .. padahal takda family tahu pun saya MC hari tu .. kuat betul gerak hati akak ipar saya ni .. macam tau² jer.. saya tak larat nak masak hari Jumaat tu ... Sudahlah hari khamis makan lauk baazar.

Dah 16 Ramadhan ni pagi² tayang gambar lauk ada yang terliur ker?? pang karang .. dah besau² nak terliur hihihihihihi ....



Bicara Hati : Mood owhh mood .... mari kemari .. mahu buat kuih raya ... saja cuti panjang hunjung minggu ni kan .. nak hiburkan hati amir, harap menjadilah ....









Rabu, 24 Julai 2013

Tahniah Pada Mereka Yang Akan Menerima




Bonus Sebulan Untuk Kakitangan Awam Di Selangor
24 July 2013 at 14:28

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memberi bonus Hari Raya sebulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR




Bicara Hati : Allah kata bila kita ada rezeki dan berkongsi dengan ibu bapa rezeki itu akan berkat dan bertambah ².... (^____^)






Tips Muka Sentiasa Awet Muda Dan Berseri



Nak raya ni kan .. amboi sana sini SPA, Rawatan Facial buat offer , kat groupon pun banyak .. pilih jerlah yang mana nak dan harga pun berbaloi tapi servis tak pastilah.. sebab tak pernah cuba lagi melalui groupon ni hihihihihi ....


Tapi tips semulajadi sebenarnya yang banyak membantu tanpa sedar kalau diamalkan sentiasa .... 
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk popular dan mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi dan akan punya ramai kawan. (^_____^)v





Bicara Hati : Tak percaya .. cubalah sendiri .....







Salam 15 Ramadhan





Photo: DINIHARI | 15 Ramadan 1434H / 24 Julai 2013 l  bertugas waktu ini DJ Wan Aisyah Wan Rahim . Salam Ramadhan & Selamat Berqiamulail buat semua. 

Teruskan Tarbiah Ramadan bersama kami hanya di IKIMfm - Pilihan Utama Anda 
#tarbiahramadhan #ikimfm






Selasa, 23 Julai 2013

Akhirnya Aku Tertewas


Akhirnya terhidang jugaklah juadah baazar, seyeslah memang tak larat mata nak bukak masa sakit mata tu hari .. silap² lama berdiri dah macam nak pitam dibuatnya... Jadinya hubby kata beli jerlah .. okk.. pasrah .. itu yang terus berehat tu.. sampailah buka ... saya betul² masak nasi dengan bancuh air jer... sampaikan tempeh kegemaran amir pun hubby beli .. punya tak larat nak mengoreng.

Hubby beli sup campur kat kedai kut 2 bungkus, sebungkus untuk sahur ... sebungkus kami makan masa buka, merabak dan cucur serta tempeh goreng. Kita dah pesan awal² jangan beli banyak² atau macam² nanti membazir ...kang tak memasal semua buang ke tong ... mujurlah hubby beli tak banyak.

Nampak tak tangan si bam bam amir tu hihihihi .. dia makan nasi dengan sup ... cian dia lapar yer...




Bicara Hati : Bungkus jer pun semua .. setakat ni belum berkesempatan berbuka makan kat kedai luar lagi .. tak tahulah hujung minggu ni .. sebab cadang nak beli barang amir.







Hati Ini Milik Allah



Photo: INSYA ALLAH.. :)

by : Safiyah Layyinul Harir






Alhamdulillah 14 hari ramadhan hampir berlalu .. esok dah 15 ramadhan.... (^___^)
Lagu raya elah mula berkumandang, hadoilah ... hargailah ramadhan kali ni .. sayang semua pembaca setia blog masya ... saya mungkin tak boleh nak puaskan hati semua pembaca ... tapi saya ikhlas menulis dari hati hanya mengenai kisah hati saya sahaja .. maaf jika ada yang terasa.















En Li / Puan Li yang mengeramkan



Puting botol susu amir di kerjakan oleh En. Li


Sabtu baru² ni, masa badan baru nak sihat tu .. amir mintak susu .. saya pun dengan konfidennya amiklah botol susu amir dalam kabinet, sekali .. oic .. apa kehalnya dengan puting botol ni grrrrrrrr ...... 

Yang amir pulak terjerit² ibu .. ibu .. kat kaki ibu ada binatang jalan besar ... dia tak tahu nak sebut nama binatang tu, yang saya pulak dah terkejut .. mujurlah tak meloncat atas kabinet tu kikikikiki ... rupanya lipas yang lalu .. bapak besar punya lipas lalu tau .. adehhhh .. gelinya tengok terkedek². Memang mengeramkan hati betul dengan En. Li / Pn. Li ni tau .... grrrrrrrr

Tak boleh jadinya.. terus operasi bawah kabinet yang kat bahagian singki tu .. oic sekali jumpa 3 ekor .. 3 ekor tau.. yang besar² huhuhu.. orang kata jangan bunuh lipas sebab dia ada virus apatah .. tapi yang tak eloklah.. saya pun alihkan semua barang² nak basuh balik, 3 ekor lipas tu berjaya .. ku flash dalam toilet huhuhuhuhu ... selamat sudah (bapa ekor semuanya ni .. baru jumpa 3 ekor besar² pulak tu)

Sana sini google info macam manalah nak hilangkan lipas ni kat dalam rumah huhuhuhuhu ... memang tak berkesan.. mak kata letak daun pandan .. ni tengah cuba .. harap berjayalah.... 

Kalau korang ada tips lain kongsikan yer... rasanya dah macam² cuba ni .. memang payang nak hilang, rasa macam pernah kongsikan kat blog jugak pasal lipas ni maklumlah rumahku mesra haiwan kan huhuhuhu ...



Bicara Hati : Sedang pujuk amir taknak bagi minum susu salam botol lagi, tapi susahnya lahaiii.... mesti nak jugak.







Isnin, 22 Julai 2013

Tulisan Jawi Pertama Amir Disekolah



Suke tengok perkembangan terbaru amir di tadika, sekarang ni dah mula belajar bahasa jawi sikit² .. menulis jawi .. tapi itulah banyaknya perubahan ejaan jawi sekarang yer.. sampaikan ejaan ini saya tengok cikgu amir tulia 'alif ya nun' saya asyik baca .. ayan, ain sampailah amir kata .. 'ini' lah ibu ... apa ke jauh nooo bezanya mir ejaan ni .. betulke??? kalau 'alif ya nun ya' boleh lagi ibu terima ini ... macam² dah berubah .. hubby senyum simpul jer.. dengar amir terangkan balik kat ibu ... kebetulan ada kerja sekolah tulisan jawi masa tu.

Dan sebelum tu .. amir ada bawak balik tulisan khat guna warna air .. amboi .. patutlah teruja benar yer.. nak gunakan 'water colour' ni.. lagi² lepas balik daripada kompleks kraft tempoh hari .. memang dia asyiklah dok mintak 'water colour' rupanya ada belajar kat tadika, tapi saya belikan yang kecik jer.. 5 warna hihihihi.. nak amik hati dia...

Jom layankan gambar² tulisn khat amir


Alif


Ba



Ta




Teruja sangat tengok tulisan amir ni, tapi kalau tengok dia bua kerja rumah kat buku.. tulisan jawi dia tak kemas lagi ... suka dengar dia mengeja jawi ' alif ya ba wau' - ibu ' alif ya ha' - ayah ... alahai² .. di ulang² baca ... lepas tu dia eja 'alif wau lam ro' - ular ... siap soh saya eja .. balik.. amboi kemain mengajuk² cikgu tu soh dia eja .. dia soh ibu pulak mengeja.



Bicara Hati : Dah pandai jugak tulis nama sendiri .. itulah suka sangat tulis amir hazim jer.. muhammad dia tak masukkan, panjang katanya.... sukati jer.. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...